19
Hari persekolahan berlalu seperti biasa. Peperiksaan pertengahan tahun telah pun tamat pada tengahhari tadi. Ini bermakna 2 minggu selepas ini adalah minggu bercuti. Lan telah merancang untuk berjalan bersama diana ke kl pada hujung minggu ni. Mereka ke seremban dulu berjumpa dengan sabu dan rini selepas itu bertolak bersama-sama ke kl. Petang itu mereka pulang ke melaka balik dan sabu bersama rini pulang ke seremban. Diana pun dah bersetuju dengan plan yang lan buat.
Hujung minggu itu telah tiba. Pukul 8.00 pagi lagi lan sudah tercegat di di depan rumah diana. Selepas itu lan dan diana pergi ke bas stand. Mereka sampai ke bandar pada pukul 8.45. setelah membeli tiket bas ke seremban. Mereka pun menaiki bas tersebut. 15 minit selepas itu bas pun menuju ke bandar seremban. Sesampainya di sana, terus lan mendail no telefon handset sabu.
“hello bang. Kat mana ni?”
“ni kak rini ni .. kami kat dunkin donut di terminal ni .. lan kan .. lan kat mana ni?”
“lan kat terminal bas seremban ni. Di public phone. Tak per la .. lan pi carik dunkin donut tu.” Selepas meletak ganggang. Lan terus menarik tangan diana dan pergi mencari dunkin donut. Tak sampai sepuluh langkah dia telah ternampak dunkin donut tersebut. Masuk je ke dalam dia ternampak sabu dan rini. Dan ada sorang perempuan lagi.
“assalamualaikum bang.”
“waalaikumussalam. Haa duduk la dulu.” Lan dan diana terus menarik kerusi dan duduk.
“ni abang kenalkan .. kak mas. Dia nak join sekali ke kl. Balak dia zubir belajar kat kl. Ambik chef. Abang zubir tunggu kat CM.” Diana terus menghulurkan tangan menyalam mas. Tanda perkenalan. Dan terus menyalam tangan rini.
“oooo .. central market ..”kata lan.
“ha ah.. kita turun bas karang dekat CM la .. terus la jumpa abang zubir kat sana.”
“okeh..”
“ehh korang berdua tak nak minum ker?” tanya rini yang sedari diam, hanya melihat perbualan tersebut. Dia hanya memegang straw sambil mengacau-ngacaunya.
“emm kami dah minum tadi.. sarapan kat rumah diana.”
“oooo .. amboii .. siap sarapan lagi ye rumah diana.”
“biasa la bang ..” kata lan manakala diana hanya tersenyum dan tunduk ke lantai.
“haa dah jommm kita gerak.” Kata sabu lalu bangun. Mereka pun berjalan ke arah bas transnasional yang akan menuju ke kl. Beberapa orang tengah beratur menunggu pintu bas masuk. Begitu lah keadaan sesiapa yang nak ke kl. Kalau hujung minggu. Kawasan di sekitar terminal bas seremban tu pasti akan sesak dan beratur panjang orang yang akan menuju ke kl. Ada yang perantau pulang sebentar ke kampung… dan kembali semula ke kl. Rata-rata keluarga mereka menetap di felda-felda di kawasan negeri sembilan. Ada juga yang di kampung di sekitar daerah-daerah yang terdapat dalam negeri sembilan seperti kuala pilah, jempol, jelebu dan rembau.
Setelah pintu bas di buka. Lalu mereka membayar harga tiket bas di depan pintu bas. Telah ada sorang konduktor yang berada di pintu bas tersebut. Setelah membayar tiket bas .. lan, sabu, diana, rini dan mas menaiki bas tersebut. Perjalanan bas menuju ke kl hanya mengambil masa 45 minit.
Mereka turun dari bas setelah sampainya bas tersebut di Central Market yang menjadi lambang KL atau menjadi tempat berkumpulnya ramai orang seni yang melukis potret. Itu sebab Central Market juga di kenali sebagai Pasar Budaya.
Mas lalu menelefon zubir dan bertanyakan di mana tempatnya.
“haa mas? Zubir kat mana ?” tanya sabu.
“dia kata dia tunggu depan pintu Central Market.” Mereka pun pergi ke arah Pintu depan CM. Dari jauh lagi mas telah nampak zubir. Dia melambai-lambai tangan ke arah zubir.
“ni zubir kenalkan lan. Adik saudara aku. Ni makwe dia nama diana.” Zubir terus menyalam tangan lan. Sambil bersalam dia tersenyum pada lan. Lan membalas balik senyuman itu.
“so cam ner ?? nak kemana kita ??” tanya sabu.
“erm jom naik LRT kita ke KLCC.” Zubir memberi pendapat.
“okey juga tu.” Kata sabu. Lan hanya menurut. Mereka pun berjalan menuju ke LRT di seberang jalan di hadapan CM.
Setelah membeli tiket LRT, mereka terus menaiki tangga bergerak menuju ke atas. Nasib mereka agak baik. Kerana LRT sampai tatkala mereka baru sampai ke tempat menunggu. Setelah menaiki LRT mereka pun terus mencari tempat duduk. Malangnya tempat duduk telah penuh. Biasa la KL. Mereka memegang besi dan tempat memegang. Setelah beberapa minit sampai lah mereka ke KLCC. Lalu mereka turun dan menuju ke pintu keluar ke KLCC.
Mereka berjalan-jalan di sekitar KLCC. Dari tingkat bawah sampai lah ke atas. Selepas itu rini memberi pendapat untuk mereka bersiar-siar di taman suria KLCC.
Selepas bersiar, mereka menaiki LRT menuju balik ke CM. Di CM mereka berjalan-jalan di sekitar dalam itu. Melihat potret-potret yang di lukis oleh pelukis-pelukis ternama di sana.
Setelah jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Lan mengajak mereka pulang. Lalu mereka berjalan kaki menuju ke puduraya. Setelah membeli tiket bas menuju ke melaka. lan dan diana mengucapkan terima kasih kepada abang zubir, kak mas, kak rini dan juga abang sabu. Lalu mereka menaiki bas yang akan menuju ke melaka.
Sementara mas, rini, zubir dan sabu kembali ke CM. Mereka menaiki LRT menuju ke KL Central dan menaiki Komuter menuju ke seremban.
Lan dan diana sampai di bandar melaka hampir pukul 6.30. lalu mereka menaiki bas kembali ke taman perumahan mereka. Nasib baik bas yang menuju ke sana baru nak bergerak. Kalau tidak, alamatnya terpaksa la menunggu lagi setengah jam untuk bas seterusnya.
Sampainya di rumah, telah hampir 6.45. lan terus mengucapkan terima kasih kepada diana. Dan mengatakan akan menelefon diana pada malam ini, lalu dia berlalu pulang ke rumahnya.
Tiba di pintu rumah. Mak lan dan ayah lan sedang berehat di ruang tamu. Mak lan tengah melihat televisyen. Sementara ayah lan sedang membaca Bacaria. Setelah membuka kasut lan terus masuk ke dalam rumah setelah memberi salam.
“assalamualaikum yah.”
“waalaikumussalam.”
“haa lan .. baru balik ? kemana?”
“ke bandar tadi ayah.”
“ooo okey .. ermm malam ni ayah dengan mak nak keluar .. ada dinner ..”
“baik la ayah.. emak .. ermm ok la .. lan nak masuk bilik dulu .. nak bersihkan diri.”
“haa pegi lah.” Lan terus berlalu masuk ke bilik. Dan terus mencapai towel lalu menuju ke bilik air.
20
Cuti pertengahan tahun itu telah berakhir. Sesi persekolahan telah bermula. Lan juga telah memulakan kelas tusyen untuk subjek LK nya di sebuah institut di melaka. dia, fian, dan azah di antara pelajar-pelajar kelas 4 arif yang telah mendaftarkan diri di institut tersebut. di dalam kelas tusyen itu ada juga rakan pelajar yang lain yang datang dari sekolah yang berlainan.
“haii nama saya lin.”
“saya lan.”
“ohh lan. selamat berkenalan.” Terus lin menghulurkan tangan dan di sambut oleh lan. sebagai tanda perkenalan.
“ni fian. Dan ini azah. Kami dari sekolah yang sama dan kelas yang sama.” Lan perkenalkan rakan-rakan rapat dari kelasnya.
“ohh bagus la gitu .. saya ni berseorangan je, rakan-rakan yang lain tak berapa berminat. Entah la tak tau la lepas ni.”
“ooo begitu. So lin tinggal di mana ?” tanya fian.
“lin tinggal di taman permata.”
“ooo saya di Taman widuri.” Selepas berbual seketika. Kelas pun bermula. Setelah kelas berakhir mereka pun berlalu pulang. Fian mengajak lin, azah dan lan ke sebuah restoren. Lan cuba menolak. Tapi desakan fian menyebabkan lan terpaksa menerimanya.
Setelah sampai ke restoren tersebut. mereka lalu mengambil tempat duduk.
“ermm lin adik beradik berapa orang ?” tanya fian. Lan dan azah hanya membisu.
“lin anak yang ke 2 dari 2 beradik.”
“ooo yang pertama akak ke abang?”
“akak…. Dua dua perempuan.”
“ohh begitu.” Mereka berbual berdua. Hanya sekali sekala lan dan azah menyampuk. Mereka bagai menyaksikan sorang lelaki dan sorang perempuan berkenalan lebih dekat.
Lan pula kala itu agak tidak berminat dalam perbualan tersebut. apa yang difikirkan adalah diana. Rindu pulak dia tiba-tiba pada diana. Tadi masa balik sekolah tadi. Lan terpaksa balik awal di sebabkan kena bekejar ke kelas LK di institut ini. Manakala diana pulak terpaksa balik lambat kerana cikgu matematik tambahannya membuat kelas tambahan selepas makan tengahhari di kantin. Nak tak nak, mereka terpaksa tidak dapat pulang bersama.
Sudah beberapa kali perkara itu terjadi, membuatkan diri lan tidak keruan menahan rindu. Kalau boleh dia ingin selalu berjumpa dengan diana. Tapi apakan daya .. aliran yang berbeza memisahkan mereka. Lan terlalu menyanyangi. Sehinggakan sanggup kadangkala menunggu sehingga pukul 3.00 petang semata-mata menanti kepulangan diana. Semenjak diana memasuki kelas perdagangan ini. Selalu sangat diana terpaksa pulang lewat kerana kelas tambahan yang di jalankan oleh guru subjek nya. Kadangkala matematik tambahan, kadangkala subjek perdagangan dan ekonomi.
Tapi semua itu tidak meluntur kan semangat lan untuk berjalan pulang bersama diana ke rumah. Bagi lan juga kalau balik ke rumah awal pun bukan ada sesiapa berada di sana. Mak nya dan ayahnya tiada.
Begitu lah yang berlaku bila diana ada kelas tambahan. Kalau masanya kelas LK di institut lan sama dengan waktu kelas tambahan diana.
Alamatnya jadi macam ni la … lan tak berjumpa dengan diana.. merindu la dia….
21
Malam itu, lan terus menelefon diana. Meluahkan perasaan rindunya pada diana. Dia meminta maaf tidak dapat datang berjumpa diana pada petang itu di sebabkan fian meminta dia menemaninya minum di restoren.
“lan mohon maaf lan tak sengaja.”
“ermm tak per .. tadi dengan siapa lagi ?? takkan lan dengan fian je?” diana bertanya curiga.
“tak de la .. tu azah dengan lin, kenalan baru kami di kelas tersebut. fian yang berbual-bual dengan lin. Lan dengan azah hanya mendiamkan diri.”
“ooo gitu.”
“ha ah .. diana..”
“haa ye.”
“lann betul betul rindukan diana. Bayangkan tadi dok terbayang-bayangkan diana. Puas lan tolak ajakan fian. Tapi dia paksa juga. Lan nak je balik terus gi rumah diana.”
“ala lan .. tak per .. lan kan study kat sana .. esok kita leh jumpa kan.”
“ye la .,. tapi rindu ni bukan leh tolak-tolak cam tu je .. puas dah tolak dok bayang-bayang je wajah diana. Iskk betul-betul diana buat lan mabuk cinta dengan diana.”
“alaa lan ni .. dari dulu sampai sekarang .. macam tu juga.”
“ehh mesti la .. kasih sayang lan tetap kekal dari dulu sampai sekarang tau.”
“ye ker tu .. mana la tau .. orang dah bosan dengan kita.”
“tak pernah nya diana. Kasih lan tetap macam ni selamanya.”
“ermmm .. lan .. diana nak tanya ni.”
“lan tak bosan ker dengan sikap diana.. ye la .. tak macam orang lain.. diana ni pemalu .. lepas tu sensitif macam yang selalu lan kata.. dan selalunya diana terlalu sopan.”
“itu lah pilihan lan … kenapa baru sekarang diana tanya soalan tu?”
“lan .. diana tak mau lan kecewa…”
“pernah selama ni lan kecewa ker? Tak penah kan.”
“entah la lan … semenjak kita bertukar kelas ni .. diana rasa kita semakin berjauhan.. diana sukar nak percayakan lan.. mana la tau kalau lan bercinta dengan org lain… lan kasi tau la dengan diana.”
“iskk apa yang diana merepek ni .. sudah .!! lan tak mau diana fikir pasal hal tu lagi .. atau bercakap mengenai tu lagi.”
“lan kan rapat dengan azah.”
“naper diana ??? diana cemburu lan dengan azah?? Lan dengan dia tak de apa-apa .. kami berkawan se kelas ..sama la macam lan kawan dengan fian.”
“ahhh lan .. sekarang boleh cakap .. sehari dua ni .. abis lelama sok … makin rapat .. siapa yang tau lan .. hati manusia boleh berubah bila-bila masa.”
“tapi tidak lan .. mungkin perasaan lain boleh berubah .. tidak kasih sayang dan cinta pertama lan.” kata lan membela cintanya.
“boleh percaya ke lan?”
“abis selama ini diana tak percayakan lan ???”
“bukan macam tu .. Cuma diana rasa…”
“pleasee sayang .. jangan buat lan macam ni .. ermm dah la .. lupakan perkara tu .. lan tau diana kecik hati pasal tadi .. esok lan tunggu diana okey sayang .. lan tak mau buat diana susah hati lagi .. dan lan harap diana memahami seperti lan memahami diana.”
“ermmm .. entah la lan.”
“okey better diana berehat dulu .. lan letak telefon dulu okey .. diana jaga diri baik-baik .. lan sayang diana.” Kata lan.
“ermm okey .. diana pun begitu .. amat menyanyangi diri lan.”
“assalamualaikum diana.”
“waalaikumussalam.”
Selepas meletak ganggang telefon lan terus kembali ke biliknya .. terus baring ke katilnya dan berfikir mengenai masa depan cintanya bersama diana.
22
Sesi persekolahan pada tahun itu telah berakhir. Tamatlah lan dan diana menghabiskan tingkatan 4. dan pada tahun hadapan akan menaiki tingkatan 5 yang bakal menunjukkan hasil pembelajaran mereka semenjak dari sekolah. Seperti kata guru mereka, anda di tangga yang ke 2 untuk mendaki tangga selanjutnya, yang bakal menunjukkan bahawa adakah anda jaguh handalan yang bakal menawan puncak kejayaan. Kunci kejayaan itu adalah kesungguhan dan keyakinan beserta dengan ilmu yang penuh di dada.
Semangat kata-kata itu lah membuat hati lan membuak-buak untuk semakin berjaya dan belajar bersungguh-sungguh. Ingin di buktikan pada diana bahawa dirinya tidak akan kalahkan dalam perjuangan pelajaran seperti yang berlaku pada PMR yang lepas.
Yeahhh .!! aku akan belajar bersungguh-sungguh agar impian ku akan tercapai, kelak bila aku berjaya akan aku sinari dirimu diana dengan segala kemewahan dan kebahagiaan.
Impian akan pasti dengan kejayaan pabila keyakinan dan kekuatan cintaku sentiasa teguh. Kata hati lan selalu berkata begitu bila saat dia termenung mengingatkan diri diana dan dirinya.
Banyak perubahan yang berlaku pada diana. Puas di fikirkan apakah kesalahan dirinya yang telah di lakukan pada diana sehingga diana banyak menunjukkan perubahan. Tapi sedaya upaya di kawal hati dan perasaannya.
Malam semalam, lan mendapat call dari sabu. Mengajaknya datang ke seremban. Dah 2 minggu cuti bermula. Tinggal 3 minggu lagi cuti sekolah hujung tahun berakhir. Lan menimbang-nimbang ajakan dari abang saudaranya itu. Abang saudaranya berkata lagi, bahawa abang zubir telah berjanji untuk menyiapkan sebuah hidangan khas lan dan diana bila kedatangan mereka nanti. Ye la chef zubir la katakan. Mesti dia nak minta lan merasakan masakannya. Lan merancang hujung minggu ini dia datang ke seremban bersama diana.
Malam itu, lan menelefon diana. Mengajak diana ke seremban pada hujung
minggu. Tapi tanpa ada sebab yang munasabah diana menolak permintaan lan untuk
menemani lan ke seremban. Lan terlalu berkecil hati dengan sikap diana. Tak di
sangka diana terus menolak ajakan lan. ayat yang memedihkan sekali dan masih
terngiang ngiang di telinga lan walaupun telah meletakkan ganggang telefon
adalah .. lan ada kawan-kawan kelas lan … ajak la meraka pergi sana .. buat
apa ajak diana .. diana busy dengan kawan-kawan sekelas diana… sorry .. plan
lan diana tak dapat pergi .. sebab diana telah berjanji nak ke pengkalan balak
bersama dengan zaimi rakan sekelas lan…
Bagai halilintar memecah bumi. Lan terkejut dengan ucapan diana. Adakah diana sekarang dah pandai bersikap curang kepadanya?? Adakah diana tertekan dengan situasi ini?? Adakah … adakah .. adakah ???
Berbagai-bagai soalan dan andaian yang tak masuk dek akal timbul di kepala lan.. dari ayat yang keluar dari mulut diana memberi berbagai persoalan dan jawapan….
23
Ganggang telefon di angkat, lalu dia mendail no telefon lan sambil itu dia melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah meja telefon itu…
“assalamualaikum lan.”
“waalaikumussalam.”
“apa khabar lan kat sana?”
“baik je .. ermmm minta maaf tanya .. siapa di sana?”
“lan tak kenal ke ?? ni azah la.”
“laaa aku ingat siapa tadi .. apa cerita zah?”
“ermm saja je call lan .. azah nak berbual-bual.. boleh ?”
“apa salahnya .. tapi tak boleh lama-lama pasal aku ada banyak kerja.”
“alaa bila azah call je .. itu la yang lan cakap .. ade je alasan ..”
“memang aku ada keja .. well .. mana fian ?”
“mana la azah tau .. kat rumah dia la kut.”
“ye la .. kau kan rapat dengan fian .. tu la yang aku tanya.”
“ermmm semalam dia ada cakap .. nak keluar dengan lin.”
“waahhh .. dengan lin la pulak .. berapa banyak dia pasang ??”
“aiksss~~! Siapa lagi ??”
“kau la ..”
“ehh lan mandai-mandai je .. bila lak azah ada affair dengan fian.”
“laa sorry la kalau salah .. aku nengok korang berdua kemain rapat .. sejak dulu ..”
“ye la mana tak nya .. dulu azah dengan fian sejak form 1 satu kelas sampai sekarang.. memang la rapat.” Azah menerangkan.
“ye la .. tapi aku sangkakan korang berdua ada perasaan cinta … couple.”
‘iskk pandai je lan ni .. lain kali tanya kitorang dulu .. kalau betul couple naper fian ada affair dengan lin.” Tanya azah.
“mana la aku tau .. aku Cuma tanya je … hehehe”
“tak ader laa~~! Lan yang fikir gitu… kitorang tak de apa-apa.”
“hehe .. ok la azah .. aku nak letak dulu ni .. ada kerja sikit.”
“ye la .. japp .. ermm hujung minggu ni lan free tak?”
“ermm nope .. but .. aku nak ke seremban .. diana tak dapat pergi .. kau nak ikut aku ??”
“ermmm .. why not .. azah join lan.”
“okey .. kewl .. ajak fian sekali.”
“okey allrite .. tapi …”
“apa lagi ??”
“ermm lan .. nak jumpa kat mana ??”
“okeh .. jumpa kat stesen bas kat bandar pukul 9.00 pagi.”
“okeh .. tapi azah tak janji fian tu free .. “
“ermm okeh … cuba la tanya dulu.”
“ermm allrite .. I’l try.”
“ok. bye .. c ya. Assalamualaikum ..”
“waalaikumussalam.”
Setelah meletakkan ganggang telefon, azah terus berlalu ke dapur. Mengambil cawan dan terus membuka peti ais. Dia lalu mengeluarkan air jus oren dan memasukkan di dalam cawan. Lalu meneguk air oren tersebut.
Azah tau affair lan dengan diana sejak dulu lagi. Dia juga tau mereka couple sejak dari form 3. tapi azah tidak dapat menipu diri bahawa selama ini, semenjak dari tingkatan 3 lagi, semasa dia mula-mula terjumpa lan di dalam bilik pengetua masa itu lan baru sampai ke sekolah tersebut dan dia di kala itu sedang menghantar fail yang di minta oleh gurunya ke bilik pengetua.
Sejak itu, dia telah menyimpan perasaan cinta pada lan. tapi selalunya dia malu sendiri bila berdepan dengan lan. tapi bila masuk tingkatan 4, peluang dia besar untuk merebut cinta lan. walau dia tau cinta lan kuat pada diana.
Kadangkala dia cemburu melihat lan sanggup menunggu diana di kantin selepas tamat waktu persekolahan semata-mata menunggu kepulangan diana yang selalunya mempunyai kelas tambahan. Kala itu di lihat apa yang di lakukan oleh lan satu pengorbanan yang sia-sia.
Azah rasa peluang untuk dia mendekati lan semakin dekat. Bayangkan sekarang lan sudah berada dalam satu kelas yang sama dengannya. Senang-senang je dia nak rapat dengan lan.
Kalau dulu diana dan lan di dalam kelas yang sama. Tapi sekarang mereka berdua telah di pisahkan dengan kelas yang berlainan.
Di tambah lagi kelas tusyen LK yang di hadiri di bandar. Membuatkan banyak peluang untuk merapatkan hubungan azah dengan lan.
Tapi dia tidak boleh bertindak apa-apa. Orang kalau dah suka. Semuanya indah di mata. Kasih sayang lan pada diana sangat kuat. Begitu yang dapat di rasakan oleh azah.
Azah juga sebenarnya tau, yang diana seorang pemalu dan seorang yang lembut yang juga sensitif. Terkadang dia merasakan diri diana punya segala-galanya. Lengkap. Arghhhh dia boleh mendapatkan semua yang dia inginkan…. bentak hati azah.
Tiba-tiba azah merasa bersalah kerana dia cuba untuk merampas kekasih orang lain. Kalau itu berlaku pada dirinya sendiri. Mesti dia rasa sedih. Dia bukannya seorang perempuan yang tidak lawa. Dia pun bukannya tak cantik .. yea .. azah seorang yang boleh di kategorikan bijak .. berkulit putih.. berhidung mancung ala pelakon hindustan .. dan bertahi lalat di dagunya yang membuatkan dia manis.
Tapi mengapa dia masih gagal mencuri hati lan…