24
Hujung minggu itu, seperti yang telah di janjikan. Azah telah menunggu lan di stesen bas. Lan lewat 5 minit dari waktu yang di janjikan.
“maafkan lan zah. Lan ada hal sikit tadi tu yang lambat.”
“ohh tak kisah .. azah pun baru je 5 minit lepas sampai sini.”
“ermm mana fian?”
“fian tak dapat join … katanya nak dating dengan lin.”
“laa apa salahnya bawak lin skali.”
“entah .. dia tak mau .. katanya bagi peluang kita jalan berdua.” Azah hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
“iskk apa lak .. jangan buat hal .. tau dek diana nanti mati lan.”
“aalaa .. siapa yang nak kasi tau ??”
“ermm tak pe la .. lan pun dah telefon diana malam tadi kata ajak azah dan fian.”
“lepas tu dia kata apa ?”
“dia kata ok je .. dia pun nak keluar ke tempat lain dengan rakan kelasnya.”
“sporting nyer lan ni.”
“ermm ye la .. mungkin kut dia bosan selalu keluar ngan lan .. alahai bagi chance la dia.” Lan cuba mengawal perasaan cemburunya. Bak kata orang biar lah cemburu bertempat. Ini kan dia nak keluar dengan rakan sekelas pun nak cemburu .. payah la jawabnya ..
“ermm so cam ner ni lan. ada nak tunggu siapa lagi ke.”
“nak tunggu siapa lagi .. jom la naik bas.”
“ermm okeh.” Mereka pun menaiki bas yang menuju ke seremban. Tetapi bas itu singgah sebentar di alor gajah sebelum terus ke seremban.
Sesampainya di seremban. Lan terus mendail no handset sabu. Tidak lama selepas itu sabu dan kawannya sepol datang dengan menaiki kereta menjemput lan. mereka melalui bandar seremban dan menuju ke ampangan. Lan dan azah hanya memandang ke luar melalui tingkap cermin kereta. Sabu ada juga bertanya pada lan mengenai diana. Lan menerangkan yang diana tidak dapat hadir. Dan lan perkenalkan azah, rakan karib sekelasnya. Mereka terus memasuki simpang ke kanan dan menuju ke senawang. Melalui giant dan kereta terus membelok ke sebelah kiri. Menuju ke deretan kedai.
Sampai di taman tersebut. sepol lalu mencari parking kosong dan meletakkan kenderaannya di situ. Dia mengajak lan dan azah naik ke kedai cybercafe tersebut.
Kedai itu berada di tingkat 2. boleh tahan juga besarnya kedai itu. Telah di buat bilik. Di sana lan dan azah di perkenalkan kepada rakan-rakan yang bekerja di situ. Bujang, wan, jambu, yusdi dan amir. Tidak lupa juga lan di perkenalkan kepada fadil. Abang Fadil ini aktif dalam program Rakan Muda dan program belia.
“haaii takkan duk depan je. Meh masuk bilik ni. Boleh la nengok tv .. sambil-sambil nengok zubir masak kat dalam tu.” Ajak abang fadil.
Lan dan azah masuk ke dalam bilik tersebut. dia mengambil tempat di sofa.
“ermm ni dari melaka la ni ye.” Tanya abang fadil.
“ha ah bang. Dari sana tadi pukul 9 lebih.”
“ooo .. ni azah ni makwe lan ker?”
“ehh tak la abang fadil. Makwe lan tak dapat datang. Dia ada hal.. tu yang ajak kawan sekelas lan ni. Kami ni boleh di katakan karib juga la.” Terang lan. azah hanya tersenyum malu.
“pandai anak saudara kau carik kawan sabu..” kata abang fadil kepada sabu. Sabu hanya tergelak
“naper abang fadil kata macam tu.” Tanya lan agak terpinga.
“ye la .. punya la cantik azah ni .. cute pulak tu .. dagu ada tahi lalat .. perghhh manis wa cakap lu.” Kata fadil mengusik azah. Azah tertunduk malu.. merah mukanya .. kalau dia angkat muka sah sah je abang-abang tu nengok blushing face.
“haa ateh .. mula la tu nak menyakat anak dara orang .. azah meh sini .. dok belakang ni .. boleh juga nengok abang zubir masak.” Mas menyampuk. Ateh tu panggilan mas dan zubir pada abang fadil.
“hehehehe .. biasa la tu .. bila lagi nak menyakat kan dil.” Kata sabu yang sedari tadi tersenyum dan tergelak.
“tu la tu .. ada peluang nak menyakat .. tapi kan .. itu kenyataan tuh … memang dia cute ,.. manis.” Kata abang fadil menambah.
“kau tu semuanya cantik dil.. semuanya manis .. semuanya cun .. asal kulit putih .. bak kata citer anak
mami the movie .. kepala tongga … haaa asal kepala tongga je .. ko kata cantik. Hahahaha.”
“memang lah .. dia punya taste lain, bukan macam kau sabu. Kau tu taste kat jambu jambu depan tu je.” Sepol tiba-tiba menyampuk.
“woii hampeh kau .. tak hingin aku der dengan jantan .. nak muntah aku woiii.. kau jangan .. aku bukan gayy oii .. bukannn.” Kata sabu mempertahankan diri di ikuti semua tergelak besar.
“ala abang sabu. Kalau betul pun apa salahnya.” Kata lan menyakat sabu.
“haa betul tu .. nampaknya anak saudara pun bagi sokongan .. hahahahha .. “
“gilerr !!! .. tak hingin aku .. ptuiihhh~~! Ptuiihhhh~~~!!!.” Kata sabu.
“hahahahaha .. sabu ~~!! .. awek kau tak datang pulak ker?” tanya zubir menyampuk dari belakang sambil memegang senduk.”
“ni aku nak jemput la kejap lagi ni .. nak pinjam motor bujang.”
“birrr~! Kau kan chef .. tak pakai apron ker .. hahahahahahhaha~~!” abang fadil yang terkenal dengan kaki menyakat nya cuba mengenakan zubir pulak.
“hanggukk kau..” kata zubir dan di ikuti gelak yang besar dari sabu.
“woi dil .. kalau dia pakai apron alamatnya sini bukan cybercafe dah .. dah jadi café hotel la jawabnya .. ahhahaha.”
“kau gelak la gelak .. karang aku tak masak kan hidangan ni .. baru padan muka ..”
“alalala merajuk pulak .. macam mak nyah …. “ kata sabu sambil menggayakan dirinya macam seorang mak nyah.
“woiiii sabu .. mak nyah jangan cakap kuat-kuat .. kat depan tu ada 3-4 orang mak nyah main komputer .. karang dia masuk sini baru kau tau..” kata sepol.
“haaa biar je la .. biar dia rasakan .. esok tau tau je .. keluar surat khabar .. seorang pelajar kolej bernama sabu telah di rogol oleh kaum mak nyah .. hahahaha .. masa tu gempar seluruh malaysia .. hahhaha ..” kata fadil menambah.
“cilaker kau dil.” Terus sabu membaling bantal ke arah fadil. lan hanya tersenyum .. yang lain tergelak besar.
“lepas tu ada la wartawan yang datang sini menemubual semua… hahah masa tu famous la cybercafe ni.” Kata sepol menyampuk ..
“famous famous pun ,.. aku yang terhina .. hampehhh~!!!” kata sabu.
“hahahhaa..” mereka gelak beramai-ramai.
“dah la woi jantan .. asik aku je kena attack .. cilabai betul~!! .... aku mau jemput awek aku ..” mereka semua tergelak besar. Selepas itu sabu berlalu ke depan. Zubir, mas dan azah di belakang tengah memasak ayam di dalam oven dan menyediakan hidangan lain. Sementara lan, abang fadil dan sepol di depan telivisyen. Tak lama selepas itu, masuk seorang lelaki.
“woii nyahh .. kau nyundel kat mana ?? selalunya jumaat malam sabtu kau dah sampai .. ni hari minggu baru datang.”sepol bertanya
“woii bangang ..aku kan dah call kau .. aku ada kerja .. malam tadi aku balik dari kl terus balik rumah .. nak singgah cam ner ,.. tak sempat.”
“ni perkenalkan… lan. adik saudara sabu. Lan .. ni shahrom .. dia kerja kat kl tapi hari sabtu ahad dia balik la seremban” Mereka lalu bersalaman.
”aiiiyoooooooooooooo~~~!! Mukerrr~ ‘can do’!!!, Cute nyer … mukaaaa bersihhh lagi ..” shahrom mengusik ala ala nyah vouge gitu .. dia sebenarnya bukan nyah .. tapi di sebabkan saja suka melihat rakan-rakan yang lain tergelak melihat telatah nya. Lan malu malu.
“woii~~~! dia blushingg la pol. Hahahahahhha.” Shahrom bagai mengilai .. sepol tergelak ter kekek-kekek macam itik serati.
“shahrom .. kau jangan .. tu kat belakang tu awek dia .. ko jangan goda dia ..” kata abang fadil.
“oppssss … dah ada makwe ker ??? kelessssss~~!!! … tak kuasa mak nokkk .. mak tak hingin menduakan kekasih makkk,… aaaaaaaaaaaaaaaahahahahhahha.” Shahrom berteriak lagi .. bilik itu di penuhi gelak ketawa yang bagai bergegar membuatkan gangguan kepada chaters dan surfers di dalam cybercafe itu. Mereka pun ikut tergelak sama melihat telatah shahrom.
“kau ada kekasih ke nokk??” tanya sepol.
“huhhh~~! Kekasih mak hensemm .. bergaya .. kaya pulak tu .. tak macam korangg… aaaaaaaaaaahahhahaha.” Dia mengilai lagi.
“hampeh betul ...” kata abang fadil .. lan hanya memandang dan tersengih. Sekali skala dalam kumpulan ini memang amat menyenangkan hati yang gundah gulana mengenangkan diana.
“elehhhhh .. hampehhh~~! Hampeh~~!! Hampeh~~~!! Itu je la yang kau tau cakap .. aaaaaaaaaahhahahahha .. nengok mak ni nok .. masih vouge dan segar .. aaaaaahahhahahah.”
“elehhhh .. vouge kunun .. badan macam tong dramm .. ada hati nak jadi nyah vouge ..tekekekkekeke” kata zubir menyampuk dari belakang.
“hoiii .. aku bukan nyah la .. aaaaahahaha .. takk kuaserr mak nak layan korang .. tapi buat pengetahuan korang .. ada orang kata, aku makin slimm .. auwwwww .. relaaaaaaa nyahhh, mak nak kalahkan si zack @ ziana tu.. kununnya ratu.”
“hahahahha .. makin slimmm aper .. makin debab ade la ..” kata abang fadil terus-terusan menyakat ..
“elehhh .. tulun jangan jayylessss arrr.” Kata shahrom sambil memasang api di rokoknya.. lalu menghisap dan menghembus ke muka abang fadil persis ala nyah.
“ahahahahhaa… macam nyah baru belajar hisap rokok ..” kata sepol.
“kau ni jelesss.” Shahrom terus menampar bahu sepol lalu terus duduk di lantai.
“ehh nok .. ko buka la melodi.” Kata shahrom.
“yee la .. belum start lagi .. karang la bukak.” Kata fadil. Mereka terus berbual-bual.
Tidak lama selepas itu sabu pun sampai bersama rini.
“woiiii nyahhh ,.. bila kau sampai …”kata sabu ke arah shahrom.
“heiii tolongg sikitttt~~! .. aku bukan nyahhh ..”
“ehh tak ngaku pulak ..”
“harusssss lahhh~~~!!!!.” Sambil dia menghisap rokok dan menghembus ke arah sabu. Termuncung-muncung bibirnya.
“hahahaha .. sabu kau layan la dia sabu .. karang dia rogol kau karang baru kau tau .. badan sama saiz pulak tu.” Kata abang fadil menyampuk.
“hahahaha .. tak hingin aku …” kata sabu. Sambil membawa rini ke belakang ke arah zubir, mas dan azah.
“elehhh tak hingin ~~!! Tak hinginn~~!! Kalau aku goda kau .. baru tau .. tapii jangan mimpi la .. bukan taste mak nokkk … buangg karaannnn je.. aaaaaaaaahahhahahahhahha kau tu ‘bottom’aaaaaahahahha sabu ‘bottom’ yeehh! Yehhh!! sabu ‘bottom’.. aaaaaaahahahahhaha .” Shahrom tergelak macam mengilai.
“cipan kau …” kata sabu tergelak.
“harussss lahhh .. memang kau bottom.”
“atokk kau … nak muntah aku …” kata sabu sambil tergelak .. dia dah mati idea.
Mereka semua tergelak. Tidak lama selepas itu mas dan azah datang membawa cawan dan pinggan. Air coke di hidangkan.
“dahhh dah .. borak je .. meh makan .. chef zubir dah siapkan makanan ..” kata abang fadil.
Ayam sekor telah siap panas di hidangkan, salad, dan kentang goreng. Zubir terus menggunakan pisau khas nya untuk memotong ayam. Selepas itu di serahkan kepada sepol. Mereka mengambil sorang sepotong dan memakannya.
Zubir dan mas pula kembali ke belakang setelah mengambil sepinggan, ada lagi sekor yang belum di masak. Zubir terus memasukkan ayam yang se ekor lagi ke dalam oven. Mereka yang lain bersila sambil mengadap juadah. Azah duduk di sebelah lan. sabu pula sebelah rini. Abang fadil duduk di atas sofa, dia hanya meminum air coke dan memandang yang lain makan. Kenyang lagi katanya. Mereka makan bersama sambil berbual dan melihat televisyen.
Setelah selesai menikmati ayam tandori. lan pun ke hadapan melihat-lihat keadaan dalam cybercafe tersebut. Sabu pun ke hadapan sama.
“ni mari sini jap lan.”
“ade apa bang sabu?”
“ni ko tau internet tak?”
“tau sikit-sikit je .. jarang gunakan pun.”
“ni IRC dan ini browser ..” sabu menunjukkan pada lan icon-icon yang ada di dalam komputer itu menggunakan mouse, lalu menyambung…
“browser ni adalah halaman pencari .. kau boleh taip address macam hotmail atau yahoo.com hotmail itu email .. macam surat .. Cuma dia guna internet.. dan yahoo tu pusat pencarian segala maklumat .. macam-macam maklumat kau boleh dapat dari sini dan IRC ni adalah Internet Relay Chat.. ko boleh chatting ngan ramai orang .. nak carik awek-awek irc pun senang. “
“piiirahhh .,. awek awek IRC semua gemuk-gemuk macam kau … tak pernah nye jumpa awek IRC yang kurus. Tak de chance la kau nak carik awek IRC macam diana atau azah tu lan.” tiba-tiba zubir menyampuk.
“hahahha .. tu la ko nyer nasib malang .. lain kali minta la gambar dulu.. hehehe.”
“ala sabu .. kadang-kadang diorang tipu gak. Tak betul nye . tah gambar sesapa dia kasi.”
“hehhehe .. tapi banyak peluang untuk dapat awek cun kalau kau betul-betul lan.” kata sabu … lan hanya mendengar .. tapi dia tak berminat untuk mencari perempuan lain .. but~!!! Ini kan teknologi .. boleh la aku belajar juga .. nanti senang la tak mudah orang klentong aku .. lan berfikir..
“haaa … nanti-nanti kau belajar la .. kat rumah ada komputer kan .. nanti abang ada masa gi sana nanti abang cuba buatkan ..”
“okey .. bagus juga cadangan tu ..”
“alaaaa apa ada susah lan .. cybercafe kan banyak kat melaka tu .. kau masuk je .. belajar sikit sikit kat situ .. komputer ni bukan susah .. senang je ..” abang fadil menyampuk dari pintu bilik.
“ye tak ye juga tu lan.” kata sabu menambah. Lan hanya tersenyum .. nanti dia akan cuba juga ..
“bang .. abang balik melaka petang ni kan?”
“tak la .. esok tak de kelas .. abang balik petang besok lan.”
“ooo .. cam tu .. ni dah dekat kul 3 dah ni .. sedar tak sedar .. ermm kul 3.30 karang abang hantar lan kat terminal ye ..”
“boleh .. apa salahnya .. ermm .. abang nampak lan ni macam ada masalah je .. naper ??? pasal diana ker ?? kalau ada masalah citer la.”
“ermm tah la bang .. sejak tukar kelas ni .. dia lain macam je .. dia macam pendam sesuatu .. lan puas tanya dia tak cakap .. kadang-kadang dia marah bila lan cakap lan nak ke kelas lukisan kejuruteraan di institut di melaka. sebab kalau lan pergi kelas tu pasti lan tak dapat balik sama dengan dia …”
“abang rasa dia jealous kut .. azah join kelas tu sekali kan.”
“ha ah bang ..”
“mungkin dia cemburu dengan azah ..”
“ntah la bang .. tak faham dengan sikap dia ni.”
“alaa ..korang berdua masih muda … rileks la ..”
“tu la … tapi risau gak bang …”
“apa nak risau .. kau pandai-pandai la jaga perasaan dia.”
“susah bang .. dah banyak kali cakap ngan dia lan tak de apa-apa dengan
azah .. tapi dia macam tak percaya je cakap lan.”
“cam tu kau kena buktikan sesuatu yang kata-kata kau tu betul.” Lan
terdiam dan buntu .. bagaimana dia nak buktikan .. sedangkan dia tak tau caranya
..
“tak per .. take your time lan .. kau muda lagi ..”
“ermm ntah la bang .. lan cuba la nanti … ermm bang .. dah kul 3.30 … lan nak balik dulu la … azah jom balik.” Lan memanggil azah yang kala itu sedang memerhati mas menaip sesuatu di dalam komputer.
“elok la tu .. jap abang panggil sepol atau abang fadil hantarkan..” sabu terus ke dalam bilik. Selepas itu abang fadil keluar dari bilik dengan memegang kunci. Setelah menyalam tangan dan mengucapkan terima kasih pada abang zubir, abang sepol, abang shahrom, kak mas, mereka pun berlalu ke pintu dan menuruni tangga menuju ke kereta. Abang fadil membawa kereta dan abang sabu duduk di sebelahnya. Di belakang lan, diana dan kak rini. Kereta mula bertolak menuju ke seremban. Hati lan di landa kehibaan tiba-tiba.
Setelah sampai di terminal 1, nasib lan baik. Bas yang menuju ke melaka belum bertolak lagi. Setelah mengucapkan terima kasih pada abang fadil dan sabu. Dia dan azah lalu menaiki bas menuju ke melaka.
Sesampainya di bandar melaka. lan dan azah berpisah. Lan menaiki bas pulang ke taman perumahannya. Setelah turun dari tangga bas. Lan terus menuju ke rumah diana.
“assalamualaikum.”
“waalaikumussalam. Haaa lan.”
“ye kak long .. diana ada kak?”
“dia ada kat dalam bilik. Ermm jap .. meh dok luar kejap .. akak nak tanya satu soalan dengan lan.”
“ermm ada apa kak.”
“ni akak nak tanya .. lan dengan diana bergaduh ker?”
“ehh bila masa pulak kak?”
“ni lan dari mana ?”
“lan dari seremban. Tadi lan ke seremban jumpa abang saudara lan dan
rakan-rakan dia. Kenapa kak ?? ada masalah dengan diana ker ?? diana sakit ker
..??”
“ehh tak la .. ni .. naper tak ajak diana pergi sama ??”
“lan ajak dia seminggu 4 hari sebelum ke seremban. Tapi dia kata dia tak nak .. dia kata dia dah janji dengan kawan sekelasnya nak keluar … hampa hati lan kak .. rasa macam bunyi petir diana kata dia nak keluar dengan zaimi rakan sekelasnya .. dia kata nak ke pengkalan balak.”
“dia tipu lan .. mana ada dia ke sana .. dia duk kat rumah .. bermurung je .. ni tadi pun duk kat katil termenung .. puas kak long tanya pada dia .. dia tak jawab .. ermm tadi lan ke seremban dengan siapa?”
“lan pergi dengan kawan kelas lan .. lan ingatkan diana betul-betul ke pengkalan balak .. jadi lan ajak la kawan sekelas lan .. memula kami nak pergi bertiga .. tapi fian tak dapat pegi .. azah je yang dapat. Kita pergi berdua je.”
“ermmm mungkin sebab azah yang buat dia jadi macam tu .. dia cemburu kut lan.. lan takkan tak faham perasaan dia .. dia kan sensitif.”
“tau kak long .. tapi dia yang cakap dia nak ke Pengkalan Balak bersama zaimi .. ermm entah la kak .. sejak kitorang bertukar kelas .. sedikit demi sedikit dia berubah .. lan pun tak faham.”
“mungkin dia cemburu .. tapi cemburunya di pendamkan .. tak di tunjukkan di luar. Lan kena la cuba memahami dia.”
“ermm terima kasih kak .. lan cuba fahami dia .. ermm kak .. lan nak jumpa dia kejap boleh ??”
“kak long rasa .. lan tak perlu jumpa dengan dia pada petang ni .. dia sedih tu .. lain hari lan datang .. cuba la call dia malam ni .. bincang baik-baik.”
“ermm … kalau gitu pendapat akak .. lan ikut je .. terima kasih kak .. lan pergi dulu .. assalamualaikum… akak kirim salam pada dia ye.”
“waalaikumussalam. Jalan bebaik lan.”
“baik lah kak.” Lan pun berlalu dengan perasaan berduka .. dia sedih dengan apa yang terjadi .. menyesal pulak rasanya. Lan pun berjalan dengan langkah yang perlahan menuju ke rumahnya.
25
Pada minggu terakhir cuti persekolahan itu. Diana sedang membelek novel baru yang di belinya semalam, semasa keluar bersama kak long. Novel bertajuk episod percintaan. Lalu dia membuka helaian pertama. Dan memulakan bacaan.
Sedang membaca novel tersebut. kak long masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelahnya.
“diana.. baca citer apa tu.”
“ehh akak .. bila akak masuk .. diana tak perasan pun.”
“tu la .. leka baca novel .. sampai orang masuk pun tak perasan.” Kata kak long sambil mencubit hidung diana.
“adoii sakit la kak .. iskk .. “
“elehh sikit sakit sikit sakit .. ermm .. macammana kau dengan lan?”
“macammana apa kak ??”
“laa buat buat tanya pulak.”
“ermm macam tu je kak … arghhh malas la citer pasal dia .. tension je.”
“naper ni diana.. cuba cerita dengan kakak.”
“tak der la kak .. ermm ..”
“alaa .. citer je dengan akak .. trust me … sebelum ni pun diana banyak citer pasal dia kan .. citer la ..”
“tah la kak .. kemesraan azah pada lan buat diana rasa lain macam .. walaupun lan tak tunjuk tapi azah tu yang tergedik-gedik .. eiii menyampah ~~!”
“ermm .. lagi ?”
“ye la .. mentang-mentang lan dengan dia satu kelas .. lepas tu satu tempat tusyen pulak..”
“jadi diana cemburu ?”
“tak la cemburu .. tapi geram nengok sikap azah tu. Mengada-ngada.”
“so .. diana jadikan lan mangsa kegeraman diana?”
“entah la kak .. meluat pandang.”
“diana kena la faham .. lan dengan azah tu dan fian kan satu kelas .. mereka kena la selalu berbincang .. macam masa lan dan diana satu kelas dulu .. kan selalu diana dan lan serta rakan-rakan lain berbincang kat rumah ni. Diana jangan la cemburu tak bertempat.”
“jadi akak sebelahkan dia??.”
“akak tak sebelahkan sesiapa diana .. dia kawan diana .. dan diana pula adik akak .. Cuma akak dapat rasa lan jujur dan iklas .. dia baik orangnya.”
“ermm memang la .. ermm entah la .. mungkin diana yang terlalu cemburu kut.”
“ermm diana kena la banyak bersabar .. diana dengan lan tu kawan bukan sehari dua ..”
“ye la kak ..” tiba tiba perbualan mereka terhenti bila linda memberi salam dan terus masuk ke bilik.
“haii kak diana, kak long. Apa khabar ???”
“baikk je .. linda .. kau dari mana ??”
“linda dari padang tadi .. terserempak dengan abang lan… dia kirim
surat ni untuk kak diana.” Kata linda sambil menghulurkan sampul surat
berwarna merah jambu. Diana menyambut sampul surat itu.
“okey la kak diana.. linda nak balik dulu … abang adie dah tunggu kat luar tu.” Kata linda. Abang adie tu adalah abang sulung linda. Dia bekerja di sebuah pejabat kerajaan di bandar melaka.
linda pun berlalu pergi.
“ermmm diana duduk la dulu ye .. akak nak ke bawah.” Kata kak long lalu keluar dari bilik diana.
Diana lalu membuka surat tersebut dan membacanya…
26
Sesi persekolahan pada tahun itu telah bermula. Ini bermakna tahun ini adalah tahun akhir bagi lan dan diana di sekolah tersebut. selepas itu yang menentukan hala tuju mereka adalah keputusan SPM. Yeah .. Sijil Pelajaran Malaysia. Lan bertekad untuk berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan ini. Dia akan memastikan dirinya agar belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat keputusan yang membanggakan untuk masa depan dia dan juga masa depan diana. Diana~~~!!! .. nama itu terpahat kemas di dalam lubuk hatinya.
Setelah tamat waktu persekolahan pada hari pertama. Lan awal-awal lagi menunggu diana di muka pintu kelasnya. Diana keluar agak lewat sedikit. Lalu diana bertemu lan.
“ermmm kawan awak tu tak ikut ke lan.”
“diana .. tolong lah ..jangan buat macam ni dengan lan .. lan dengan azah tak de apa-apa .. kan lan dah kasi surat pada diana .. terangkan segala-galanya.”
“ermmm .. sudah la lan .. meh kita balik.” Kata diana lalu berjalan beriringan bersama lan pulang ke rumah.
Tak banyak yang di perbualkan dalam perjalanan pulang dari sekolah pada hari itu. Sesampainya di pintu pagar rumah diana lan bersuara..
“diana .. kenapa sejak kita masuk ke tingkatan 4. Hubungan kita banyak perubahan … kenapa diana tak macam dulu lagi? Kenapa diana berubah”
“diana berubah ke atau diri lan .. Lan tanya diri lan.” kata diana lalu menolak pintu pagar rumahnya dan masuk ke dalam rumah tanpa memandang pada lan yang hanya memandang kelibat diana masuk ke rumah dan hilang dari pandangannya.
Lan kecewa…..
27
Hubungan lan dengan diana hanya begitu sahaja. Ada juga sekali sekala lan cuba menelefon diana. Tapi tiada penyudahan dalam perbualan mereka. Pasti lan menjadi mangsa, selalu sangat diana menyakiti hatinya dengan perkataan-perkataan yang tidak di sukainya. Lebih-lebih lagi cerita mengenai rakan sekelasnya .. azahh~~!! .. huh .. balik-balik azahh .. naper la diana ni cemburu sangat ….
Lan duduk di katil sambil menekup muka.. hampa lagi perasaannya pada petang ini … baru tadi dia cuba menelefon diana. Tapi adik diana yang mengangkat telefon. Terdengar oleh lan suara diana menyuruh adiknya mengatakan diana tiada di rumah .. lan tidak tau apa yang perlu di lakukan lagi ..
Diana~~! .. seorang gadis pemalu .. bersopan santu .. lemah lembut .. dan sensitif .. Cuma kelemahan nya dia terlalu cemburu .. mungkin terlalu menyanyangi .. ermm .. belum pernah lan melihat diana keluar ke rumah tanpa memakai tudung .. dan lan pun menyukainya .. manis tampak di mata lan ..
Pernah beberapa kali lan datang ke rumah. Masa tu keluarga diana tiada .. diana hanya tinggal berdua dengan kak long nya. Bila diana dapat tau lan datang ke rumah .. cepat-cepat dia berlari ke biliknya mencari tudung dan memakainya.
Masa dulu.. kalau lan rasa rindu, walaupun baru berjumpa di sekolah pasti dia akan datang ke rumah diana… Ermm saat itu hanya tinggal kenangan .. Sekarang jauh berbeza.. walau rindu .. lan tidak lagi berani datang ke rumah diana… sudah banyak kali perasaanya hampa bila diana tidak mahu berjumpa dengannya …
Dia rasa dirinya terlalu hina untuk berjumpa dengan diana bila diana tidak ingin berjumpa dengannya. Puas di tanya apa salah yang telah di lakukan.. tapi diana tetap menyuruh lan bertanyakan soalan itu pada diri lan sendiri Kadangkala diana bertanyakan mengenai rakan-rakan sekelas ..ermmm betul ke dia cemburu dengan azah .. tidak mungkin.
Dah di susuli surat yang menyatakan bahawa azah dengannya tiada apa-apa .. tapi tiada jawapan mengenai surat itu .. yang dia dapat adalah pandangan diana yang selalu tertunduk dan seakan tidak mahu memandang dirinya.
28
Pada hari itu adalah hari terakhir peperiksaan pertengahan. Lan yang telah menghabiskan paper terakhirnya pada pagi tadi menunggu kepulangan diana yang akan menghabiskan paper terakhirnya pada pukul 12.30 ini.
Setelah menunggu beberapa jam. lan pun menuju ke bilik peperiksaan diana. Sesampainya di sana lan tidak berjumpa dengan diana. Setelah puas di cari dan di tanya. Rakan-rakan kelas lan mengatakan bahawa diana telah keluar lebih awal.
Lan pergi keluar dari bilik peperiksaan dan mencari kelibat diana. Akhirnya dari jauh dia dapat melihat diana berjalan dengan seseorang. Puas di amat-amati rupanya zaimi. Rakan sekelas diana.
Lalu lan mengejar diana dan menghampiri diana dan zaimi.
“diana .. puas lan tunggu diana … lan masuk dewan peperiksaan tadi .. carik diana ..tapi tak jumpa.. tanya kat rakan diana. diorang kata kat lan diana dah keluar. Nasib baik jumpa diana kat sini.”
“ermm .. lan .. boleh tak diana minta lan balik sendiri .. diana nak balik dengan zaimi ni. Ada hal yang kami nak bualkan”
“erkkkkk~~!!!!” lan terkedu.
“ok lannn … diana balik dulu …. “
“diana~~~!!!…” panggilan itu tersekat di kerongkong lan. sampai hati diana…
sesampainya di rumah, lan menghempas pintu biliknya. Dan mencampakkan beg sekolahnya di atas katil .. arrghhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!! tensionnnnnnnnn!!!!!….
lalu lan keluar bilik. Lalu mendekati telefon. Lalu lan mendail no telefon rumah diana. ada seseorang yang mengangkat. Mak diana yang mengangkat!! Lalu lan bertanyakan mengenai diana.
Lan meminta izin untuk bercakap dengan diana. tapi mak diana kata diana belum sampai ke rumah. Lalu lan mengucapkan terima kasih lalu meletakkan telefon.
Lan tergumam….!! Dia kembali ke biliknya lalu menukar pakaian. Dia lalu masuk ke dalam bilik air dan mandi. Setelah membersihkan diri. Dia lalu menuju ke meja tulisnya ..
Ermmmm .. apa aku nak buat ni ??? kata lan dalam hatinya… apa yang di buat serba tak kena .. ambil buku tak kena .. pegang pen tak kena .. bangun tak kena berdiri tak kena..
Lalu lan mengambil keputusan untuk pergi ke rumah diana. dia ingin berbicara dengan diana. sesampainya di rumah. Diana baru masuk ke dalam rumah.
“diana .. pleasee .. bagi peluang pada lan nak berbual dengan diana kejap.”
“ermmm .. ape lagi lan nak cakap ??”
“kenapa diana buat macam tadi kat lan .. sampai hati diana.. dekat 3 jam lebih lan menunggu diana .. akhirnya diana pulang dengan orang lain .. siapa dia di hati diana berbanding lan.”
“lannn tolong jangan bincang hal ni di rumah diana. diana tak mau mak tau hal ni .. pleasee lan .. jangan buat macam ni.”
“ermm lan tak kira .. lan confuse sekarang ni .. lan nak dengar dari mulut diana sendiri.”
“okehh .. lan nak tau sangat kan … diana dengan zaimi dah mula bercinta .. puas hati~!!!!” kata diana lalu menutup pintu rumahnya.
Lan tergamam dengan tindakan diana. lan pulang ke rumah kembali dengan perasaan yang tidak menentu. Dia keliru dengan situasi ini. Apa yang berlaku ni.??? Dia sungguh tidak memahaminya.
Apa yang cuba diana ingin lakukan pada dirinya .. adakah diana tidak menyintai dirinya lagi ?? mengapakan diana curang kepadanya ?? berbagai-bagai persoalan yang hadir di dalam benaknya.
Kenapa Diana sanggup menduakan dirinya.. cintanya ... Kenapa ???
Mengapa diana lansung tidak menghargai segala pengorbanannya selama
ini….. Mengapa ???
Apakah yang berlaku pada diri Diana sehingga sanggup melukakan
dirinya….. Apakah??
Apakah yang telah di lakukan sehingga diana sanggup menyakiti hatinya… Di mana ?? Di mana harus aku mencari jawapan itu …???? lidah lan kelu … lan terbaring di katilnya .. hari itu semangat untuk mengulang kaji pelajaran dan membaca kertas peperiksaan tadi telah mati. Segala impian dan harapannya serasa berkecai …