1
Pagi itu, taman sentosa agak sibuk dari hari-hari dan
pagi yang lain. Hari itu bertarikh 17 / 03, Rumah Pak Man mengadakan kenduri
kahwin anaknya yang sulung. Tengahhari itu makin ramai yang datang. Di satu
sudut, kelihatan beberapa orang budak perempuan sedang membawa bakul. Di dalam
bakul tu di letakkan bekas-bekas telur buat tanda kenangan di majlis itu.
“kak mas, tolong
masuk dalam rumah sat, tolong amik kan lagi telur tu haa.. orang nye
telur dalam bakul ni dah abis dah” minta Linda sambil memandang ke arah bawah
khemah. Diana datang ke arahnya.
“adoii letihnya .. linda kau nye telur ada lagi ke
tak ?? ni kak diana ada lagi sikit”
tegur diana sambil berjalan ke arah Linda.
“ni orang tengah tunggu kak mas tolong amik kan
telur dalam rumah la ni, telur orang dah abis” balas Linda.
“hehehehehe …. Ape la Linda ni. Buat malu je
orang pandang.
“nak malu ape lak kak diana??” Tanya Linda
terkejut.
“yer la dok kata ‘telur orang’. Orang lain
pandang je. Kut ye pun cakap la pelan-pelan” kata diana sambil seperti
membisik.
“urpppss!! Mana la orang perasan orang cakap kuat” sambil menunjukkan
muka blushing.
“hehehehe… tu le lain kali pandang kiri kanan.
Haa ni amik bakul kak diana ni. Ada telur sikit dalam tu. Akak nak pergi masuk
dalam jap” sambil diana menghulurkan bakul kepada Linda.
“ ok kak. Karang jumpa kak mas suruh dia cepat
sikit hantar telur tu.”
“ok.” Kata diana.
Sekembalinya
diana dari dalam rumah.
“kak. Ada orang kirim salam” kata Linda.
“siapa pulak?? Orang mana Linda?”
“tuu hahh. Budak yang duduk bawah pokok jambu tu.” Kata Linda. Lalu
dia terus menunjukkan jari telunjuknya ke arah seorang budak di bawah pokok
jambu.
Ermm hensem juga. Rambut belah tengah lagi. terurai ke depan. Macam
rambut Leonardo d caprio. Dia ni orang baru kat sini ke .. tak penah nampak
pulak sebelum ni .. ermm Adoii cantik juga aku ni ye… ade juga orang pandang
rupanya … orang hensem pulak … bertuahhnya… ermm kalau main-mainkan budak
ni pun mesti best kan.
“linda…
ko sampaikan salam akak balik kat dia yee karang” kata diana sambil
mengemaskan bekas telur di dalam bakul tu.
“iskkk akak la pegi … suruh orang pulak .. ingat kita posmen ke”
kata Linda sambil ngomel kecil.
“alaaa Linda. Tolong akak ye .. boleh la ..” suara diana agak merayu
sedikit.
“yer la… yer la… takan kirim salam je” kata Linda sambil
mengangkat bakul telur.
“itu je la Linda. Lain tak de .. “ kata diana.
Lalu Linda pun berlalu sambil membawa bakul telur.
Lalu terus membawa bakul telur tu masuk ke bawah khemah. Dia memberikan
bekas berisi telur tu kepada tetamu-tetamu yang sedang menikmati juadah.
Setelah itu berjalan dekat ke arah budak di bawah pokok jambu dan menyampaikan
pesanan. Nampak budak itu seperti terhangguk-hangguk kecil dan tersenyum. Budak
itu macam ada kata sesuatu. Diana hanya memandang dari jauh. Lalu Linda terus
kembali ke arah diana.
“kak dia minta akak datang jumpa dia. Kalau tak boleh pun dia minta no
telefon” kata Linda.
“ermm bagi no fon je la Linda. Akak malu la .. nanti orang pandang”
kata Linda tersengih malu.
Lalu diana terus menulis no telefon rumahnya dan memberikan kepada Linda.
Linda terus pergi mendekati budak tu dan terus memberikan no telefon. Sempat
lagi dia berbual-bual dengan budak di bawah pokok jambu tu.
Ehh budak ni… org suh kasi no fon je .. dia pi leka pulak borak ..
lebih-lebih lak dia .. ni tak boleh jadi ni.
Lalu
diana terus pergi mendekati Linda dan budak di pohon jambu tu.
”haaa berani pun datang.. ingat pengecut tadi.. heheheh” kata budak
tu.
“well… nama saya izlan.. nama awak siapa??”
Tanya izlan pada diana.
“amboiii ingat org takut ke ?? tak ader la …ermm nama saya diana.”
Kata diana sambil memandang Linda.
“alaa akak diana ni memang
pemalu sikit bang” usik Linda.
“iskk ape ni” terus diana mencubit lengan Linda.
“adoiii .. ape main cubit-cubit ni… sakit la”
kata Linda.
“tau pun sakit.. haa jom .. kerja tu lom abis .. kita gi sambung .. haa
cik abang .. tak reti2 ke nak tolong orang-orang bawa jambar tu”
kata diana sambil menarik tangan Linda.
“hehehe baru lepas makan .. karang saya tolong la .. ni no fon diana
kan .. nanti izlan call diana okey” senyum izlan. diana pun senyum kembali dan
terus berlalu bersama Linda.
2
Malam
itu seperti yang di janjikan, izlan mendail no telefon yang di berikan oleh
diana. Tetapi yang angkat adalah seorang perempuan India.
Chehh chehh … dia main-mainkan aku la ni .. terkena aku ..iskk kalau
aku jumpa dia siap la .. harap cute je .. tapi tipu orang ..
Izlan sebenarnya baru pindah di taman sentosa. Sebelum ni dia dan
keluarganya menetap di pulau pinang sejak dia di lahirkan. Bila berpindah terasa
juga seperti kehilangan. Tapi dia perlu cari seorang kawan di sini. Baru jumaat
yang lepas dia berpindah ke sini. Di Melaka. Taman sentosa. Ingat nak la rapat
dengan diana tu. Nak Tanya dia sekolah mana. Nanti senang la sikit dia tinggal
kat sini. Tak la duduk bawah tempurung kata orang.
ermm
tak per la .. baik aku tidur awal malam ni… esok nak daftar ke sekolah baru
…
Izlan pun melelapkan mata.
Esoknya ayah izlan menghantar izlan ke sekolah barunya. Dia di tempatkan di kelas tingkatan 3 Arif. Sambil di perkenalkan oleh guru kelas 3 arif dia terpandang kepada seorang perempuan dan dia agak terkejut. Dan dia pasti budak perempuan tu pun mesti terkejut punya ni. Tanpa di sangka, guru kelas menempatkan dia di sebelah diana juga.
Alamakk mati aku..betul la aku sangkakan, dia orang baru kat sini .. sah sah je … ohhh tidakkk !!! mesti dia call semalam tak dapat ni .. abis la aku .. dah tu dapat satu kelas pulak .. sebelah kerusi pulak .. kantoiii .. memang kantoii aku … ya allah selamatkan lah hambamu ini .. Diana di kala itu cuba menenangkan perasaannya.
Haii bertuah la badan .. perempuan yg aku nak kenal semalam duk sebelah pulak .. lepas ni boleh la borak banyak-banyak .. semalam tipu aku ye .. siap la kau .. mesti ko sekarang gelabah ni … sambil izlan tersenyum penuh bermakna dan lalu mengambil tempat di sebelah diana.
Kelas pada hari itu berlalu seperti biasa. Semasa berjalan ke arah makmal sains untuk matapelajaran sains lalu izlan menegur diana.
“oooooo semalam tipu ekkk .. beria-ia orang call .. sekali dapat org India pulak” izlan memulakan perbualan.
“heheheheh padan muke .. sape suh call .. ngengada nak no fon orang .. ingat orang leh kasi sesenang je ke??” kata diana sambil berlalu pergi. Izlan terus mengejar diana.
“oooo tak per .. tipu kite .. lain hari lan mesti dapat juga no fon diana.. silap-silap hati diana”
“elehhh cuba la kalau dapat .. “ cabar diana dan terus masuk ke dalam makmal.
Setelah kelas berakhir mereka berjalan berdua sambil berbual-bual tentang
matapelajaran sains tadi. selepas itu, izlan cuba melupakan apa yang berlaku
semalam. Dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau mengenakan balik diana.
Kerana dia rasa diana berhak berbuat begitu. Yer la orang perempuan la
katakana.
Tengahhari itu, mereka balik ke rumah berenam. Semuanya perempuan izlan seorang je lelaki. Lalu diana memulakan bicara…
“ermmm.. takper
ke izlan, jalan ngan kitorang??” Tanya diana.
“ape nak kisahkan.. janji korang tak kisah kawan ngan lan”
“yer la kitorang kan semua perempuan izlan sorang je lelaki .. nanti
org kutuk lan ni mak nyah baru tau” tingkah
rakan diana, sri.
“ahh biar la .. lan kan org baru kat sini .. sekurang-kurangnya lan dah
ada beberapa org kenalan baru.. kawan dengan diorang pun tak tentu lan boleh di
terima cam ni ngan korang… ermm lagi pun .. ada awek cute kat sini yang dok
setaman” kata izlan sambil kenyit mata kat diana.
“hahaha lan lawak la .. siapa yang cute tu .. sri ?? mawar?? Nani ??
nana??”
“atau diana ??” potong lan lagi .. semua yang ada kat situ gelak ..
hanya diana yang agak blushing .. heii lawanya dia blushing… nak
je lan luahakan kata-katanya .. tapi tak terluah … karang kawan-kawan yang
lain rasa semacam je ..
sambil berjalan mereka berbual-bual mawar dan nana telah sampai
kerumahnya hanya mereka berempat yang masih berjalan untuk sampai kerumah. Dan
akhirnya diana pun sampai ke rumahnya.
“oklah lan .. sri .. nani .. lan ..diana masuk dulu .. bye bye .. jumpa
esok ye” kata diana.
“ermm ok diana” kata sri dan nani serentak. Lan hanya tersenyum. Dan
mereka terus berlalu. Sambil berjalan…
“ermm korang kawan diana kan. Mesti korang tau diana nyer no fon kan”
kata lan.
“ermm naper .. memang la kitorang ada no fon dia.. naper lan nak ke”
Tanya nani
“ nakkk~~! Nakkk~~~! Nakkk~~~!” tanpa di sangka lan mengulanginya 3
kali. Setelah terhambur perkataan tu terus lan menutup mulut. Mereka berdua
terus tergelak.
“takkk aderr laahh” kata nani lagi sambil tergelak ..
“ooo korang memainkan aku ye .. tak per” kata lan ..
“hahha padan muka skali .. ingat senang ke nak bagi no fon orang.. lan
pi minta sendiri la” kata nani ..
“alaaaaaa tolong la .. boleh la nani”
rayu lan. Sri dah pun memasuki rumahnya di kala itu. Hanya mereka berdua
yang masih lagi belum sampai ke rumah.
“ermm ok .. tapi lan jgn kasi tau dengan org lain .. lebih-lebih lagi
diana yang nani kasi no fon ni ye” kata nani.
“ok . .. I promise .. gerenti baik punyeee, cepat la tulis tu.”
“yerr la yer la .. tak sabar-sabar lak” sambil nani menulis no fon
diana.
“nahh amik ni .. ingat janji lan tu .. biar sampai pecah di perut ..
jgn pecah di mulut .. kang tau dek diana .. perang besar nanti ngan dia ..”
lalu nani terus masuk ke rumah.
Izlan rasa sangat gembira. Dia telah mendapatkan no fon diana. Alahai
bezanya dengan no fon yang diana bagi tu .. adalah hujungnya je.. yang sebenar
adalah ngka 8 .. yang diana bagi semalam angka 7 .. cheh ~~!
Malam itu izlan bertekad untuk menelefon rumah diana…………….
3
Malam itu seperti yang di rancang izlan. Izlan mendail rumah diana….
“Assalamualaikum.”izlan memulakan perbualan setelah mendengar telefon
di angkat.
“waalaikumussalam. Siapa di sana ?? nak bercakap dengan siapa?” Tanya
suara di sebelah talian.
“saya izlan, saya nak bercakap dengan diana. Siapa yang bercakap di
sana pula?” Tanya izlan untuk kepastian. Dia cuba memberanikan diri. Iskk
kalau mak dia mampus aku… silap2 kena marah plak .. argh dulik aperr cuber je
la.
“ni akak dia. Amboi !!! nko ni pakwe dia ke ? isk kecik2 dah pandai
arrr.. “
“erkk erkk ..” izlan
tergagap.
“ni mana belajar ni cinta-cinta masa sekolah haa??”
mungkin mendengar perbualan akaknya di telefon, terus
diana merampas telefon tersebut.
“ello …. Ello!!!! Tu siapa di sana??” Tanya diana.
Akak diana masih lagi dok sebelah diana dok tersenyum.
Dan cuba merampas balik no telefon. Kunun nak usik izlan le ..
“erkk urpp .. ni izlan .. siapa di sana ..”
alamak mati la aku .. tah2 kali ni mak dia plak .,.
adoii kantoi!! kantoi!!.
“ni diana
la ni … oooohoooo mana dapat no fon diana hah ?? siapa kasi ?? amboi !! amboi
!! berani yee call rumah anak dara org… hehehe” diana cuba pulak dok
menyakat izlan.
“erkk .. sorry la diana .. lan ingat nak borak ngan diana je .. tetiba
akak diana angkat plak .. dia marah ke diana??”
“hehehe mana ade dia dok gelak2 je .. suka sangat menyakat… kadang2
sri atau mawar call .. bukan diana yang cakap banyak .. akak lak yang lebih2 ..
hehehe” kata diana.
“ooo ye ke ,. Ingatkan dia marah tadi .. hehehe legaaaaa rasa” izlan
mengurut2 dadanya .. kunun le tu ingat nak tenangkan perasaan ..
“ermmm mana lan dapat no fon diana ni??” Tanya diana kehairanan…
setau nya .. dia tak bagi lagi no fon dia kat azlan.
“alaaa ingat lan tatau ker ?? hehehe lan cuba-cuba je tadi” lan cuba
nak control.
“elehhh.. lan tak baik tau tipu-tipu .. ni malam jumaat” diana cuba
nak gertak ..
‘ehhh ade lak .. ni malam selasa la .. isnin malam selasa.. haa
sekarang siapa salah?? Hahhaha” izlan bagai mengilai.
“iskkk macam langsuir gelak.. hah cakap la betul-betul lan .. mana lan
dapat no fon ni ??” Tanya diana tak puas hati.
“ye la ye la .. lan buka buku harian cikgu kelas kita tadi masa dia gi
toilet” kata izlan.
“diana nampak tak .. tadi kan cikgu mas panggil lan ke depan.. dia
Tanya-tanya lan. . macam-macam .. dia masukkan dalam buku tu la .. lepas tu dia
keluar ke tandas .. masa tu kelas bising kan .. lan amik kesempatan buka buku tu
.. carik no fon diana .. lepas tu lan salin la cepat.. haaa dari situ la .. puas
hati cik puteri tasik biru” lan menerangkan.
Huh
padahal aku tipu je ..
“oooo lan
.. mana aci cam tu .. isk tak baik tu ..ngadu ngan cikgu mas tau la .. jap jap
.. tadi last tadi lan kata cik puteri tasik biru ??? mengada-ngada je lan ni ..
bila lak puetri tasik biru lak ni ??”
“alaa boleh la tu .. asal sedap di mulut … manis di mata .. cukup
arhhh”
“ye le tu .. haaaa lan .. esok diana nak ngadu ngan cikgu mas .,.. lan
curik maklumat dari buku cikgu” kata diana macam mengugut.
“iskk diana .. tolong la .. jangan la ngadu ngan cikgu mas.. karang dia
buat tindakan kang kat lan .. mati lan .. dah la lan ni pelajar baru .. ok ok ..
cam ni .. diana leh buat apa saja kat lan .. melainkan ngadu ngan cikgu mas tu…
boleh ???” lan cuba untuk berbincang.
“oooo tau takut .. okeh .. sekarang lan hutang 3 permintaan kat diana”
“oiiiiiiikssss .. mana boleh macam itu .. tak adil la .. mana aci cam
tu.”
“TAK KIRA !!!! tadi lan dapat no fon diana pun tak adil .. sekarang
diana cam tu.. nak tak nak ?? kalau tak nak diana ngadu ngan cikgu..” ugut
diana lagi ..
“ermmm okeh la okeh la .. boleh di pertimbangkan”
“tak de timbang timbang der ?? nak tak nak .. itu je”
“alaaa diana ni .. tolak ansur la sikit.”
“tak de ansur-ansur .. tak de tolak-tolak .. sape suh buat cam tu.”
“ermmm ok la ok la .. apa permintaan diana tu??”
“yeeeeeeaaaaaa berjaya juga kan ..”
“happy la tu .. iskkk.. ha apa dia cakap la”
“pertama blanja makan kat Mc D… kedua….”
“oiiiii .. ni dah kira melampau ni .. blanja makan Mc D plak”
“sabar la dulu .. org lom abis cakap .. elleh takat Mc D pun pening
kepala .. apa la”
“lerr okeh okeh .. apa dia yg kedua ??”
“urmmm yang ke 2 ?? kena settle kan yang permintaan pertama dulu ..
baru lahir permintaan kedua dan ke tiga … setuju ??”
“lerr .. parah la lan cam
ni”
“aper nak buatt !! dah nasib badan lan .. hik hik hik hik”
“amboii sukanya dia .. nyesal lan..”
“ehh ehh nyesal ?? lan marah ??”
“ehh takk aderr larr... mana marah .. sukaa!!” kata lan dalam nada
serius.
“hik hik hik .. kalau suka cuba gelak”
“tehhehehe.. “ lan cuba gelak walau gelaknya tu seperti di buat-buat
..
padan muka aku
“haa cam tu la .. ok la lan .. esok kita jumpa ye .. dah lama borak
dalam tepon ni .. bebel pulak mak kang”
“haa ye la .. lan pun nak ke bilik study .. nak study kejap sebelum
titun”
“heheh ye la .. bye lan ..”
“bye .. assalamualaikum”
“waalaikumussalam.”
Malam
itu lan tertidur di samping buku. Bukannya study .. dok fikir pasal diana
punya permintaan .. apa darr!!.