35
Lan tidak tahu apa yang patut di lakukan pada cuti tersebut. Bukannya sekejap, dekat 4 bulan sementara menanti keputusan. Lalu hari minggu itu dia keluar ke bandar. Bersiar-siar bersendirian.
Setelah puas merayau di shopping kompleks. Dia lalu menuju ke Mahkota parade. Dia bercadang untuk menonton wayang gambar. Sesampainya lan di GSC dia lalu membeli tiket.
“haiii .. cerita apa ??” tanya akak yang menjaga kaunter tu.
“ermm .. bagi la apa-apa kak.. citer apa yang dah nak on.”
“lagi 10 minit .. itu yang paling cepat .. tajuk movie nya ‘The Count Of Monte Carlo’.”
“ermm boleh la kak.”
“adik nak berapa tiket?”
“satu jer ..”
“aikss .. satu je ker ??”
“ha ah .. dah saya datang sorang je.”
“muka hensem cam ni .. tak de makwe ker dik ??’
“tak de siapa nak kak…”
“akak nakk.”
“haaaaaaaa~~!!”
“hehehe .. akak gurau je .. nah tiketnya.” Setelah lan membayar harga tiket .. lalu dia terus berjalan menuju ke cinema shop. Membeli pop corn dan air coke. Selepas itu lan menuju ke pintu complex dan memberikan tiket kepada penjaga di situ. Lalu dia masuk ke dalam panggung wayang.
Cerita yang dia nengok itu boleh tahan juga. Tapi yang tak tahannya.. orang di sebelah kanannya. Sepasang kekasih. Kita nengok wayang .. dia pi buat wayang plak.. bentak hati lan…
Setelah movie itu tamat, lampu di buka. Lan mengangkat punggung perlahan-lahan. Sempat lagi di tolehnya ke sebelah kanan. Melihat pasangan kekasih yang bercumbuan semasa movie berjalan. Perempuan itu hanya tersipu-sipu malu bila lan memandangnya.
Lan keluar dari panggung dan menuju ke stesen bas. Lalu dia menaiki bas pulang ke rumahnya.
Sesampainya di rumah. Dia dapat mendapati ada sepucuk surat di peti box. Lalu dia membukanya.
Aiksss … surat dari mawar!!!! Lan terkejut. Cepat-cepatnya di buka surat itu. Di dalam surat itu terkandung surat jemputan untuk memasuki satu program yang di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan. Program itu di namakan Program Khidmat Sosial Negara. di dalam surat mawar itu juga terkandung satu memo yang bertulis dari mawar dan tertera no telefon milik mawar.
Lan tiba-tiba teringatkan mawar, nani, nana, dan sri.
Dah lama aku tak jumpa mereka !!
Lan lalu terus ke meja telefon dan mendail no telefon yang tertera di kertas tersebut.
“assalamualaikum..”
“waalaikumussalam .. nak bercakap dengan siapa ??” suara perempuan kedengaran di sana.
“saya izlan .. saya ingin bercakap dengan mawar. Dia ada??”
“ohh .. ni adik dia .. ermm .. kak ngah dia pergi padang .. abang gi la sana.”
“iyeeee ker ?? dia berapa orang ??”
“tah .. kawan-kawan dia la kut .. tadi diorang ramai kat sini.”
“ohh kalau cam tu .. tak per la ye dik .. terima kasih .. assalamualikum.”
“walaikumussalam.”
Lan lalu meletakkan ganggang telefonnya. Lalu dia memandang jam di dinding rumahnya.
Masih awal lagi .. baru pukul 5.30 .. boleh la aku ke sana kejap.. mak dengan abah pun tak balik lagi ni…
Lalu lan keluar dari rumah. Dia mencapai sepasang sandle nya dan terus menuju ke padang. Dia menempuh beberapa blok rumah untuk sampai ke padang tersebut.
Sesampainya di sana. Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat mawar, sri, nani dan nana. Dia melaung mereka sambil bekejar ke arah mereka.
“haiiiiii .. koranggg bila balik .. woi aku rindu ngan ko semua …”
“laa .. kitorang dah 2 minggu sampai… kau je sombong .. tak keluar-keluar rumah.” Kata mawar.
“ha ah .. betul kata mawar.” Nani menambah.
“wehh .. korang tak rindu aku ker ??”
“hehehe apa lak tak rindu, kitorang tunggu je kau keluar dari kebuk rumah kau tu .. tak gak nampak-nampak wajah.” Nana bersuara.
“alahai .. ada .. Cuma jarang keluar ..”
“tadi tengahhari aku datang rumah kau .. puas aku panggil .. kau gi mana ?? lastly aku letak je surat tu dalam box kau.”
“alahai sorry .. aku ke bandar .. tu la aku dapat baca surat kau bagi tu .. terkejut aku .. tu yang aku call rumah kau .. tapi adik perempuan kau kata kau ngan kawan-kawan ada kat padang .. terus aku bekejar ke sini.”
“heheh .. kau gi bandar ngan siapa ??”
“sorang je la ..” lalu mereka terdiam. Lan pun begitu.
“wehh lan .. cam ner .. nak join tak program tu.” Tanya nana. Lan rasa perbezaan pada diri nana. 2 tahun dulu nana lah seorang gadis yang pendiam, tapi tidak kini. Dia dah berani berbual dengan rakan-rakan mungkin hasil dia belajar di asrama kut.
“ermm .. insyallah .. kalau aku free .. pasti aku join nyer. Ermm kalau aku ajak member aku boleh tak?”
“boleh, apa salahnya..hehe.. dan kau pulak jangan tak join .. kami semua pergi .. termasuk diana dan zaimi…..opsss” nani terus menutup mulut.
Mawar menolak badan nani dengan bahunya sebagai memprotes kesilapan yang di lakukan.
“alaa .. aku tak kisah la mawar … tak per. Nani ada hak cerita pasal tu.” Kata lan.
“tak de la .. aku tak mau kau kecik hati nanti.”mawar menjelaskan.
“alaaa aku tak kisah.”
“ermm lan .. aku minta maaf.” Nani bersuara.
“alaa kau tak salah apa-apa .. aku ngan diana pun dah tak de apa-apa.”
“tapi lan .. diana masih sayangkan kau.”
“ishh .. tak mungkin .. dia kan dah ada zaimi.”
“entah la lan .. tapi aku nengok dia tak de perasaan apa-apa dengan zaimi. Cuma zaimi je yang lebih-lebih. Aku tak suka zaimi dengan diana lan. Aku lebih suka lihat kau dengan diana .. sepadan secocok.” Kata nana menyampuk.
“dah la .. tak mau la citer pasal tu .. aku ngan dia dah tak de apa-apa.”
“betul kata lan .. tak payah la citer sal tu lagi.” sri pulak menyampuk setelah sekian lama mendiamkan diri melihat rakan-rakannya berbual. Di dalam hatinya sungguh simpati dengan apa yang berlaku pada lan dan diana.
Setelah berbual-bual agak lama. Lan pun meminta izin untuk pulang. Lalu mereka semua pun pulang ke rumah masing-masing.
36
Malam itu, lan terus menelefon azah, cadangnya mengajak azah untuk turut serta dalam program tersebut. Dia lalu mendail no telefon rumah azah.
“assalamualaikum.”
“waalikumussalam.”lan mendengar suara perempuan, kemungkinan emak azah.
“makcik .. ni lan ni ..boleh lan bercakap dengan azah.”
“ohh lan .. azah tak de lan .. dia pergi rumah pakciknya di penang.”
“urpss .. bila perginya makcik?”
“baru semalam. Pakciknya datang ke sini semalam. Terus dia ikut pakciknya ke sana.”
“ohh begitu. kalau macam tu tak per la makcik ye.”
“ermm ada apa-apa pesanan ke ?? mana tau karang dia call .. boleh makcik cakapkan.”
“errr~~ tak ade apa-apa la makcik. Saja je call dia ..”
“ohh macam tu ke.”
“ye makcik .. ok la ye makcik .. lan ada kerja sikit.. assalamualaikum.”
“walaikumussalam.”
Lan meletakkan ganggang telefon lalu berfikir sejenak. Lan terus mendail no telefon rumah fian. fian yang mengangkatnya.
“assalamualaikum.”
‘waalaikumussalam. Haa lan .. ada apa ??”
“tak de .. kau free ke cuti ni ?”
“naper pulak lan.??”
“tak de .. ada satu program ni .. program khidmat sosial negara anjuran KBS. Kau nak join tak ??”
“apa KBS tu ??”
“Kementerian Belia Dan Sukan.”
“oooo .. ye ker ?”
“ha ah la fian.”
“kau nak join tak ??”
“ermm .. aku ajak lin skali.”
“apa salahnya .. kalau nak nanti aku kasi borang nya.”
“ok .. esok kau turun la mahkota .. aku, lin dengan kawannya ada kat sana .. esok ada show.”
“ohh ye ker .. allrite .. esok kita jumpa kat sana .. pukul berapa fian?”
“dalam pukul 11.30 .. tunggu kat pintu depan.”
“okey .. cantik.” Lan terus meletakkan telefonnya .. lalu pergi ke biliknya.
Mak dengan ayah ada di biliknya. Adik-adik nya pulak di bilik atas. Bilik televisyen no 2 selain televisyen di ruang tamu. Bilik lan di bawah.
Sambil lan duduk, dia terus mencapai majalah. Lalu membacanya. Entah apa di bacanya. Sedangkan otaknya ke tempat lain. Dia teringat kata-kata nani siang tadi di padang.
boleh, apa salahnya..hehe.. dan kau pulak jangan tak join .. kami
semua pergi .. termasuk diana dan zaimi…..opssss..
Hati lan terusik bila terkenangkan kata-kata tu.
Satu masa dulu, masa ada program dia berdua dengan diana. Tapi sekarang ni, dia dan diana bukan lagi seperti dahulu.
Kalau pun dia pergi ke program tersebut. Dia dengan diana tak dapat lagi macam dahulu. Berbincang bersama. Bergurau senda. Sungguh rapat dan mesra dia dan diana pada masa itu.
Sekarang apa yang tinggal hanya kenangan. Kenangan yang tak luput dari mindanya.
Lan tanpa sedar mengalirkan air matanya.
Argghhhh tak boleh jadi… aku tak kan join program tu .. tak sanggup
aku melihat kemesraan mereka berdua nanti .. huh~~!! aku mesti balik kampung …lepak
kat kampung sampai result keluar …
Esoknya lan keluar dari rumah lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sesampainya di mahkota lebih kurang pukul 10.20. setelah dekat 15 minit menunggu. Lan di tegur oleh fian dari belakangnya. Di samping lan ada lin dan seorang perempuan lain yang tak di kenalinya. Setelah memberikan borang lan terus meminta izin untuk pulang dahulu. Fian tercengang melihat lan. Tak pernah-pernahnya dia begitu.
Sebelum balik lan sempat meminta lan menghantar borang itu sendiri ke jabatan belia dan sukan daerah. Lalu lan terus pulang. Puas fian mengajak lan berjalan bersama dulu. Tapi lan berkeras nak pulang juga.
Ada hal penting katanya.
Sesampainya di taman. Lan terus menuju ke rumah mawar. Dia terus berjumpa dengan mawar.
“mawar .. aku tak dapat join program tu .. aku dah kasi borang tu kat kawan aku .. dia dan awek dia pergi .. aku minta maaf mawar.”
“larr .. sampai hati kau lan.”
“entah la mawar .. aku rasa aku tak patut ada dalam program tu .. dia dengan orang lain .. aku tak sanggup lihatnya ..”
“aku faham perasaan kau lan .. tapi kau buat tak tau je dah la.”
“mana mungkin mawar .. aku ngan diana hampir 2 tahun setengah, tiba-tiba sekarang aku nengok dia dengan orang lain … hancur hati aku mawar … aku boleh bangun .. selagi aku tak lihat dia .. tapi kalau aku lihat dia .. aku terus jadi lemah .. hati aku berdebar-debar .. ermm .. kau sampaikan salam sayang kat dia nanti ye mawar .. aku balik dulu.”
“errrr~~~ errrrr~~ lannnnn… nanti la dulu.”
Lan telah berlalu pergi bila mawar memanggilnya. lalu lan terus memberhentikan langkahnya.
“naper mawar?? Ade ape??”
“kau nak kemana kalau tak join program ni ??”
“ermm mungkin aku balik kampung.”
“lan .. kalau cam tu .. lepas aku abis program nanti .. kalau senang kau call la ye …”
“insyallah .. jaga diri bebaik mawar .. kirim salam pada kawan-kawan lain. Bye.”
“bye.”
Mawar memandang rakannya itu melangkah pergi.
Lan… lan… kesian kau .. aku pun tumpang sedih di atas apa yang
berlaku pada kau dengan diana .. aku harap kau tak putus asa..
37
Petang itu mawar, sri, nani dan nana tengah menikmati minuman petang di rumah sri, bila diana datang ke rumah sri.
“weii puas aku carik korang … rupanya kat sini.”
“hehehe .. kesian kau .. haa apa citer??”
“tak de .. saja je nak borak-borak.. ermm macammana program minggu depan ??”
“macammana apa .. on la.”
“ermmm .. korang semua pergi ke ??”
“mesti la .. mesti kitorang pergi ..”
“ooo kalau cam tu best la .. ni borang aku dengan zaimi.”
“ermmm….” Mereka semua terdiam.
“heii``!! naper diam semua ni.”
“kau tak patut buat lan macam tu.” Nani bersuara
“erkk .. naper ??”
“tak de la .. naper kau ajak zaimi??” nani menambah.
“laaa dah dia ada kat rumah aku, masa mawar datang jemput aku join program ni dulu .. bila dia dengar .. apa lagi dia pun sibuk la dia nak join.”
“ermm sebenarnya macam ni diana.. sebelum tu aku minta maaf. Semalam kitorang jumpa lan, dia carik kitorang kat padang, lepas tu kitorang pun borak-borak .. nani terlepas cakap kau dengan zaimi join.. terus berubah muka lan… memula semalam dia cakap nak join.. tadi dia jumpa mawar kata dia tak dapat join .. dia hantar kawannya 2 orang join program tu.” terang nana panjang lebar.
“jadi ?? dia tak join sekali ??” dia bertanya.
“takk .. dia cakap dengan aku .. dia tak sanggup lihat kemesraan korang berdua nanti .. dah cukup dia tersiksa diana .. dia tak mau lukanya semakin dalam.” Mawar menambah.
“abis dia ada cakap dia nak kemana ??”
“ermm dia kata nak balik kampung .. sampai result keluar.”mawar berkata.
“iskkkkkk .. bak sini borang tadi ..” diana meminta borang itu kembali.
Mawar menghulurkan kembali borang tersebut kepada diana dengan berbagai persoalan.
“ni borang zaimi .. ko ambik .. borang aku ni koyakkan je .. aku tak mau join.” Terus diana koyakkan dan bawa surat program itu ke dapur rumah sri dan membuangkannya ke dalam tong sampah.
“jadi ?? ko pun tak nak join sama program tu ??”
“dia tak join aku pun tak mau …”
“laa abis zaimi ??”
“dia ngan aku mana ada apa-apa .. zaimi pun tak kisah kalau aku tak pegi.”
“laaa .. tak faham aku dengan perangai kau ni diana.”
“aku ingat .. dalam program tu aku nak jumpa terus terang dengan dia ..”
“kau tak de masa lagi diana.. baik kau jumpa dia sekarang .. atau call dia ..”
“ermm ok la .. aku balik dulu.”
“okey diana .. hati-hati jalan.”
“okey .. thanx.”
Mereka semua memandang diana berlalu pergi.
38
Sekembalinya lan dari rumah mawar. Lan terus menelefon ayahnya di pejabat. Meminta izin untuk balik ke kampung. Kampung lan di kuala pilah. Setelah meminta izin dari ayahnya dan mendapat keizinan. Lalu lan terus mendail handset mak nya.
“assalamualaikum mak.”
“haa lan .. ada apa ??”
“tak de apa mak .. lan nak minta izin .. nak balik kampung ..”
“laaa .. kut ye pun tunggu la mak dan abah balik ..”
“erm .. mak ngan abah tak tentu balik kul berapa ..”
“abis .. adik-adik lan cam ner ??”
“kak ngah kan ada ..”
“ermm ok la .. ni lan nak balik ada duit tak ??”
“duit tambang dengan dua tiga hari ni ada lah ..”
“ermm nanti esok mak masukkan dalam akaun bank along ye, along bawa la card bank along tu.” Begitu lah panggilan lan dalam keluarga. Kadangkala mereka memanggilnya lan .. kadangkala along.
“baik la. terima kasih mak.”
“sama-sama. Along jalan baik- baik ye, haa panggil angah jap .. mak nak cakap dengan dia.”
Lalu lan memanggil adik no 2 nya itu yang bernama fea. Setelah angah mengambil ganggang telefon dari lan. Lan terus masuk ke dalam bilik dan mencapai baju-baju dan keperluan yang lain.
Dia lalu memasukkan barang-barang tersebut ke dalam beg pakaiannya. Setelah itu lan keluar dari biliknya dan bercakap dengan fea dan rina mengatakan yang dia ingin pulang ke kampung.
Kedua adik nya itu hanya mengangguk sambil memandang lan. Begitu lah mereka, kurang interaksi sesamanya. Cuma fea dengan rina yang banyak bercakap bila sesekali berjumpa di rumah.
Setelah memakai kasut lan terus keluar dari rumahnya sambil di perhatikan adiknya yang dua orang tu.
39
Tergesa-gesa Diana berjalan. Sesampainya di rumahnya. Diana lalu masuk menuju ke meja telefon rumahnya itu. Dia lalu mencapai telefonnya. Lalu mendail ke rumah lan.
“assalamualaikum.. siapa di sana?”
“ni fea ..”
“fea ?? ermm lan ada ??” diana tertanya-tanya siapa fea.
“ohh abang long .. dia baru je keluar ..”
Baru la diana teringat yang adik no 2 lan adalah fea ferina. Lan ada menceritakan padanya satu masa dulu.
“emm ada dia kata dia kemana tak fea ??”
“dia kata dia nak balik kampung ..”
“larr .. “
‘ermm akak ni siapa ?? makwe dia yee ..hehe.”
“akak diana ni ..”
“ooo … gitu.”
“ada dia cakap bila dia nak balik tak fea ..”
“entah .. dia tak cakap pulak apa-apa. Cuma dia cakap dia nak balik kampung ..”
“ooo .. kalau cam tu tak per la ye ..”
“okey kak .. terima kasih call ..”
“sama-sama.” Klick!!~~ .
Diana terus meletakkan telefon. Dia lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.
Iskkkk apa aku nak buat ni … aku dah terlepas peluang nak menerangkan perkara sebenar pada lan .. arghh aku tak berpeluang dah .. kata diana dalam hatinya.
Dia lalu membuka surat-surat lama lan dan melihat wajah lan dalam potret simpanannya.
Lan cute ..
Diana mengalirkan air mata cintanya di atas surat cinta Izlan
itu…..
Diana termenung mengenang kenangan masanya bercinta dengan Izlan.
Arghhh alangkah bahagianya di kala itu…
Saat itu, siapa pun tidak dapat menyangkal kebahagiaan yang mereka berdua alami. Semua melihat mereka dengan mata yang penuh cemburu..
Hanya Mawar, Sri, Nani dan Nana yang memberi semangat dan dorongan pada Diana dan Izlan meneruskan cinta mereka.
Cinta ku begitu kuat untuk mu Izlan … aku tidak mampu menipu diriku sendiri selamanya ..