14

 

                    Seminggu selepas program itu, lan dan diana pun keluar ke bandar. Setelah berjalan-jalan di sekitar terminal one. Mereka terserempak dengan rakan-rakan peserta program perkhemahan itu sekumpulan. Lalu lan dan diana pun join mereka.

                    “amboi peserta pakwe makwe ni. Kemana-mana berdua .. macam tak dapat di pisahkan lagi nampaknya. Hehehe kemain betul.” Kata arman salah seorang peserta program.

                    “itu la tu.. bak kata orang macam belangkas.” Kata yang lain menyampuk sambil ketawa beramai-ramai.

                    “well korang nak kemana ni ??” tanya lan.

                    ‘ermm kitorang rancang nak jalan-jalan je kat sini. Ermm apa kata kita pi minum dulu kat bawah.” Ajak arman. Lalu mereka pun berlalu. Macam-macam yang di bualkan oleh mereka. Ada di kalangan mereka itu adalah lepasan SPM yang lalu. Bercampur-campur. Tapi semuanya satu kepala. Setelah hari hampir petang. Mereka pun meminta berundur diri. Masing-masing pulang ke rumah.

                    Tiga hari selepas itu. Keluar di berita dan radio yang mengatakan bahawa esok keputusan PMR akan kelura. Lan terus menelefon diana mengajak diana pergi bersamanya.

                     

                    Pagi tersebut. Setelah selesai sarapan pagi. Lan terus menuju ke rumah diana. Setelah itu mereka berdua pergi ke sekolah. Di halaman sekolah ramai rakan-rakan setingkatan telah berada di situ. Masing-masing menunggu peluang untuk mengambil keputusan PMR masing-masing. Setelah tiba giliran lan. Lalu lan mengambil keputusannya. Diana menanti gilirannya pula. Lan keluar dari bilik dengan senyuman paling manis. Diana tak sabar-sabar ingin mengetahui keputusan lan.

                    “lan berapa dapat ??” tanya diana.

                    “lan dapat 6 A 4B.” sambil lan tersenyum girang. Sekurang-kurangnya tak la dia ada C atau D. sambil diana melihat keputusan lan. Nama diana di panggil. Diana terus masuk ke dalam bilik dengan hati yang berdebar-debar. Diana keluar setelah mendapat keputusan dengan wajah yang girang.

                    “haa diana .. mesti lagi terer dari lan kan.”

                    “heheh diana dapat 9 A 1 B.”

                    “woww .. terer betul sayang lan ni. Power seh~~!.”

                    “heehehe .. gembira diana hari ni lan. Tak sia-sia kita berbincang dan study sebelum ni kan.” Sambil diana dan lan berjalan menuju ke kantin

                    “yee betul tu diana.” Kata lan.

                    “wehh kat sini rupanya pasangan dua sejoli ni. Lannn… dianaaa .. korang dapat berapa ??” tanya mawar di sampingnya Sri, Nani dan nana.

                    “aku dapat 6 A 4 B….”sambung mawar lagi.

                    “nkau pulak diana??”

                    “aku 9 A 1 B.”

                    “huiiiyooo korang berdua ni terer terer la .. gempark betul le … aku dapat 5A 4B 1C.” mawar memuji

                    “alaa kau pun apa kurangnya mawar… haa.. kau pulak nani, sri nanacam ner ?” tanya diana.

                    “aku ok je .. aku dapat 6A 3B 1C.” kata nani.

                    “aku 9A 1B.”nani mencelah.

                    “aku 5A 5B.” sri pula memberitahu.

                    “eheheh wahh korang pun apa kurangnya. Semua ada banyak A.” kata lan  menyampuk.

                    “tu la aku nak terima kasih kat diana ni. Pasal kita study kat rumah dia la kita dapat keputusan semua yang di kira baik. Tak cam org lain kan. Heheh.. terima kasih diana, kitorang ucapkan terima kasih kat ko ni diana.”

                    “alaa apa nak ucap terima kasih. Janji kita semua berjaya dalam PMR. Hehehe .. tak sia-sia pengorbanan masa kita selama ini kat rumah aku untuk belajar dan berbincang tentang pelajaran.” Tingkah diana.

                    “tu la diana.. masa study pun ko buatkan air .. makan pisang goreng la .. cekodok la .. macam-macam juadah petang ko lagi. Hehe ko kim salam ngan mak ko .. ucapkan terima kasih kat dia.” Kata nani sambil mawar tersenyum.

                    “apa lak sampaikan salam je nani. Apa kata lepas ni kita pegi rumah diana. Kita jumpa mak diana. Ucapkan terima kasih.” Kata sri pula

                    “haa itu aku setuju. Bagus cadangan sri itu.” Kata nana yang sedari tadi diam. Dia banyak mendiamkan diri dalam perbualan rakan-rakan yang lain. Tapi sangat bijak dan pandai. Kepada dia dan diana lah rakan-rakan yang lain banyak bertanya. Setelah itu mereka berjalan menuju ke rumah diana untuk mengucapkan terima kasih. Setelah beberapa ketika di situ. Mereka memohon untuk pulang. Lan terus pulang ke rumah. Manakala mawar dan nana terus ke sekolah teknik menemani nani dan sri untuk mengambil borang memasuki sekolah teknik. Selepas itu, mereka terus ke kolej tunku kurshiah. Mawar dan nana memohon untuk ke sekolah berasrama penuh itu….

 

 

15

 

                    Sesi persekolahan telah bermula, Diana telah memilih untuk memasuki kelas Perdagangan sebaliknya lan memilih untuk memasuki kelas Kejuruteraan Awam, kelas itu adalah kelas yang baru di perkenalkan di sekolah biasa. Kiranya di sekolah tersebut, lan adalah salah seorang dari beberapa orang pelajar yang dapat memasuki kelas kejuruteraan yang pertama sekali di perkenalkan di sekolah itu.  Kelas tingkatan 4 Arif. Begitu lah nama kelas lan, manakala kelas diana adalah kelas 4 bistari.

                    Perpisahan kelas ini membuatkan hubungan mereka tidak la begitu rapat seperti sebelumnya. Cuma bila balik dari kelas. Mereka tetap berjalan beriiringan dan berdua.

                    Minggu pertama lan dan diana masih lagi belum memulakan kelas, ini kerana semua guru kelas masing-masing belum lagi memulakan kelas, sibuk dengan memasuk kan nama dan segala maklumat mengenai pelajar kelas barunya itu.

                    Mawar yang memohon sekolah berasrama penuh telah pun di tawarkan ke sekolah itu.  Sekolah kolej tunku kurshiah. Begitu juga dengan nana yang mengikut langkah mawar. Cuma nani dan sri masih menunggu jawapan untuk di tawarkan sekolah di sekolah teknik. Selalunya sebulan atau 2 bulan selepas sesi persekolahan barulah surat jawapan di terima oleh pelajar yang memohon untuk kesana.

                    Hari itu diana dan lan pulang bersama dari sekolah.

                    “diana.. macammana kelas?? Bila bermula ??”

                    “tah la lan .. cikgu kata minggu depan.”

                    “ermm .. kita dah tak duduk satu kelas dan bersebelahan la lepas ni dah kan.”

                    “ye la .. apa nak buat .. arah tujuan dan aliran kita berbeza. Tapi itu tak memastikan hubungan kita akan terbelah kan lan.”

                    “harap-harap gitu lah. Lan tak mau la sebab ni hubungan kita terbelah. Lan sayang diana.”

                    “diana pun begitu. Bukannya kita berpisah sekolah. Cuma berpisah kelas je.”

                    “ermm tapi kan .. rasa berbeza la pada lan .. dulu diana selalu kat sebelah .. sekarang ni orang lain pulak .. nasib baik kawan kita gak .. si fian tu.”

                    “ye la .. jangan dapat perempuan duk sebelah pulak dah la.”

                    “kalau dapat sebelah perempuan apa salahnya kan ??”

                    “ha ah .. lan suka la cam tu .. kalau diana cam tu apa lan rasa??”

                    “alahai .. org gurau je .. cepat sangat nak terasa .. hai sensitif betul .. hehehe.”

                    “mesti la .. orang sayang awak.”

                    “heheh.. dah la diana.. rumah diana pun dah sampai ni .. lan balik dulu ye sayang ..”

                    “okey .. lan jalan baik-baik .. hati hati ye .. malam karang kalau free call la ..”

                    “baik lah .. bye .. assalamualaikum.”

                    “waalaikumussalam.”

 

16

 

                    Kelas telah pun bermula 2 minggu yang lalu. Lan pun telah membeli buku-buku yang di perlukan untuk kelas tersebut. Bilangan pelajar di dalam kelas yang di dudukinya itu adalah seramai 25 orang.

                    Hari itu, sekembalinya lan dari sekolah. Lan mendapat panggilan telefon dari abang saudaranya. Lan memanggil abang saudaranya itu dengan panggilan sabu. Mereka agak rapat juga. Abang saudaranya itu belajar di sebuah kolej di melaka juga.

                    Keluarga sabu menetap di tanah merah, kelantan. Di sebabkan sabu belajar di melaka, telah berulangkali keluarga lan meminta sabu datang melawat walaupun tidak dapat menetap bersama kerana telah di tawarkan asrama. Tetapi oleh sebab sibuk dengan assignment dan awek nya di seremban. Membuatkan sabu tidak dapat datang dan melawat mereka walaupun rumah mereka berdekatan dengan kolej sabu. Nama panggilan nya saja ‘sabu’  nama sebenarnya farizal ..

                    Sabu menelefon untuk bertanyakan khabar adik saudaranya itu, izlan. Dan dia berjanji akan datang pada hujung minggu ini bersama rini. Girlfriend nya.

                    Lan menerima dengan hati yang terbuka. Lalu meninggalkan note di atas meja untuk pengetahuan ibu dan bapanya.

                    Malam itu lan menelefon fian untuk bertanyakan tentang subjek lukisan kejuruteraan. Guru kelas LK itu meminta agar pelajar kelas termasuk lan agar mengambil kelas Lukisan kejuruteraan menggunakan komputer dan hasilnya lebih memuaskan dan lebih baik dari menggunakan tangan. Itu yang menyebabkan lan menelefon fian untuk berbincang bagaimana pendapat fian mengenai kelas tersebut. Guru kelas yang mengajar subjek lukisan kejuruteraan itu adalah cikgu teoh. Kata cikgu teoh lagi. Kelas itu mengambil yuran sebanyak RM 50 sebulan. Bagi lan bukan menjadi masalah.

                    “fian .. kau bagaimana pulak?”

                    “bagaimana apa ?”

                    “yee la .. tentang kelas lukisan yang di beritahu cikgu teoh pagi tadi.”

                    “ermm aku tak de masalah. Cuma tusyen itu di buat di luar kawasan sekolah. Di sebuah institut di bandar melaka.”

                    “alaa apa salahnya. Cikgu teoh kata dia akan keluarkan surat untuk kita bagi pada mak bapak kita.”

                    “ermm nanti la aku fikirkan. Nak bincang dulu ngan bos aku.” Kata fian balik bermaksud ayahnya.

                    “ala aku gerenti bos ko kasi punya. Untuk masa depan kita juga.”

                    “kau cakap senang la ..”

                    “hehehe biasak la tu ..”

                    “wehh .. azah cakap dengan aku tadi.. dia memang setuju dengan kelas tu. Dia nak join.” Kata fian.

                    “ye ke .. kalau cam tu lagi ok. Tapi tadi cikgu teoh kata.. kalau tak ramai student nak join kelas tu. Dia prefer nak combine dengan student dari sekolah lain. Okey ke cam tu?”

                    “okey juga tu lan.  Sebab dari situ kita nye kawan-kawan ramai. Mana tau boleh la kita berbincang dan bertukar pendapat mengenai subjek ni… kau pun tau lan .. sebelum ni kita mana penah belajar ini semua… kalau takat melukis gambar kartun .. gambar pemandangan masa subjek lukisan seni ada la .. ahahha.”

                    “tu la sebab tu.. aku fikir cam tu la ..nampak lukisan kejuruteraan ini agak mencabar gak.”

                    “haaa memang agak mencabar.. nampak senang .. tapi kalau tulisan tu tebal kita buat halus .,. yang halus kita buat tebal .. itu pun dah di tolak markah .. kena teliti betul-betul …. Ko nengok tadi cikgu teoh tunjuk contoh lukisan perpaipan dan elektrik. Hallamak .. cantik betul kan ..”

                    “tu la yang aku fikir tadi masa nengok lukisan tu.. boleh ke aku buat cam tu .. aku ni jenis cincai boncai nye orang.” Kata lan lagi.

                    “alaa ko jangan cepat putus asa .. aku gerenti kita boleh punya .. tapi kita kena banyakkan latihan untuk subjek-subjek macam ni.”

                    “okey nanti kita bincang la latihan-latihan tu .. bila nak buat ..”

                    “okey .. kita bincang satu kelas .. “

                    “allrite .. kalau cam tu aku letak dulu la .. aku nak call sayang aku jap.”

                    “kau ni manjang makwe je la lan .. wehh sabtu ni kemana ??”

                    “tak kemana .. abang saudara aku dengan awek dia nak datang sini la .”

                    “ohh aku cadang nak ajak kau azah dan dua tiga kawan-kawan sekelas kita ke bandar.. saja nak pegi bandar hilir.. dengar ada persembahan kebudayaan kat sana.”

                    “apa la kau .. kalau persembahan kumpulan muzik remaja macam new boyz ker .. spin ke siti nurdiana ke .. atau banyak lagi artis lain .. ok gak la .. ni persembahan kebudayaan kau nak gi nengok.”

                    “alaaa .. aku bukan nak nengok tu .. nak cuci mata nengok orang lalu lalang je .. mesti ramai nye kat sana.. baru la semangat sikit hidup.”

                    “cheh .. kau ni itu je la fikir .. haa bawak azah pi ajak cuci mata ek ..”

                    “ehh salah ke ..”

                    “lantak kau la fian.. asal kau bahagia .. ahhah .. ok la .. aku nak letak dulu ni .. ada keja sikit .. mak aku pun dah balik tu …”

                    “okey lan .. teruskan .. chow chin chau..” belum sempat lan bagi salam fian dah meletakkan telefon nya .. hampeh nyer budak .. tak sempat-sempat aku nak bagi salam .. haiiyaaa~~~!

                   

 

17

 

                    Hari sabtu itu, awal-awal pagi lagi sabu bertolak dengan rini dari seremban ke melaka. Dia sampai ke seremban dari melaka petang semalam lagi. Tinggal sebentar di bilik cybercafe milik kawannya sepol dan fadil. C-point internet station. Di situ lah tempat persinggahan dia bila berada di seremban. Mudah baginya berjumpa dengan rini. Ye la .. mana kan tidak .. taman perumahan rini berdekatan dengan cybercafe tersebut.

                    Sesampainya di melaka. sabu membawa rini berjalan ke bandar hilir dulu. Dan sarapan pagi di sana.

                    “rini.. lepas ni karang kita jalan ke stesen bas ke rumah lan.”

                    “rini ikut je .. jauh ke rumah dia dengan bandar ni zal?”

                    “tak la jauh sangat .. ada la dalam 15 minit perjalanan.”

                    “oohh ..”

                    “haa jom la cepat habiskan air tu ..  kita tolak sekarang.” Setelah menghabiskan air.. sabu terus membayar harga minuman dan makanan nya tadi lalu bergerak pergi ke satu lorong.

                    “naper masuk lorong ni zal?”

                    “alaa lorong ni shortcut ke stesen bas tu.”

                    “haa karang kalau ada anjing kang dia kejar cam ner.”

                    “alaa tak de nye .. jangan la risau.”

                    “ye la .. “ mereka berjalan mengikuti lorong tersebut. Sampai pertengahan lorong itu…

                    “zalll … itu dua ekor anjing tu .. iskk nampak garang tu .. cam ner ni ..”

                    “tak per  … tak per .. jangan risau .. buat tak tau je .. jalan je tepi dia .. kalau tak kacau dia .. dia tak kacau kita…”

                    “ishh tanak la jalan tempuh anjing tu .. karang dia kejar karang.”

                    “awak jangan la buat muka takut .. meh sini ..” sabu terus memegang tangan rini lalu menariknya.. rini dengan keadaan terpaksa mengikut langkah sabu.

                    “gonggg !!! gonggg !!!!.. gruurrr !!!.. gonggg!!! Gonggg~~~!” anjing itu mula membuat bising. Dan mula ingin mengejar. Rini terus melepaskan tangannya dari pegangan sabu lalu berlari berpatah balik tanpa melihat sabu. Berdebar-debar jantung rini kala itu. Tak di hiraukan lagi mengenai sabu. Yang di fikirkan keselamatan dirinya.. kalau anjing tu mengigitnya .. silap-silap koma jadinya dia.. sabu yang di tinggalkan rini terus mengikut rini berlari kerana anjing itu mula mengejarnya.

                    Tapi nasib sabu agak malang pada hari itu .. anjing itu dapat melompat ke arahnya lalu mengigit lengannya .. sabu terus terjatuh dan terus se ekor lagi melompat atas badannya dan mencakar badannya. Melihat keadaan itu .. rini terus berpatah balik dan ternampak sebatang kayu beluti di tepi dinding bangunan itu. Lalu di capainya dan mengacah-ngacah ke arah anjing itu. Melihat pakwenya itu kena gigit dengan anjing .. rasa tak sampai hati pulak … terus dia bersemangat dan hilang rasa takutnya pada anjing tersebut.

                    Sabu yang tengah mengaduh kesakitan, meraba-raba di jalan itu mencari cermin matanya. Anjing dua ekor itu telah berundur sedikit demi sedikit .. rini lalu membaling kayu beluti itu ke arah anjing tersebut. Mencelinap anjing dua ekor itu lari.

                    Rini terus mendapatkan sabu. Lalu memapahnya ke hadapan. Di sana nasib baik ada sebuah klinik. Terus di bawanya sabu ke klinik. Baju dan sluarnya habis koyak. Cermin matanya pecah sebelah. Kakinya agak tertencot-tencot sedikit di sebabkan jatuh tadi.

                    Setelah di check oleh doktor, lukanya di bersihkan .. dia lalu membayar dan keluar dari situ. Rini berjalan beriringan dengan sabu. Nak di papahnya .. sabu menolak. Mereka lalu berjalan berdua ke stesen bas.

                    “tu la .. orang kata jangan jalan situ ~~! Jangan jalan situ!! Izal ni degil.. kan dah kena serang dengan anjing tu.”

                    “rini la .. mulut rini tu masin.”sambil sabu berjalan ter hencot hencot.

                    “dah salahkan kita pulak.”

                    “tak per la .. benda dah jadi nak buat cam ner.” Kata sabu.

                    Tiba tiba rini tergelak.

                    “ni apasal tergelak tiba-tiba ni?”

                    “kelakar..”

                    “kelakar apa pulak??”
                    “ye la kelakar .. anjing kejar .. hik hik hik~~!”

                    “ooo gelakkan izal ye .. orang dah sakit macam ni .. bukannya dia nak simpati dia gelak pulak.”

                    “alaaa .. hik hik .. orang simpati .. Cuma kelakar larr .. pasal anjing izal cam ni ..”

                    “heheheh .. tapi tak pe .. sekurang-kurangnya .,. izal yang luka .. kalau rini yang luka .. lagi parah izal nak menjawab dengan famili rini. Tapi satu je izal nak cakap .. rini kena janji .. jangan kasi tau sama izlan .. malu izal nanti”

                    “hik hik~~!”

                    “jangan la gelak je .. janji la ekk.”

                    “okey okey .. orang janji tak kasi tau sama dia ..”

                    “cam tu la sayang .. sayanggggg dia.” Kata sabu sambil mengenyit mata pada rini.”

                    “hik hik hik~~~! Gatal!!! .. hehe ni dah sampai stesen bas ni .. bas mana yang nak kita naik?”

                    “tu bas warna merah. Jom naik cepat .,. nampak dah nak bergerak tu.” Sabu dan rini terus berjalan ke arah bas tersebut. Sabu tertencot-tencot berjalan. Timbul pulak rasa simpati pada rini.

                   

18

 

                    “assalamualaikum~~!”

                    “waalaikumussalam.” Lan menjawab salam tersebut lalu membuka pintu. Lan terkejut.

                    “haaa naper ni bang ?? dengan tangan berbalut.. seluar terkoyak.. spek mata pecah sebelah.”

                    “aaaa .. tadi terjatuh … tak perasan ada tangga .. tergolek dog la jawabnya.”

                    “hahahah .. apa la abang sabu ni .. tak nengok ke kiri kanan. Tu la lain kali amik lesen.”

                    “cheh lesen apa .. dah nak jatuh .. nak buat cam ner.” Kata sabu. Rini pula hanya tersenyum. Sabu memandang rini. Haii apa la nasib badan .. ingat klentong tak kena gelak .. kena juga .. aku sekeh juga budak sekor ni karang.

                    “hahah lesen L tu … teheheheh.. dah la masuk dulu .. mak ada dalam bilik .. dia tengah bersiap .. katanya ada kelas mengandam yang dia kena hadiri.”

                    “hai mak kau tu manjang busy je .. “

                    “dia minat nak buat cam ner.”

                    “abis kau sorang je la ye .. adik beradik kau yang lain tak balik ke lan?”

                    “mana nak baliknye .. diorang dok asrama .. kadang sebulan sekali baru dapat keluar balik.”

                    “hahah jadi orang bujang la kau ye.” Kata sabu .. rini hanya berdiam diri.

                    “duduk dulu la bang .. sat lan pi buat air.” Sebelum ke dapur dia sempat menelefon diana. Dah di inform awal-awal kedatangan abang saudaranya itu bersama makwenya .. jadi kerana tak mau makwe abang saudaranya itu ada teman dia meminta diana datang ke rumahnya. Diana janji untuk datang bersama adiknya. Setelah meletakkan ganggang telefon lan terus ke dapur membuat air. Di ruang tamu mak lan telah keluar dari biliknya lalu menegur sabu.

                    “haa kau sabu .. baru sampai ke ?? sabu terus bangun dan bersalam dengan mak lan. Rini pun ikut serta.   

                    “yee mak lang .. baru je sampai.”

                    “dah dekat setahun kau kat sini .. baru ni kau nak datang .. ni berbalut-balut tangan kau ni pasal?”

                    “tadi jatuh sikit mak lang .. haa terlupa plak saya .. ni rini .. kawan saya.”

                    “rini ni mak lang .. mak kepada lan.” Rini dan mak long hanya tersenyum antara satu sama lain.

                    “ni mak lang, ada hal sikit .. korang berdua duduk dulu la ye .. lambat sikit mak lang balik ni. Ko duk sini berapa hari sabu?”

                    “isk tak de hari la mak lang .. petang karang balik la.”

                    “ooo .. okey la .. mak lang dah terlambat ni .. mak lang pergi dulu ye.”

                    “baik baik jalan tu mak lang ..”

                    “okey ..” mak lan terus berlalu pergi ke keretanya .. lalu menekan kunci kereta dan memasukkan gear reverse setelah itu menarik handbreak keretanya. Kereta berundur. Dan keluar ke jalan besar. Setelah kereta lenyap dari pandangan sabu dan rini ..

                    “haaa tu buat apa lagi kat luar tu ?? nak ikut mak lang ker bang?”

                    “ehh tak la .. saja je pandang..” sambil sabu dan rini masuk ke dalam.

                    “ni kau yang buat air ni ker ??”

                    “ye la .. siapa lagi ..  rasa la” sabu terus meminum seteguk .. dan seterusnya menghabiskan air minuman itu.

                    “ermmm tak sedap pun.”

                    “cheh tak sedap kunun .. abis tu satu cawan abis .. tak sedap mender ??”

                    “hahahah .. “ sabu tergelak ..

                    “memang sedap la lan .. power buatan air kau ,… sekali teguk dan lagi.”

                    “heheh nengok orang la kan .. tul tak kak rini?”

                    “hehehe.” Rini hanya tergelak.

                    “haa kak rini .. abang sabu ni banyak citer tentang kak rini pada lan.”

                    “ye ke .. apa yang dia citer?”

                    “dia kata dia kenal ngan kak rini dah masuk 4 tahun lebih. Kak rini baik .. cute .. tu yang tak sabar-sabar lan nak jumpa tu.”

                    “ye ker .. abis sekarang dah jumpa cam ner .. cute ke tak ??” tanya rini.. sabu hanya tersenyum.

                    “ermm boleh la tahan ..” kata lan.

                    “haa boleh tahan je kata kau?”

                    “hehehe tentu la cute .. kulit pulak putih .. tapi sat gi …” terus percakapan nya terberhenti. Apa bila ada orang memberi salam.

                    “assalamualaikum.” Mendayu-dayu suara pemanggil tu menyentak naluri lan yang rindukan suara tu.

                    “waalaikumussalam.” Jawap lan.

                    “masuk la kitorang ada kat ruang tamu ni.” Diana masuk bersama adik perempuan nya.

                    “haaa ni siapa pulak bidadari manis ni lan.”

                    “haa ni la diana ..” kata lan.

                    “oooo ini la girlfriend lan yang lan citer tuh ari ye.” Kata sabu. Diana lalu menyalam tangan rini di ikuti adiknya. Diana terus mendapatkan tempat duduk di sebelah rini.

                    “nampak sopan je lan .. pulak tu cun abis …pandai kau pilih awek.” Sabu bercakap agak perlahan.

                    “heheh nengok orang la bang .. kaki baik punya .”

                    “ni abang sabu berapa hari kat sini?” tanya lan.

                    “iskk mana ada hari .. abg balik petang ni juga. Nak balik ke seremban ni.”

                    “amboi berulang alik ke seremban. Abis kelas hari isnin ada ke tak?”

                    “ada .. esok petang balik la ke sini balik.”

                    “ooo macam tu .. larat ke ??”

                    “apa tak laratnya pulak ,.. nengok perut la beb.” Sambil sabu menunjukkan perutnya sambil tergelak.

                    “hahahha ..lawak la abang ni … dah la mai minum.” Selepas minum mereka berbual-bual panjang .. diana berbual dengan rini.. manakala lan dan sabu berbual .. adakalanya mereka menyampuk perbualan diana dan rini.

                    Setelah hari hampir petang. Sabu dan rini meminta diri untuk pulang ke seremban. Diana dan adiknya pun meminta izin untuk pulang. Sabu berjanji jika ada masanya dia akan datang lagi ke rumah lan.

 

Next

Hosted by www.Geocities.ws

1