puisi untuk sera !!

bila terlahir ke dunia,
suara tangisan nyaring,
dan di saat itulah,
kita melihat dunia,
menghirup nyamannya udara,
mendengar bisingnya dunia,
di mandikan,
di selimutkan,
di dodoi,
di sayangi dan di manjai,
bermula saat itu,
semakin lama mengenali dunia,
semakin itu memahaminya,
ini lah dunia,
ini lah penghuninya,
ini lah ragamnya,
bak kata pepatah,
bukanlah ianya manusia tanpa sengsara,
bukanlah ianya manusia tanpa cabaran kegetiran,
bukanlah ianya manusia tanpa dugaan,
kerana itulah hidup mesti di teruskan,
kerana kita patut bersyukur menjadi manusia...
di dalam penantian,
ada kebahagiaan,
di dalam kerinduan,
ada kebahagian,
di dalam dugaan,
tetap pasti ada kebahagiaan,
teruskan usaha,
pasti gembira dan bahagia akan terbina...

 

Sedar

Bayu pagi itu,

Menyedarkan ku dari kematianku sebentar,

Saat itu aku bersyukur pada tuhan,

Kerana masih sudi memberiku,

Peluang untuk hidup,

Hidup di muka bumi ini,

 

Terkadang aku terfikir lagi,

Bilamana kematian sebentarku,

Adalah kematian untuk selamanya,

Mampukah aku ???

Sanggupkah aku ??

Untuk melaluinya,

Bersediakah aku ???

Untuk menghadapi alam itu,

Cukupkah bekal untuk aku kesana,

Hindari aku dari petaka …..

 

Pupuk dan bentengkan lah,

Diriku… nafsuku…. !!

Pandanganku …  telingaku …!!!

Hatiku ... Keinginan ku ....!!!

Agar tetap iman ku,

Berikan lah kebahagiaan untuk diriku,

Di dunia dan akhirat,

 

Itu lah yang aku pinta,

Aku berdoa agar diriku,

Di lindungi selalu,

Olehnya ……

 

Kerinduan Bertaut Sepi

Di malam sepi dan dingin
Ku amat rasakan
Sepi
Tanpa mu di sisi

Serasa ingin membuat panggilan
Tapi di mana
Kau
Di mana

Oh bungaku sayang
Harummu mekar di jambangan hati ku

Kini
Bilakah akan dapat bersua
Ku tetap setia menantimu

Mekar dan mekarlah
Wahai bungaku
Di jambangan seri indah hatiku

Dan di malam ini
Masih terbukti
Kuntuman bunga
Mekar selamanya..

 

Cinta Nan Sejati

Tercetus secebis rasa
Nan indah dan sukar dimadah
Maka rasa rindu
Rasa cinta
Rasa sayang
Semuanya dirasa
Terjadilah kisah antara dua hati
Menjalin kasih
Mengikat janji

Perpisahan seringkali terjadi
Bukan selamanya
Tapi hanya seketika cuma
Jalinan mesra ini
Tidak ku inginkan untuk sementara
Tapi biarlah selamanya

Ku berazam
Akan menjaga hatimu
Dan pasti akan memilikimu

Biarlah
Berakhirnya percintaan kita
Ke gerbang pelamin

 

Perselisihan

Kesepian malam ini
Membawa aku pada dirimu
Tersentuh rasa hatiku

Bila terbayang wajahmu
Kenangan bersama pun bertandang
Bila gembira kita bersama
Bila bersedih kita berdua
Tapi
Bila berselisih kita kejauhan

Oh sayangku
Lupakah akan dikau
Kenangan-kenangan lama kita
Bergelak ketawa
Dan bergurau senda
Saling menguntum
Mengait jalinan cinta

Oh cintaku
Ku berharap di kau memahami
Betapa aku menyintai dirimu
Ku berharap di kau pun sama

Marilah kita menguntum asmara
Lupakan perselisihan kita
Jalinkan kembali
Kukuhkan bersama
Oh hubungan kita

 

Cinta Kita

Bila ku berseorangan
Kesunyian pun bertandang
Hubungan cinta kita pun bersatu
Mencipta bayangan
Nan indah di hatiku

Aku sering tersentuh
Dengan sikap dan tingkah mu
Walau berkali-kali ku ingatkan diriku
Agar bersabar dan berharap kau berubah

Ku tak ingin kau begitu
Ku berharap kau sedari
Yang kita perlukan dalam perhubungan
Menyintai, memahami, dan saling menjaga hati

Apa yang tak ku inginkan
Janganlah kau ulangi
Agar hatiku ini
Tidak disakiti
Dan hatimu tidak ku lukai

Cuba lah kau sedari
Yang cinta kita
Perlukan keikhlasan

 

Rindu Ku Pada Diri Mu

Rindu menjelma di hati
Rindu membawa aku pada dirimu
Kenangan bersama pun menjelma
Di sanubari ku

Oh kasih ku
Di mana mu sekarang
Ku amat rindu
Kasih sayang dan belaian mu

Rindu oh rindu
Mengapa kau hadir tanpa diundang
Mengapa kau hadir saat aku kesepian

Tempat memisahkan kita berdua
Walau di hati rasa rindu
Biarlah kata orang
Jauh di mata dekat di hati
Oh sayang

 

Kasih Ku

Kasih
Mengapa dikau
Selalu melukai hati ku
Ku selalu tersentuh
Di atas sikap mu

Kasih
Ku tetap bersabar
Di atas perlakuan
Ku berharap kau sedari
Dan kau berubah

Berkali-kali ku pujuk hati
Agar memaafkan perilaku
Berkali-kali ku maafkan diri mu
Kerana tulusnya cinta ku
Kerana iklasnya kasih ku
Kerana sayang pada mu

Kasih ku
Ku berharap kau sedari
Kesilapan mu
Usahlah dikau ulangi
Kesilapan demi kesilapan
Agar hubungan kita
Kekal selamanya
Cinta ku

 

Perpisahan yang tak di rancang(The Story Of Love)

Sudah puas ku cuba lupakan
Tapi masih terus mengingati
Dalam diri ini tiada yang lain
Hanya kau seorang

Ku tak berdaya melupakan mu
Membuang segala peristiwa bersama
Biarpun ia sudah kau lupai
Mungkin kerna cinta ku sejati

Malam ini menjadi saksi
Bahawa aku masih kesepian
Mengulit kenangan
Bersama mu dahulu

Mungkin kini kau bahagia
Mungkin jua kau derita
Apa jua keadaan
Ku berharap kau masih mengingati ku

Sehingga kini ku masih keseorangan
Tak termampu ku berikan cinta
Pada orang lain
Kerna semuanya ku telah serahkan padamu
Aku rindu..........

Hadiah Untuk Aku

Dulu sewaktu ku bersama,

Kita berdua sentiasa berhubung,

Jua berjumpa,

Kadang di rumah kadang di bandar,

 

Tetapi akukah yang hipokrit,

Kau masih bersekolah,

Aku masih di kolej,

Kita tidak selalu bersama,

Itu yang selalu bermain di minda,

 

Akhirnya perpisahan terjadi,

Setelah 2 tahun,

Petang ini ku gelisah,

Ku terpana,

Pabila terpandang wajahmu,

Berpegang tangan dengan seseorang,

Hatiku berkata TIDAK,

 

Walau aku cuba berlakon,

Wajahku terus berubah,

Walau aku bertindak biasa,

Hatiku tidak berjaya,

 

Kau menegurku,

Aku terlansung menyapa,

Lalu ku berlalu...

 

Sepanjang malam,

Aku termenung,

Beginikah akhirnya...

Mungkin tiada jodoh.....

Bersabarlah..................

 

Kenangan

Di Malam Kesibukan,

Aku termanggu sendirian,

Memenungi perasaan sendiri,

Tika ini penuh kekalutan,

 

Terkenang zaman kita bersama,

Saat itu saling berkasih,

Saling bertanya khabar,

Walau hubungan masih muda,

 

Akhirnya terputus jua hubungan,

Antara kita tiada yang bersalah,

Cuma mungkin kita tidak sehaluan,

Jua mungkin ketandusan kematangan,

 

Kini bila semua berlalu,

Hadir 2 tahun selepasnya,

Petang 10 mac,

Walau Mac bulan kegembiraanku,

Tapi tidak petang itu,

 

Kau berpimpin tangan bersama sidia,

Orang barumu,

Sungguh mesra dan penuh bahagia,

 

Tapi aku......

Aku Masih sendiri,

Masih keseorangan,

Masih kesunyian,

Masih ketandusan kasih sayang,

Kasih sayang dari seorang..

Yang bergelar perempuan ...

 

Pergilah Berlalu

bersama angin ianya berlalu,
begitu lah yang ku harapkan,
pergi lah di kau wahai rindu,
pergi lah di kau wahai sayang,
pergi lah jauh dari ingatan,

biarlah aku menjadi seorang yang menanti,
tangan menari di atas papan kekunci,
meluahkan perasaan di hati,
penantian yang entah bila kesudahan,

rindu tenggelam,
hati tersimpan,
tetap menyimpan,
sukar di padam,

kadang aku harus mengejar realiti,
kadang jua harus mengenang kembali,
inilah kehidupan, 
inilah kenyataan,
yang sukar di mengerti......

 

Jiwa Lara

semuanya indah bila bercinta,
semuanya cantik tampak di mata,
semuanya senang di terima,
bagai dunia bagai di punya,

semasa berjalan berpegang tangan,
berpeluk tanpa menghiraukan keadaan,
manja dan saling sayang menyanyang,
menjeling dan tersenyum panjang,

berutus surat dan berhubung,
sms dan telefon tidak berenggang,
kerna cinta telah di hayati,

akhirnya putus di tengah jalan,
merana jiwa terluka hati,
saling salah menyalahkan,
tanpa sedar kenyataan,
akhirnya gagal la harapan,
hancurlah impian,
putuslah sudah kasih sayang...

 

Ada Yang Belum Selesai

antara cita dan impian,
bermadu kasih tanpa halangan,
bermadah dan berfalsafah,
mengenai cinta dan masa depan,

jiwa luka hati parah,
hati sedih jiwa menangis,
tanpa sedar kenyataan di hadapan,
masih jauh lagi perjalan,
perjalanan yg harus di tempuh,
sebagai manusia dan khalifah,

mempunyai kerja yang belum selesai,

 

Antara Kita

izinkan sayangku,
aku memberikan cintaku,
meluahkan perasaan di hati,
tentang jiwa dan impian,

ingin aku mendakapi,
lewat itu bersama mu,
mencipta pepohon,
kita bajai,
kita sirami,
biar ianya merimbun,
penuh dengan kasih sayang,

hargailah ia,
jagailah ia,
berhati2lah kita menjaga hubungan ini,
agar antara kita tiada yg kecewa,
apa lagi berduka,

andai takdir perpisahan yang berlaku,
jangan lah ada benci antara kita,
janganlah ada dendam antara kita,
kerana mungkin itu dugaan,
mungkin jua ianya percubaan,
menguji sekuat mana cinta,
cinta yang telah kita bina bersama,

berdoalah kita,
agar cinta terus bersemi,
agar kekal bersama,
sehingga ke akhirnya,
terus berdua,

satukan lah hubungan ini,
bina lah ia menjadi istana,
agar kita berdua akan bahagia selamanya...

Sajak Desa Wawasan.

 Desa Ku Nan Sentosa,

Nama Mu Kekal Di Jiwa,

Ingatanku Membara,

Tatkala Kenangan Menjelma,

 

Desaku Nan Tercinta,

Dahulu… Rumahnya kayu,

Dahulu… anak-anaknya layu,

Dahulu… Semangatnya Lesu,

Dahulu… Jalan Berlumpur,

Dahulu… Air Bah Melanda,

Dahulu… Hatinya sayu,

Dahulu… Rindu Kemodenan,

Dahulu… Tiada Kemudahan,

 

Desaku Nan Tersayang,

Kini… Rumahnya Batu,

Kini… Anak-anaknya Maju,

Kini… Semangatnya padu,

Kini… Jalan Ber tar,

Kini… Longkangnya besar,

Kini… Hatinya gembira,

Kini… Kemodenan Di Depan Mata.

Kini… Berbagai Kemudahan Tersedia,

 

Desaku Berwawasan,

Ku Tidak Ingin Mundur Terus Mencengkam,

Ku Tidak Ingin Lihat Hidup Kedaifan,

Ku Ingin Desaku Ini,

Bergerak Seiring Kemajuan,

Bergerak Sesama Kejayaan,

 

Desa Ku Nan Jaya,

Bukan Indahmu Pada Khabar,

Bukan Cantikmu Pada Dengar,

Tidak~!! Sama sekali Tidak~~!

Indahmu Pada Rupa,

Ceriamu Sangat Nyata.

 

Penduduk Desa Wawasan Yang Ku Sayang,

Bangun Tegakkan Panji Wawasan,

Bersama Kita Mencapai Impian,

Agar Desa Ini Tidak Kelemasan,

Agar Hati Kita Muda Kejayaan.

 

Sajak Hari Ibu.

 Ibu….

Kau Cahaya Menerangi Diri,

Kau lah Kebahagiaan,

Kau Jua dorongan semangat,

Dan Kau Jua Ratu Hati,

 

Ibu…

Bicaramu Menyentak Hati,

Lembut Dan Halus Penuh Keiklasan,

Suaramu Bisa Mengegarkan Jiwa,

Sehingga Anakmu Terpana Di Dalam Jaga,

 

Ibu…

Kau Tega Dalam Mendidik,

Penuh Kasih sayang,

Penuh Kesabaran,

Penuh Kelembutan,

Dan Penuh Kemesraan,

 

Ibu…

Cahaya Kau Bukan Lilin,

Cahaya Kau Bukan Pelita,

Cahaya Kau Bukan Jua Dari Obor Yang Menyala,

Tetapi…

Cahaya Kau Sungguh Ajaib,

Cahaya Kau Bukan Sementara,

Cahaya Kau Menerangi Hidup anakmu Selamanya,

 

Ibu…

Walau Menggunung Emas Di Daratan,

Budimu Tidak Dapat Di Balas,

Walau Berjuta Perak Berselerakan,

Hatimu Tidak Mudah Di Peras,

Kerna Itu…

Ingatan Padamu Tetap Selamanya,

Ku Tanam Kekal Dalam Jiwa…

 

Inilah Belia ( Papa Dyll )

Belia…

Kitalah Pemangkin Negara,

Kita jua Pengganti Pemimpin Sedia Ada,

Dan Kita lah pewaris bangsa,

 

Belia…

Harus kita bergerak ke hadapan,

Tidak gentar walau berhalangan,

Tidak jatuh walau ketindasan,

Tidak tunduk walau kehilangan,

Tidak kecut walau kegagalan,

 

Belia …

Adakah kita sedar ??

Era global dan  ICT

Telah mengunjung ..???

Mampukah Kita bergerak seiring ??

Mampukah Kita ??

 

Mampu ~~~!!!

Kita Mampu lakukan ..

Bahkan sekiranya Kita di panggil..

Di panggil untuk mentadbir negara..

Di panggil melaksanakan tugas..

Di panggil untuk memimpin..

Kita mampu lakukannya ..

Malah lebih dari itu ..

Tetapi!!!

itu semua perlu persediaan,

itu semua perlu usaha,

itu semua juga perlu ilmu,

Oleh itu..

Bangun lahh wahai para belia..

Jangan lahh tertunduk sahaja,

Bersedialah …

Berusahalah…

Ilmu itu di mana-mana ..

 

Aku Belia..

Kau belia ..

Anda semua belia ..

Kita~~ belia…

Sedarlah kita semua..

Bangun lah dari lena,

Janganlah terus kelekaan,

Tegakkan badan,

Pandanglah hadapan,

Bergeraklah setanding,

Dengan kemajuan dan Kemodenan..

 

Belia…

Kita punya wawasan,

Kita punya impian,

Kita punya visi,

Kita punya matlamat,

Kita punya khalayan,

Kita punya tujuan,

Itu semua lakaran minda,

 

Lapan Belas tahun nanti,

wawasan 2020 menjelang jua,

Siapa yang akan menyambutnya ??

Adakah pemimpin kita sekarang ??

Adakah datuk nenek kita ??

Adakah ibu bapa kita ??

Tidak ~~!!

Sama sekali tidak ~!

Pemimpin kita mungkin tiada,

Datuk nenek kita telah tiada,

Ibu bapa kita ?? jua tiada ..

Hanya kita …

Yaa hanya lah kita pewarisnya..

Hanyalah kita mengantikan mereka..

 

Wahai belia,

Hari ini lapan hari bulan enam dua ribu dua,

Adalah sambutan untuk kita,

Nah~!… pemimpin kita mengingati kita,

Sedarlah wahai belia,

Janganlah terus kealpaan,

Segarkan hati kita,

Kukuhkan bersama antara kita,

Satu kan  jiwa kita,

Satu kan semangat kita,

Agar nanti kita tidak lagi terpana,

Agar nanti kita tidak lagi terlena,

Agar nanti kita tidak akan layu,

Agar nanti kita tidak akan kaku,

Agar nanti kita akan terus bersatu,

Pabila kita di perlukan….

 

 

 

Menu Utama

kembali ke halaman Biodata

ke Halaman novel Episode Penantian

Ke Halaman Novel Pilihan

 

Hosted by www.Geocities.ws

1