29
Malam itu selepas mandi lan terus menghubungi diana di rumahnya. Mak diana yang mengangkat telefon tersebut. setelah meminta izin, lalu mak diana memberikan telefon tersebut kepada diana. diana yang ketika itu sedang menonton televisyen lalu mengangkat panggilan telefon dari lan.
“assalamualaikum diana.”
“waalaikumussalam. Ermm lan nak ape ??”
“salah ke lan telefon diana ?”
“ermmm…” diana hanya mendiamkan diri.
“diana .. lan betul-betul kecewa dengan sikap diana ,..”
“abis apa yang perlu diana lakukan ??”
“diana … kenapa ni ?? cuba terus terang dengan lan.. kita boleh mencari jalan penyelesaian di atas masalah ini.”
“tak perlu penyelesaian lan .. jiwa diana dah sakit selama setahun ini.. cukup la apa yang berlaku .. diana tak mahu lagi macam ni.”
“maksud diana ???”
“yeee .. maksud diana .. kita putus kan saja…”
“dianaaaaaaa!!!! .. mengapa diana sanggup buat macam ni kat lan ??”
“dan mengapa lan sanggup buat macam tu kat diana juga ??”
“apa yang dah lan buat kat diana ?? cuba diana cakap .. apa selama ini
pengorbanan lan kat diana sebuah lakonan ke ?? lan sanggup menunggu diana di
kantin sekolah macam orang bodoh itu diana anggap macam sebuah lakonan ker ??
sanggup diana buat lan macam ni ..”
“arghhh .. tak perlu la lan nak simpati ..”
“takkk .. sungguh tidak .. lan tak penah ingin simpati dari sesiapa ..”
“tapi diana fikir lah .. siapa yang bersalah dalam hal ni ..”
“tak perlu fikir .,. diana malas buang masa nak fikir hal tu ..”
“ermm .. diana jangan la buat keputusan terburu-buru .. cinta lan kat diana begitu kuat .. kalau diana putuskan sekarang .. semangat lan mungkin akan jatuh ..”
“tapi lan pernah fikir semangat diana ??”
“dianaa… plsss kenapa ni .. ermm cam ni la .. esok kita jumpa ..,boleh ??”
“tak perlu la kita berjumpa lan .. diana pun dah ada kekasih baru..”
“whattttt!!!!!!!!!!!!! Maksud diana ???? zaimi ??”
“hah .. tau pun lan .. tak perlu la diana cakap lagi.”
“diana … apa semua ni ?? abis lan nak campak mana ??? diana ingat lan ni sampah sarap ker ?? sampai begitu sekali diana buat ?? kita bukan kenal sehari dua diana .. sejak dari form 3.”
“abis tu .. kalau lan tau .. kenapa lan sakiti hati diana ..??”
“cuba terus terang dengan lan .. apa yang telah lan lakukan.”
“lan cermin diri lan sendiri .. dah banyak kali diana kata tanya diri lan sendiri.”
“itu bukan jawapan pada soalan lan.”
“tak payah la lan nak tau dari diana .. cukup la diana kata dah hampir setahun diana pendam perasaan ini .. diana betul-betul kecewa dengan lan.”
“di sebabkan azah ??”
“ermm…” diana terdiam.
“diana~~!! Berapa kali lan cakap .. lan tak punya apa-apa perasaan sikit pun pada dia .. lan tak de feeling dengan dia .. lagi pun lan dah ada diana .. kita couple .. buat apa dia ada dalam hati lan .. lan tak pandang sikit pun dia walau dia cute .. sebab lan sayangkan diana lebih dari segalanya.”
Diana yang terdiam.
“dah la diana .. lan tak mau berbincang hal ni dalam telefon .. esok kita jumpa pukul 10 pagi. Tunggu kat rumah .. lan datang jemput kat rumah ….” Lalu diana meletakkan telefon sebelum sempat lan mengucapkan salam .. hati lan terguris…
setelah meletakkan telefon.. diana berlalu dan terus menaiki tangga ke biliknya. Mak diana dan kak long hanya memandang antara satu sama lain.
Diana terus masuk ke dalam bilik. Dan memekup muka dengan bantalnya. Arghhhhhhhhh
apa yang berlaku ni .. kenapa sebab cemburu sanggup aku hingga nak putus kan
hubungan … diana terus menangis tersedu-sedu. Di ambilnya gambar izlan, di
renungnya wajah izlan dalam potret itu …
lann … diana terlalu sayangkan lan .tapi .. diana tak mampu menipu diri
diana yang diana terlalu cemburukan lann…..diana rasa .. inilah jalan yang
terbaik untuk kita … biarlah diana terluka, asalkan lan bahagia bersamanya …
30
Pagi esoknya, pukul 9.30 lagi lan dah tercegat di hadapan rumah diana. kak long mengajak lan masuk ke dalam rumah. Tapi lan menolaknya. Setelah menunggu beberapa ketika. Diana pun keluar. Tanpa bercakap apa-apa diana terus mencapai kasutnya. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke perhentian bas tanpa bercakap apa-apa.
Sesampainya di bandar. Lan memulakan perbualan..
“ermmm … diana sihat ?”
“kalau diana tak sihat diana tak keluar hari ni lan.”
lan terdiam .. mati kutu..
“diana … tak boleh ke kita menyelamatkan hubungan kita ni … kenapa itu yang diana pinta.”
“entahlah .. diana rasa itu yang terbaik untuk kita.”
“diana .. pada lan itu bukan yang terbaik .. lan kecewa dengan sikap diana macam ni .. cepat putus asa .. ini bukan cara yang terbaik untuk kita.”
“tidak lan .. ini lah jalan yang terbaik .. diana dah fikir sejak lama dulu.”
“bagaimana kalau lan kata .. kita tetap tak putus .. tapi dalam masa yang sama kita cuba memperbaiki hubungan kita.”
“tak boleh lan .. fikiran diana lagi berserabut nanti … cukup lah sampai di sini je hubungan kita …”
lan berhenti sambil memegang tangan diana..
“diana … tolong la memahami diri lan.. lan rasa hidup lan kosong tanpa diana.” sayu suara yang di keluarkan oleh lan.
“lan … diana minta maaf…..” lalu diana meleraikan pegangan tangan lan dan berlalu pergi dari situ. Lan mengejar diana dan memanggilnya .. tapi tidak di endahkan diana.
31
Lan sungguh kecewa… berakhir lah percintaannya selama 2 tahun setengah. Selama ini dia mencuba untuk memperbaiki hubungannya ..
Tapi dia kecewa. Akhirnya percintaanya itu putus di tengah jalan.
Tiga hari dah berlalu, tetapi lan tetap begitu. Duduk tak kena berdiri tak kena. Dia termenung selalu. Kadang dia membaca surat-surat lama yang di utuskan diana dahulu.
Dia teringat saat manis bersama diana. berjalan beriringan balik dari sekolah. Join program bersama. Dia ingat betapa mesranya mereka di kala itu.
Sehingga ramai yang menggelarkan mereka pasangan belangkas.. tak boleh di pisahkan lagi… tetapi akhirnya mereka terpisah jua ….
Tiada siapa yang dapat menghalang perpisahan ini.. hanya air mata yang mengiringi perpisahan ini..
Lan pasrah !!!
Dia terus mencapai potret diana lalu memandang hiba potret gambar itu lalu tanpa di sedarinya dia mengalirkan air mata.
Air mata seorang lelaki bernama izlan gugur jua akhirnya.
Diana !!! … sanggup diana mengkhianati percintaan kita ..
Lan mengalirkan air matanya lagi tanpa dapat di tahan-tahan…
Lan terus ke meja tulisnya…. Dia lalu menekan suis on radionya. Dan terus membuka siaran radio Era. Mendengar celoteh deejay halim…. Volume radio di pasang perlahan…
Tiba-tiba lagu ‘I Will Survive’ nyanyian ‘The Cake’ berkumandang… Lan melompat dari katil dan menguatkan volume radionya itu..
Dia menghayati Lirik Lagu itu. Lirik lagu itu seperti di tujukan kepadanya …
At first I was afraid.
I was petrified.
I kept thinking I could never live
Without you by my side.
But then I spent so many nights
Just thinking how you'd done me wrong.
I grew strong.
I learned how to get along.
And so you're back from outer space.
I just walked in to find you here
Without that look upon your face.
I should have changed my damn lock.
I would have made you leave your key
If I'd have known for just one second
You'd be back to bother me.
Oh now go.
Walk out the door.
Just turn around now.
You're not welcome anymore.
Weren't you the one
Who tried to break me with desire?
Did you think I'd crumble?
Did you think I'd lay down and die?
Oh not I.
I will survive.
As long as I know how to love
I know I'll be alive.
I've got all my life to live.
I've got all my love to give.
I will survive.
I will survive.
It took all the strength I had
Just not to fall apart.
I'm trying hard to mend
The pieces of my broken heart.
And I spent oh so many nights
Just feeling sorry for myself.
I used to cry.
But now I hold my head up high.
Who tried to break me with desire?
Did you think I'd crumble?
Did you think I'd lay down and die?
Oh not I.
I will survive.
As long as I know how to love
I know I'll be alive.
I've got all my life to live.
I've got all my love to give.
I will survive.
I will survive.
Tiba-tiba …..
“Arghhhhhhhhhhhhhhh..~~~!! I will survive~~ !!!” lan menjerit bagai tersedar dari lena yang panjang, yang di dalamnya ada mimpi yang mengerikan.
Lan mendapat semangat baru … yeahh~~!!! … cahaya baru itu hadir dan menyelinap ke dalam saluran darahnya sehingga ke dalam ulu hatinya setelah dia mendengar lagu I will survive itu.
Yeaaahhhh… I will survive~~!! Aku tak boleh begini selalu .. sampai bila ?? SPM menunggu aku di hadapan .. tahun ini aku bakal mendudukinya … forget it ….. aku nak tumpukan pada perhatian aku terhadap SPM ini ..akan aku buktikan pada diana .. tanpa dia di sisi .. aku boleh berjaya .. hanya cinta aku yang suci ini akan menjadi teman aku … semoga aku berjaya….i will survive ..
Dia bagai mendapat semangat luar biasa .. terus di sapu air matanya, lalu mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.
Di dalam bilik air, lan menyanyi mengikut irama lagu ‘The Cake’. Dia tersedar …
“Terima Kasih abang fadil” tanpa di sedari dia menuturkan perkataan itu…
Yeaaaaaaaaaahh~~!!! Lagu itu pernah di dengarnya masa di Cybercafe milik rakan abang saudaranya di seremban. Abang fadil suka lagu ni. Dia yang membuka lagu ni masa tu. Tiba-tiba lan juga berminat mendengarnya.
Tu la bila radio era memutarkan lagu ni, dia cepat-cepat menguatkan volume nya.
Yeahhhh~!! Betul kata lirik lagu itu….. aku takkan tunduk kepada cinta yang telah di khianati … aku harus memandang ke depan …
32
Persekolahan telah bermula. Lan meneruskan kelasnya seperti biasa. Hari itu dia pulang agak lewat seperti biasa. Lagi pun kelas LK di institut tiada pada hari itu.
“lannn .. tunggu la dulu .. balik sorang je ke.” Azah memanggil, di sampingnya fian.
“biasa la .. sorang je la … ermmm korang balik naik apa ??”
“jalan kaki sampai stesen bas depan tu. Kitorang ingat nak pergi bandar kejap.”
“haiii … kut ye pun tukar la baju sekolah tu dulu.” Kata lan.
“alaa .. fian yang ajak.”
“lan .. buang masa je balik rumah tukar baju .. lagi pun aku ada hal kejap je .. nak jumpa lin.” Fian menerangkan.
“ishh kau .. jumpa lin pun nak bawa azah ker?”
“alaa standard la tu .. kitorang pun satu taman .. balik karang pun satu bas.”
“ermmm .. ape ape je la .. janji nko bahagia.”
“lan tak nak ikut ??” Tanya azah pula.
“ermmm tak mau la .. lan letih .. nak balik terus.”
“naper lan .. macam ade masalah je .. selalunya pantang kitorang ajak .. pasti nak join … ni bergaduh lagi la ni dengan diana.”
“ehh tak de la .. ermmm .. aku dah clash ngan dia la azah.”
“haaa ??? apasal ?? sebab apa ??” azah terkejut. Fian pun begitu.
“sebab yang sama aku cakap dulu dengan kau.”
“laaa .. tak abis abis cemburu aku dengan kau. Abis macammana sekarang?? nak aku tolong ??”
“tak per la .. biarkan je la .. semua dah berlaku .. nak buat cam ner.”
“tu la lan .. aku dah cakap .. jangan dok mesra sangat dengan azah ni.” Kata fian mencelah.
“iskk satu kelas .. mana boleh tak mesra .. tipu le .. lagi pun kita bertiga rakan karib .. rapat .. mana boleh nak masam-masam muka.”
“ermm bukan macam tu maksud aku ..”
“tak per la fian ..apa nak buat dah takdir”kata lan.
“azah minta maaf lan .. sebab azah, lan clash ngan dia.”
“tak de apa yang perlu azah minta maaf .. semuanya dah berlaku .. antara kitorang tak de sapa yang salah .. tak per la .. kita pun nak amik SPM tak lama lagi .. dah la jangan di fikirkan sangat.”
“ermm .. ko rilex aa lan .. jangan sampai perkara ni buat usaha kita nak berjaya terbantut .. aku nak kita bertiga sambung belajar kat U.”
“terima kasih fian.”
Mereka berjalan menuju ke bas. Tiba-tiba lan terasa ingin menoleh ke belakang.
Dan tak semena-mena dia terlihat diana berjalan berdua bersama zaimi. Sungguh mesra mereka berdua. Hatinya sakit. Azah dan fian pun menoleh kebelakang, bila lan tiba-tiba berhenti. Fian menepuk bahu lan sambil menarik lan berjalan.
“biarkan la dia lan. Ko pun dah tak de apa-apa ngan dia.” Pujuk fian.
“kau nengok betapa mesra nya dia dengan mamat tu ..siap gelak ketawa lagi .. ” lan terasa ketawa diana dan zaimi itu sebagai satu sindiran padanya.
“sabar la lan ..jangan terlalu sensitif dengan apa yang kau lihat tu .. aku faham perasaan kau .. jangan biarkan benda tu jadi satu perkara yang mematahkan semangat kau ..”nasihat azah.
“ermm stesen bas dah sampai dah ni .. “ fian mencelah.
“yap .. ok la .. aku gerak dulu fian.”
“okey .. kau jangan simpan dalam hati apa yang kau lihat tadi.” fian menasihati.
“lan banyak-banyakkan bersabar.” Azah menambah.
“thanx lan… azah..” lan meneruskan perjalanannya. Azah dan fian memerhati rakannya itu dengan pandangan yang penuh simpati. Kesian lan … SPM dah dekat .. dugaan ini pula melanda .. aku harap semangat dia tak drop .. kata fian dalam hati.
33
Pagi itu diana bangun agak lewat seperti biasa. Malam tadi dia lewat tidur setelah termenung dan menangis di atas perpisahan itu. Dia merasa sungguh menyesal di atas tindakannya yang terburu-buru itu. tapi dia tau tindakan itu adalah yang terbaik untuk mereka. Selepas itu lan bebas membuat pilihannya sendiri.
Setelah membasuh muka, diana lalu ke dapur dan bersarapan. Kak long entah ke mana. Mak dan abah pula tak nampak pula. Mungkin mereka keluar. Sunyi sepi je rumah ni.
Diana terus kembali ke biliknya. Dia membuka buku pelajarannya. SPM dah semakin dekat. Lagi seminggu saja lagi. Tapi satu apa yang tidak ada di dalam fikirannya. Hatinya sentiasa teringatkan lan dan hubungan mereka yang terputus hampir 5 bulan yang lepas.
Dia menyelak helaian demi helaian. Fikirannya kusut … lalu dia menutup buku perdagangan itu, lalu membuka bekas yang menempatkan surat-surat lan.
Telah berpuluh kali dia membuka surat-surat itu selepas dia memutuskan hubungannya dengan lan. Hatinya selalu kacau.
Tiba-tiba dia mendengar orang memberi salam. Belum sempat dia menjawab salam. Linda dah terpacul di depan pintu biliknya. Diana terkejut dan hampir menjerit.
“ape ko ni linda… lain kali bagi salam awal-awal. Ni bagi salam, tau tau je dah ada depan pintu bilik. Tak sempat akak nak jawab salam.”
“hik hik hik .. akak buat apa ni ?? tak boring ke ??”
“boring gak,… tak tau nak buat apa ?”
“tu la .. linda ajak keluar ke taman tak mau.”
“alahai .. lagi la boring .. bukan ada sesiapa kat sana.”
“abang lan ada….” Kata linda sambil mengoyang-goyangkan surat di tangannya.
“Haaaaaaaaaaa~~!!!” diana hampir terkejut.. dah lama nama itu tak di dengarnya. Hatinya tiba-tiba di landa debaran yang amat kuat.
“kut ye pun tutup la mulut tu.” Linda mengejek
Diana tersipu-sipu sambil menutup mulutnya.
“kak.. kalau linda tanya ni jangan marah… akak dengan abang lan dah bercerai ker ??”
“ishh kau ni …”
“opssss .. sorry sorry .. maksud linda … dah ‘clashh’ ker ??”
“ermmm … bak surat tu.” Diana mengubah perbualan.
“tak mau … surat ni sekarang di tangan linda… baik akak cakap terus terang.” Tanya linda lagi. Diana
perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
“laaaa .. naper sampai putus.”
“entah la .. dah la akak tak nak citer banyak-banyak. Bak surat tu.” Diana mencapai surat tu dari tangan linda. Lalu dia memandang linda seperti memberi isyarat menyuruh Linda keluar.
“urppssss … okeh la .. linda balik dulu .. byeee …. Muaaaaahs.”
“muaaaaaaaahsss … thanx linda.”
Diana membuka perlahan-lahan surat itu. Di koyaknya dengan lemah lembut. Lalu membacanya.
Assalamualaikum…
Apa khabar diana di sana ??
Lan harap diana sihat sejahtera..
apa khabar zaimi ??
Lan harap dia tak lukakan hati diana ..
Harap dia pandai jaga perasaan diana…
Ermm .. maafkan lan jika surat ni menganggu situasi diana sekarang ..
Tujuan lan bagi surat ini adalah untuk memberi semangat pada diana ..
Seperti apa yang kita lakukan pada masa kita mengambil PMR dulu ..
Bagaimana dengan persiapan diana untuk menyambut SPM akan datang ??
Lan harap diana success …
Semoga diana berjaya dengan cemerlang .. itu doa lan ..
Diana … lan sebenarnya merindui diana ..
Tapi … ermm sudah la .. lan merepek pula ni ..
Diana …
Hari peperiksaan ini semakin hampir ..
Lan sangat berdebar-debar…
Dulu masa PMR ada juga pemberi semangat ..
Pemberi dorongan ..
Sekarang lan sorang ..
Lan berjuang bersendirian ..
Cuma kasih sayang dan cinta suci lan pada diana..
yang masih utuh mengiringi perjalanan untuk menempuh kejayaan
lan ni ..
diana … walaupun kita tak bersama ..
tapi gambar diana … seperti memberi kata-kata semangat ..
lan harap diana tidak putus harapan ..
pasti zaimi selalu memberi dorongan pada diana ..
ermm ..
lan kira .. sampai sini dulu surat lan ..
semoga kita bertemu di puncak kejayaan ..
assalamualaikum …
dari insan yang merinduimu..
izlan ..
Diana menangis semahu-mahunya. Air matanya menitik di atas surat berwarna merah jambu itu. Hatinya terasa sungguh bersalah atas apa yang berlaku.
Aku mesti telefon dia ~~!! Sekurang-kurangnya aku memberi semangat padanya..
Dia lalu keluar dari bilik dan menuju ke telefon. Lalu mengangkatnya…. Diana terdiam, sambil menagis tersedu-sedu. Nasib baik ahli keluarganya yang lain tiada .. kalau tak pasti dia di tanya…
Diana masih memegang ganggan telefon sambil menangis .. berat jarinya untuk mendail no telefon rumah lan .. akhirnya dia meletakkan kembali ganggang telefon tersebut.
Diana lemah. Lalu terduduk di atas kerusinya. Dia hanya memandang lantai.
Kenapa aku lemah sangat ~~!!!
Tidak lama selepas itu, ada bunyi kereta di porch depan rumahnya. Cepat-cepat diana berlari naik ke bilik dan mengunci pintu biliknya. Dia tak mau ahli keluarganya yang lain tertanya-tanya apa yang berlaku padanya.
34
Hari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah bermula. Pagi itu adalah pagi pertama dengan kertas B.Melayu.
Di dewan peperiksaan itu telah penuh dengan ramai pelajar. Lan terus mendapatkan tempat duduknya. Lalu melabuhkan punggungnya.
Lan sudah bersedia dengan kertas tersebut. Malam tadi dia mendapat telefon dari abang saudaranya sabu. Abang saudaranya memberikan kata semangat padanya. Abang fadil, abang zubir, abang sepol, dan beberapa rakan lain dari seremban memberikan semangat dan galakan padanya untuk menghadapi peperiksaan ini.
Sungguh tidak di sangka, mereka semua memberikan semangat. Tetapi dia hampa, sehingga pagi ini .. panggilan telefon istimewa yang di nanti-nantikan tidak hadir … panggilan dari diana ..
Lan terus memandang ke hadapan tanpa menoleh kiri dan kanan. Setelah penyelia memberikan kertas jawapan dan kertas soalan, sempat dia memandang ke sebelah kanannya.
Lan tergamam~~~!!!
Lan hanya memandang ke arah itu, sehingga orang yang di pandangnya merasa dirinya di perhatikan..
Setelah pelajar itu menoleh ke arah lan…
Lan terpaku …
Diana~~~!!! Hampir dia menjerit. Nasib baik pelajar-pelajar yang lain tidak mendengarnya.
Diana pun terpaku juga. Dia tidak tahu apa yang patut di lakukan ketika itu. Dia rasa apa yang di lakukan serba tidak kena.
“diana… apa khabar ?? ermmm selamat berjaya diana..” kata lan.
“ermmm .. diana juga harapkan lan berjaya dengan cemerlang ..” kata diana lemah.
“diana .. kuatkan semangat … kita harus berjaya…”
Diana hanya memandang lan dengan senyuman yang tawar. Dapat lan rasakan itu.
Setelah itu, peperiksaan di mulakan oleh penyelia dewan peperiksaan. Diana dan lan kusyuk menjawab soalan-soalan peperiksaan itu.
Hari-hari seterusnya. Lan dan diana sentiasa berbual bila ada peluang. Semangat lan pada masa itu semakin meningkat. Cuma bila kertas peperiksaan yang tak melibatkan kelas mereka bersama saja, yang membuatkan lan tak dapat berjumpa dengan diana.
Suatu pagi, setelah peperiksaan kelas lan tamat pada pukul 10.20 pagi dan itu adalah kertas terakhirnya. Lan pun keluar dari dewan peperiksaan. Tiba-tiba tanpa di sangkanya, matanya tertumpu pada diana yang sedang berbual dengan zaimi, mereka mempunyai satu kertas pada pukul 10.30 pagi itu dan itu juga kertas terakhir untuk diana.
Selepas itu mungkin lan dan diana tidak akan berjumpa dah.
Lan terus berjalan ke arah diana dan zaimi dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Diana yang melihat lan datang ke arahnya menjadi serba tak kena.
Lan lalu menegur zaimi dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan zaimi. Setelah itu lan mengucapkan ‘good luck’ kepada diana dan zaimi dan terus berlalu pergi. Lan tenang dengan situasi itu.
Selepas lan berlalu, diana seperti ingin memanggil lan. Tetapi semua itu hanya di dalam kerongkongnya. Diana seperti tiada bersemangat untuk mengambil kertas terakhir itu.
Diana tau hati lan terluka….