54
Pagi ahad itu, tidak seperti pagi-pagi yang lain. Izlan bangun dari lenanya dengan semangat yang berkobar-kobar. Setelah menunaikan solat subuh. Dia lalu bersiap.
Sebelum keluar dari rumah fian pada pukul 7.00 itu. Dia sempat meninggalkan note di meja makan mengatakan dia pergi ke melaka. Jika ada apa-apa hal telefon handsetnya .. begitulah yang di tulisnya di note tersebut.
Dia memandu dengan tenang semasa perjalanan menuju ke Melaka. Sambil memandu dia tersenyum riang mengenangkan saat-saat bahagia dia dan diana semasa bercinta dahulu.
Dulu cinta monyet .. sekarang ??? arghh hari ni akan terjawab semua persoalan …
Tol Nilai telah di laluinya. Waktu itu jam lebih kurang pada pukul 7.45 pagi. Pergerakan kereta pun tidak lah sibuk.
Setelah melepasi tol senawang, Izlan melajukan sedikit kelajuan kereta. Dia sampai ke Melaka pada pukul 8.30 pagi. Lalu dia terus menuju ke rumahnya. Bersarapan dan berehat sebentar. Sempat juga dia berbual-bual dengan ahli keluarga yang lain.
Tepat pukul 10.00 pagi Izlan mencapai handset, lalu mendail no telefon diana. Kali pertama tak dapat. Di cubanya sekali lagi ‘mail voice’ pula. Dia cuba sekali lagi, bru lah dapat. Diana meminta Izlan datang ke Alor Gajah. Di rumah Diana menetap sekarang.
Izlan mencapai kunci kereta, dia lalu menuju ke keretanya di luar pagar rumahnya. Dia terus menekan pedal minyak menuju ke Alor Gajah. Sesampainya di sana, Izlan menelefon Diana bertanyakan mengenai kedudukan rumahnya.
Tiba di satu simpang, dia ternampak sebuah kedi cenderamata. Hajat Izlan untuk membeli sebuah cenderamata untuk Diana walaupun dia membawa sekali cenderamata yang di belinya di UK sebelum dia pulang dahulu.
Setelah meletak kenderaan di seberang jalan. Izlan membuak pintu kereta. Dia melintas jalan menuju ke kedai cenderamata tersebut. Setelah memilih sebuah music box. Izlan terus ke kaunter dan membayarnya. Dia terus dari kedai itu dan berlari melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Dan tidak di sangkanya sebuah van kilang dengan kelajuan yang agak tinggi merempuh badan Izlan. Izlan melambung tinggi dan terhempas di tengah jalan. Di bibirnya keluar darah.
Ketika itu, orang ramai berlari mengerumuni Izlan. Ada suara yang meminta sesiapa yang mempunyai handset supaya menelefon ambulan. Mereka yang lain, memapah Izlan ke tepi jalan. Dan menanti kedatangan ambulan. Setelah menunggu 10 minit. Ambulan tidak juga sampai. Lalu ada sebuah kereta berhenti dan memberikan bantuan untuk menghantar Izlan ke hospital. Di dalam perjalanan, sempat juga pemandu itu, meminta rakannya menyeluk poket Izlan untuk mendapatkan sesuatu. Kemungkinan no telefon keluarga Izlan untuk di hubungi.
Pemandu itu, terus membawa Izlan ke hospital Mahkota. Izlan di kejarkan ke wad kecemasan dan di berikan rawatan cepat. Pemandu itu yang sempat mencapai handset Izlan terus mencari di phonebook handset no telefon keluarga Izlan.
Pemandu yang baik hati itu lalu mendail no telefon Fian, kerana di phonebook itu di letak nama ‘sahabat karib’. Setelah mendapat berita itu, fian tidak tenteram, dia terus mendail no telefon keluarga Izlan. Setelah di beritahunya keadaan Izlan kepada adik Izlan. Fian terus meminta aah bersiap. Azah yang ketika itu berada di dapur, terkejut dan terus bersiap.
Mereka terus menuju ke Hospital Mahkota, dan di sana mereka berjumpa dengan keluarga Izlan. Izlan ketika itu masih berada di dalam Wad Kecemasan. Di luar, beberapa ahli keluarga Izlan, fian dan azah berkumpul. Mereka kelihatan sugul. Mak Izlan sambil menangis mengatakan pada Azah, yang dia baru sangat berbual dengan Izlan di rumah. Tidak sampai 1 jam pun. Dia betul-betul tak sangka mengenai kemalangan ini. Azah memujuk mak izlan supaya bersabar dan berdoa agar Izlan selamat.
Pemandu yang menghantar Izlan terus berjumpa dengan keluarga Izlan. Dia menerangkan keadaan Izlan. Suasana ketika itu sungguh sedih. Setelah memberikan handphone Izlan kepada Ibu Izlan. Pemandu itu dan rakannya meminta izin untuk pulang.
Adakah Ini penamat sebuah cerita cinta ????? adakah hidup aku sehingga
ini ??? Adakah Ajalku sudah sampai ?? Adakah aku bersedia untuyk menempuh alam
baru ??? Adakah nama Izlan akan tinggal nama sedang roh telah terpisah dengan
jasad ??? adakah ??? adakah ??? adakah ?????
55
Di rumah. Diana agak kegelisahan. Dia tidak sabar menanti kedatangan bekas kekasihnya itu. Hari ini dia akan bukti kan bahawa cintanya abadi buat jejaka itu.
Izlan .. Yahhh … nama itu senantiasa Gah di dalam hati ku .. sejak
dulu hingga sekarang …
Apa yang di lakukan oleh Diana ketika itu serba tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena, ke dapur tak reti di buatnya. Lalu dia menuju ke peti ais. Dia mengambil cawan di atas peti ais. Belum sempat dia menuang air ke dalam cawan. Tiba-tiba tanpa di sangka cawannya terhempas jatuh ke lantai. Cepat-cepat dia menolak serpihan kaca itu. Tetapi serpihan kaca itu melukai jarinya, tiba-tiba dia terfikir sesuatu sambil dia menyedut luka itu.
Kata orang .. kalau benda begini berlaku .. ada sesuatu pekara buruk yang terjadi pada orang yang kita rapat .. Arghhh~!! Karut semua tu .. tak de apa yang berlaku .. diana jangan risau .. kata hatinya menenangkan dirinya sendiri.
Dia menuju ke sinki membasuh lukanya. Setelah di tampal dengan ‘handyplast’, dia terus mengambil penyapu lalu membersihkan kaca tersebut. Setelah membuang ke dalam tong sampah serpihan kaca itu. Dia terus menuju ke depan, di ruang tamu.
Sudah beberapa jam dia menanti kedatangan Izlan. Tidak juga nampak kelibat keretanya. Diana gelisah, tidak ketentuan.
Dia masih tak hubungi aku lagi … kenapa ?? hati aku sendiri pula
tidak tenang …mengapa ni ?? apa yang terjadi .. arghh biar aku call dia ..
Diana terus mencapai telefon rumahnya, lalu mendail handset Izlan.
“hello.. Assalamualaikum”
“waalaikumussalam.” kata suara di sebelah.
Suara orang perempuan ??
“siapa tu ??”
“ni Makcik mak Izlan.” Kedengaran Diana suara itu tersedu-sedu.
Apakah yang berlaku ni ?? pelikkk!!
Kata
hati Diana.
“makcik .. saya Diana ni, boleh
saya bercakap dengan Izlan.”
Tiba-tiba suara itu terdiam. Suara itu semakin kuat tangisannya.
“hello .. siapa di sana ?” tiba-tiba suara garau lelaki bertanya.
“ni diana ni .. siapa di sana ??”
“ni Fian ..”
“fian !!! .. mana Izlan .. apa yang terjadi ni.”
“bawa bertenang Diana… bawa mengucap…..”
“apa yang berlaku ?? cakap dengan diana sekarang fian ..”
“Diana .. bawa bertenang .. Izlan sekarang berada di Wad Kecemasan. Dia
kemalangan semasa menuju ke rumah Diana tadi.”
“Ya Allah … “
Diana terus terduduk di kerusinya. Air matanya tiba-tiba mengalir.
“diana ..!!! diana ..~~!! .. diana ~~!!” fian memanggil.
“bagaimana keadaan dia sekarang fian ??”
“keadaannya tidak pasti .. dia masih di dalam Wad Kecemasan di Hospital
Mahkota.”
“terima kasih fian .. kejap lagi Diana datang.” Kedengaran suara
Diana bergetar. Dia merasa sangat sedih dengan berita itu.
Diana terus mengeluarkan keretanya dari garage dan memandu menuju ke
Hospital Mahkota. Semasa memandu dia terkenangkan kenangan-kenangan lamanya
bersama Izlan. Dan apa yang di bualkan mereka di dalam telefon sejak dua tiga
hari ini.
Diana menangis tersedu-sedu……
Adakah Putus sudah kasih ku ??
Adakah putus sayang ku ?? Izlan .. jangan meninggalkan
Diana di saat Diana perlukan kasih sayang Izlan setelah lama berpisah …..
56
Sesampainya di Hospital Mahkota. Diana berlari anak menuju ke Wad
Kecemasan. Tiba-tiba langkah Diana terhenti. Dia terpaku melihat keluarga Izlan,
Fian, dan Azah.
Air mata Diana mengalir deras. Hatinya terlalu sebak.
Ya Allah !!! selamatkan Izlan …
selamatkan cintaku .. Selamatkan nya ya Allah …
Lutut Diana terasa lemah.
Azah terus merapati Diana dan membawa Diana ke satu sudut. Mereka berdua
berpelukan sambil menangis.
Setelah menenangkan diri Diana dan menceritakan bagaimana perkara itu
berlaku, Azah memeluk pinggang Diana membawanya menuju ke kumpulan keluarga
Izlan dan fian.
Diana terus memeluk mak Izlan. Mereka bertangis-tangisan. Mak Izlan dan
Diana telah lama kenal semenjak Izlan dan Diana bercinta semasa persekolahan
lagi. Mereka berdua masih lagi menangis.
Tidak lama selepas itu, Doktor keluar dari bilik Wad Kecemasan. Fian lalu
merapati Doktor untuk mengetahui keadaan Izlan.
“ermm .. keadaan Izlan agak kritikal. Cedera di dalam badannya agak
parah. Tapi kami telah berusaha menyelamatkan nyawanya. Setelah pembedahan di
lakukan tadi, percent dia dapat hidup adalah 50/50. buat masa ini dia koma. Kami
akan menempatkan dia di dalam Unit Rawatan Rapi. Encik dan keluarga boleh lah
melawatnya di sana.” Terang doktor tersebut lalu berjalan menuju ke pejabatnya.
Tidak lama selepas itu, beberapa orang nurse dan pembantu perubatan di
nampak menolak troli pesakit. Mereka semua menuju ke arah pesakit itu. Izlan..
yea memang Izlan.
Keadaan izlan ketika itu nampak tenang. Cuma berbagai wayar di hidung dan
mulutnya di letakkan. Mereka mengekori troli tersebut sehingga sampai ke wad ICU
Hospital Mahkota.
Setelah menempatkan di Wad ICU, Diana terus merapati Izlan. Dia
menggenggam erat tangan Izlan. Sambil menangis teresak-esak. Mak Izlan mengucup
pipi Izlan sehingga menumpahkan airmatanya ke pipi Izlan. Suasana ketika itu
sangat sedih.
Masih adakah lagi harapan untuk
sembuh ??? masih adakah lagi harapan untuk cinta ini ??? ….
57
Telah seminggu Izlan terlantar di bilik ICU. Selama itu juga Diana
menemaninya di sisi.
Diana meminta cuti kepada
Dato Mahmud selama Izlan berada di hospital. Dato Mahmud yang memahami keadaan
itu, memberikan pelepasan kepada Diana. Dan segala kerja Diana di uruskan oleh
assistant Diana.
Dato Mahmud ada juga sekali melawat Izlan. Kadangkala mak Izlan menemani
anaknya itu bersama Diana.
Lewat malam itu. Diana bersendirian menemani Izlan. Beberapa nurse berada
di kaunter menjaga pesakit. Diana berbual-bual dengan Izlan walaupun Izlan masih
dalam keadaan koma. Diana memberikan semangat dan kata-kata dorongan kepada
Izlan supaya sedar. Diana berjanji untuk membahagiakan Izlan. Mempunyai keluarga
bersama Izlan. Mempunyai anak bersama Izlan. Diana terus tertidur di tepi katil
sambil mengenggam jari jemari Izlan dan meletakkan di pipinya.
Tiba-tiba… jari Izlan bergerak-gerak perlahan. Perlahan-lahan matanya
terbuka. Dia menggerakkan kepalanya ke kanan lalu melihat Diana tertidur sambil
mengenggam tangan kanannya. Dia tersenyum.
Perlahan-lahan di angkat tangan kirinya lalu mengusap rambut Diana. Diana
tiba-tiba tersedar setelah merasa belaian jari jemari di rambutnya.
Setelah dia tersedar, Diana terus ingin mengungkapkan sesuatu. Tetapi
pantas Izlan meletakkan jarinya di mulut Diana. Dia mengelengkan kepalanya. Lalu
mengangguk sambil tersenyum.
Pantas Diana terus memeluk Izlan. Dia menangis tersedu-sedu. Izlan hanya
mengusap rambut Diana, sambil tersenyum kemenangan.
“takkan ada perpisahan lagi selepas ini lan .. diana janji .. diana
sangat menyanyangi lan .. hidup diana selama ini tidak bererti tanpa diri lan di
sisi. Diana kesunyian selepas berpisah dengan lan .. diana merindui segala
kenangan kita lan .. tiada cinta lain selepas cinta bersama lan.” kata Diana
tersedu sambil memeluk Izlan.
Ketika itu nurse datang. Izlan yang melihat nurse memberikan isyarat
tiada apa-apa yang berlaku. Nurse yang melihat keadaan itu mengangguk dan
tersenyum riang.
Seorang pesakitnya telah sedar dan selamat setelah berhempas pulas untuk
hidup.
58
Hari ini dalam sejarah ……
Sembilan bulan selepas Izlan sembuh. Mereka berdua terus menamatkan zaman
bujang. Izlan telah melamar Diana semasa Izlan terlantar di katil hospital.
Tepat tarikh 17 / 03 dimana tarikh mulanya Izlan berjumpa dengan Diana di
rumah perkahwinan jiran mereka, Pak Man.
Tetapi keadaan berbeza, di mana kali ini Izlan dan Diana pula yang
berkahwin.
Hari itu, sungguh mendebarkan bagi Izlan dan Diana dan juga sangat
membahagiakan. Malam sebelumnya, menyaksikan bahawa Izlan sah menjadi suami
kepada Diana.
Kasih sayang mereka yang terpatri semula setelah selama ini patah. Cinta
dan Kasih sayang mereka telah bertaut kembali.
Hari itu juga menyaksikan, diri Izlan berjalan dengan segak di samping
Diana dengan pakaian baju songket berwarna merah hati lambang cinta mereka yang
abadi.
Majlis itu di hadiri ramai rakan-rakan sekolah mereka yang dahulu,
termasuk zaimi sekeluarga, Nani sekeluarga, Mawar sekeluarga, Sri sekeluarga,
Cuma Nana yang belum berkahwin. Katanya nak tunggu seseorang seperti Diana.
Nanti pasti bahagia macam Diana juga katanya tersenyum.
Abang Fadil bersama tunangnya yang sangat ayu, Abang Sabu dan isterinya
rini, Abang Sepol dan isterinya, Abang Shahrum dan isterinya , Abang Zubir dan
isterinya Mas dan rakan-rakan lain dari senawang telah datang ke Melaka sehari
lebih awal. Mereka datang dengan 5 buah kereta.
Linda pun ada bersama tunangnya. Kak Mas beserta Suami dan 5 orang
anaknya.
Datuk dan nenek Izlan sangat gembira dengan perkahwinan Izlan. Mereka
menangis kegembiraan melihat Izlan bersanding bersama Diana. Akhirnya tercapai
jua hasrat mereka ingin melihat cucunya itu berkahwin.
Fian dan Azah lah yang menjadi orang yang paling sibuk di hari bahagia
Izlan dan Diana. Mereka menyediakan segala-gala keperluan majlis tersebut. Di
samping Azah ada anak kecil yang sangat comel bernama Nurina. Nama itu di
berikan oleh Izlan selepas hari kelahiran baby itu.
Sempat juga semasa pasangan pengantin bahagia berarak. Azah mengendong
anak kecil itu dan menghulurkan baby itu kepada Izlan dan Diana untuk di kucup.
Mengambil berkat Raja sehari bak kata orang-orang tua.
Senyuman mereka berdua itu sangat manis dan penuh keceriaan.
Setelah majlis selesai, Izlan masuk ke dalam bilik pengantin. Di bilik
pengantin Diana sedang duduk berehat.
“haii sayang .. kenapa tak tukar baju lagi ?? kan kepanas pakai baju
songket ni.”
“nanti dulu la bang .. diana nak berehat dulu.”
“yee la intan payung penyeri hidup abang.”
“abang rasa abang nak mandi dulu, abang mandi la.”
“ye la .. abang nak bersihkan badan dulu .. letih sangat ni ..panas
baju songket ni .. tu yang berpeluh tu” kata Izlan sambil membuka kutang baju
Melayu songket merah hati itu.
“ermm .. bang .. Diana gembira sangat pada hari ni .. akhirnya cinta
kita berakhir dengan saat yang penuh gembira ini. Walau pernah dulu di lambung
onak derita. Tetapi diana bersyukur kepada tuhan. Kerana jodoh kita tetap berdua
.. Diana sayangkan abang.”
Izlan mendekati Diana yang ketika itu sedang duduk di birai katil. Ada
titik jernih air mata diana mengalir jatuh ke pipinya. Izlan menyapu air mata
bahagia itu lalu mengucup dahi Diana. Dia terus memegang jari diana lalu
mengucupnya. Izlan terus duduk di sebelah Diana.
“abang tahu .. dan sejak dulu abang tahu .. jodoh kita tetap bersama ..
abang yakin cinta abang kepada Diana akan berakhir di gerbang perkahwinan. Abg
yakin cinta abang untuk Diana.”
“Diana yang bersalah dahulu .. terlalu cemburu abang dengan orang lain.
Diana sebenarnya tak pernah menyintai Zaimi .. dia hanyalah rakan sekelas Diana.
Kami hanya berlakon untuk menyakiti hati Izlan. Diana menyesal bang diana
menyesal .. “ kata Diana lalu menyembam mukanya ke bahu Izlan. Dia menangis
semahu-mahunya.
“sudah lah sayang .. tak perlu di fikirkan perkara itu lagi.. semuanya
telah berlalu .. dah jangan menangis lagi di hari bahagia kita ni.. bagi abang
Diana tak bersalah walau sekelumit zarah pun pada abang .. abang sayangkan diana.”
Izlan terus mencium pipi Diana.
Seminggu selepas itu, Izlan dan Diana terbang membelah Awan menuju ke
London. Disana mereka menetap sementara di rumah Izlan di London. Mereka
berbulan madu selama seminggu di sana….
Kepergian mereka di iringi burung Camar yang terbang sekawan.
Akhirnya Cinta Masa Sekolah ku bersatu jua …..
Akhirnya kesabaran lelaki ku terbalas jua dengan kebahagiaan ….
Akhirnya Diana Milik Aku Selamanya ~~!!!!!!