50

 

                    Malam itu setelah selesai mandi dan solat, izlan turun ke ruang tamu di tingkat bawah. Dia berehat di sofa sambil menonton televisyen. Jam pada waktu itu baru pukul 7.30 malam. Tidak lama selepas itu, azah turun dan menegur izlan.

                    “haii lan .. dah mandi ??”

                    “dahh zah .. “

                    “haa duduk la dulu .. azah nak ke dapur siapkan hidangan. Malam ni special azah buat khas untuk kepulangan lan.” kata azah dan tersenyum. Izlan membalas senyuman itu.

                    Azah terus menuju ke dapur menyiapkan apa yang patut untuk makan malam pertama mereka beramai-ramai bersama Izlan setelah 7 tahun.

                    Sambil Izlan melihat televisyen, fian turun ke bawah.

                    “haa lan .. dah mandi ker ??”

                    “dah ..  hermm .. sekarang kau kerja di mana fian ?”

                    “sekarang ?? ermm buat masa ni di cyberjaya .. arkitek bagi sebuah firma .. azah pula teknikal arkitek juga di sebuah firma juga di sana. Aku kadang-kadang buat freelance juga lan .. biasala tu .. cari duit lebih .. kau pepaham je la lan .. selalu keluar nengok side .. ramai la kawan-kawan .. dari tu dapat banyak projek luar.. hehehe.” Terang fian.

                    “wahhh … tak lama lagi boleh buka bisnes sendiri ni ..”

                    “aku ada juga terfikir tu lan .. apa kata kita bersatu buka bisnes .. kau pun apa kurang .. banyak pengalaman dari sana kau dapat .. kat sini kau pergunakan la sebaik mungkin .. aku pula dah ramai kenal orang .. dan banyak company percayakan aku .. so how ??” fian memberi cadangan.

                    “good idea .. but biar aku rileks dulu ..”

                    “haa ye la .. duit dari sana kau dapat pun banyak lagi ye tak ? hahaha”

                    “hahaha tak la macam tu .. nanti kita bincangkan lain kali .. buat masa ni .. sebulan dua atau lebih sikit aku nak rileks .. kalau dah ready besok .. kita bincang balik semula ..”

                    “itu no problem .. kitorang tunggu ..”

                    “kitorang ?? siapa lagi ??”

                    “azahh .. aku dah lama plan .. masa belajar lagi .. aku nak buka company dengan usaha kita bersama ..bertiga..”

                    “ermm ..,. kewll~~!! Idea yang baik .. tiga serangkai.” Senyum azlan.

                    “tu la lan .. aku merindui saat-saat kita dulu lan ..”

                    “ala fian .. sekarang aku dah balik .. bila-bila masa je boleh jumpa .. dan jangan risau .. tentang bisnes tu .. aku rasa .. itu satu pandangan yang baik ..”

                    “Assalamualaikum.” Tiba-tiba kedengaran suara dari luar.

                    “waalaikumussalam.” fian bangun dan menuju ke ruang pintu di hadapan. Lan bangun dan menuju ke satu sudut sambil melihat-lihat lukisan yang tergantung di atas gambar. Tujuannya juga ke sudut itu, untuk memberikan satu surprise yang agak besar.

                    Setelah mendengar suara memberi salam. Azah pun keluar dari ruang dapur menuju ke ruang tamu. Menuju ke arah fian.

                    “haa abang fadil .. dah sampai .. masuk la .. “ kata azah sambil menyambut salam fadil dan mencium tangannya. Fadil terus bersalam dengan fian. fadil hanya tersenyum.

                    “haa abang sepol, abang sabu, abg zubir, kak mas, haii abang shahrom pun ada .. cuti ker ?? meh masuk .. mehh ..” kata azah peramah ..

                    “biasa la .. ambil cuti 3 ari. Sabtu, ahad pulak memang dah cuti.” Terang shahrom.

                    “hah!!! apa yang Azah kata surprise sangat tu ?? tak de apa pun.” Kata Fadil tak sabar-sabar ingin mengetahui kejutan itu sambil dia menuju ke sofa di ikuti mereka yang lain-lain. Dia tidak memandang ke arah sudut Lukisan di sebelah kanan ruang tamu itu.

                    “alaaa duduk la dulu .. nanti nampak sendiri la ..” terang azah sambil tersenyum.

                    “abang fadil dan semua .. duduk dulu .. azah nak ke dapur nak siapkan hidangan.” Kata azah. Mas mengikut azah menuju ke dapur.

                    “ehh Fian. tu siapa tu yang mengadap lukisan tu ?? kawan kau ke ?? sedara ker ?? tak kenalkan kat kitorang pun.” Fadil bertanya.

                    “haa itu la surprise nya .. cuba teka siapa dia ?” kata fian. Izlan yang sedari tadi memandang lukisan itu menoleh ke arah mereka sambil tersenyum.

                    Fadil terbangun. Di ikuti Sabu. Mereka bergerak menuju ke Izlan. Mereka semua belum mengenali lagi siapa dia.

                    Fadil terus menghulurkan tangan dan berjabat tangan. Tiba-tiba…

                    “ehhh dil .. aku … Izlannnn!!!!.” Kata sabu bagai tak mempercayai. Izlan hanya mengangguk dan tersenyum. Sabu terus menghulurkan tangan bersalam dan terus memeluk lan. Fadil terkejut dan terus tersenyum.

                    Pelukan terurai lalu Fadil pula memeluk. Sepol, Shahrom, dan Zubir mendekati Izlan.

                    “wahh kau lan .. banyak berubah .. kami semua tak perasan .. abang sendiri pun tak kenal .. makin putih pulak tu .. kami semua dah lama menanti kepulangan kau .. banyak tahun kau kat sana .. Lannnn selamat pulangg!!!” kata Fadil sambil menepuk lan. mereka bergelak ketawa. Sepol, Shahrom dan Zubir bersalam dengan Izlan sambil memeluknya. Mereka semua gembira dan mengucapkan selamat pulang. Begitu juga dengan Mas. Azah dan fian hanya memerhati sambil tersenyum.

                    “dahh lan… meh sini .. kita duduk kat sofa .. ada banyak abang nak tanya dan cerita.” Kata fadil sambil memeluk bahu lan menuju ke sofa. Mereka semua menuju ke ruang tamu di sofa. Suasana ketika itu sungguh terharu dan gembira.

                    “lannn .. akhirnya kau pulang juga ye …bila kau sampai ni ?? naper kau tak telefon abang .. kan ada no fon ?? kalau tak abang boleh jemput kau.” kata fadil.

                    “saja nak buat surprised kat semua.” Kata Izlan pendek. 

                    Mereka terus berbual. Macam-macam yang di bualkan dan di tanya oleh mereka dan sesamanya. Mereka tampak sungguh gembira setelah hampir 7 tahun tidak berjumpa dengan Izlan. Sempat juga Izlan menuju ke biliknya dan membuka bagasi. Memberikan ole-ole yang kecil yang sempat di belinya di sana. Kata Izlan lagi, ada lagi beberapa barangan yang agak besar, tapi di hantar melalui kapal kargo. Kemungkinan sampai lagi sebulan. Nanti dia akan memberikan kepada mereka semua.

 

 

51

 

                    Setelah beberapa bulan berehat. Izlan yang menggunakan satria GTI milik azah menelefon handset fian. semasa itu Izlan berada di Melaka. Dia bertanyakan mengenai bisnes yang di rancangkan Fian.

                    “assalamualaikum .. fian ..”

                    “waalaikumussalam .. yea .. fian ni .. lan ker ??”

                    “yupp .. iam here .. apa khabar ??”

                    “fine .. so …”

                    “aku rasa aku dah bersedia .. so bila boleh kita mulakan ..??”lan memotong kata fian.

                    “kewll .. satu berita yang mengembirakan aku dan pasti mengembirakan azah .. thanx lan …thanx .. bila bila jer lan ..”

                    “kita bincang dulu fian tentang selanjutnya ..”

                    “okey .. itu yang aku nak katakan .. so malam ni u datang ..”

                    Fian meminta izlan datang ke rumahnya pada malam itu juga untuk membincangkannya. Lagi pun esoknya cuti hari minggu.

                    Malam itu izlan menuju ke Seremban 2. mereka berbual-bual mengenai perancangan itu. Izlan, fian dan azah sebulat suara bersetuju untuk menjalankan perniagaan itu. Mereka memilih lokasi di Seremban sebagai lokasi perniagaan mereka.

                    Mengenai Rumah Izlan. Fian dan Azah meminta Izlan menetap di rumah mereka. Kerana rumah mereka itu pun sunyi. Selepas perniagaan agak kukuh, barulah mereka memberi peluang pada Izlan untuk pindah ke rumah lain atau sebagainya. Izlan bersetuju. Dan mengenai modal izlan memberikan 65% dan selebihnya Azah dan Fian.

                    Mereka juga berjanji untuk berbincang selanjutnya mengenai perancangan perniagaan mereka itu. Berbagai-bagai perancangan masa depan yang telah di rancangkan.

                    Perniagaan mereka akan mula beroperasi Sebulan selepas itu. Itu pun setelah segala-gala keperluan selesai. Fian dan azah pula berjanji akan memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk kejayaan perniagaan mereka itu.

                    Pagi esoknya, awal-awal lagi Izlan pulang. Dia ingin menuju ke melaka. Tetapi sebelum itu, dia sempat menuju ke Cybercafe di senawang. Dia berjumpa dengan rakan-rakannya di sana. Setelah makan tengahhari bersama mereka, lan berangkat menuju ke melaka. Dia memandu satria GTI sambil mengelamun memikirkan idea perniagaan yang akan di jalankan tidak lama lagi.

                    Sebelum sampai ke rumahnya. Lan menuju ke Mahkota Parade. Dia bercadang untuk berjalan-jalan melihat apakah perubahan yang berlaku di sana. Semenjak dia pulang ke Malaysia, dia belum menjejakkan kaki ke sana. Hanya menaiki kereta berjalan tanpa berhenti di sana.

                    Semasa berjalan-jalan dia terpandangkan kedai telekomunikasi. Lalu dia berhenti. Dia melihat-lihat telefon mudah alih yang di pamirkan untuk di jual. Setelah bertanya sedikit sebanyak dia lalu mengambil sebuah handset Nokia beserta line telefon TMTouch. Setelah itu dia mendail fian dan azah memberikan no fon baru nya itu.

                    Dia berlalu dari kedai telekomunikasi dan menuju ke arah tingkat atas. Izlan bercadang untuk melihat movie. Sesampainya di sana, mood nya tiba-tiba berubah. Dia berlalu dan terus keluar dari Mahkota Parade. Izlan terus menuju ke Parking Lot dan mengambil keretanya lalu pulang ke rumah.

                    Sesampainya di rumah hari sudah pukul 8.00 malam. Mak izlan menyambutnya. Mereka berbual seketika. Lalu Izlan meminta pendapat mak nya mengenai perancangan dia bersama Fian dan Azah untuk membuka perniagaan. Mak Izlan merestui dan bersetuju dengan rancangan Izlan. Malah dia memberikan dorongan dan sokongan.

                    Setelah meminta izin untuk masuk bilik. Izlan terus mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi. setelah selesai membersihkan dirinya Lan terus menuju ke katilnya dan merebahkan dirinya.

                    Malam itu Izlan tidur awal.

 

 

 

52

 

                    Hari itu, Izlan, Azah dan Fian memulakan perniagaan. Setelah masuk ke dalam ofis, Izlan meneliti Beberapa Fail projek. Fian telah mendapatkan beberapa projek pertama mereka. Azah pula telah berhenti bekerja dan masuk ke dalam ofis bersama Izlan. Manakala fian masih bekerja, dia akan berhenti setelah perniagaan telah berjalan lebih dari setahun.

                    Petangnya, semasa lunch bersama azah dan fian. Izlan bercadang untuk pergi ke Melaka pada esok harinya. Ofis client pertama perniagaan mereka di Alor Gajah. Dia meminta azah berada di ofis.

                    Esoknya, Izlan bertolak dari Seremban menuju ke Alor Gajah. Setelah membayar tol, dia menuju ke pekan Alor Gajah. Setelah sampai ke lokasi syarikat tersebut. Dia terus masuk ke ofis tersebut.

                    “assalamualaikum .. boleh saya berjumpa dengan manager??”

                    “siapa nama encik ?? saya Nora secretary Dato` Mahmud.

                    “ohh .. Saya Izlan.”

                    “Encik Izlan ada buat appointment ??” tanya secretary Dato Mahmud itu.

                    “ada .. katakan padanya En Izlan sudah sampai.”

                    “okeh..” kata secretary tersebut. Lalu menekan intercom.

                    “Dato` .. Encik Izlan ada di sini.”

                    “ohh .. minta dia masuk.. Kami telah lama menantinya.” Kata dato` kembali.

                    “okey dato`.” Nora secretary Dato` Mahmud berkata lalu dia bangun dan mengetuk pintu bilik Dato.

                    “ermm En. Izlan. Sila masuk.” Dato Mahmud mempelawa Izlan.

                    “Terima kasih dato.”

                    “haa silakan duduk. Sebelum itu perkenalkan Cik Diana ……..”

                    Izlan menoleh dan terpaku …. Dia memandang Diana tanpa berkelip .. arghhh betul kah apa yang ku lihat … Diana~~!!!! …

                    “Cik Diana adalah pembantu saya .. dia bertugas sebagai ‘Project Manager’ …” dato menerangkan … tetapi Izlan tidak dapat menumpukan perhatiannya pada suara Dato` dia hanya melihat Diana .. Diana pula pada ketika itu terpinga dan terkejut ..

                    Perlahan-lahan Izlan menghulurkan tangannya lalu bersama dengan Diana. Diana teragak-agak menyambut tangan Izlan. Tiba-tiba airmata Diana menitik. Dato` melihat situasi itu dengan seribu persoalan.

                    Tiba-tiba ..

                    “dato`, saya minta maaf .. saya ingin ke toilet sekejap ..” kata diana lalu menuju ke arah pintu dan keluar. Izlan hanya memandangnya.

                    “En Izlan .. En Izlan ..”

                    “erkk~~!!  Ehh~~!! ..saya ..”Izlan menoleh ke arah dato`. Bagai baru tersedar dari mimpi yang panjang. Izlan malu tiba-tiba.

                    “minta maaf dato`.” Izlan menyambung

                    “ermm sila duduk dulu ..”

                    “terima kasih dato` “

                    “pertamanya… boleh saya tau .. En Izlan dengan Cik Diana kenal antara satu sama lain ke ??”

                    “ermm ye saya Dato`, memang saya mengenalinya semasa di sekolah dulu dan kami tinggal di tempat yang sama.” Terang Izlan.

                    “ohh begitu .. patut lah macam tu tadi .. okey la .. kita mulakan sekarang ..”

                    Mereka berdua memulakan perbualan mengenai projek yang di rancangkan oleh Syarikat Dato Mahmud. Dan dia mengatakan bahawa Diana adalah rakan satu projek itu. Selepas ini, segala-gala mengenai maklumat projek dan sebagainya, Dato Mahmud meminta Izlan berhubung terus kepada Diana.

                    Setelah selesai, izlan mengucapkan terima kasih kepada Dato Mahmud. Dia menuju keluar di iringi Dato Mahmud. Setelah keluar dari bilik Dato Mahmud dia memandang di sekitar Pejabat syarikat itu. Tetapi kelibat bayangan Diana tiada. Arghhh aku sudah mempunyai no fon dia .. anytime aku boleh call dia  ..

                    Tiba-tiba Nora menegur Izlan.

                    “En. Izlan seperti mencari seseorang. Cik Diana ker ??” tanya Nora.

                    “yee Cik Nora. Cik Nora ada nampak dia ??”

                    “tadi dia keluar dari bilik dato` dengan tergesa-gesa. Dia menuju ke toilet. Lepas tu saya tak nampak-nampak dia. Maybe dia masuk ke biliknya.”

                    “ohh kalau begitu tak per la cik nora. Sampaikan salam saya pada dia. Saya ingin pulang dulu. Katakana padanya lagi. petang ini saya akan call dia mengenai projek yang telah di bincangkan tadi.”

                    “okey en Izlan. Saya akan sampaikan.”

                    “Terima kasih sekali lagi Nora.”

                    “sama-sama.” Kata nora sambil tersenyum.

                    Izlan keluar dari pejabat Dato Mahmud dengan perasaan yang sukar di gambarkan. Hatinya sayu. dia terus menghidupkan enjin kereta satria GTI itu lalu berlalu pergi.

                    Ermmmm.. mungkin ada rahmat di sebalik perjumpaan ini .. pula tu ini lah assignment pertama aku ..alhamdulillah .. setelah lama aku tidak berjumpa dia ..  kini aku berpeluang berjumpanya .. izlan tiba-tiba gembira .. dia bersiul-siul di dalam kereta sambil memandu.

                    Banyak perubahan yang berlaku pada dirinya… makin cute .. manis .. putih .. dan apa yang tidak berubah adalah sifat dia yang sangat sopan .. yuppp !! masih seperti dahulu ..

                    ahhh manisnya kenangan dulu ..

 

53

 

                    Sesampainya di pejabatnya. Izlan lalu masuk ke pejabatnya dengan hati yang gembira.

                    “haiii gembira je hati ?? naper ?? dah closed ker ??”

                    “gerentii .,.. dan satu lagi .. ada satu surprise.”

                    “apa dia ???” tanya azah tidak sabar-sabar.

                    “kau tau zah .. project member kita adalah Cik Diana.”

                    “haa dah tu apa yang surprise ??”

                    “kau tak ingat nama tu ????” tanya Izlan kembali.

                    “erkk !! maksud Izlan ?? Diana .……..?”

                    “yupp .. betul ..”izlan memotong.

                    Lalu izlan menceritakan dari awal hingga akhir bagaimana perjumpaan itu terjadi kepada Azah. Azah pula tampak gembira bila Izlan sambil ketawa walau di mata Izlan dia nampak ada kaca-kaca jernih bertakung. Dia tau, Izlan gembira dengan perjumpaan itu setelah bertahun lamanya.

                    Sedang mereka berbual-bual. Tiba-tiba azah memegang mulutnya. Azah bekejar menuju ke bilik air pejabat lalu muntah. Izlan mengejar Azah. Dia menunggu di luar bilik air.

                    “azah .. kau tak apa-apa ??” tiada suara kedengaran hanya suara azah muntah je yang di dengar oleh izlan.

                    “azahh .. naper diam je ?? kau sakit ker ??”

                    “aku call fian ye .. “ kata izlan lalu menyeluk poket dan mengeluarkan handsetnya. Dia lalu mendail no handset milik fian dan memberitahu keadaan azah.

                    Fian terus bergegas pulang dengan memandu dari cyberjaya ke seremban. Setelah sampai, Azah kala itu sedang berehat di sofa di pejabat mereka.

                    “azahh .. u tak apa-apa ??” tanya fian agak kerisauan.

                    “nope .. iam okey.”

                    “fian .. I rasa baik u bawa azah ke klinik. Pergi check .. mungkin dia keracunan makanan .. or …..”

                    “or what ??”

                    “nope .. pergi la check” izlan tersenyum. Dalam hatinya meneka mungkin azah sedang mengandung.

                    Fian memapah Azah keluar menuju ke keretanya. Setelah enjin di hidupkan, fian lalu memandu menuju ke klinik yang berhampiran. Izlan hanya tinggal di ofis menguruskan beberapa kerjanya.

                    Petang itu, Izlan mendail no telefon milik Diana.

                    “assalamualaikum…”

                    “waalaikumussalam. siapa di sana ?”

                    “awak kenal saya .. yang tadi …”

                    “Izlan .. ??”

                    “yupp..”

                    suasana ketika itu sepi. Diana ketika itu sungguh terharu dan ter esak-esak.

                    “diana .. u menangis ??”

                    “ermm .. minta maaf lan..”

                    “tidak apa nak di maafkan diana.” Izlan mengawal emosinya agak dia tidak berasa sedih juga di atas perbualan pertama mereka setelah bertahun lamanya tidak berbual.

                    “ermmm .. lan ….. lan sihat??’

                    “sihat ..alhamdulillah.. bagaimana diana ??”

                    “…ermm sihat ..”

                    “tak sangka ye .. kita berjumpa kembali setelah lama menghilang ..”

                    “Diana pun begitu lan ..”

                    “sebenarnya lan… puas diana mencari lan .. hilang begitu saja .. tanya keluarga lan pun, mereka tak memberitahunya. Mereka meminta maaf sebab tak bagi tahu kemana lan menghilang di sebabkan janji mereka pada lan. sedih diana lan.”

                    “ermm .. lan yang minta mereka rahsiakan pemergian lan. Lan menyambung pelajaran di UK dalam bidang kejuruteraan selama 5 tahun.”

                    “kenapa lan tak utus walau satu surat sekali pun pada diana?”

                    “entah la diana .. lan rasa diana benci pada lan.”

                    “tidak!!! .. mana ade .. diana sedikit pun tak benci pada lan .. malahan diana sendiri baru sedar kesilapan diana meminta kita memutuskan hubungan.”

                    “tak per la diana .. perkara itu pun dah lama berlalu ..”

                    “terima kasih lan. lan sangat baik hati.”

                    “ermm .. boleh lan tanya satu soalan pada diana ??”

                    “…. Tanya la lan.. “

                    “diana dah berpunya .. erkk ermm maksud lan diana dah mempunyai keluarga sendiri ??”

                    “ishh .. naper lan tanya soalan macam tu ??”

                    “Cuma nak kepastian.”

                    “ermm … diana tak mahu kita bercerita di dalam telefon ni.. boleh kita berjumpa hujung minggu ni?? .. kita lunch sama, diana banyak cerita nak di ceritakan pada lan. ”

                    “okey .. boleh .. ermmm di mana ??”

                    “Di melaka … lan balik sini lah ye.”

                    “aikss .. mana diana tau lan tak dok melaka ??”

                    “ler .. kan alamat ofis lan di seremban.”

                    “ohh .. ic .. hehe.. maaf lan tak terfikir tentang tu”

                    “ahh tak mengapa lan .. itu perkara biasa ..

                    “waittt~!!! Bagaimana dengan masanya ?? pukul berapa ?”

                    “okey .. pukul 10.00 pagi lan datang sini .. call diana dulu okey.”

                    “okeyyyyy diana ..permintaan di terima .. hehehe”

                    “hehehehe .. masih tak ubah-ubah juga lan ni .. suka mengusik .. ermm ….bagaimana projek ??”

                    “tetang projek tu .. I follow u jer diana ..”

                    “okey ..so anytime kita boleh on .. sekarang pun boleh”

                    “its up to u diana .. ehh .. lan letak dulu .. azah dan fian dah balik.”

                    “ermm .. Azah ???”

                    “yupp dan fian .. haaaa jangan salah sangka lagi .. azah dan fian dah berkahwin.. kami bertiga jalankan bisnes ni.”

                    “ohh .. thanx lan .. jangan lan risau .. Diana takkan salah faham lagi .. Diana sedar ..”

                    “bagus la begitu diana .. lupakan lah kisah lama .. mereka dah balik ni. Ok la ye. Kita jumpa hujung minggu ni.”

                    “okeh lan .. terima kasih.”

                    “okey .. u take care .. assalamualaikum.” Kata Izlan.

                    “u too .. walaikumussalam.” Click .. telefon di letak.

                    Lan menuju ke arah sofa, di mana azah dan fian duduk.

                    “haii tersenyum je fian ?? gembira jer ??”

                    “heheheh .. ada berita gembira lann … gembiraaa sangat.”

                    “haaa .. kenapa ??”

                    “teka la lan..” azah menyampuk.

                    “haaa gerenti … aku dah teka dari tadi ..”

                    “apa dia lan .. cakap la ..” kata azah.

                    “azah mengandung .. betul ???”

                    “yeaaaaaaaaahoooooooooooo aku bakal jadi bapak lannn .. jadi bapak orang ..” fian melonjak terus memeluk Izlan. Dia tidak dapat lagi mengawal perasaannya.

                    “tahniah fian .. tahniah azah .. bagus la begitu.”

                    “heheheh .. aku gembira sangat lan.. ehhe .. tapi pelik macammana kau belum kawin dah dapat teka ni?? Hehe terer la .. ni petanda kau kena jadi laki orang ni lan.” kta fian mengusik.

                    “heheh .. biasa la .. banyak membaca ..” Izlan membalas.

                     “haaa kau tadi tu .. bercakap dengan siapa dalam phone ?? semacam je aku nengok” fian bertanya.

                    “ha ah la bang .. tadi azah nampak pun cam tu.” Azah pula menambah. Izlan tersenyum jer.

                    “nak kata ada projek baru… takkan guna handset.. mesti guna phone ofis.” Kata fian lagi.

                    “ada la ..” kata Izlan menyembunyikan perasaanya.

                    ‘alaa lann .. tak baik tau rahsia-rahsia.. baik cakap.” Kata azah lagi di samping fian.

                    “okey .. hujung minggu ni aku ada date .. date dengan seseorang yang telah lama aku rindui.”

                    ‘siapa pula tu lan .. kau tak cerita pun dengan aku .. bertuah orang tu.”

                    “alaaa bang .. ermm .. tadi lan cerita .. dia jumpa diana .. dan diana juga adalah project member first assignment kita ni.”

                    “haaaaaaaaaa .. maksud zah ?? diana ….”

                    “yuppp…” azah mengangguk sambil tersenyum manja di sisi suaminya itu. Izlan hanya tersenyum dan memandang. Tidak bersuara walau sedikit pun. Fian menoleh ke arah Izlan.

                    “betul ker ni lan ???”

                    “betull kata azah tu fian.” kata izlan tersenyum.

                    “wahh ini satu perkara yang mengagumkan…. Jadi yang kau call tadi ??”

                    “yupp .. aku call diana .. ermm .. dia nak jumpa dengan aku hujung minggu ni di melaka.. ada banyak cerita nak di ceritakan katanya.”

                    “wahhh bagus nya … ini makna baik ni .. sudah la Azah mengandung. Lepas tu perniagaan kita yang baru bermula. First assignment pula projek member kita diana pula. Dan mungkin kebahagiaan untuk Izlan. Ini kebahagiaan yang bertimpa-timpa.”

                    “tapi fian .. aku tak nak berharap lagi .. biar lah hujung minggu ini menentukan. Lagi pun aku sendiri tak tau sama ada dia dah ada yang punya atau tak.” Jelas Izlan.

                    “tapi lan .. aku percaya .. dia adalah milik kau .. dan kau adalah milik dia … ini jodoh kau lan.”

                    “dah la .. kita tukar cerita lain.” Kata izlan sambil tersenyum bagi mengawal situasi.

                    “so macammana projek ??”

                    “ermm berjalan lancar .. Dato` Mahmud mengalu-alukan projek kita ni. Dia bersetuju dengan peln rancangan kita.

                    “so ..??”

                    “yupp tunggu dari projek member kita .. dia pula kata tadi .. on bila-bila masa.”

                    “okey bagus perkembangan tu lan.”

                    “yup.. itu lah juga yang aku harapkan.” Kata izlan.

                    Hubungan Izlan dan Diana agak rapat sejak hari itu. Hari-hari sebelum hujung minggu itu menjelang. Izlan ataupun diana kerap menghubungi antara satu sama lain melalui telefon. Sama ada bertanyakan mengenai projek atau bertanya khabar. Kadangkala sehari sehingga 5-6 kali.

                    Arghhh .. tidak ku sangka .. kembalinya ku di Malaysia ada rahmat di sebaliknya.. terima kasih tuhan .. terima kasih kawan-kawan…

Next

Hosted by www.Geocities.ws

1