|
EPISODE PENANTIAN |
Hati Nana berbunga-bunga kegembiraan kerana di saat ini, dia akan berlepas pergi dari London. Telah 5 tahun Nana berada di London menelaah pelajaran di sini. Nasib baik nenek sebelah papanya memang tinggal di London. Bagi Nana London itu seperti kampungnya tetapi Malaysia tetap di hati. Sejak seminggu yang lepas, telah beberapa kali di beritahu mama dan papa nya akan kepulangan di Malaysia pada hari ni. Sebelum berangkat ke lapangan terbang tadi pun dia sudah menelefon mamanya tentang kepulangannya ini. Tidak sabar-sabar rasanya ingin pulang ke Malaysia. Rindu benar pada kehijauan dan panorama yang indah, bukit bukau yang seluas mata memandang. Nenek dan bersama ahli keluarga pihak papanya lah yang menghantar Nana di lapangan terbang tersebut. 18 jam di dalam penerbangan di rasakan sungguh lama. Akhirnya sampailah dia ke destinasi tersebut.
Alangkah
gembira hatinya, apa bila turun dari kapalterbang, terus dia berjalan masuk ke
dalam dan meluru bila ternampak mama dan papanya menunggunya di situ. Terus Nana
memeluk mamanya sambil mengucup kedua belah pipi mamanya. Rindu sungguh dia pada
mamanya.
“mama sihat ? papa sihat”Tanya gadis manis tu.
“mama dan papa sihat sayang. Nana macammana?”begitu lah panggilan manja mama dan papa.
“nana alhamdulillah, sihat juga mama”.
“ehh mari lah, biar papa bawak bagasi Nana ni, kita ke kenderaan, tentu Nana letih kan” kata papa nya pulak
“baik lah papa” senyum Nana meleret.
Sambil berjalan ke kereta…
“Nana happy sangat mama. Lama dah tak kembali ke sini. Rindu sangat dengan suasana Malaysia” mama hanya tersenyum melihat keletah manja anak gadis nya itu. Hanya dia anak tunggal mereka. Anak kesayangan papa dan mama. Anak kesayangannya itu di beri nama Noorfiona, tapi mereka lebih suka memanggilnya dengan nama Nana. Nama itu lebih sinonim berbanding Fiona. Masih di ingat semasa mengandungkan Nana, mereka hampir bergaduh untuk memberikan nama pada anak tunggalnya itu. Akhirnya bersetuju untuk menamakan Noorfiona. Campuran nama melayu dan ingeris. Noorfiona Bte Abdullah James begitulah yang tertulis di sijil kelahiran Nana. Kini anak tunggalnya itu telah mencapai umur 23 tahun.
Setelah seminggu berada di rumah, Nana teringin melihat komputer yang telah lama di biarkan sepi di tepi sudut biliknya itu. Bila terbuka je paparan desktop windows terus dia click pada Mirc dan terus dia membukanya. Kemana ye hala tujuan channel aku… ermmm apa kata masuk channel kampung, lama dah tak masuk sana sejak belajar di London. Terlalu banyak assignment dan latihan. Apa lagi bila bercuti kena buat pemeriksaan doktor. Boring… bosan betul dengan keadaan tu. Bila masuk je channel tersebut terus Nana menarik scrool nickname channel kampung tersebut sehingga ke bawah dan Nana tertarik dengan nickname zack dan terus double click nickname tersebut. Lalu terus memberi salam ……
<fio1>assalamulaikum, apa khabar boleh berkenalan ??
<zack>waalaikumussalam baik .. haaa per citer…
<zack>boleh kalau ko nak kawan …
<fio1>terima kasih .. awak dari mana ??
<fio1> maaf kan saya kalau saya menganggu awak ye..
<fio1>hello
<fio1>hello
<fio1>helloooooooooooooooooooo
<fio1>awak ada ker ni ???
<zack> haaaaa aper dier .. bising la .. ade .. aku tengah surfing tadi .. kau ingat aku tak de keje lain ke mengadap irc ni je …
<fio1>awak dari mana?
<zack>aku dari seremban
<zack>naper .. ko ada masalah ke?
<fio1>tak .. saya Cuma bertanya je..
<fio1>boleh saya tau nama awak ??
<zack>zack.. panggil je zack
<fio1>takkan zack je .. mesti ada nama panjang kan .. ;)
<zack>yang kau sibok nak tau per hal ??
<fio1>alaa jgn la cam tu ..
<zack>ermm ok lah .. Zaidy indra .. ko lak ??
<fio1>panggil je nana.. nama penuh saya Noorfiona ..thanx kerana sudi berkenalan dengan saya…
<zack>ermm .. boleh le tu ..
<fio1>seremban di mana ?
<zack>taman bahagia
<fio1>ehh saya pun di situ.. kita setaman la ye
<zack> umah ko kat ner ?
<fio1>jln 7, no 84..
<zack>oooo tah la aku pun tak tau..
<fio1> awak rumah di mana pulak??
<zack>no 1084
<fio1> oic .. tak sangka ye kita se taman
<zack>who care’s .. setaman ke dua taman ke .. janji ko bahagia ..
<fio1> ;) .. jgn lah marah .. saya Cuma excited sekejap..
<fio1>actually saya ni pun baru sampai sini.. sebelum ni saya di london belajar di sana…. Awak tak belajar ke?
<zack> oii tolong sikit .. tengok org la .. aku dah habis belajar 4 tahun dah..
<fio1>awak kerja kat mana sekarang?
<zack>aku bukak bisnes sendiri .. banyak la ko nyer soalan ni..letih nak jawab
<zack>bila ko sampai sini ?
<fio1> ;) … baru je seminggu … boring2 bukak la komputer . nampak mirc terus join ….
<zack>ermmm ye la …
begitulah permulaan perkenalan irc chatting mereka. Selepas itu setiap ptg pasti Nana akan mencari nick zack dan berbual-bual. Zack agak kasar sangat bila berbual2 dengan Nana. Tapi Nana tau, ada sesuatu yang bergolak dalam diri jejaka tersebut. Di atas rasa hati itu lah, menyebabkan Nana ingin terus mendampingi dan merapatkan dirinya dengan zack.
Setelah beberapa minggu … suatu hari tergerak Nana bertanya zack..
<zack>ermm apa dia ?? kalau soalan ko menyesakkan kepala hotak aku tak yah la tanya .. okeh ?
<fio1>ala zack .. boleh la yee .. ;)
<zack> ye la yela ..ko ni pandai la bab memujuk aku ni …
<fio1>ala .. Nana kan perempuan .. pandai la Nana pujuk zack cam ner …
<zack>yer la tu …
<zack> haaa apa dia soalan tu??lambat kang aku tanak jawab …
<fio1>kenapa zack selalu kasar-kasar bila berbual-bual dengan Nana ?
<zack> ermmm itu je soalan ko ??
<zack>aku nak tanya ko gak .. apsal ko selalu carik dan msg aku ??
<fio1>alaa sebab kita setaman .. dekat sangat … tu la leh jadi kawan rapat sangat kan..
<zack>ye la .. pandai je ko jawab .. hehehe
<fio1>ala zack jgn lah ubah topik ..
<zack>itu je ke soalan ko ? ala sikit je… kasi la selori soalan nya .. senang aku nak jawab..
<fio1>adakah Nana menganggu zack ? atau hanya Nana sorang saja yang zack buat macam ni ?
<zack> setiap perempuan aku buat macam tu … boring lah perempuan ni ..
<fio1>kenapa zack begitu … zack membenci perempuan ke ??
<zack> ahhh perempuan semua sama …
<fio1>maaf kan Nana kalau soalan itu menyentuh perasaan zack ..
<fio1> can I guest ? maybe zack pernah di kecewakan kekasih hati ??
<zack> no comment … who are u ? siapa kau nak amik tau hal aku ?
<zack> untuk pengetahuan kau .. aku bukan membenci wanita .. correction okeh .. aku cuma membenci perempuan …
<fio1>sebab apa .. kan Nana kawan zack .. zack boleh cerita kan masalah zack pada Nana .. kita boleh cari jalan penyelesaian nya bersama ..
<zack>tak payah la kau nak menyusahkan diri kau ….
<fio1>alaaa zack cerita la pada Nana .. sekurang2nya itu membantu menenangkan diri zack ..
<zack> tak payah la .. aku boleh survive .. sebelum ni pun aku macam ni juga ..
<fio1>sebab tu Nana nak tolong zack .. keluar dari kepompong itu ..
<fio1>zack .. zack citer la pd Nana ek .. boleh la zack ..
<zack>ermmm
<fio1>boleh la ekk zack .. trust me..
<zack>okeh I trust u ..
<zack>dulu aku pernah ada kekasih .. kami bercinta .. dan telah sepakat untuk sehidup semati .. tiba masa .. tanpa aku sangka dia berkawan dengan org lain .. aku ni kononnya tak nak di panggil jeles tak bertempat .. so aku buat tak kisah ..
<zack>lepas tu beberapa bulan lepas tu .. tah naper dia dah tak seperti sebelumnya .. banyak alasan bila ajak keluar dan macam2 lagi ..
<fio1>lepas tu ??
<zack>dah bbrp kali dia buat cam tu .. aku pun marah la .. dah berpuluh kali begitu ..
<fio1>oo
<zack>lepas tu dia pujuk aku dan kami berjumpa.. hubungan kembali ok .. Cuma dah tak semesra dulu ..
<zack>satu hari tah cam ner .. aku keluar ke bandar .. dah lama tak ke Bandar seremban tu .. aku pun merayau2 tanpa hala tuju .. tiba2 mata aku nampak dia berjalan dengan sorang lelaki berpegang2 tangan .. hati aku membara ..
<zack>aku terus jumpa dia .. aku tarik tangan dia .. tergamam lelaki tu .. yang lelaki tu pulak tak kata apa-apa .. diam je…. aku tanya dia .. apa ni .. sandiwara apa dia lakukan ni .. dia terkejut .. dia tanya aku .. kenapa pegi Bandar .. cari barang apa ?
<fio1>pastu awak cakap apa zack??
<zack>aku kata ngan dia .. sengaja tuhan bukakan hati aku merayau ke seremban .,. nak tunjuk kat aku ketidak setiaan seorang kekasih ..
<zack>sanggup kau lukakan aku .. dia diam je dan nangis ..,. aku tanya dia .. siapa yang ko pilih aku ke atau dia .. dia diam je …
<fio1>ermmm lepas tu
<zack>pas tu … aku pegi dari situ .. aku malas nak cakap apa ..
<fio1> ermm awak buat cam ner lepas tu ?
<fio1>elloooo awak ada tak ni zack ..
<zack>ermm ada ni .. sorry aku lambat reply …
<fio1>saya minta maaf zack .. kalau buat awak sedih ..
<zack>tak per ko nak sangat dengar citer aku .. aku citer la ..
<zack>lepas tu aku biarkan .. dalam seminggu dia call aku carik aku .. aku mengelak jumpa dia ..lepas seminggu tu .. aku call dia.. aku tanya dia pilih aku ke budak lelaki tu ..
<zack>aku sedih .. dia memilih untuk bersama lelaki tu .. sedih aku ko tau ..sedih sangat… cakap sehidup semati la…macam2 lagi .. tapi tu semua janji tinggal janji …. aku benci perempuan .. aku dah tak der hati untuk memikirkan semua tu ..
<fio1>ermm sebab tu lah ye zack berkasar dengan Nana .. tapi zack .. zack tak boleh menyalahkan org lain yg tak bersalah .. Nana tak pernah bersalah dengan zack .. org lain pun begitu ..
<zack>aku tau tu .. tapi aku dah benci perempuan ..
<fio1>zack .. jgn begitu .. setiap org berbeza sikap .. mungkin dia begitu .. tapi tak semua perempuan macam tu .. setiap org berbeza dengan yg lain .. begitu juga dengan lelaki .. Nana pun pernah mengalami pengalaman yg zack tempuhi .. Cuma bezanya .. Nana boleh berfikir .. mana yg baik mana yg buruk .. jgn terlalu ikutkan perasaan zack ..
Selepas itu baru lah Nana tau mengapa zack begitu … sejak itu setiap kali berbual Nana banyak menasihati zack .. dan selalu jugak lah Nana menerima kekasaran dan caci maki zack .. Nana tahu bukan mudah untuk mengubah perasaan kebencian zack .. ianya telah tertanam bertahun-tahun lamanya ..
mereka berdua pun masih berbual2 di irc chatting setiap petang ..
<zack>assalamualaikum Nana … puas zack tunggu Nana … lambat Nana hari ni .. kenapa ?
<fio1>Nana minta maaf pada zack .. Nana sebenarnya ada masalah sikit tadi .. tu yang lambat sikit tu .. maafkan Nana ye ..
<zack> ohh tak per la .. tapi Nana .. apa masalahnya .. cerita la pada zack .. Nana selalu menasihati zack dan terlalu mengambil berat ttg zack … biarlah kali ini zack pulak yang menasihati Nana pulak ..heheh leh jadi pakar kaunseling lak ptg ni…
<fio1>erkk .. tak de la zack ..tak de apa2 lah.. jgn lah zack bimbang
<fio1>heheh ..nakal la zack ni.. ;)
<fio1>zack .. terima kasih kerana zack telah mengembirakan Nana … terima kasih zack
<zack>ehh sepatutnya zack yang berterima kasih pada Nana .. kerana telah banyak menyedarkan zack ttg erti sebuah persahabatan dan kasih sayang .. mengambil berat antara satu sama lain…
<fio1>kan itu tugas kita sebagai manusia di muka bumi ni .. Bantu membantu .. tak gitu zack??
<zack>Nana … ermm
<fio1>naper zack ?? ada masalah ke ?? cerita la pada Nana ..
<zack>ermmm Nana .. tak de masalah lah .. Cuma …
<fio1>Cuma apa zack ??
<zack>ermm Nana .. zack nak berterus terang pada Nana .. yang ..
<fio1>laaa zack ni buat suspen Nana je .. zack cerita la .. naper putus2 ??
<zack> ;) J ;) yer la tuan puteri yang baik hati ..
<zack> zack sebenarnya …
<fio1>ish zack ni .. sebenarnya apa .. cakap la betul2 ..
<zack>Nana .. zack sebenarnya .. telah jatuh hati pada Nana .. walaupun zack tau .. kita se taman .. tapi kita tak pernah berjumpa .. tapi zack tak kira .. Nana cantik ke hodoh ke .. yang pasti zack telah tertawan pada budi bahasa dan bantuan Nana …nasihat Nana banyak menyedarkan zack .. zack banyak berubah kerana nasihat Nana .. terima kasih Nana .. zack sayangkan Nana ..sayang sangat-sangat pada Nana..
<fio1>zack .. zack tahu tak .. Nana sangat terharu dengan ucapan zack .. zack … Nana sebenarnya pun sejak dulu menyukai zack .. bila zack dapat berubah .. Nana sangat gembira sehinggakan mama dan papa pun terkejut dengan perubahan anak perempuan dia sorang ni .. terima kasih jua Nana ucap kan pada zack ..
<zack>maksud Nana .. Nana terima zack ??? thanx Nana … Nana la satu2 nya di dalam hati zack
<fio1>yer lah kan .. secara tak lansung .. bila Nana Bantu zack .. zack berubah .. dan Nana pun berubah juga ..
<zack>maksud Nana ??
<fio1>ehh tak de apa2 la …
<zack>kenapa Nana macam selindungkan sesuatu dari zack ..
<fio1>tak de la .. Nana tak der selindungkan apa2 ..
<fio1>zack .. Nana nak keluar dulu ni .. dah senja tak lama lagi maghrib .. Nana nak solat pula .. zack solat ye .. jgn tinggal sembahyang … ingat lah zack ..berkawan biar beribu .. berkasih biarlah satu .. ;)
<zack>ye Nana .. terima kasih sayang ..
<fio1>sayang zack balik .. jaga diri zack baik2…
<fio1>assalamualaikum .
<zack>terima kasih … waalaikumussalam .. n
Zack sangat gembira kerana Nana telah menerima luahan hatinya .. rupanya dia tak bertepuk sebelah tangan .. Nana Nana … zack merinduimu .. esok ptg zack tak nak berbual2 di irc chatting lagi .. tapi zack akan pergi berbual2 di halaman rumah Nana .. berbual di dunia yang sebenar .. ishhh tak sabar-sabar rasanya hati ku ni ………..
Esok petang dalam pukul 4.00 ptg zack pun telah tercegat di depan rumah bernombor 84. zack membunyikan loceng berulang kali. Tidak berapa lama, keluar seorang perempuan Indonesia. Mungkin org gaji nya tak, agakan di kepala zack,
“assalamualaikum makcik, ni rumah Noorfiona ke ? “
terdiam kejap.
“anak ni siapa ya ?? mau apa ketemu sama cik Nana?”
“saya ni kawan Nana, dia ada di rumah tak ??” ishh macam polis lak makcik ni ..
“ermm … bawak bersabar nak, Nana baru berangkat ke london tengahari tadi .. dia jatuh sakit lagi macam tengahhari semalam, dia terpaksa di rawat di sana.”
Zack terus
lemah longlai .. dan terus jatuh melutut …Ya allah..patut lah dia lambat
masuk semalam .. rupanya dia jatuh sakit.. aku baru ingin mengecap
kebahagiaan ..
apakah kesalahan hambamu ini .. sebegitu hebat dugaan mu .. sabar zack sabar .. mengucap banyak-banyak.. zack cuba menyabarkan dirinya sendiri..
“makcik apa penyakit Nana tu?” ya allah .. mengapa kau rahsiakan penyakitmu itu Nana.. mengapa kau sanggup menderita keseorangan.. mengapa ……….
“sabar nak .. sabar .. banyakkan bersabar .. penyakitnya agak teruk saat-saat ni .. dia berdegil dan banyak kali menangguhkan pembedahan .. sebab itu lah dia berkeadaan begitu … tapi dalam sakit dia tetap bergembira .. sangat ceria dan yakin .. dia melawan kesakitan dia” ya allah Nana .. sanggup Nana menderita kerana zack .. Nana zack menyintaimu sepenuh hati .. takkan zack bahagikan hati zack ni walau secebis Cuma pada sesiapa perempuan pun ..
“makcik .. katalah yang sebenarnya .. apa penyakit yang di hadapi oleh Nana ??” kesian anak muda ni .. semua ini adalah dugaan tuhan….agaknya dia lah jejaka yang di ceritakan selalu oleh Nana itu … kesian dia ………
“nak ..bersabarlah… dia menghidap barah rahim” ya allah .. benarkah apa yang ku dengar ni .. ya allah .. kau selamatkan lah Nana .. kau selamatkan lah dia ya allah .. aku mohon padamu ya allah .. kau selamatkan lah dia ..
“nak .. balik lah dulu .. kalau ada apa2 berita nanti makcik kasi tahu sama kamu iya.” Dengan penuh lemah longlai zack balik ke rumah dengan penuh penyesalan dan terkilan kerana tak dapat berjumpa dengan Nana .. setiap selepas sembahyang fardhu .. dia sentiasa mendoakan keselamatan Nana .. sudah beberapa hari dan telah tak terkira banyaknya dia ke rumah bernombor 84 tu .. untuk mendengar berita terbaru mengenai Nana .. akhirnya dia bersyukur .. bila mendengar Nana selamat menjalani pembedahan ..
minggu ke empat .. zack berpeluang berbual2 dengan papa Nana ..hanya papa Nana saja kembali ke malaysia untuk urusan perniagaannya .. mama Nana masih di sana menjaga Nana… papa Nana menyabarkan zack .. mengalir air mata zack di depan papa Nana .. papa Nana menyatakan .. Nana tak mahu kembali ke Malaysia ..mama Nana menjaga Nana di sana.. kata papa Nana lagi .. biarlah hatinya sembuh dan dia dapat merawat kesedihan hatinya .. papa Nana menyatakan lagi bahawa yang Nana selamat menjalani pembedahan .. dan telah membuang saluran peranakan Nana untuk menyelamatkan nyawa Nana .. zack sedar .. Nana tidak akan boleh melahirkan anak .. tapi zack juga sedar hatinya tetap pada Nana .. tiada dua atau tiganya ..
Zack sungguh hiba dan menangis semahu2nya di bahu papa Nana .. sabarlah zack .. Nana tu juga anak tunggal papa .. papa pun sangat sedih .. tapi apa yg dapat di lakukan .. itu semua takdir tuhan .. kita hanya mampu bersabar…
Sudah tiga hari zack tidak dapat tidur dan menangis semahu2nya di dalam bilik .. dia pun tak keluar bekerja .. kalau dulu dia akan keluar bekerja dan tak sabar-sabar untuk pulang ke rumah … selalunya .. pukul 3.30ptg dia dah tercegat di halaman rumahnya .. makan mandi dan terus ke meja komputer untuk berbual2 bersama Nana .. tapi tidak kini .. semuanya itu hanya tinggal kenangan ..
Hari ke empat .. tergerak hati zack untuk membuka email .. tidak tersangka zack .. ada email dari Nana .. zack membukanya dengan penuh debaran..
Assalamualaikum zack ..
apa khabar zack di sana .. tentu zack tertanya2 .. kemana hilangnya Nana …
zack .. Nana minta maaf pada zack .. Selama ini Nana merahsiakan perkara ini .. mungkin zack dah tahu segalanya dari papa kan ..
zack .. ketahuilah .. Nana bukan sengaja untuk merahsiakan perkara ini .. tapi Nana tak mahu menjatuhkan keyakinan zack untuk mengubah diri dan sikap zack … Nana gembira .. walau kita baru mengenali erti sayang antara kita .. telah hadir musibah ini .. Nana tetap gembira zack .. gembira .. kerana Nana dapat mengubah sikap zack ..
Zack .. tapi Nana kecewa zack .. kecewa kerana tak mampu membahagiakan zack….
Tapi Nana yakin dengan zack .. zack takkan menduakan Nana .. Cuma satu permintaan Nana .. jika zack telah berjumpa dengan org lain yang lebih baik dari Nana .. zack terima lah dia .. zack kahwini lah dia .. moga zack gembira .. tentang Nana .. lupakan saja .. Nana akan dpat meneruskan kehidupan ini .. insyallah .. zack .. ketahuilah zack .. Nana amat menyanyangi zack .. menyintai zack .. tapi keadaaan ini menghalang hubungan kita .,. Nana sedar ..
Cuma .. jika kita ada jodoh .. insyallah walau sebagaimana hebatnya dugaan ini .. kita akan tetap dapat mengharunginya ..
Zack .. insyallah satu hari nanti kita akan berjumpa .. Cuma biarlah sekarang ni Nana dalam hidup Nana .. usahlah zack mencari Nana.. Nana akan tabah mengharunginya ..
insyallah .. satu masa nanti kita akan berjumpa ..Cuma satu pesan Nana pada zack ..
Berkawan biarlah seribu .. berkasih biarlah satu …
Akan Nana sematkan dalam hati .. kenangan2 kita yang dahulu .. Nana akan mengimbas dan menyimpan segala2nya di lubuk hati Nana..
buat pengetahuan zack .. Nana pernah berjumpa dengan zack .. tapi dari jauh .. melihat zack pulang ke rumah dari bekerja .. itu lah kenangan yang tak akan Nana lunturkan dari ingatan Nana.... Nana rasa Nana lah yang menyambut kepulangan zack dari kerja ..
zack .. Nana merinduimu selalu ..
Tak perlu lah zack hantar email pada Nana .. tunggu la saat dan ketikanya Nana akan kembali .. terpulang pada zack untuk meneruskan kehidupan zack .,.. Nana harap zack memahami diri Nana ..
Assalamualaikum ..
Iklas dari,
Noorfiona Bte Abdullah James
________________________________________________________________________
Jika panjang umur .. kita akan berjumpa .. zack akan tetap menunggu kepulangan mu sayang … zack memahami keadaaan dan situasi diri Nana .. zack sayang pada Nana … sayang Nana.. sayang sangat-sangat pada Nana .. tak mampu zack luahkan segala perasaan zack ini .. zack amat menyintai mu sepenuh hati zack .. Nana lah ratu hati zack .. Nana lah puteri di diri zack .. Nana lah segala2nya untuk zack .. akan zack menantikan saat bahagia itu …balik lah sayang .. balik lah .. zack merinduimu sangat.. balik lah Nana .. kasihanilah zack … balik la ke sini … zack tak tahan menangung perasaan ini sendirian.. Nana balik lah ke sini .. zack ingin benar berjumpa dengan Nana .. balik la sayang … zack rindu sangat-sangat dengan Nana…..
________________________________________________________________________
dalam masa 5 tahun tersebut ..terlalu banyak rintangan dan dugaan yang telah di alaminya .. ramai yang menawarkan diri untuk menjadi kekasih zack .. tapi semua tidak berjaya menambat hati zack ..paling lama pun hubungan tersebut sebulan setengah.. ada juga yang seminggu 2 dah putus…. Zack masih tetap yakin yang hubungan cintanya dengan Nana masih tetap utuh dan bersemi… rasa bersalah menduakan Nana banyak kali berlaku bila zack menerima perempuan lain dalam hidupnya… sebab itu lah hubungannya dengan perempuan lain tidak kekal… kerana zack sedar .. hati dan perasaannya tetap satu .. pada mu Nana….. tetap padamu …
Nama Noorfiona tetap abadi di dalam hatiku …
zack mengalirkan air mata …
Telah banyak kali rakan dan sahabat zack menasihati zack agar melupakan Nana entah Nana masih tetap setia dengan zack lagi atau tidak… buat apa di kenang orang yang tiada di depan mata dan berbagai-bagai lagi kritikan yang di lemparkan mereka.. tapi zack tetap yakin cintanya pada Nana dan yakin Nana bukanlah perempuan yang akan mengkhianati cintanya…. Dia tetap teguh akan pendiriannya walaupun ada yg menasihatinya mencari perempuan lain dan bernikah.. tapi di hati zack.. mereka tak memahami perasaan zack.. lebih-lebih lagi kerana Nana lah dia dapat berubah menjadi sekarang ini… kalau tidak masakan dia mampu bergaul dengan perempuan lain sama ada di irc atau di dunia luar itu… semangat cinta Nana banyak mempengaruhi kehidupan zack.. setiap apa yang akan di lakukannya akan tergambar wajah Nana. Adakah apa yang akan di lakukan ini akan mengembirakan hati Nana atau sebaliknya … Di dalam dompetnya terselit gambar berukuran IC yang di dapatinya dari makcik Indonesia orang gaji di rumah Nana tersebut.. itu pun telah berkali-kali dia mengunjungi rumah tersebut.. merayu-rayu pada makcik tersebut dan akhirnya makcik itu mengalah dan memberikan gambar Nana tu padanya… masih di simpan sehingga kini …
Apabila bersendirian, kerap kali air matanya gugur merindui Nana, acapkali air mata jantannya gugur.. org lain tidak pernah mengetahui keadaan itu, hanya zack seorang …
Selalunya bila keadaan itu berlaku, zack akan membiarkan fikirannya mengimbas kembali segala-galanya… dan selalunya dia akan hampa dan terkilan kerana kelambatan tersebut, akhirnya tidak menjanjikan perjumpaan nya itu bersama Nana.. selalunya dia menyalahkan dirinya.. kalau dia tahu hari itu dia akan mengambil cuti dan datang pagi-pagi lagi ke rumah Nana … jika dia cepat bertindak dia akan dapat menemui Nana.. dan bila tersedar dia akan cepat-cepat beristighfar … itu semua dugaan tuhan kepada hambanya ..
Ramai juga yang menasihatinya agar mengambil penerbangan ke London dan menemui Nana di sana… tapi zack tetap dengan pendirian… biarkan lah Nana pulang sendiri.. bila benar-benar hatinya sembuh dan terbuka untuk kembali .. dia akan kembali .. zack akan tetap menunggu… kerana zack faham… situasi yang berlaku pada Nana, dia menghormati pendirian Nana.. lebih-lebih lagi itu lah pemintaan Nana .. takkan dia melanggar permintaan orang yang di sayanginya .. di kasihinya …
setiap kali bersujud pada Allah .. setiap kali selepas solat .. pasti zack mendoakan agar hati Nana sembuh dan kembali ke Malaysia .. kembali pada zack .. dan saat itu zack akan melamar Nana .. akan menyunting Nana menjadi isterinya yang sah .. tentang anak zack akan berbincang dengan Nana untuk mengambil anak angkat .. zack akan tetap mengambil Nana menjadi isterinya yang sah.. tiada siapa yang layak untuk itu .. hanya Nana lah seorang ..
________________________________________________________________________
Ku
Takkan Bersuara(Nike Ardilla)
izinkan cintaku .. berbunga di hatimu …
biar terus mekar … jadi kenyataan ..
telah lama .. ku dahaga ,…
belaian seorang insan..
semoga bersama mu ..ceria hidupku ..
ku tak akan bersuara ,..
walau dirimu kekurangan ..
hanya setiamu itu ku harapkan ..
ku tak akan menduakan ..
walau kilauan menggoda ..
kasih dan sayangku .. tetap utuh .. untukmu ..
hanya ku pinta darimu ..setialah selamanya ..
sehingga abadi …cinta ini sayang .. itu ku doakan ….
Nana telah kembali dari Malaysia .. baru tadi Nana msg di di irc .. berbual-bual dengan nya .. hati zack berbunga-bunga ceria .. zack berkejar ke rumah Nana … dan terus masuk ke rumah Nana .. memanggil2 Nana .. Nana keluar dengan senyuman yang penuh bererti .. zack terus melamar Nana .. “Nana sudikah Nana menjadi isteri zack? Menjadi suri hidup zack?menjadi penasihat zack ?menjadi menteri dalam istana kita? Sudikah Nana .. ?” mengalir laju air mata zack .. Nana di lihat hanya senyum dalam tangisan dan tertunduk membisu .. dan akhirnya mengangguk lembut ..zack terus merangkul Nana sekukuh2nya .. rasanya tak ingin lagi berjauhan dengan kekasih yang amat di sayanginya itu .. yang amat di cintainya ..
“bangun zack .. bangun .. dah pukul 6.30 pagi ni .. bangun .. ish mengingau ke budak ni .. peluk bantal tu kuat2 .. isk .. bangun zack..sembahyang subuh zack” kejut mak nya .. “ermm … ergkkk” mengeliat zack terus terduduk .. di raba matanya .. basah .. mengalir air matanya… macam benar2 di laluinya mimpi tersebut .. perlahan-perlahan dia imbas kembali mimpinya yang indah tu .. hiba sunguh hatinya .. sedih tak terkira ..
insyallah .. impian ku akan menjadi kenyataan tidak lama lagi .. sudah 7 tahun aku menunggu mu sayangku Nana .,.., insyallah .. allah akan perkenankan doaku ini .. zack terus mandi dan terus mengerjakan solat subuh .. dan selepas solat dia tidak lupa juga mendoakan keselamatan diri kekasih yang dia cintai serta berdoa agar dia akan bertemu dengan nana …
pagi itu dia pergi bekerja dengan penuh semangat .. penuh keyakinan .. bahawa tidak lama lagi Nana akan kembali ……………….
Hasil nukilan ………… Email Me
**Hak Cipta Terpelihara**
***C-point Internet Station***
Lagu Tema:- Ku Takkan Bersuara (Arwah Nike Ardilla)
Ps://nak feeling bukak la lagu tema ni … ;)