7
Besoknya, selepas aktiviti persatuan. Izlan dan diana berjalan beriringan
menuju ke perhentian bas. Mereka menaiki bas menuju ke bandar. Sesampainya di
bandar mereka terus berjalan-jalan di dalam shopping kompleks sambil
berbual-bual. Berbagai-bagai topik di perbualkan. Sehinggakan tanpa di perasan
2-3 kali telah mereka ulang kawasan yang sama. Sampai di depan pintu besar
shopping kompleks tersebut. Mereka patah balik masuk ke dalam.
Izlan mengajak diana masuk ke dalam McD. Restoren segera tu agak ramai
pelanggan ketika itu. Dia meminta Diana mencari tempat duduk, manakala dia pula
terus ke kaunter membeli hidangan. Di sebabkan ramai orang, Izlan terpaksa
beratur. Akhirnya setelah beberapa minit menanti. Giliran Izlan pun tiba.
Hidangan yang di pesan, di sediakan dengan pantas oleh pekerja restoren itu.
Izlan terus membayar harganya dan terus membawa hidangan itu menuju ke ke arah
Diana yang telah duduk di meja yang kosong. Setelah Izlan meletakkan hidangan,
mereka berdua makan sambil berbual-bual ..
“diana. Lan nak tanya satu soalan ni. Boleh tak ??”
“apa dia lan. Tanya lah.”
“diana pernah bercinta?”
“apa ???”
“laa punya la kuat org cakap tak dengar gak?”
“bukan tak dengar lan .. Cuma terkejut dengan soalan lan. Isk apa la
tanya soalan cam tu?”
“alaa diana.. lan Cuma nak tau je.”
“mana penah lan. Apa la lan ni… naper ?”
“ermm kalau …. Kalau..”
“ape yang kalau kalau ni .. silau ker ?”
“isk apa lak ke situ. Tunggu la org lom abis cakap. Nak potong je. Tak
leh que.”
“amboi nak marah pulak. Kang orang balik kang. Tau la”
“alaa tuan putri ni asik nak merajuk je. Nanti kekanda pujuk ye.”
“pirrrahhhh kekanda konon. Haa kembali pada topik utama cepat. Apa yang
kalau kalau tadi”
”aiks .. ingat dah lupa. Okey la .. cam ni .. kalau lan dah jatuh cinta
ngan diana. Apa perasaan diana.”
“erkkk…..” diana terdiam..
“naper diam .. jawap la soalan lan tu diana.”
“tah mana la orang tau .. orang tak penah bercinta.”
“tapi pernah jatuh cinta kan.”
“tah..” pendek je jawapan dari diana.
“alaa .. cam ni la senang .. biar lan straight to the titik.”
“titik pulak .. point la.”
“alaa cakap bahasa melayu la.”
“elehh bahasa melayu konon … abih straight to tu bahasa apa ?? bahasa
baku??”
“heheh tak.. tu bahasa melayu sanskrit.”
“banyak la, tau la tadi baru belajar tentang bahasa. Nak nunjuk terer
la konon”
“heheheheh ala rileks la.”
“haa nengok .. mesti pi part lain. Kembali kepada topik utama.”
“heheh pandai sayang abang ni. Cam ni, lan nak ambik diana jadi gf lan.
Boleh ??”
“urpsss…” diana terkedu.. dah agak dah itu yang dia nak cakap
punya…
“kalau diana kata tak sudi cam ner?”
“abih la lan. Mesti lan tak leh study dah.”
“iskk apasal sampai cam tu sekali. Cinta sampai boleh menjejaskan
pelajaran. Kalau cam tu memang diana tak nak bercinta lah.”
“ermm ala diana. Cinta itu indah…”
“dari mana lan tau ?? dari bacaan?? Dari novel novel cinta ?? ahakss
jiwang kolot.”
“ooohoooo kutuk ekk kutuk laa.”
“ala la la jgn la merajuk. Heheh orang gurau je. Orang pun suka juga
baca novel. Kalau pergi kedai. Kadang-kadang beli sampai 3-4 novel. Itu kalau
dah tahap kebosanan melanda.”
“wahh diana minat ye baca novel. Lan pun gitu. Nanti leh la tukar-tukar
novel.”
“boleh la .. apa salahnya.”
“so cam ner dengan jawapan ??”
“jawapan apa ??”
“jawapan dari cinta lan. Adakah diana menerima cinta lan??”
“ermm coming soon…akan di fikirkan boleh ??”
“makk aii!! Cam tu skali .. cam filem omputih citer spiderman kat
wayang je. Coming soon. Heheh.”
“itu terpulang .. heheh .. kalau betul-betul lan nak jadi bf diana. Lan
kena sabar tunggu jawapan diana. Dah la kita tukar topik lain. Boleh ??”
“okeh .. boleh tuan putri.”
“ermm novel lan banyak ker ?? bawak isnin nanti boleh ?”
“ehh tak kena rampas ke kat skolah nanti??”
“alaa itu lan jangan risau. Pandai la diana nak buat cam ner.”
“okeyy kewl. Lusa nanti lan bawak.”
“okeh. Janji tau.”
“tapi citer apa yang diana belum baca?? Lambang cinta abadi dah ??
penantian ?? atau kembalinya budak irc?? Dah baca ??”
“erkk tak lagi .. siapa penulis nya ??”
“seorang penulis muda. Hensem jugak. Jangan diana terpikat nanti sudah.
Menyesal tak sudah pulak lan nanti.”
“elehh .. ye la tu. Haa tak pe .. lan bawa ketiga-tiga novel tu ye…
diana nak pinjam”
“boleh.. no problem.. diana nye pasal.. bukan 3 novel tu je . selori
pun boleh .. kalau nak .. lan boleh gi jumpa penulis novel suruh siapkan novel
baru kasi diana orang pertama bacanya.”
“heheheh sampai cam tu skali?? Cam betul je lan ni”
“ye la .. I’l try la ..”
“ye la tu. Jgn cakap je .. okey.”
“okey. I’l try la …Ermm jom la diana.. dah petang ni .. kita balik
jom.”
“jom ..” mereka berdua lalu pergi ke perhentian bas dan menaiki bas
kembali ke taman perumahan mereka. Petang itu berlalu dengan penuh keceriaan
pada lan dan diana.
8
Isnin, hari persekolahan kembali bermula. Izlan
dengan bersemangat datang ke sekolah lebih awal seperti biasa. Tapi sangkanya
dia yang awal. Tapi di meja. Diana telah sampai dahulu dan sedang membaca buku
sejarah.
“haii cik putri. Sampai awal nampaknya ?? ingatkan lan lebih awal.”
“opsss.. terperanjat orang.. lain kali bagi la salam.”
“Amboii tekunnya membaca sampaikan kita sampai pun dia tak perasan.”
“hello cik abang. PMR semakin dekat. Percubaan tak lama lagi. Mesti lah
study.”
“ye la cik adik. Nahh novel yang cik adik pesan tu.” Lalu lan
melabuhkan dirinya di kerusi sebelah diana.
“terima kasih.” Ucap diana lalu mengambil novel tu dan menyimpan di
dalam beg sekolahnya.
“aiks terima kasih je ??”
“abih tu nak cakap apa lagi?? Pelik la lan ni.”
“kurang-kurang blanja la minum. Hahhaha”
“erkk .. ade lak lelaki minta pompuan blanja. Buat malu muka je la lan
ni”
“heheh gurau je .. diana sudi temankan lan minum pagi ni pun jadi la.
Jom.”
“okeh.. no problem.” Lalu mereka berjalan beriringan ke kantin
sekolah untuk minum pagi. Waktu itu baru pukul 6.45. masih ada 15 minit untuk
assembly. Mereka berbual-bual sebelum terus berbaris. Setelah berbaris mereka
masuk ke dalam kelas seperti biasa untuk meneruskan kelas seterusnya. Sementara
menunggu guru matapelajaran masuk..
“lan .. PMR dah dekat. Cam ner dengan persediaan lan ?? dah cukup sedia
ker ??”
“ermm sedia tu dah .. Cuma nak melengkapkan lagi beberapa matapelajaran
lain.”
“bagus la gitu. Ermm cam tu petang ni datang la rumah diana.. kita
study sama-sama nak ??”
“boleh juga tu. Apa salahnya kan. Lagi elok.”
“okeh .. ermm tentang novel lan tu .. minggu depan diana kasi balik
okey.”
“okey .. kewl .. no problem punya ..”
“thanx..” tidak lama selepas itu guru matapelajaran matematik pun
sampai. Mereka lalu terus bersedia untuk menerima pelajaran pada hari tersebut.
Setelah abis kelas mereka pulang beriringan bersama rakan-rakan yang lain.
Petang itu seperti yang di janjikan. Lan sampai ke rumah diana. Di rumah diana
telah menunggu sri .. mawar dan nani.
“haaa korang semua dah sampai ker ?? ingatkan aku yang awal.”
“awal apa ko lan. Dah lewat 10 minit dah.” Kata mawar
“ehh ye ker ?? mana diana??”
“diana ada kat dapur. Tengah buat air.”
“amboi langkah panjang aku ni. Hehehe”
“assalamualaikum ..” kedengaran suara memberi salam. Lantas salam di
jawab oleh semua.
“laaa kau nini. Awal sampai.” Izlan menyapa.
“elehh macam perli je.”
“hehehhe.”
“jangan ingat ko sampai dulu lan. Dia dah lama sampai. Dia balik kejap
tertinggal buku sains dia.” Kata mawar meningkah.
“opss ye ker .. alahai malu nyer aku.” Izlan blushing.
“hhehehehe padan muka.” Kata nini di sambut gelak ketawa mereka.
“haaii apa kecoh-kecoh ni. Macam nak runtuh rumah aku.”
“tak de la diana. Pakwe ko sorang ni nak nyakat orang .. alih alih dia
yang kena.. heheh” kata mawar menerangkan.
“ehhh bila lak pakwe aku .. “ diana tersipu-sipu … lan hanya
tersenyum macam kerang busuk.
“hehehe ala .. sok lusa gerenti nye … aku nengok korang berdua rapat
semacam je sejak dua menjak ni. Macam ada apa apa je”
“ehh mana ada apa-apa. Kan lan kan.”
“ade lak tak ade.”
“ish lan ni .. dah dah .. jom la study … sembang je.” Kata nani
yang dari tadi mendiamkan diri melihat telatah rakan-rakannya yang lain. Lalu
mereka mengambil tempat di meja study di rumah diana.
“ehh jap .. diana .. mana mak kiter?? Ehh mak kau.” kata lan. Yang
lain hanya tergelak.
“ehhh mandai-mandai je. Mak kiter konon.”
“ala nanti jadi gak …”
“dah dah .. jangan nak panjang citer. Mak diana gi kedai depan tu kejap
dengan adik. Nanti dia balik la. Dia pergi beli barang sikit. Untuk juadah
petang ni.”
“haa ini yang lan tak sabar-sabar ni.” Sambil mengusap-ngusap
perutnya.
“ye la .. kalau nak makan .. study dulu.” Kata diana.
“dah la lan .. jangan dok tanya-tanya. Duduk cepat. Kita study.” Kata
mawar.
“okeh jom kita mulakan.” Kata lan.
Petang itu, selepas study mereka di hidangkan dengan
goreng pisang. Ermm delicious kata lan. Setelah selesai. Mereka pun berangkat
pulang dan berjanji untuk study lagi pada petang esoknya.
9
Seperti yang di janjikan oleh diana. Minggu berikutnya diana memulangkan
novel yang di pinjamkan oleh lan. Lalu lan mengambil dan menyimpannya di dalam
beg sekolah. Setelah balik dari sekolah. Dia terus meletakkan beg di tepi meja
dalam biliknya. Lalu lan membersihkan diri. Selepas makan tengahhari dia
bergegas-gegas menyiapkan diri untuk pergi mengulangkaji pelajaran bagi
menghadapi PMR di rumah diana.
“assalamualaikum.”
“waalaikumussalam. Masuk lah lan.”
“haii .. selalunya diorang sampai dulu. Ni lan sampai dulu pulak.”
“laa lan ni. Kan ke hari ni nani minta kita lewatkan sejam.”
“ehh ye ke .. tak tau pun lan.”
“laa tu la lan ni. Masa jalan tadi dok mengelamun je. Apa yang di
fikirkan entah.”
“lan fikirkan bila lah diana nak terima cinta lan.”
“wehh lan. Jangan cakap pasal tu. Nanti mak diana dengar. Dia ada kat
dalam bilik tu.”
“ehh ye ke .. ingatkan dia keluar.”
“ish lan ni .. meh duk kat meja tu dulu. Diana siapkan air.”
“haii diana ni. Rajin nye .. kalau jadi isteri lan kan elok.”
“haa mula la tu nak bermimpi. PMR tak lepas lagi dah fikir pasal kawin.
Cam ner nak jaga diana nanti. Cukup ke hanya kasih sayang?”
“opsss..” lan terpaku dan agak terkejut dengan kenyataan diana. Wahh
response baik ni kata hati lan.
“alahai kasih sayang dan cinta .. di tengah-tengahnya kena ada usaha ..
usaha tu la meliputi kehidupan.. kesenangan dan segala-galanya.”
“elehh .. tu semua ayat novel la tu.”
“hehhe .. ye la .. tu
gunanya baca novel.”
“jangan baca novel je la .. sampai terabai buku pelajaran.”
“ehh tak la terabai .. mesti la study juga.”
“dah la .. lan duduk dulu. Diana siapkan air.”
“okeh.” Selepas menyiapkan air diana kembali ke depan dengan membawa
dulang berisi beberapa cawan dan satu tekor penuh tea-O.
“senang karang. Tak payah buat-buat air dah. Dah sediakan.”
“ye la .. senang. Tak lah putri lan karang susah.”
“amboiii lan ni. Cakap ikut sedap mulut je .. karang dengar mak diana
karang. Nasib baik akak keluar kalau tak cam semalam dok dia sakat je lepas lan
dan yang lain-lain balik.”
“heheheh kesian diana. Ala standard la tu… dia nyakat je.”
“ye la tu lan .. tapi kekadang tu tak tahan gak kena sakat je.”
“hehhe sabar je la.”
“ehh lan. Lan dah buka novel tu??”
“ehh ade dalam beg lagi .. naper diana?”
“laa ingatkan dah buka.”
“kenapa ?? nak buka buat apa ??”
“ehh tak de apa-apa la.” Lan hanya tersenyum memandang diana. Tidak
lama selepas itu rakan-rakan yang lain sampai ke rumah diana. Mereka berbincang
mengenai matapelajaran yang tidak di fahami. Selepas selesai segalanya. Mereka
semua meminta untuk balik ke rumah. Lan lah yang dahulu keluar mencapai kasut
dan terus berjalan pantas.
“apa kena lan tu diana? Macam di kejar rimau je. Tak nyempat nak
balik.” Tanya mawar kehairanan.
“entah diana pun tak tau. Dari tadi masa berbincang pun dia macam dok
banyak mengelamun je. Entah apa yang di fikirkannya.” Kata diana.
“hai entah la diana. Ok diana .. jumpa esok .. bye ..”
“okeh jalan hati-hati .. bye.”
Izlan sampai sahaja di rumah, terus dia membuka beg
sekolahnya dan mengeluarkan tiga novel yang di pinjam diana tempohhari. Dia
menyelak setiap muka surat yang ada dalam novel tersebut. Naluri nya keras
mengatakan ada note dari diana dalam novel tu di selitkan oleh diana. Bila diana
menanyakan soalan tu tadi. Akhirnya dalam halaman yang terakhhir dalam novel
Lambang Cinta Abadi dia menjumpai sehelai note pendek dari diana.
Assalamualaikum lan.. ni diana nak jawab tentang soalan lan dulu.
Diana menerima permintaan lan. Harap lan jujur dan iklas menjadi kekasih diana.
Terima kasih sekali lagi kerana sudi menyanyangi diri diana. Bye jumpa lagi.
Lan tersenyum lebar setelah membaca nota yang telah di selitkan oleh diana. Lalu lan melipatkan dengan cermat dan meletakkan di dalam laici peribadinya. Akhirnya diana dapat menerima cintanya.