40
Lan menaiki bas menuju ke seremban. Sesampainya di seremban dia lalu berjalan bersendirian di Terminal 1. dia berjalan tanpa arah tujuan.
Selepas itu dia teringatkan abang saudaranya. Terus lan mencari public. Dia mendail no telefon handset abang saudaranya. Setelah agak beberapa ketika. Abang saudaranya mengangkat telefon tersebut.
“haaaaa lan .. apa hal tu?”
“tak de .. lan ni kat terminal .. abang sabu kat mana ??”
“kat melaka la .. mana lagi .. ada kelas… lusa hari jumaat .. baru abang pergi seremban .. kau buat apa kat sana?”
“oo tak de .. kan sekarang cuti .. ingat nak balik kampung, nak lepak sana ..”
“kat mana ?? kelantan ker ??”
“tak la .. belah abah .. kat pilah.”
“ooo ..”
“tu la .. ingat abang lan ada tadi .. boleh gak lepak-lepak dulu kat senawang.”
“ermm .. abang datang sana hari jumaat ni. Ermm tapi kalau kau nak pegi senawang .. call la abang sepol .. minta dia datang jemput.”
“iskk segan la kalau abang sabu tak de.”
“apa nak di segankan… bukan ko tak kenal diorang semua.”
“ermm tak per la .. lan balik pilah dulu .. nanti lusa lan datang seremban balik.”
“kalau cam tu ok la … ko call abang nanti kalau sampai seremban nanti.”
“okey .. jumpa lagi bang .. assalamualaikum.”
“wa’alaikumussalam.”
Lan meletakkan ganggang telefon dan terus berjalan-jalan di sekitar terminal. Tanpa di sangka ada orang menegurnya dari belakang.
“ehh .. kau ni lan kan.”
Lan menoleh ke belakang.
“ehhh abang fadil .. ingatkan siapa tadi..”
“laa betul la ni lan ye .. kau nak pi mana ni lan?? Bawa beg besar ni??”
“lan cadang nak balik kampung … kat pilah .. ni baru sampai tadi.”
“laaa kampung kau kat pilah ker ?? ermm .. rileks la dulu .. abang malam karang nak balik pilah .. boleh la balik sama abang.”
“ermm .. nak rileks kat mana ??”
“kat kedai la .. ehh maafkan abang .. ni abang kenalkan … kawan-kawan abang .. nadirah.. suhaimi .. fairoze … dan nana. Haa korang .. kenalkan ni lan..” mereka bersalaman.
“cute nye lan ni ..” kata nadirah mengusik.
Lan tersipu-sipu malu.
“mereka ni group Sekretariat Rakan Muda daerah seremban.”
“ooo ye ker ??”
“ha ah. Ni kitorang cadang nak nengok movie ni .. jom lan .. join skali.”
Lan hanya mengangguk. Mereka lalu menaiki tangga bergerak menuju tingkat atas sekali. Sementara abang fadil membeli tiket, lan mengambil masa untuk menelefon mak nya di melaka dan mengatakan bahawa dia akan sampai ke kampung malam ni. Mak lan memberi keizinan. Dia tau yang anak bujangnya pasti pandai jaga diri. Tidak apa yang patut di risaukan. Lagi pun lan pernah menceritakan bahawa dia mengenali rakan-rakan di senawang melalui abang saudaranya tu.
Setelah itu, lan kembali dalam kumpulan abang fadil. Mereka lalu menonton wayang bertajuk “Star Wars Episode II”. lan melihat tayangan tersebut, tetapi dalam masa yang sama fikirannya terbang entah di mana.
Selepas tayangan tamat. Dia dan kawan-kawan abang fadil menuju ke lif dan turun ke tingkat bawah sekali. Mereka minum dan berbual-bual di sebuah restoran di sana. Macam-macam yang di bualkan mengenai program-program rakan muda. Lan hanya mendengar. Dia berminat dengan beberapa program yang di ceritakan oleh abang fadil. Abang fadil meminta lan join Program Khidmat Sosial Negara bagi sesi ke 2, kerana sesi 1 sedang berjalan.
Lan terus menceritakan yang dia juga mendapat peluang masa di melaka. Tetapi dia tidak dapat memasuki program tersebut di ataskan beberapa sebab. Dan dia pun meminta abang fadil memberikannya masa untuk berfikir mengenai perlawaan abang fadil tu. Kak nadirah, juga mengajaknya dengan memberikan beberapa keistimewaan program tersebut. Tetapi hati lan tawar tatkala itu untuk memasuki program itu.
Setelah menghabiskan minuman. Mereka ber enam terus menuju ke parking park. Lan menaiki kereta bersama kak nana dan abang fairoze. Mereka berempat, manakala kak nadirah menaiki kereta bersama abang suhaimi.
Kak nana mengambil tempat di hadapan di sebelah abang fadil. Lan dan abang fairoze mengambil tempat di belakang.
“lepas ni kita kena kembali ke kompleks kejap. Kerana abang ada kerja sikit di bilik skretariat. Lan ikut sekali. lan boleh lihat aktiviti yang mereka jalankan karang.”
“lan ikut je ..” kata lan.
“lan dulu amik apa masa kat sekolah?” kak nana bertanya.
“lan ambil kejuruteraan awam.”
“wahh bagus tu .. sekolah teknik ke lan?” tanya abang fairoze pula.
“tak lah .. sekolah biasa .. Cuma matapelajaran itu baru di buka di sekolah tersebut. Lan antara pelajar baru di sekolah itu yang mengambil kelas tersebut.” Terang lan.
“ermm bagus la tu .. so cam ner dengan peperiksaan hari tu ?? okey ??” tanya abang fadil mencelah.
“okey gak la abang fadil .. lan tak de masalah masa menjawab soalan-soalan tersebut. So sekarang ni hanya menunggu result dia je ..”
“abang harap lan berjaya dengan cemerlang.”
“terima kasih bang.”
Kereta membelok ke pintu pagar masuk ke dalam kompleks sukan, paroi. Setelah urusan selesai, abang fadil mengajak lan balik ke kedai. Kak nana pun ikut serta kerana rumahnya di senawang. Masa abang fadil menyelesaikan kerjanya, sempat lagi lan meninjau keadaan p-eserta program.
Ermm menarik juga program yang di jalankan .kata lan di dalam hati.
Setelah menghantar akak nana. abang fadil pun memandu menuju ke cybercafe. Sesampainya di sana, hanya ada staf di depan. Abang sepol dan yang lain-lain tidak lan nampak.
“kemana yang lain bang??”
“entah mana pergi tah .. keluarla kut.” Sambil abang fadil mengambil towel dan membersihkan diri. Lan mencapai sebuah ‘journal’ dan membacanya.
Setelah selesai mandi, abang fadil keluar dari bilik air..
“haa kau tak nak mandi ke lan ?? gi la mandi dulu .. tu bilik air ..”
“baik la bang ..” lan pun mengambil towel dari begnya dan menuju ke bilik air.
41
Malam itu lan sampai ke rumah neneknya.
“uwan ..apa khabar ??atok mana wan??” begitu lah panggilan lan pada neneknya. Itu yang di ajar oleh ayahnya.
“baik yooo haaa.. atok ekau ado kek dapur tu haa.”
Mereka berbual sebentar sebelum lan mencapai ganggang telefon lalu mendail no rumah.
“assalamualaikum ..mak.. lan ni ..”
“waalaikumussalam.. haa lan.. dah sampai ??”
“baru je sampai…”
“ermm .. okey la tu .. tentang duit tu esok mak masukkan dalam bank lan ye.”
“terima kasih mak ..” lan meletakkan ganggang telefon.
Lan berlalu ke dapur. Di sana datuk dan neneknya sedang berbual-bual.
“lann .. ekau berapo lamo kek sini??”
“entah la tok .. mungkin sampai keputusan SPM keluar .. tapi lan mungkin ke seremban nanti.”
“ohh tak po la kalau camtu .. apo hal pun ekau nak kemano, telepon omak kau dulu lan .. ghisau dio nanti.” Neneknya mencelah.
“baik lah wan.”
“haaa .. ekau dah makan bolum ni lan ??” tanya datoknya pula.
“dah tadi .. makan dengan kawan masa kat seremban.”
“erm.. mano ekau konal kawan kek seghomban tu ..??”
“kawan abang sabu.. abang saudara lan..”
“ooo .. bolah omak ekau tu yo.”
“ha ah wan …”
“dah la tu uwan ehh … tunjuk kan bilik lan .. bagi dio berehat .. dio tontu lotih tu.”
“ha ah … iyo tak yo juga tu .. lupo pula uwan haa.. meh lan .. bawak beg tu .. naik kek bilik ateh ..” pelawa nenek lan. Nenek lan menaiki tangga rumah itu di ikuti lan. Datuk lan hanya memandang.
Setelah di berikan bilik. Lan terus baring dan tertidur …
Datuk dan nenek lan menjenguk bilik lan .. melihat lan tertidur .. mereka menggelengkan kepala..
Letih sangat tu …
42
Lusa.. pagi-pagi lagi lan telah menaiki bas menuju ke terminal 1, seremban. Sesampainya di sana. Dia lalu mendail no telefon abang saudaranya, sabu. Tapi sabu mengatakan dia sampai petang sedikit, abang saudaranya itu meminta lan pergi ke kedai dahulu. Lalu lan mendail no telefon abang fadil.
“assalamualaikum ..abang fadil .. ni lann ni ..”
“haa lan dah sampai ker ??”
“ha ah .. abang fadil free tak ?? jemput lan .. lan tunggu kat dunkin.”
“okey .. abang settlekan kerja ni sikit .. karang abang sampai.”
“okey bang .. terima kasih.”
Setelah meletakkan ganggang telefon lan menuju ke kedai dunkin lalu mengambil kerusi.
Sementara menunggu .. baik aku minum ..
Lan menuju ke kaunter dan memesan jus oren. Matanya memandang sepotong pizza yang telah berbungkus. Lalu mencapainya dan membayar sekali.
Lan mencapai cawan kotak yang berisi jus oren lalu menuju ke kerusinya tadi.
Sambil menyedut air minuman tersebut dan menjamah sedikit pizza, dia menjenguk ke luar melihat orang lalu lalang di terminal itu melalui cermin kaca.
Tiba-tiba ada dua orang perempuan yang lalu di situ memandang lan. Mereka seperti bercakap-cakap. Dan yang sorang lagi menarik tangan rakannya yang agak keberatan nak masuk ke dunkin.
Mereka berdua lalu berjalan datang ke arah lan. Lalu mencapai kerusi.
Gaya pakaian macam budak Hip Hop.. arghh apa dia nak ni ..
“hai .. kenapa awak pandang luar ? macam menanti seseorang ??”
“erkk saya izlan .. ermm panggil saja lan ..” lan mengenalkan dirinya.
“saya liza .. dan yang sebelah saya ni mira ..”
“ohh ..ermm .. saya menunggu sorang kawan….”
“haii awek ker ??” mira mencelah setelah dari tadi mendiamkan diri.
“ehh tak la .. abang fadil, dia ada bukak cybercafe di senawang.”
“fadil ??? ermm mira .. kau kenal ??”
“apa pulak tak kenal .. liza .. abang fadil .. dulu kan kita pernah chatting.. penah jumpa dia ..”
“haaa tu la aku macam ‘cam’ je nama tu ..”
‘lagi pulak .. dulu ada program rakan muda .. kita satu group dengan dia.”
“haaaa tu la .. “ liza mengiyakan.
Tidak lama selepas itu abang fadil sampai.
“haii lan .. sorry lewat sikit… ehhh mira .. liza .. korang berdua pun ada sini .. ko berdua kenal lan ker ??”
“haa ah abang fadil .. kenal .. baru je kenal tadi..”
“laaaaa baru tadi .. hehehe ..”
“biasa la abang fadil .. kitorang kan peramah .. lagi pulak nengok mamat hensem yang nampak macam asing kat tempat ni .. so kitorang dekat la .. mana tau boleh tolong apa-apa.”
“haa lan .. liza dan mira ni selalu lepak-lepak kat sini .. diorang ni budak baik .. selalu juga join program rakan muda.”
“ohh ye ker .. “ lan mengawal perasaannya. Sebenarnya di hatinya tadi sungguh berdebar-debar.
“okey la .. mira liza .. abang blah dulu .. nak ke kedai jap .. lan jom.”
“okey abang fadil .. hehe jaga bebaik anak dara tu ..”
“iskk korang ni .. hehehe jangan amik hati lan .. diorang bergurau je tu ..”
“tak de la .. biasa la tu kan mira ?”
“hehe kewl man .. “ kata mira.
“okey lan .. c ya again.” liza mencelah sambil tersenyum.
Lan dan abang fadil berjalan menuju ke parking kereta. Setelah masuk ke dalam kereta…
“diorang memang selalu join program rakan muda ke bang?”
“ha ah .. biasa .. selalu juga .. sebab tu abang kenal diorang ..”
Abang fadil menyambung lagi.
“lan jangan takut pula .. mereka memang macam tu .. terlebih berani.. maklum la perempuan kalau cam tu mesti lan sorang lelaki terkejut punya kan .. tapi itu lah hasil yang di dapati dari program-program rakan muda.. program tersebut membentuk akhlak dan menjadikan diri peserta punya keyakinan dan berani untuk berdepan dengan masyarakat, sesetengah perempuan pemalu sangat-sangat kan .. macam liza dan mira tu .. mereka punya sikap pemalu juga .. tapi dalam program mereka di ajar untuk membantu orang lain yang mungkin dalam kesusahan. So mereka ketepikan rasa malu itu.. mungkin tadi dia lihat lan macam punya masalah .. tu yang diorang dekat .. “ terang abang fadil panjang lebar sambil memandu keretanya.
“tu la .. lan pun takut bang .. tak penah-penah jumpa macam tu .. lan pandang keluar dari cermin dunkin .. dan terlihat mereka .. mereka berdua pun pandang balik kat lan .. lepas tu mereka datang kat lan .. terkejut lan, ingatkan diorang nak buat apa-apa ker.”
“hehehe .. susah jumpa perempuan yang macam dia berdua .. diorang jarang bersikap macam tu .. mungkin tadi diorang lihat lan macam kesusahan kut .. tak pun .. lan kan hensem .. mesti diorang nak kenal.. hehehehe.” Abang fadil tergelak. Tetapi mukanya tetap memandang ke depan.
“hehehe .. nasib baik diorang baik.”
“tu la .. kena dengan orang lain .. nahas lan .. ahhaha.” Mereka berdua tergelak sama.
Sesampainya di deretan kedai di Taman Sri pagi. Lan dan abang fadil menaiki tangga menuju ke cybercafe.
Lan di seremban selama 3 hari. Dalam masa tersebut ada juga sekali dua dia menelefon mak nya di melaka memberitahu keadaannya. Dan di dalam masa 3 hari tu juga .. lan dapat pergi ke PD mandi laut, mengikut abang sepol dan rakan-rakannya.
Hari ahad itu, lan dan abang sabu menaiki bas menuju ke terminal 1. abang sabu mengambil bas menuju ke melaka manakala lan mengambil bas kembali ke kuala pilah. Lan sampai di rumah neneknya pada pukul 6.00 petang.
43
Hari rabu itu, pagi-pagi lagi lan di kejutkan datuknya. Datuk lan mahu mengajak lan ke kebun getah di hujung kampung sana untuk menoreh getah. Dia meminta lan menemani nya.
Setelah habis menoreh getah, mereka berehat di pondok di dalam kebun getah milik datuk lan, sambil ber sarapan dengan bekalan yang telah di berikan oleh nenek lan tadi.
‘lan .. camno pongalaman kek kobun gotah ni??”
“fuhh .. best juga tok.. tapi nyamuk banyak la kan.”
“lahai .. dah tontu la kek hutan .. semang ehh banyak nyamuk. Tu la dok kek bandar .. jarang balik kampung.. hehe.”
“tu la .. tapi lan tak nyesal pun tok .. pengalaman berharga ni la yang lan nak cari masa dok kampung ni.” Kata lan pula.
“cam tu .. potang karang kito poei kek sungai belakang rumah nun .. atok ajar cara mincing .. cam no ?? nak tak ??”
“wahh itu sudah baik tu tok ..”
“haa kalau cam tu .. jom kito balik dulu .. mandi, makan tongahhari .. peh tu kito carik batang pancing… cam no?”
“lan ikut je atuk ..”
lalu datuk lan mengambil segala perkakasan dan meletakkan dalam raga motor Honda cub nya. Lalu lan membonceng motor tersebut dan mereka balik ke rumah.
Petang itu, lan dan datuknya menuju ke sungai belakang rumah. Mereka memasang umpan dan terus meletakkan pancing nya ke dalam sungai.
“tuk .. banyak ke ikan kat sungai ni ??”
“boleh la tahan lan ..”
“ikan apa yang ada ??”
“ikan talipia .. ikan haruan .. jelawat … kelah .. dan banyak lagi lan .. kalau nak tangkap ikan sembilang pulak .. dio banyak kek sawah atau air yang agak koghoh..” terang datuknya.
“khoghoh?? Apa tu tuk ??” lan tidak faham ..
“keruh .. “ kata datuknya sambil tersenyum dan mengelengkan kepalanya.
“ooo ye ker .. koghuh tu keruh la ye .. ermm cam tu .. best juga kan tok sekali sekala memancing ni ..”
“boleh la .. haaa lann .. jaga pancing tu macam nak mengena je tu ..haa lann rentap lan ..” kata datuk lan dengan suara yang agak menjerit. Lan terkejut lalu menyentap batang kailnya.
“wahh tukk.. lan dapat ikan ni .. “ kata lan kegembiraan.
“haahaha .. kojap yo dah dapek .. ikan talipia haa.” Kata datuk lan sambil membuka mata kail yang tersangkut dalam mulut ikan tersebut. Lan tersengih.
“haa lan .. capai balang tu .. bak kek sini haa .. atuk nak letak ikan dalam ni.”
Lan mengambil balang lalu memberikan kepada datuknya. Datuk lan lalu meletakkan ikan talipia lalu meletakkan di dalam balang tersebut.
Lan mencapai batang pancing yang di hulurkan datuknya lalu memasang umpan cacing di mata kail sebelum mencampakkan kembali tali pancingnya ke dalam sungai.
Sambil menunggu ikan meragut umpan mereka. Lan dan datuknya berbual sambil bergelak ketawa.
Sekali sekala duduk di kampung amat menyenangkan … mengembirakan …
44
Dua hari lagi keputusan SPM akan di umumkan. Pagi itu lan telah bersiap-siap untuk pulang ke melaka. Nenek lan membantu lan mengemas pakaiannya.
Setelah itu, Lan bersalaman dengan kedua datuk dan neneknya. Mereka berpelukan. Nenek lan la yang paling sedih. Menitik air matanya.
“lann .. ekau bilo berjayo sok .. sekali sekalo balik la jongok atok dan uwan ..”
“lan takkan lupa jenguk atuk dan uwan .. terima kasih atuk.. uwan .. terima kasih di atas layanan atuk dan uwan selama lan berada di kampung ..”
“apo lak kato cam tu .. ekau tu cucu wan .. mesti la wan layan sebaik mungkin. Ekau jangan lupo, bilo dapek keputusan nanti .. telepon atok dengan uwan kek sini haa.”
“baik la atuk .. wan ..eermm .. lan takkan melupakan kenangan masa duduk di kampung bersama atok dengan wan .. “ kata lan sambil menyapu matanya yang yang berlinangan menggunakan telapak tangannya ..
“lan sayang atuk dengan nenek ..” kata lan lagi. datuk lan menghantar lan sampai ke perhentian bas. Lan melambai pada neneknya. Dia melihat neneknya menyapu matanya dengan baju di hujung lengannya. Lan tau nenek dan datuknya sedih .. dia pun begitu.
sesampainya di perhentian bas. Lan berbual-bual seketika dengan datuknya. Datuk lan memberikan beberapa nasihat pada lan sebelum bas sampai.
Setelah menaiki bas, lan melambai-lambai tangannya pada datuknya. Dia melihat mata datuknya itu tergenang dengan air mata. Lan menangis lagi.
Semasa dalam perjalanan ke terminal 1. lan hanya menangis. Dia terkenang kenangan kala di kampung. Kenangan yang tak dapat di lupa semasa dia dan datuknya mengejar ayam untuk di sembelih buat lauk.
Neneknya berkeras nak sembelih ayam itu. Katanya untuk cucunya juga. Puas la lan dan datuknya mengejar ayam itu di serata kampung. Ayam jantan tu pula bukannya senang nak di tangkap. Dah masuk dalam jamban ayam tu. Lan dan datuknya terus mengadang jamban tersebut. Tapi apa yang mereka dapat, hanya bulu ayam. Terlepas lagi.
Lalu ayam itu terbang dan duduk di atas pokok. Lan dan datuknya pergi ke bawah pokok. Di situ lah lan mendapat hadiah dari ayam itu. Tahi ayam jatuh tepat-tepat pulak tu di hidung lan. Puas la datuknya tergelak. Sampai ke esok di ceritakannya. Malu lan di buatnya.
Sesampainya di Terminal 1, Seremban. Lan lalu mengambil bas menuju ke melaka. Hajatnya tadi untuk singgah sebentar di cybercafe di senawang di batalkan. Setelah menaiki bas menuju ke melaka. Lan hanya duduk dan memandang ke luar melalui tingkap kaca bas tersebut.
Lan sampai di melaka tepat pukul 2.30 petang. Perutnya berbunyi-bunyi. Mungkin dah biasa, perutnya masa di kampung di isi pada waktu itu. Lan lalu menuju ke sebuah restoren berdekatan stesen bas tersebut lalu meminta pesanan. Setelah selesai lan lalu menaiki tangga bas yang menuju ke taman perumahannya.
Sampai di rumah. Lan mencari kunci dan membukanya. Orang lain tiada. Mak dan ayah nya pasti bekerja. Adik-adiknya pula tentu dah pulang ke asrama masing-masing. Ye la .. kan dah masuk sesi persekolahan, pulak tu hari tu adalah hari khamis. Waktu bekerja. Siapa la yang ada di rumahnya.
Setelah membuka pintu dan membuka kasut. Lan menjinjing begnya menuju ke bilik rasminya. Lan meletakkan beg di tepi katilnya, lalu mengemas kesemuanya.
Setelah selesai, dia lalu menuju ke telefon rumahnya yang terletak di ruang tamu. Lalu mendail no telefon kampung. Datuknya yang mengangkat telefon tersebut. Lan terus mengatakan yang dia telah sampai ke rumah.
Setelah berbual-bual sebentar, lan meminta izin untuk meletakkan ganggang.
Lan menuju ke biliknya semula setelah melatakkan ganggang telefon. Dia terus mencapai towel dan membersihkan diri.
Selepas membersihkan diri dan mandi, lan menuju ke katilnya dan terus membaringkan dirinya. Tujuannya hanya untuk baring tetapi tidak lama selepas itu dia tertidur.
45
Pagi itu, persekitaran sekolahnya agak sibuk. Sudah ramai yang menunggu di ruang bilik keputusan peperiksaan. Selepas sorang.. sorang keluar .. ada yang berwajah ceria .. tak kurang pula yang agak muram..
“heiiii lann .. kau kemana cuti tuh ari ??” tegur fian dari belakang.
“laaaarr fian .. aku ingatkan siapa .. terkejut aku .. kau dah dapat result belum..”
“belum .. haa .. kau belum jawab soalan aku tadi.”
“ohh .. aku balik kampung .. rileks kat sana.”
“kut yee pun cakap la dengan aku .. ramai yang carik kau ..”
“siapa ??” tanya lan.
“siapa lagi .. geng-geng kau .. mawar, sri, nana dan nani.. kitorang satu program.. kau bagi aku borang kau pulak tak join.”
“lahai aku minta maaf tak cakap dengan kau awal-awal fian. sorry”
“apa pulak nak minta maaf .. apa-apa pun aku yang patut ucap terima kasih .. program itu betul-betul great .. memang ngam beb.”
“ye ke .. bagus la gitu .. haaa azah mana ?? kau tak nampak dia fian ??”
“tah .. tadi dia ada .. haaaaa tu dia .. “ fian menunjuk ke satu arah. Lan memandangnya.. lan nampak azah melambai-lambai tangan dari jauh. Lan membalas lambaian itu.
“apa khabar lan… lama aku tak nampak kau .. rindunya..” kata azah.
“hehe aku pun rindu gak ngan korang berdua .. haa kau ke penang ke zah ??”
“ha ah .. tapi sebulan je .. lepas tu aku balik sini .. sampai sini aku call rumah kau tak de orang angkat…”
“haaaa lan .. lupa aku nak cakap .. azah pun carik kau .. di tanya nya aku .. mana la aku tau..” kata fian memotong cakap azah.
“hehehe sorry la zah .. kau pergi penang pun kau tak cakap dengan aku.”
“alaa aku minta maaf .. benda tu tak di rancang .. pakcik aku sampai.. terus ajak pergi.. haa kau pulak .. mana pergi .. “
‘aku balik kampung .. sorry ..”
mereka berbual-bual. Tidak lama selepas itu nama fian di panggil.
“good luck fian ..” kata azah dan lan serentak. Lan menepuk bahu fian. selepas beberapa ketika fian keluar dengan wajah yang ceria ..
“aku dapat 6 a 4 b.” Kata fian gembira.
Tidak lama selepas itu. Nama azah pula di panggil. Azah nampak gementar. Tetapi mereka memberikan semangat pada azah. Beberapa saat selepas itu, azah keluar, juga dengan wajah yang ceria dan senyum memanjang. Dia sungguh gembira.
“aku macam fian juga .. 6 a 4 b .” Kata azah agak menjerit gembira.
Selepas nama azah. Nama lan di panggil. Lan hanya tercegat.
“hoi lan … nama kau kena panggil tu.” Lan bagai tersedar.
“lan .. kau jangan risau .. kau mesti berjaya .. aku percaya ..” kata azah memberi dorongan. Fian mengangguk mengiyakan kata azah.
Lan dengan perasaan yang berdebar-debar menuju ke bilik keputusan peperiksaan. Di sana cikgu kelasnya menanti. Lan tidak dapat meneka wajah cikgunya ketika itu. Tiada riak yang di tunjukkan. Serius.
“haa izlan .. duduk dulu.” Lan hanya berdiri.
“hai…. Tak boleh nak duduk dah ker ??” kata cikgu nya mengusik sambil tersenyum.
“Nahh result kamu .. tahniah lann ..” kata guru kelasnya sambil memberikan slip keputusannya. Lan mencapainya lalu membacanya.
Lan membulatkan matanya … dia hampir ternganga ….
“yeaaaaaaaahoooooooo .. terima kasih cikgu ..” kata lan .. lalu menghulurkan tangan menyalam tangan cikgu kelasnya. Dia lalu berlari keluar dan menuju ke arah fian dan azah .. di peluknya fian ..
“yeaaaaaaaahoooooooooooo ..”dia menjerit gembira. Tidak di kisahkan lagi keadaan persekitarannya ketika itu. Semua yang ada di situ memandangnya.
‘kau dapat berapa lan …” kata diana gembira … dia mengalirkan air mata kegembiraan.
“aku dapat 10 a.” kata lan menjerit ..
“tahniahh lannn .. tahniah …aku dah cakap kau pasti berjaya.. tahniahhh lann .. “ kata fian dan azah. Dan serentak dengan itu juga, semua pelajar dan beberapa orang guru mengerumuni lan .. mereka semua mengucapkan tahniah… keputusan lan sangat membanggakan dan sangat cemerlang. Lan menjadi pelajar terbaik untuk SPM tahun itu. Lan mengalirkan air mata kegembiraan.
Mereka semua mengangkat lan dan melambungkan lan. Lan sangat terharu dan gembira kala itu. Selepas itu lan meminta izin untuk pulang.
Dia berlari pulang menuju ke rumahnya. Lalu mendail no telefon kampungnya. Lalu memberitahu berita yang mengembirakan itu kepada datuk dan neneknya. Datuk dan neneknya lah orang pertama yang mendapat tahu mengenai keputusan peperiksaannya itu. Mereka berdua sangat gembira sehinggakan menitiskan air mata.
Setelah meletakkan ganggang telefon lan terus menelefon mak nya dan menyampaikan khabar gembira itu. Selepas itu mendail telefon pejabat ayahnya pula. Mereka berdua pun gembira, sehinggakan mengambil cuti setengah hari dan balik ke rumah.
Di rumah ayah dan mak lan menyambut keputusan yang sangat membanggakan itu dengan linangan air mata. Ucapan tahniah tidak lekang dari mulut mereka. Rakan-rakan lan yang lain juga menelefon rumah lan mengucapkan tahniah.
Selepas itu lan teringatkan abang fadil. Kerana lagu yang abang fadil buka itu lah yang membuatkan dia bersemangat dan kembali yakin untuk meneruskan pelajarannya. Dia lalu mendail no telefon abang fadil dan memberitahu berita gembira itu. Tidak lupa juga menelefon abang saudaranya, sabu dan rakan-rakan yang lain di seremban. Mereka semua tumpang gembira di atas kejayaan cemerlang lan.
Ayah lan berjanji untuk menghantar lan ke UK untuk melanjutkan pelajaran. Katanya kawannya di JPA dapat membantunya. Lan bersetuju.