Kolej Komuniti Hulu Langat mula beroperasi sejak Mac 2003 dengan menumpang di Sekolah Menengah Teknik Kajang. KKHL menawarkan dua kursus iaitu Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Teknologi Maklumat.
Mengikut perancangan awal, Kolej Komuniti Hulu Langat menawarkan 5 program iaitu Sijil Perakaunan Perniagaan, Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Sistem Komputer dan Sokongan, Sijil Automasi Industri, dan Siji Teknologi Pemprosesan Makanan.
Namun disebabkan beberapa kekangan hanya 2 program sahaja
yang dijalankan. Pada Julai 2006, Unit Teknologi maklumat telah berpindah ke bangunan Plaza Citra, Kajang iaitu bangunan yang disewa. Manakala Unit Pentadbiran dan Penyejukan dan Penyamanan Udara masih kekal
di Sekolah Menengah Teknik Kajang.
Pada tahun 2008, Program Diploma Pengurusan dan Penyelenggaraan Fasiliti telah dilaksanakan dalam bentuk “Work Based Learning” di Kolej Komuniti Hulu Langat. Walau bagaimanapun program ini telah
ditangguhkan pada tahun 2010.
Pada 5 Mei 2009, Kolej Komuniti Hulu Langat telah berpindah ke bangunan sendiri di Prima Saujana, Kajang. Bangunan yang mempunyai keluasan lot 1502 meter persegi ini mempunyai kemudahan seperti bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel, makmal komputer, perpustakaan, bengkel masakan, bengkel jahitan dan beberapa kemudahan lain.