4
Pagi
itu lan ke sekolah seperti sebelumnya. Sampai di pintu pagar sekolah. Dia
terserempak dengan diana dan rakan-rakan diana yang lain. Sri.. mawar .. nani ..
nana.. mereka berjalan beriringan menuju ke pagar sekolah…
“dianaa !!! mawarr … tunggu la
jap… “
“alaa lan ni … macam pompuan ,… cepat la skit… dah nak beratur tu.”
Diana bersuara.. mereka jalan beriringan ke arah padang simen untuk beratur. Lan
mengambil tempat di depan dengan sekumpulan budak-budak lelaki kelas barunya itu.
Dan diana pula bersama sri.. mawar nina
dan nini mengambil tempat di sekumpulan perempuan di belakang kumpulan lelaki.
“ehh diana.. aku nengok lan tu semacam je dengan kau sejak semalam.”
Tanya sri untuk kepastian.
“alaaa aku kenal dia sebelum dia masuk kelas lagi tau.. masa tu kat
rumah kenduri kat taman aku tu la .. aku dok bagi bunga telur kat tetamu.. yang
dia dok bawah pokok kelapa…”
“ello cik adik.. boleh tolong diam .. org dah berbaris dia leka
berborak pulak” tegur abg pengawas yang belajar di tingkatan 5.
“urppsss minta maaf bang ..”
“haa lain kali jgn buat
lagi ,.. kalau tak dok depan tu haa”
“okeyyy” diana cuba mengelak untuk bercakap lebih lama dengan
pengawas tu. Bukan dia tak kenal
budak pengawas tu. Abg amri!! Huh .. nama tu dah terlekap dalam kepala… ramai
dah terkena dan menjadi mangsanya .. bukan boleh tolak ansur sikit … salah
sikit pasti di bawa masuk bilik cikgu suhaimi.. cikgu disiplin yang terkenal
dengan ketokohannya membebel.dan menjadi hakim atas kesalahan merangkap
perlaksanakan hukuman. dulu pun diana pernah di kenakan tindakan akibat lewat
masuk ke kewasan sekolah. Di sebabkan terlewat bangun. Hanya 2 minit terlewat..
baru pukul 8.02 .. itu pun di bawanya masuk ke bilik disiplin .. bak kata
diorang .. bilik perbicaraan..
“apa dia ingat dia pengawas dia dah besar ke …
Belagak !!!!” sri mencebir.
“alaaa biar kan je la dia tu .. sombong !!!” kata
diana. Perhimpunan pun bermula. Lepas satu… satu yang di perkata oleh cikgu di
depan sana. Murid-murid yang berbaris ada yg bergerak-gerak .. dok goyang-goyang
kaki .. ada yang dok belek-belek jari .. malah ada yang dok mengelamun ..
macam-macam peel. Perhimpunan pun berakhir selepas ucapan pengetua. Mereka lalu
beratur-atur untuk memasuki kelas masing-masing. Ada juga yang pergi bertemu
guru di hadapan untuk menyelesaikan masalah sukan dan aktiviti-aktiviti
persatuan.
Lan mengambil tempat duduknya .. dan terus melabuhkan
punggung.. lalu terus menunggu diana. Diana sampai dan terus duduk di sebelah
tempat duduk lan. Ni budak-budak lelaki punya pasal la .. elok-elok boleh
duduk lelaki dengan lelaki .,. perempuan dengan perempuan .. dia dok
bising-bising ngan kaum kerabatnya .. org datang sekolah belajar ,.. diorang
budak lelaki datang sekolah duduk memekak.. ishh sakit nyer hati .. akhirnya
cikgu mas memisahkan lelaki dengan perempuan duduk di satu pasang meja. Kalau
sekolah rendah dulu boleh la duduk ramai-ramai. Enam meja sekali rapat. Ni dah
sekolah menengah.. tingkatan 3 pulak tu .. meja dengan kerusi berpasang la …
kena pulak aku duduk dengan si lan .. isk parah !! parah !!!
“hai diana.. kerja sekolah awak dah siap belum?”
“oii makcik … mengelamun ker??” lan
mengoyang-goyangkan telapak tangannya di depan muka diana.
“urrpsss!!! Sorry .. “
“mak aii .. cakap omputih .. sah sah je ni tengah
mengelamun pergi london ni.. hahahha”
“iskk tolong sikit ye .. kita biasa la cakap cam tu
.. orang tengah dok fikir pasal cikgu bob yang mengajar sains tu .. dia kata
hari ni dia tak de .,. ganti cikgu baru.” Diana cuba menyelindungkan apa yang
di fikirkan sebentar tadi.
“yee la tu ..” lan tersenyum.
“Murid-murid …semuaa bangun.”
“assalamuaalaikum cikgu.”
“semua duduk.”terdengar suara ketua kelas
memberikan salam kepada cikgu yang baru masuk. Terdengar suara-suara sumbang
budak-budak lelaki di belakang sana menyambung…
“kum apa kombat.. bat apa batman.. man apa
mantoi….”
“haa siapa yang bersuara tadi. Org bagi salam dia
memain pulak?”
“tuu cikgu .. muzamri..”
“okeh muzamri.. sila bangun .. dok atas kerusi..
sepanjang kelas saya ni jgn duduk. Faham!!” ada nada ketegasan di suara itu.
Di ikuti dengan gelak ketawa serentak oleh pelajar-pelajar di kelas 3 arif.
“alaa cikgu rileks la” kata muzamri sambil
senyum-senyum sumbing.
“haa tak de rileks-rileks dok diam-diam kat situ”
“haa duduk ye cikgu.. terima kasih..” kata
muzamri yang terkenal dengan loratnya tu.
“ehhh siapa kata duduk .. berdiri berdiri.. karang
saya suruh duduk di luar beranda tu karang baru tau” ugut cikgu sarah yang
mengajar matapelajaran sejarah.
“okeh murid-murid. Usah di layan dia. Sekarang kita
mulakan matapelajaran kita pada hari ini……”
kelas pada hari itu berlalu dengan sempurna….
5
Hari-hari
berlalu seperti biasa. Hubungan lan dan diana pula semakin hari semakin rapat.
Manakan tidak peluang di dalam kelas sentiasa terbuka. Lebih-lebih lagi bonus
duduk bersebelahan di gunakan sebaik mungkin azlan untuk cuba semakin
mendekatkan diri pada diana.
Malam
setelah beberapa bulan lan di sekolah barunya. Lan membuat panggilan ke rumah
diana seperti selalunya.
“assalamualaikum.”
“walaikumussalam.
Nak bercakap dengan siapa?”
“ni
lan ni. Nak bercakap dengan diana.”
“ohh
lan. Ni mak diana ni. Oo ini la izlan yang diana cerita-ceritakan tu ye.”
“ye
la makcik. Saya duduk bersebelahan dengannya di dalam kelas yang sama di sekolah.”
“begitu.
Datang la rumah lan kalau ada masa.”
“insyallah
makcik. Kalau ada kelapangan lan akan datang. Itu pun kalau diana sudi menerima
tetamu macam lan.”
“ehh
tak kan la pula diana tak sudi. Makcik pasti diana akan sudi punya. Heheh ok la
.. kejap, makcik panggilkan dia.” Beberapa saat berlalu.
“assalamualaikum.
Diana ni. Lan ker?” tanya diana.
“tak
bukan.”
“jangan
nak tipu abih tu sapa ??”
“izlan.”
“elehhh
sama la tu. “
“tak
sama. Hehehe” Izlan cuba menyakat diana,
“haa
apa yang lan nak cakapkan .. cepat la .. orang nak sambung study ni. Kang letak
kang.” Dengan nada merajuk diana berkata.
“alaa
merajuk pulak. Haa cam ni .. esok kan sabtu. diana free tak??”
“haa
naper ?? memang la free. Tapi diana nak ke sekolah dulu. Ada aktiviti persatuan.”
“aikss,..
sejak bila diana join persatuan?? Tak cakap ngan lan pun.”
“laaa
semua pelajar kena masuk la. Persatuan dan badan beruniform. Lan lain la pelajar
baru masuk. Kita ni kena masuk sebab awal-awal tahun dulu dah kena pilih.”
“ooo
ye ker ?? abis lan nak masuk persatuan apa??”
“ermmm
lan masuk persatuan Bahasa Melayu. Macam diana. Boleh la nanti kita belajar
macammana nak buat cerpen. Nak buat novel. Nak buat sajak, puisi, dan mana tau
lirik lagu.”
“wahhh
itu sudah baik. Leh la lan join diana ye.”
“boleh
.. meh la. Esok kita gi sama.”
“okey
confirm. Ermm jap. Ni tadi call sebab nak ajak diana ke bandar esok. Kalau esok
ada aktiviti persatuan, apa kata lepas aktiviti tu kita terus ke bandar?”
“ermm
boleh juga. Nanti diana tanya mak dulu. Kalau mak kasi, boleh la.”
“alaa
boleh nye. Mak diana kan sporting.”
“ekk
ehh dia plak yang cakap dan bagi kelepasan.”
“hehehhhe.”
“ape
gelak-gelak.”
“ehhe
alaa org nak gelak sikit pun tak boleh.. nak org marah ek?”
“siapa
lak kata tak boleh. Hak awak kan.”
“Haaaaa
kejap baru ingat .. boleh la lan tunaikan permintaan pertama… janji nak
tunaikan ..”
“sebab
tu la lan ajak diana keluar ni. Lan nak blanja diana makan kat McD”
“haaa
bagus la gitu .. ingatkan dah lupa janji…”
“hehe.
Ermm .. diana.. tak rindu ngan lan ker? Lan rindu ngan diana la.”
“haa
giler .. baru tadi balik sekolah. Rindu per mende nye?”
“tu
la .. lan ni gila bayang betul ngan diana. Diana tak rindu ker?”
“ala
kalau kata tak penah rindu ngan lan tu, tipu la. Tapi tak la rindu sekarang
pasal tadi baru jumpa kat sekolah. Lain la dua tiga hari tak sekolah. Memang la
rasa rindu.”
“makna
nya diana ada la perasaan macam yang lan rasa ni.”
“perasaan
apa ?? “ tanya diana ragu-ragu.
“perasaan
jatuh cinta.”
”urppsssss…”
kala itu air liur diana tertelan. Tapi di hatinya tak menafikan.
“aiks
naper diam je diana?”
“erkk
tak de apa-apa.”
“ermm
kalau cam tu. Esok kita jumpa ye. Cuba la sampai mak diana kasi keluar.”
“okey
I’l try.”
“okey
thanx. Assalamualaikum. sayang”
“urpssss….”
Kala ini suara jawab salam diana hanya di kerongkong. Tidak dapat di keluarkan
dari mulutnya.
6
Sebelum tidur, Diana sempat menelaah matapelajaran Sejarah. Beberapa buku rujukan di buka dan di baca. Diana juga menjawab beberapa soalan yang telah sedia ada di dalam buku teks sejarah.
Sedang dia tekun membacanya …
“diana … tengah study ker ??”
“abis ?? akak ingat tengah dok termenung atau buat surat cinta ker ??”
“elehh tu pun nak marah … akak tanya je ..”
“tak marah … “
“haa kau ngan lan tu ada apa-apa ker ??”
“erkk naper akak tanya cam tu ??”
“ye la .. selalu juga dia call rumah ni … takkan dok citer pasal kerja sekolah jer ??”
“ermm memang citer pasal tu ??”
“elehh kau tak baik tipu .. selalu akak nengok, punya lama kau borak ngan dia .. citer pasal kerja sekolah konon.” Akaknya menduga.
“ermm
.. kitorang kawan je kak ..tak de apa-apa pun … kadang boring borak pasal
sekolah .. pasal belajar .. kitorang borak pasal hal …….”
“cinta
!!!!!!”
“iskk
akak ni .. ke situ lak dia. Orang tak sempat cakap lagi.”
“abis
tu borak pasal apa ??”
“alaa
.. citer pasal kawan-kawan kitorang .. nak study sama-sama .. citer pasal kat
Melaka .. maklum lah dia kan orang baru kat sini .. mana dia tau banyak tempat
ni .. diana citer la ..”
“abis
dia tak ajak kau keluar ker ??”
“iskk
banyak nye soalan .. dah la kak .. orang nak belajar ni .. “
“elehh
masa orang tanya ni .. masa tu la nak blajar la .. nak study la .. nak tidur la
..”
“yee
laa .. orang tengah baca buku ni .. tanya macam-macam perkara pelik.”
“ermm
betul ke korang berdua bercinta ??”
“abis
kalau bercinta pun .. akak susah ker ?? akak jealous ekk ?? hik hik hik~~!”
“elehhh
.. dia tu cute juga kan diana.”
“heheh
nengok orang la plak .. cun .. “
“elee
.. mula la tu nak kembang .. kang koyak baju tidur ko tu kang.”
“heheheheh
… “
“dah
la .,. kau study la dulu .. akak nak masuk tidur ni .. kau jangan tidur lewat
pulak.”
“ye
la .. orang nak abiskan soalan ni dulu .. lepas tu nak tidur .. esok nak ke
sekolah ada aktiviti persatuan…….”
“ha
ah.. lepas tu gi dating dengan Izlan … makan McD…. Hahahha..”
“haaaaaa
… akak curik dengarrr !!!!!!!! .. jahatttttt~~~~!” Diana terus mencapai
bantal dan baling ke arah akaknya. Kak long sempat mengelak sambil tergelak
besar lalu berlari keluar ke bilik.
Sempat
kak longnya menjenguk bilik Diana dan mengejeknya …
“tak
ngakuuu kununnn … “