10
Akhirnya peperiksaan PMR pun berkunjung tiba. Setelah bertungkus lumus belajar dan menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini maka diana, izlan, mawar, sri, nani dan nana serta seluruh rakan-rakan satu sekolah yang berada di dalam tingkatan tiga telah memasuki dewan peperiksaan pada pagi itu. Izlan dan diana menunjukkan riak wajah yang sangat bersedia. Mereka menjawab soalan dengan berhati-hati dan mencuba sedaya upaya. Apa yang telah di pelajari selama 3 tahun sebelum ini di keluarkan segala-galanya dalam menjawab soalan PMR ini. Setelah menghabiskan kertas sejarah. Diana terus berjumpa lan.
“lan … bagaimana dengan paper tadi ?? boleh jawab”
“ehh tentu lah boleh .. rasa senang je .. semangat diana sentiasa dalam
diri lan. Nasihat diana sebelum ini banyak memberi lan dorongan untuk berjaya.
Terima kasih diana.”
“haa .. jgn terlalu awal lan. Ni baru paper pertama kita. Masih ada
banyak lagi paper belum kita hadapi. Lan kena standby untuk paper seterusnya.”
“insyallah. I’l try.”
Setelah 2 minggu akhirnya peperiksaan PMR tamat. Izlan dan diana serta
rakan-rakan yang lain rasa lega kerana telah melepasi zon minggu peperiksaan.
Tidak la terlalu tertekan minggu2 selepas ini.
“diana. Cuti ni cam ner ?? diana nak pegi mana?”
“entah tak tau lagi. Tak pergi ke mana kut .. dok rumah je la. Tapi tak
tau la family diana nak ajak makan angin ker.”
“ooo.. nanti kita leh keluar tak diana?”
“ermm nengok la dulu. Kalau dapat kelepasan. Boleh punya.”
“sayangggg diana.” Diana hanya mampu tersenyum.
“apa la lan ni. Malu diana.”
“hehhe apa nak di malukan. Kita berdua je di sini.”
“ye la tu. Lan jom balik.”
“alaa awal lagi. Apa kata kita pergi library. Mana tau ada novel-novel
boleh kita baca atau pinjam. Kan kita masih ada berbaki beberapa minggu
persekolahan walaupun kita dah abis exam.”
“ermm betul juga. Jom kita gi library.” Mereka beriringan masuk ke
dalam library dan mencari rak novel remaja kreatif.
“lan, diana dah dapat 2 ni. Nak gi uruskan dengan pustakawan kejap. Lan
dah dapat belum.”
“belum lagi. Diana tunggu la lan. Lan dah jumpa karang kita gi
sama-sama settlekan kat kaunter.”
“okeh.” Diana mengikut je kata lan. Akhirnya lan mendapatkan beberapa
novel lalu berjalan bersama diana ke arah kaunter. Beberapa pustakawan menunggu
di situ. Setelah urusan selesai. Mereka pun terus keluar dari library. Baru kaki
hendak mencecah lantai luar. Nani memanggil
diana.
“amboi sepasang belangkas ni. Jalan kat sini pun tak nampak orang ye.
Puas la kita dok pandang-pandang kut dia jenguk kat arah kita.”
“alahai sorry la nani. Diana tak nampak tadi. Tak perasan.”
“ko pinjam novel ke diana?”
“ha ah. Ehh ko ngan siapa ?? tu ngan mawar dan sri. Nana tak nampak
pulak aku.”
“ohh ye ke.”
“ehh korang. Meh la lepak dulu ngan kitorang. Tau la exam dah abis.
Takkan tak nak lepak ngan kitorang kut.”
“boleh gak. Jom lan.”
“okeh.” Kata lan tersenyum sedari tadi lalu menuruti langkah diana
yang jalan beriringan dengan nani.
“weh korang… cuti nanti apa aktiviti??”
“entah la, tak tau lagi. Naper ??korang ada aktiviti ker?” tanya
diana.
“ermm gini. Kitorang plan nak pegi join program perkhemahan sambil
bercuti yang di handle oleh persatuan belia kami. Korang nak join tak?”tanya
mawar.
“ermm susah nak cakap la ,… kalau lan boleh la .. tapi diana tak tau
la boleh ke tak .. tau la family diana.” Kata diana ragu-ragu.
“alaaa tentang tu jangan risau. Pihak persatuan dah sediakan surat
tawaran dan surat kerjasama keluarga untuk membenarkan anaknya untuk join
program ni. Korang jangan risau. Aku gerenti korang suka. Pasal program ni aku
penah join tahun lepas. Persatuan kami buat setiap hujung tahun semasa cuti
sekolah. Memang cun.” Kata mawar lagi.
“alaa geng-geng kita pun join. Mawar dah tentu join. Sri Nani dan Nana
pun dah confirm nak pegi. Cuma tunggu surat tawaran dari persatuan je. Korang
jangan risau, program ni di handle oleh orang yang berpengalaman dan terlatih.
Jom la join.”
“ermm kalau cam tu ,.. aku join… diana jom la…join skali .. surat
tawaran persatuan ada.. gerenti family diana bagi kebenaran nyer.” Lan yang
sedari diam terus bersuara bersetuju untuk join program tu.
“okey la. Kalau cam tu diana setuju. Tapi kalau family diana tak bagi,
korang jangan marah ye.” Kata diana lagi.
“alaa diana cuba dulu okeh.” Kata mawar.
“well … berapa hari program tu mawar?” tanya lan.
“ermm…. Seperti tahun sudah.. diorang buat selama 5 hari 4 malam.”
“wahh best tu.”
“bila borang leh ko kasi ??”
“nengok dulu. Kalau diorang siapkan cepat borang tu. Aku kasi cepat
la.”
“okey kewl. Ko jangan lupa pulak mawar. Aku dah bersemangat giler ni.”
“okey .. no hal nye.” Selepas itu perbualan mereka banyak berkisar
mengenai pilihan pelajaran mereka selepas PMR, iaitu bila menaiki tingkatan 4.
ada yang bagi advice memohon teknik. Vokasional .. tak kurang juga yang apply
sekolah berasrama penuh. Hanya diana dan izlan yang memilih untuk kekal di
sekolah itu. Mereka rasa lebih selesa sebab berdekatan dengan keluarga dan agak
bebas di bandingkan dengan sekolah asrama penuh. Mereka berada di ruang rehat
berdekatan dengan pintu perpustakaan sekolah mereka sehingga tamat waktu
persekolah pada hari itu. Mereka tidak dapat duduk di dalam kelas masing-masing
di sebabkan kelas mereka di gunakan sebagai dewan peperiksaan oleh tingkatan 5
untuk SPM. Setelah tamat sesi persekolahan pada hari itu. Azlan dan diana pun
pulang.
11
Pada
hari itu. Tamat lah sesi persekolahan bagi tahun itu. Cuti selama sebulan
setengah di sambut gembira oleh ramai pelajar. Selepas balik ke rumah diana lalu
terus ke biliknya membersihkan diri.. mandi dan menukar pakaian. Lalu dia terus
duduk di bangku di hadapan meja tulisnya. Termenung ….
Sementara
di rumah izlan. Lan tengah menulis sesuatu di halaman diarinya. Setelah selesai
menulis lan terus ke ke ruang tamu dan mengangkat gangang telefon lalu mendail
rumah diana. Setelah beberapa detik bunyi dail lalu ada orang mengangkat
ganggang telefon di rumah diana…
“assalamualaikum..
boleh saya bercakap dengan diana.”
“lan
ye.. kejap ye, pakcik panggilkan dia.”
“terima
kasih pakcik.” Beberapa ketika diana mengangkat ganggan telifon.
“haa
lan… ada apa .. rindu lagi ke ??”
“tak
de la sayang .. Cuma teringat je ..”
“teringat
je ??”
“haa
teringat je sayang . alahai bucyuk lan ni..”
“elehh
.. orang dah mandi la, tak macam lan tak mandi lagi .. ehhehe.”
“yee
la tu .. orang awal awal sampai rumah tadi dah mandi .. ermm ni lan nak tanya
diana, dah confirm ngan famili diana ke belum tentang program perkhemahan
tersebut??”
“dahh
.. surat nya pun dah abah tandatangan.”
“bagus
la gitu. Ni yang lan nak dengar ni.”
“hehehe
ye la .. tak per .. lan dah hantar borang tu kat mawar ke belum ??”
“belum
lagi .. tapi lan ingat lan malas nak pegi la ..” lan saja menduga.
“laa
lan jangan cam ni… orang nak pegi sebab lan ada .. kalau cam ni diana tak nak
pegi la.”
“alaa
kalau lan tak de pun apa bezanya… sama je .. kawan-kawan lain kan ada..”
“mana
sama… org semangat nak pegi sebab lan … ni lan tak jadi pegi lak . tak per
la .. orang cancel pegi..”
“laa
jangan la cancel .. lan ada hal lain .. sebab tu lan tak dapat pegi ..”
“abis
buat apa orang pegi kalau lan tak dapat pegi …”
“ohhh
ye la .. awek kena sentiasa berada di sisi pakwe nye ye tak ..hehe”
“mesti
la .. terus orang tak de semangat nak pegi .. kalau lan tak jadi pegi.”
“alaaa
lan gurau je … lan pegi la sayang .. lan hanya nak duga je .. mana tau diana
pegi juga kalau lan tak pegi .. makna pertamanya diana tak heran pun ngan lan ..
makna ke dua nya pula .. diana tak sayang dan cintakan lan .. diana sayang lan
?? cinta kan lan ??”
“iskkk lan ni tanya cam tu lak .. kan dalam surat semalam lan baru baca.”
Lan teringat surat yang di berikan oleh diana semalam. Aduhai …kata-kata
cinta menusuk jiwa … sungguh puitis … berjanji ingin sehidup semati
selamanya … ahh berbagai-bagai lagi ayat manis dari dia .. aku betul-betul
terpegun …tak sangka dia ni jiwang juga walau pemalu .. hehehhe .. aku dah
berjayaa .. berjaya merompak hati nya .. yeahooooo … aku sayangkan diana …
dan aku betul-betul confidence Cintanya hanya Milik aku selamanya …
“helllo
lan … hello ..”
“ehh
hello .. ada ni .. sorry”
“ape
ni .. nak cakap ke nak mengelamun ..”
“ehhh
takk takk .. nie .. surat lan diana dah baca dah ke belum tadi ??”
“dahh
… thanx kerana menyanyangi diana ..”
“ehhh
mestilah … awek cute kesayangan lan .. mesti la kena sayang ..”
“sayang
cam ner lan ??”
“sayang
cam papa sayang mama..hehehhe”
“ade
ade je lan ni la ..”
“alaa
betul la tu .. sayang papa pada mamanya kan teguh dan kukuh selamanya ..”
“yee
la tu sayangggg.. ehh okey lah lan .. diana nak letak dulu .. ada keja kat dapur
sikit ..”
“ermm
okey la .. tentang surat persetujuan keluarga untuk join program tu karang
petang sikit lan datang rumah diana .. kita pegi sama-sama ke rumah mawar ye
..”
“Okey
… call dulu kalau nak datang..”
“ye
sayang .. bye .. assalamualaikum”
“waalaikumussalam
..” click!! Ganggang telefon lan letakkan
lalu dia kembali ke biliknya dan membuka buku novel .. di situ terselit
surat-surat cinta dari diana .. dia membacanya … entah sudah berapa puluh kali
dia membacanya … tidak puas di bacanya ..
12
Pagi
itu diana berkemas. Dia tengah menyediakan keperluan… pakaian ubat gigi berus
gigi dan segalanya untuk selama seminggu bagi menghadiri program perkhemahan
percutian yang di anjurkan persatuan yang di ikuti mawar. Lan telah menunggu
diana di ruang tamu dengan beg pakaian yang telah di pack kan dalam beg nya.
Diana nampaknya begitu sibuk pada pagi itu.
“masa
nak pegi masa tu la sibuk-sibuk baru nak pack baju .. orang patut semalam lagi
.. ni tak leka je .. nengok lan tu dah siap dah .. buat malu je anak dara tak
siap-siap lagi.” Bebel akak diana.
“alaa
akak ni .. mak tak bising pun akak je lebih lebih .. “
“ye
la .. tu nengok lan .. isk pakwe sendiri menunggu makwe nya ..”
“heii
diam diam arr .. kang mak dengar
kang .. “
“alaa
apa nak di rahsiakan … bukan mak tak tau diana dengan lan..”
“mana
mak tau ?? siapa bagi tau ??” diana bertanya sambil terus sibuk memasukkan
baju di dalam beg nya .. dia tertanya-tanya ..
“
ala .. dari nko bercakap dalam telefon ber jam jam tu pun mak dah dapat tangkap
… nasib baik kat rumah
ada 2 line .. kalau tak ,.. bukan tunggu mak bebel je
.. akak bebel dulu ..”
“ye la .. akak tu jealous ..”
“ehh tolonggg sikit.,.”
“tolong banyak pun boleh akak ku sayang … tepi sikit..” kata diana
buat-buat tersenyum dan menolak akaknya lalu menjinjing beg ke bawah .. akak
diana hanya memandang sambil tersenyum puas,
menyakat adiknya ..
“haa lan .. dah lama ke sampai .. sorry la .. diana baru pack tadi ..
semalam basuh baju .. tu yang diana
baru nak pack pagi ni ..”
“lan dah lama sampai dah .. takper
la .. bas yang mawar katakan tu pun
sampai pada pukul 11 pagi .. sekarang awal lagi baru pukul 9 lebih ..”
“lan .. wak duduk dulu .. saya nak ke dapur kejap ..”
“haaa diana .. dah siap ??” tanya
mak diana .. mereka bertembung di muka pintu dapur ..
“dah siap mak.”sambil diana masuk ke dapur.
“lan .. mai sini .. kita minum sama..” pelawa ayah diana ..
“tak per la pakcik .. lan dah minum tadi ..”
“ehh jangan lah macam tu .. diana ajak lan minum skali..” tiba tiba
dari belakang akak diana yang baru turun dari tangga menyampuk ..
“abah … lan tu buat-buat malu .. konon memalu kucing .. saja je tu ..
nak nunjuk baik .. depan bakal pak mentua la katakan …hik hik hik hik~~!!”
“ehhh kak long .. ade lak
cam tu ..” lan cuba back up dirinya sendiri ..
“entah akak ni .. buat malu orang je ..” diana menyampuk dari pintu
dapur sambil membawa jag berisi air tea panas ..
“kak long kau ni memang suka menyakat … hehehehe” mak diana
menyampuk ..
“Dah mai sini duduk kat meja ni .. kita minum sama-sama.” Ajak mak
diana ..
“mari la sini lan .. duduk sini kita minum sama ..” ajak diana ..
terus lan bangun menuju ke meja minum..
“haa nengok tu .. tunggu makwe dia cakap .. laju je dia datang .. hik
hik hik…” lan kala itu dah blushing abis .. merah padam muka nya menahan
malu ..
“iskk ko ni long .. sudah sudah la tu .. kesian lan .. dah merah
mukanya tu..” kata ayahnya menegur
..
“heheeheh bila lagi nak menyakat dia bah ..” sambil dia meneguk air
tea .,.. lan terkedu malu di depan meja sambil menjamah kuih pisang goreng ..
setelah selesai sarapan pagi .. diana lalu meminta izin dari keluarganya sambil
mencium tangan untuk pergi ke program tersebut .. selepas itu dia berjalan
beriringan bersama lan pergi ke rumah mawar .. di sana telah menanti beberapa
orang .. di antaranya nani .. nana .. mawar dan sri .. dan beberapa kenalan lain
lagi .. setelah sampai di sana .. mereka menunggu bas yang akan menjemput mereka
.. tepat pukul 11.30 pagi .. bas yang di janjikan pun sampai … di dalam bas
itu ada setengah penumpang yang di ambil dari pejabat persatuan .. lan dan diana
menaiki bas itu dan mengambil tempat no 4 dari depan .. lan diana duduk sebelah
menyebelah ,… hai biasa la .. pakwe makwe la katakan ..
13
Program itu berjalan lancar … berbagai-bagai aktiviti yang telah di
jalankan, ‘jungle tracking’ ‘mengajar mengikat tali’ ‘mengajar cara
hidup di dalam hutan .. aktiviti berkayak dan beberapa lagi aktiviti yang di
buat .. lan dan diana begitu gembira kerana dapat di beri peluang untukm
memasuki program ini. Program itu telah merapatkan lagi hubungan antara peserta
program .. kerjasama yang kuat antara mereka dalam menghadapi apa-apa dugaan dan
cabaran .. lebih lebih lagi kepada lan dan diana. Mereka yang di letakkan dalam
kumpulan yang sama .. banyak berbincang dan bertukar pendapat dalam menyudahkan
persoalan dan juga untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang telah di berikan oleh
instruktur.
Lan dan diana lebih banyak berinteraksi sesama kumpulan dan itu
memberikan lebih banyak peluang kepada lan dan diana untuk selalu berbual dan
berbincang.
Setelah menghabis waktu 5 hari, tibalah masanya mereka kembali ke rumah
masing-masing, ada yang mengambil nama-nama peserta, alamat dan no telefon
supaya memudahkan mereka menghubungi antara satu sama lain selepas program ini
agar silaturrahim tidak terputus begitu saja. Ada juga yang sugul wajahnya. Yang
tidak menampakkan keceriaan. Mana kan tidak, selama dekat seminggu menghadiri
program ini. Mereka baru nak rapat dan mesra dengan rakan-rakan peserta yang
lain. Telah hadir perpisahan. Tidak kurang juga yang gelak ketawa dan tersenyum
mesra. Diana dan lan contohnya hanya tergelak dan tersenyum sambil berbual-bual
dengan rakan-rakan peserta yang lain.
Majlis perpisahan yang telah di buat memberi peluang kepada peserta
memberi pandangan dan pendapat mereka mengenai program yang telah di jalankan.
Rata-rata mereka mengakui program ini memberikan peluang kepada mereka untuk
berekreasi dan beriadah dengan di awasi oleh instruktur terlatih. Ada juga
memberi pandangan yang program ini sangat bagus dan harus di buat setiap tahun.
Dia pasti akan memasuki program ini. Ada yang memberi pendapat bahawa program
ini telah menaikkan semangatnya untuk bergaul dengan orang lain dan tidak merasa
malu untuk berinteraksi dengan orang lain. Seperti bercakap dan berlatih di
hadapan orang ramai membuatkannya berani untuk bersuara dan bersemangat untuk
bercakap di khalayak ramai.
Ada juga yang memberi
pendapat agar program ini di lanjutkan masanya daripada 5 hari ke 10 hari atau
15 hari. Dan ada juga yang meminta peserta yang di ambil tahun ni dan
tahun-tahun sebelumnya di tarik menganggotai persatuan. Lan dan diana awal-awal
lagi telah memohon untuk menjadi ahli persatuan.
Di malam perpisahan tersebut. Setiap kumpulan di minta untuk
mempersembahkan sebuah persembahan. Kumpulan diana dan lan telah membuat sebuah
persembahan berbentuk pentomen. Ceritanya mengenai sebuah keluarga yang
mempunyai anak yang taat dan kuat agama serta menghormati keluarga mereka
akhirnya anak-anaknya berjaya dalam kehidupan masing-masing. Sebaliknya sebuah
keluarga dengan anak yang bersikap kurang ajar dengan kedua ibu bapa dan tidak
mengendahkan nasihat mereka akhirnya menjadi sampah masyarakat.
Hasil perbincangan dan pendapat dari diana dan lan pula menggerakkan
jalan cerita itu menjadikan pentomen itu berjaya menjadi johan persembahan untuk
malam perpisahan itu. Ahli kumpulan mereka yang seramai 7 orang sangat gembira.
Mereka mendapat sebuah hamper dan hamper itu mereka buka dan bahagi-bahagikan
sesama peserta kumpulan dan juga rakan-rakan di luar kumpulan. Begitu lah
hebatnya hubungan mereka antara peserta.
Selepas malam perpisahan itu. Ada di kalangan mereka yang masih lagi
berbual-bual, tidak kurang juga yang tengah sibuk packing barang-barang dan
baju, ada juga yang telah melelapkan mata.
Esoknya mereka beramai-ramai menaiki bas dan pulang ke rumah
masing-masing.
Suasana di dalam bas ketika itu hingar bingar dengan suara para peserta
yang agak keletihan tapi masih lagi berbual-bual antara mereka. Ada juga yang
terlelap, tak kurang juga yang membaca dan juga bertepuk tampar kat belakang tu
dengan rakan-rakan peserta. Lan dan diana pula berbual-bual antara mereka.
“lan, macammana program yang kita join ??’ best ?” tanya diana pada
lan semasa di dalam bas.
“ehh tentu lah best, lebih lebih lagi kita dapat duduk bersama ..
berbual-bual .. dan banyak masa dan peluang kita bercakap antara satu sama lain.
Program dan aktiviti yang di jalankan pun membuatkan kita sentiasa dekat dan
rapat. Memberi peluang kita memberi dan meluahkan pendapat mengenai aktiviti
tertentu. Lebih-lebih lagi diana kan satu kumpulan ngan lan. Diana .. lan sayang
diana.”
“urppss .. isk lan ni .. malu je .. karang diorang sebelah tu dengar
kang malu diana.”
“alaa aku dah lama pasang telinga .. apa tak dengarnya .. biasa la tu
.. hahahhaha” tiba-tiba ada suara di belakang tempat duduk mereka. Azli
bersuara. Peserta program tersebut. Dia tinggal di taman astakona. Bersebelahan
dengan taman sentosa, taman perumahan diana dan lan.
Diana cuba menahan malu. Lan hanya tersenyum sumbing.
“ha ah betul kata ko tu azli .. Cuma biasa la diana ni perempuan ..
malu nya lebih .. hahhaa”
“hahahaha give me five.” Kata azli sambil menampar tangan lan.
“dah la .. korang bual dulu .. tapi cakap pelan-pelan tau .. aku nak
tidur dulu .. kalau korang cakap kuat-kuat karang .. aku sampuk jangan marah..
hahahha.”
“elehh ko azli .. buat-buat tak dengar dah la.” Kata diana malu-malu
..
“ehh bersuara dia rupanya .. ingatkan tak de suara.. hahahha.” Usik
azli lagi terus tergelak besar dan lalu duduk di kerusinya, sambil lan hanya
tersenyum-senyum. Diana sempat mencubit peha lan.
“adoiiii …”
“haa kan dah kena .. senyum lagi .. bukan nak tolong orang ..” kata
diana geram ..
“hehehe .. jangan la marah .. bila awak buat muka geram tu .. macam
muka king kong. Dari muka cute macam seorang puteri jadi muka king kong.”
“helloo cik abg .. king kong gemuk tau .. kita kurus.”
“alaa orang kata muka .. bukannya badan ..hehehehe.”
“eiiiiiiii malas la cakap dengan lan .. asik dia je nak menang ..
gerammm!!.” Kata diana sambil memalingkan mukanya ke arah berlawanan.
“alahai .. heheh bukan nak menang .. tapi kan itu kenyataan. Heheh.”
“yee la tu ..”
“yee cik adik .. intan payung lan .. sayang lan .. bucyuk lan ..
hehehe.”
“huh.. org wangi la .. tak cam lan.”
“ye la memang la diana wangi .. sembur minyak wangi setengah botol
kan.” Kata lan mengusik.
“nak kena lan ni .. karang cubit lagi karang tau la.”
“ehh jangan .. jangan .. sorry sorry .. tak sakat dah.”
“haa tau takut .. hehehe.”
“amboi baru sekarang nampak dia tergelak .. baru la cute .. bersemangat
lan cam ni.” Diana terus mencubit lan.
“adoiii .. laahaii .. puji pun kena cubit juga ke ??”
“hehehe padan muka .. orang gelak pun dia nak cakap .. hehehhe.”
“alahai .. hehehe .. diana .. balik nanti tak gi memana ke ??”
“tak tau la .. ingat rileks kat rumah je la .. tunggu result keluar.”
“ohh okey .. bagus gak tu .. leh la lan sekali sekala datang rumah
diana.”
“boleh apa salahnya .. boleh la kita berbual-bual.”
“okey kewl .. cute.” Mereka pun berbual-bual .. akhirnya bas pun
sampai ke rumah mawar. Lalu mereka dan sekumpulan yang lain terus turun dari bas
dengan menjinjit beg pakaian masing-masing.
Setengah dari mereka masih di dalam bas untuk turun di depan pejabat
persatuan.
Lan dan diana setelah berbual-bual sebentar bersama rakan-rakan yg lain
terus pulang beriringan ke rumah. Setelah sampai di rumah diana. Lan
berbual-bual sebentar dengan diana. Dia tak singgah ke rumah diana walaupun ayah
diana minta di masuk ke rumah dulu. Dia nak kemas barang-barang kat rumah dulu
katanya. Esok dia datang janjinya pada ayah diana.
Lan pun berlalu selepas melambai tangan diana. Ayah diana hanya
memandang. Setelah sampai ke rumah. Seperti biasa ayah dan ibu lan tiada di
rumah. Ayah lan seperti biasa sibuk dengan kerjanya, manakala ibu lan sibuk
dengan urusan mesyuarat dan perjumpaan ahli persatuan. Kadangkala itu
menyebabkan lan sunyi.
Adik beradik yang lain semua di sekolah berasrama. Adik beradiknya
seramai 3 orang. Yang pertama dia, ke dua adik perempuannya Fia, yang last
sekali bongsu juga perempuan rina. Dah la dedua perempuan pulak tu duduk di
asrama. Bila sekali sekala balik ke rumah, lan dengan adik-adiknya yang berdua
tu macam orang asing. Mereka tidak berapa rapat. Dia seorang je yang kekal tidak
ke sekolah asrama. Tak serasi bagi diri nya.