• Home
  • About Us
  • Portfolio
  • Blog
  • Contact

SEGERA DAFTARKAN TEMPAT ANDA!

Kolej Komuniti Hulu Langat mula beroperasi sejak Mac 2003 dengan menumpang di Sekolah Menengah Teknik Kajang. KKHL menawarkan dua kursus iaitu Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Teknologi Maklumat.

Mengikut perancangan awal, Kolej Komuniti Hulu Langat menawarkan 5 program iaitu Sijil Perakaunan Perniagaan, Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Sistem Komputer dan Sokongan, Sijil Automasi Industri, dan Siji Teknologi Pemprosesan Makanan.

Namun disebabkan beberapa kekangan hanya 2 program sahaja yang dijalankan. Pada Julai 2006, Unit Teknologi maklumat telah berpindah ke bangunan Plaza Citra, Kajang iaitu bangunan yang disewa. Manakala Unit Pentadbiran dan Penyejukan dan Penyamanan Udara masih kekal di Sekolah Menengah Teknik Kajang.

Pada tahun 2008, Program Diploma Pengurusan dan Penyelenggaraan Fasiliti telah dilaksanakan dalam bentuk “Work Based Learning” di Kolej Komuniti Hulu Langat. Walau bagaimanapun program ini telah ditangguhkan pada tahun 2010. Pada 5 Mei 2009, Kolej Komuniti Hulu Langat telah berpindah ke bangunan sendiri di Prima Saujana, Kajang. Bangunan yang mempunyai keluasan lot 1502 meter persegi ini mempunyai kemudahan seperti bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel, makmal komputer, perpustakaan, bengkel masakan, bengkel jahitan dan beberapa kemudahan lain.

Kursus Yang Ditawarkan:

  • Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Sijil Teknologi Maklumat
  • Sijil Pengoperasian Perniagaan
  • Diploma in Customer Service Management
  • Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pautan Laman Sesawang Kolej Komuniti Negeri Selangor

  • Kolej Komuniti Selayang
  • Kolej Komuniti Kuala Langat
  • Kolej Komuniti Hulu Selangor
  • Kolej Komuniti Sabak Bernam
  • Kolej Komuniti Shah Alam
  • Kolej Komuniti Klang
  • Kolej Komuniti Ampang

Video

Your browser does not support HTML5 video.
HAK CIPTA TERPELIHARA © KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (2017)