46

 

                    Hari itu, lan bersiap-siap. Dia akan bertolak ke UK dengan penerbangan MAS di lapangan terbang KLIA paga pukul 4.30 ptg. Datuk dan neneknya turut menghantarnya.

                    Telah seminggu datuk dan neneknya berada di Melaka. Semata-mata ingin menghantar lan. Datuk lan memberikan banyak nasihat untuk lan, sebagai bekal di sana.

                    Telah di beritahu kepada azah, fian tentang pemergiannya pada hari itu. Mereka berdua juga telah dapat menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor Bharu. Mereka berdua meminta lan supaya belajar saja di Malaysia. Tapi di sebabkan permintaan ayah lan. Lan hanya menuruti permintaan tersebut.

                    Hanya lan meminta mereka nanti berjaya mendapatkan segulung ijazah. Dan seperti itu juga permintaan mereka pada lan.

                    Lan juga tidak lupa memberitahu berita pemergiannya itu kepada rakan-rakan di senawang. Terutamanya abang saudaranya sabu dan juga abang fadil. Mereka berjanji untuk menghantar lan. Mereka menunggu di Lapangan terbang.

                    Pukul 10.00 pagi, mereka sekeluarga berangkat ke lapangan terbang. Dua adik lan juga menghantar lan ke lapangan terbang. Ayah lan berusaha mendapatkan cuti bagi mereka berdua untuk menghantar lan, abang sulung mereka ke KLIA.

                    Sesampainya di lapangan jam telah menunjukkan angka pukul 12.00 tengahhari. Sambil berjalan, mata lan berkeliaran mencari seseorang. Lan hampa.

                    Tidak  lan menemui abang fadil, abang sabu, abang sepol dan beberapa rakan lain. Abang zubir dan mas tidak dapat hadir. Masing-masing bekerja.

                    Setelah selesai segala semua urursan passport dan sebagainya. Tepat pukul 4.25 lan pun berjalan menuju ke pintu masuk. Sebelum itu, sempat lan berpelukan dengan ayah.ibu,kedua datuk dan neneknya, kedua adiknya, dan rakan-rakan yang lain. Suasana ketika itu agak mengharukan.

                    Lan lalu menuju ke pintu masuk sambil melambaikan tangannya ke arah mereka semua. Sambil itu lan mengesat air mata dengan telapak tangannya.

                    Kapal terbang lalu terbang menuju ke UK.

                    Pergi lah kasih .. pergi lah sayang …  pergilah seperti dedaun kering yang di hembus angin.

                    Akan aku belajar dengan bersungguh-sungguh .. Walau dia tiada di sisi.. Walau dia tidak menemani.. Walau cintanya tidak sejati .. Walau dia telah mendustai ..

                    Tetapi aku pasti .. Cinta ku yang ikhlas akan mengiringi dan merestui perjalananku mencari segulung ijazah ini.. lan pasrah …

                   

47

 

                    Fian membuka surat yang bersetem gambar princess elizebeth.

                    Sah ni dari lan ni …

                    Fian membacanya .. hatinya di landa kegembiraan …

                    Balik la lann .. aku rindu kan kau .. tak sabar-sabar rasanya ingin berjumpa kau .. sekarang aku dah bekerja lan .. aku jemput kau kat KLIA nanti bersama isteri ku ..

                    Tiba-tiba fian tersentak ..

                    ”abang baca surat apa tu ??” isteri fian datang dari dapur sambil membawa dulang berisi air

                    “erkkk .. azah .. abang baca surat dari lan ..”

                    “lann ?? dia apa khabar ??”

                    “katanya dia sihat .. dia kata lagi sebulan dari sekarang dia akan pulang .. katanya kalau kita berkesempatan dan dapat cuti, dia minta kita datang airport … ermm .. kalau dia tak cakap pun abang mesti pergi punya …” kata fian bersungguh-sungguh.

                    “dia ada bagi ke tarikhnya bang ??”

                    “ada … “

                    “kita pergi jemput dia ye bang … azah sangat rindukan dia … “ kata azah sambil duduk di sisi lan.

                    “abang pun begitu zah…” kata lan sambil memeluk bahu azah.

                    Masakan tidak. Mereka kawan akrab. Sejak Izlan berada di U.K. Azah kerap mengutus email kepada Izlan. Begitu juga dengan Izlan. Azah dan Fian selalu berjumpa kerana mereka satu unviersiti. Semasa bejumpa pasti Azah akan bercerita tentang diri Izlan dan menunjukkan surat yang lan hantarkan. Kadangkala Azah juga mengajak Fian menemaninya ke cybercafe, berbual di IRC chating ataupun melihat email yang di hantar Izlan.

                    Mungkin di sebabkan azah dan fian berdekatan dan selalu berjumpa, membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

                    Izlan lah orang yang pertama mengetahui isi hati azah. Azah luahkan segala rasa hatinya menyintai fian kepada lan di dalam email yang dia hantarkan. Azah pada masa itu, tidak berani menyuarakan rasa hatinya pada fian. kerana dia takut dia bertepuk sebelah tangan.

                    Lalu lan mengutus email kepada fian. dia meminta fian masuk IRC chatting pada suatu petang. Fian menunaikan janjinya. Lalu mereka berbual di dalam IRC.

                    Lan menerangkan segala-galanya pada fian mengenai isi hati diana. Dia copy dan paste segala yang di luahkan oleh azah di dalam emailnya kepada fian. fian membacanya dan mengucapkan terima kasih kepada lan.

                    Fian juga mengatakan bahawa dia juga sebenarnya semenjak sekolah lagi menyimpan perasaan pada azah. Tetapi bila azah selalu bercerita mengenai lan. dia rasa putus asa. Itu lah sebab dia memilih lin menjadi kekasihnya. Tetapi kasih sayang fian pada lin berbeza dengan kasih sayangnya pada azah.

                    Jadi masa di universiti, fian mencuba sedaya upaya memberikan segala perhatian kepada azah. Dia tak mau azah tersesat dan jatuh ke lembah yang tidak di ingini. Kadangkala membuatkan diri azah seperti di kawal oleh fian. Tapi azah merelakan.

                    Selepas Fian mengetahui segalanya, fian lalu mengucapkan terima kasih kepada lan dan mulai saat itu fian dan azah bercinta. Sesekali sekala fian dan azah memasuk IRC chatting dan berbual bersama lan.

                    Selepas mendapat ijazah fian dan azah pun mencari pekerjaan. Ada juga selepas itu fian dan azah mengajak lan pulang. Tapi lan menolak permintaan mereka.

                    Sehingga hari perkahwinan fian dan azah pun lan tidak dapat datang pulang kerana katanya dia tidak dapat cuti.

                    Fian dan azah tidak menyalahkan lan di atas perkara itu. Mereka berdua tahu hati lan terluka dan masih belum sembuh. Mereka berdua selalu berdoa agar hati lan cepat sembuh dan pulang ke Malaysia.

                    Kini setahun telah berlalu. Fian dan azah tidak bercadang mempunyai anak, selagi lan belum pulang ke Malaysia. Itu janji mereka. Cukup lah masa hari perkahwinan lan tidak dapat hadir. Mereka berdua tak mahu bila mereka mendapat zuriat pertama, lan tiada untuk sama bergembira. Mungkin di sebabkan perkara itu lan mengalah.

                    Lan .. kami menanti kepulangan mu .

 

 

.

48

                   

 

 

                    Tujuh tahun telah berlalu. Betul kata datuknya. Hujan Emas di Negeri orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri. Lebih baik lagi negeri sendiri.

                    Hari itu lan tidak sabar-sabar pulang ke Malaysia. Walau London punya segala-galanya. Tetapi jiwanya kosong. Yang berada di hatinya adalah belajar dan bekerja serta juga kenangan-kenangan lama bersama diana.. kenangan bersama datuk dan neneknya di kampung .. dan kenangan bersama abang fadil dan rakan-rakan serta abang saudaranya di senawang.

                    Kepulangannya ini tidak di beritahu pada sesiapa, walaupun keluarganya melainkan fian dan azah. Mereka berdua pun telah bersetuju menjemput lan.

                    Arghhhhhhhhhhh tak sabar-sabar aku ingin kembali ke Malaysia bertemu dengan mereka ..

                    Lima tahun dia menghabiskan masa di Liverpool. Mencari segulung Ijazah. Setelah itu dia mendapat tawaran kerja di kota London secara kontrak dengan sebuah syarikat ‘engineering’ selama 2 tahun. Kini kontrak telah tamat. Walau dia di tawarkan kontrak baru dengan gaji yang banyak. Dia menolaknya. Cukup la 7 tahun berada di negera orang putih ni .. dia kini telah bersedia .. yeaaahh bersedia untuk pulang ..

                    Sampai bila aku harus lari dari kenyataan …jika aku tetap begini selamanya ..

                    Dan dia kini boleh pulang dengan bangganya. Di sampingnya Ijazah dengan kepujian di dalam bidang kejuruteraan dan pengalaman yang di dapatinya di kota London.

                    Dua minggu lagi, dia akan pulang ke Malaysia. Sementara menunggu masa itu. Dia sempat membeli ole-ole untuk bawa pulang.

                    Semuanya telah di belikan. Untuk semua-semua yang ada di dalam hatinya. Juga untuk diana. Walaupun dia sendiri tak pasti .. hadiah itu adakah dapat di berikan atau tidak.

                    Dua minggu yang di maksudkan tiba jua akhirnya. Pagi itu setelah siap segalanya. Dia pun berangkat pergi dari kota London. Menaiki kapal terbang menuju ke Malaysia. Hatinya berbunga ceria.

                    Arghhh tak sabar rasanya untuk kembali di Malaysia .. apa agaknya perubahan setelah lima tahun ni .. mesti makin membangun …

                    Lapan belas jam di dalam penerbangan, rasanya bagai setahun. Lambat masa berlalu. Hatinya girang bila terdengar suara kapten kapalterbang memberitahu bahawa kapalterbang sekarang berada di ruang udara Malaysia. Terus hatinya rasa bagai di kocak-kocak kegembiraan. Dia terus memandang melalui tingkap kaca kapal terbang tersebut.

                    Akhirnya aku kembali pulang ke negara ini … aku berharap agar keceriaan dan kebahagiaan menanti aku di bawah sana …

                   

 

49

 

                    Setelah menuruni tangga kapalterbang, lan menghirup udara Malaysia sedalam-dalamnya.

                    Yeaaaaaaahh … kini aku telah kembali … dengan semangat baru ..

                    Lan berjalan dengan penuh yakin menuju ke Kastam. Setelah menyelesaikan segala urusan. Dia lalu menuju ke balai ketibaan. Dari situ dia lalu menuju ke pintu keluar. Tiba tiba dia di sapa ..

                    “lannnnnn! … are u izlann??” tanya fian.

                    “yes ..” kata lan sambil senyum dan terus bertanya ..

                    “kauu ?? fiann ???” tanya lan kembali.

                    “yeahh .. ur rite .. aku fian .. kawan kau ..” kata fian terus memeluk Izlan.. Izlan membalas pelukan.. tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang di sisi lan.

                    setelah pelukan terlerai …

                    “azahhh …????” kata lan menunjuk sambil ternganga.

                    Perempuan di sebelah fian mengangguk perlahan sambil tersenyum.

                    “kut ye pun tutup mulut tu.” Tegur azah sambil tersenyum cuba menyembunyikan perasaannya di kala itu. Tetapi suaranya jelas bergetar. Perasaan azah di kala itu sukar di gambarkan. Dia terlalu gembira.. gembira dengan kepulangan izlan.

                    “mana kan tidak aku ternganga.. korang berdua ni .. sorang hensem, bergaya .. macho .. dan bermisai.. yang sorang ni pula .. cute sangat .. kulit pulak makin putih .. hehehe“

                    “alahh .. ku tu apa kurang lan .. kemas, segak .. bukan misai jer .. janggut pun ada sikit .. hehehe .. gaya engineer keluaran negara orang putih.”

                    “haaa .. kau melawak fian .. ahahh aku macam ni juga .. tiada perubahan .. lain korang banyak berubah dah .. “ kata lan lagi.

                    “haaaa kitorang berubah luar je lan .. dalam masih tetap dahulu .. hik hik hik.” Azah menyampuk.

                    “yee ker … hehehe .. tapi yang pasti .. banyak sungguh perubahannya ..”

                    “yee la lan .. dulu budak sekolah .. sekarang dah jadi lain .. mana mungkin sama macam budak sekolah dulu.. hahahaha.” Fian menyampuk.

                    “dah la bang .. lan .. jom.. borak kat sini je pulak .. balik rumah dulu .. karang kita borak puas-puas kat rumah.” Tegur azah.

                    “haa jom la .. bak sini bagasi kau aku bawak lan.”

                    “ehh tak payah la .. biar aku bawa ..”

                    “haa kau jangan nak ngada-ngada lan .. kau tentu letih .. meh sini bagasi tu ..” fian mengambil bagasi lan dan terus membawanya.

                    “haa lan .. malam ni ko tidur dulu rumah aku … kau kena rasa masakan azah .. heheh.. dia memang pandai masak lan .. ehhe ..” kata fian menambah.

                    “hehe bertuah badan kau fian .. heheheh.” Kata lan pula. Azah hanya tersenyum tidak berkata apa-apa. Dia berjalan di sisi fian.

                    Mereka lalu menuju ke parking lot dan memasuki kereta. Berbagai-bagai yang di bualkan di dalam kereta. Sehinggalah kereta memasuki perkarangan rumah fian. rumahnya terletak di Seremban 2. Green Homes.

                    “wahhh besar rumah kau ..” kata lan.

                    “ahh kau lan .. jangan nak memuji .. kecik je rumah aku .. di bandingkan rumah kau masa di London macam dalam gambar yang kau send pada aku dalam email tu. Duduk sorang tapi rumah besar kemain.” Azah mencelah, lan hanya tersenyum.

                    “haa lan .. rumah tu kau dah jual ker ??”

                    “nope .. aku bagi pada sebuah keluarga melayu di sana. Kalau dia nak bayar sewa .. dia masukkan la dalam akaun aku.. kalau tak aku tak kisah.”

                    “laaaa .. baik betul kau ni ..haa duduk la lan” kata fian.

                    “alaa fian .. dulu masa aku baru-baru kat sana .. diorang la tempat aku mengadu .. walaupun rumah sewa diorang masa tu kecik. Tapi diorang sanggup kasi aku sewakan bilik rumah diorang.. kadang aku tak dapat bayar sewa pada masa yang di tetapkan .. diorang tak kisah … diorang tak berkira dengan aku.. so aku kira balas balik la budi diorang.”

                    “ooo .. macam tu ..”

                    “hidup kat sana fian .. kena la macam tu .. berbaik-baik dengan orang melayu .. duduk tempat orang .. bukan macam di Malaysia ni .. semua melayu .. sana ramai orang mat saleh.. jadi kalau dah jumpa sesama melayu.. bukan main suka la fian ..”

                    “heheh elok la macam tu kan .. ada juga tempat nak berbual dan bercakap melayu.” Azah mencelah dari dapur. Dia sedang membuat air untuk mereka.

                    Fian membawa bagasi ke sebuah bilik. Lalu dia memangil lan.

                    “haa lan .. ni bilik kau .. kau nak tinggal berapa lama kat sini pun boleh .. aku tak kisah .. memang ni bilik tetamu ..azah tau kau nak balik .. awal-awal lagi dia kemas bilik ni .. hias bilik ni.”

                    “laaaahai .. korang berdua ni susah-susah je ..” mereka berdua menuju ke ruang tamu kembali lalu duduk berbual.

                    “haaa lan .. kau berapa lama kat sini ?? duduk la sini dulu .. sampai hujung minggu ni .. ermm hujung minggu ni kita balik melaka .. aku dengan abang fian pun nak balik sana ..”

                    “ermm kalau cam tu … ok gak .. aku sebenarnya tak bagi tau sesiapa tentang kepulangan aku ni .. ermm esok aku ingat nak ke senawang .. jumpa abang fadil .. “

                    “haa kalau cam tu pakai kereta azah tu .. Satria GTI. Dia jarang pakai kereta. Selalu pegi kerja naik kereta aku je. Esok hari kerja. Memang tak pakai .. erm… cam ni lah .. selagi kau belum ada kereta sendiri .. kau nak pakai kereta azah tu pakai la ..”

                     “ehh jangan cam tu .. tak payah susah-susah la fian.”

                    “ehh tak susah la lan .. kita kan kawan .. azah pun tak pakai .. lan pakai la kereta azah tu.” Kata azah menyampuk perbualan mereka berdua.

                    “haa nengok tu lan .. azah pun tak kisah.. hehe.” Fian tersenyum sambil menepuk lan.

                    “kalau cam tu .. ok la .. terima kasih.”

                    “lagi satu lan .. kalau kau ada apa-apa masalah .. kau cakap je dengan kitorang .. kami berdua akan tolong punya .. “ fian menambah.

                    “iskk korang berdua buat aku serba salah je .. jangan la susah-susah sebab aku.”

                    “come on lan .. ini lah namanya persahabatan .. sebab kau juga la aku dapat kawin dengan azah ..” kata fian tersenyum lalu memandang azah.

                    “jadi ni kira nak balas budi ker ni ?? isk jangan sebab tu fian.”

                    “ehh sorry .. bukan sebab nak balas budi .. ini sebab kita kawan lama .. ur my friend .. good friend lan .. kawan yang amat rapat ..” kata fian membetulkan ayatnya.

                    “hehehhe .. korang berdua memang baik.. bertuah aku ada kawan macam korang.”

                    “hehe.. ko pun apa kurangnya lan.” kata fian. mereka semua tersenyum.

                    “haa lan nak ke senawang besok .. pukul berapa?” tanya azah pula.

                    “lewat sedikit kut .. pukul 9 ke atau pukul 10 pagi. Naper ?? kau ingat tak azah dengan rakan-rakan kat senawang sana?”

                    “apa pulak tak ingat .. kadang-kadang azah dan abang fian ke sana juga .. kitorang berdua selalu chatting dengan diorang ..” terang azah.

                    “oohh .. lan pun kadang-kadang je dapat chatting dengan diorang .. tapi selalu gak chatting dengan abang fadil.. macammana la keadaan dia sekarang ye.”

                    “hehehe .. lan pegi nengok sendiri la ..”

                    “dia dah kawin ke zah ??”

                    “belum.”

                    “haaaaaaa ?? dah berapa umurnya tu .. belum kawin-kawin lagi.”

                    “hehh entah la .. azah dengan abang fian ada juga tanya dia .. tapi dia senyum je .. ermmm .. minggu lepas dia ada datang sini … “

                    “ooo ye ker …”

                    “ha ah lan .. dia selalu juga datang sini. Saja rileks-rileks. Kadang tu kalau malam minggu .. sampai tak sedar kitorang berbual sampai ke pagi.. hahah .. tau tau jam dah tunjuk pukul 7.00 pagi.” Kata fian mencelah.

                    “haaa lan .. u all berborak dulu .. azah nak ke bilik kejap …”

                    “okey ..” kata lan ..

                    Izlan terus berbual-bual dengan fian. macam-macam yang di perbualkan. Sehinggakan hari hampir petang. Azah turun meminta lan dan fian mandi dahulu. Sambil itu azah terus menuju ke dapur untuk memasak untuk makan malam ni. Entah kenapa dia rasa ingin masak lebih.

                    Sambil memasak telefon berbunyi.. azah terus menuju ke telefon rumahnya yang terletak di ruang tamu. Dia lalu mengangkat ganggang…

                    “assalamualaikum…” kata suara di sebelah sana.

                    “waalaikumussalam .. haaaaa abang fadill yeeeee.” Kata azah gembira.

                    “aiksss .. gembira sakan ni .. ada apa hal ??”

                    “ehh tak de apa-apa .. abang fadil kat mana ni ??”

                    “ni kat kedai .. baru balik dari outstation .. haaa malam ni free ke ?? ada kat rumah tak ??”

                    “haa ada ada .. datang la .. abang fadil bawa sekali abang sepol dan yang lain-lain.”

                    “aiks .. ni yang pelik buat kali ke 2 ni ?? ada apa ??”

                    “alaa abang fadil datang je .. ada surprise … very big surprise.” Kata azah hampir menjerit.

                    “wahh sound like interesting .. baik azah kasi tau abang . Apa sebenarnya surprise tu?”

                    “tak mau cakap .. datang dulu baru cakap ..”

                    “mana boleh cam ni ..tak aci la ..”

                    “aci tak aci .. kalau nak tau datang dulu ..”

                    “haa ok la .. azah menang la .. hehe .. malam ni pukul 11 abang datang..”

                    “okey .. jangan lupa bawa abang sepol dan kawan-kawan lain kalau diorang ada.”

                    “haaaa sabu ada sekali ni .. nak bawa dia sekali ker ??”

                    “lagi elok … bawa la sekali ..”

                    “laaaa.. ni lain macam je ni .. main secret-secret pulak tu  .. kasi la tau dulu .. kan senang ..hehe.”

                    “mana boleh .. kita makan malam sekali .. azah masak banyak malam ni .. abang fadil bawak kawan-kawan .. bawak satu kereta tu ..”

                    “iskk ni yang pelik ni ..  apa je la surprise dia ni ..”

                    “nak tau ker tak ?? kalau nak datang awal sikit .. pukul 8.30 datang ok .. lebih pukul 9.00 malam .. kitorang makan dulu.”

                    “kitorang ??? siapa lagi pulak tu .. dengar macam ramai ..”

                    “iskk .. banyak lak soal abang fadil ni .. datang je la ekk ..”

                    “okey la .. okey la .. abang datang malam ni pukul 9.00 tepat gerenti sampai…”

                    “laaaaaa orang kata paling lewat pukul 9.00 dia nak datang pukul 9.00 pulak.” Kedengaran suara azah merajuk manja.

                    “elelelele .. abang gurau je .. ehehhe .. ok .. kul 8.30 abang sampai sana ..”

                    “yeeeeehh … macam tu la .. datang tau .. jangan lupa pulak…” kata azah lagi.

                    “okey okey .. isk happy semacam je .. ni macam ada orang jauh je datang ni..”

                    “iskk abang fadil ni .. mana ada .. siapa pulak yang jauh nya .. datang je la ek ..”

                    “ok .. jumpa malam ni .. cakap dengan fian abang sampai malam ni .. assalamualaikum.”

                    “haa insyallah .. okey .. walaikumussalam.” Kata azah dan terus meletak ganggang.

                    Azah berpaling.. lalu ternampak lan duduk di sofa sambil membaca surat khabar ..

                    “haiii .. orang London baru hari ni dapat baca surat khabar Malaysia … macammana ?? okey tak berita di dalam surat khabar tu ??

                    “heheheh .. mandai-mandai je azah ni .. amboi kemain sekarang pandai bergurau ye ..”

                    “alaa sama macam dulu gak .. ehhehe.”

                    “haaa tadi tu siapa yang telefon … kemain meriahnya dia bercakap.” Kata fian tiba-tiba mencelah sambil menuruni tangga rumah.

                    “haa bang .. abang fadil call tadi.. dia baru balik dari outstation .. dia kata nak datang pukul 11 malam. Azah tak kasi .. suruh dia datang awal .. pukul 8.30.. boleh makan malam sama.. azah kata ada surprise… dia terkejut .. hehehhe .. lepas tu azah minta dia bawa abang sepol dan kawan-kawan lain.. dia kata abang sabu pun ada kat cc juga sekarang ni.. tu yang suruh dia bawa sekali.. ehhehe.” Terang azah panjang lebar.

                    “haaa semua ada ke zah ??” tanya lan mencelah.

                    “ha ah .. surprise kat diorang malam ni .. ehehhe.”

                    Lan hanya tersenyum lalu dia meneruskan bacaan pada surat khabar berbahasa melayu itu.

                    Pasti mereka semua malam ni akan terkejut .. tiba-tiba aku dah berada di Malaysia ..setelah 7 tahun di perantauan… pasti … ermmm .. bagaimana la keadaan dan wajah mereka-mereka semua .. pasti banyak perubahan .. yeahhh .. moga banyak perubahan ..

 

Next

Hosted by www.Geocities.ws

1