Kemunculan
awal exists bermula pada awal 90-an sekitar tahun 1991-1992.
Exists di kala itu dikenali sebagai EXIST yang
dianggotai seramai 6 orang ahli. Exist jika dirujuk kamus bermaksud
ada/wujud yang mana ingin menjadikan kumpulan muzik yang terus
wujud sampai bila-bila.
Ahli-ahli
exists pada ketika itu ialah mamat (vokalis,kini
bergerak solo), shah (guitar,kini bersama slam), Along
(guitar ke-2), musa (bass), Ajai (keyboard,kini
komposer terkenal) dan Ujang (drum).
Pada
tahun 1992 mereka telah muncul dengan album pertama mereka
yang berjudul EXIST
di bawah label Syarikat rakaman JOJO's Production yang
berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah
melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila
lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini
juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000
unit.
Kesemua
ahli kumpulan Exist pada ketika itu berasal dari Johor Bahru
dan purata umur mereka 14 hingga 18 tahun. Bakat mereka telah
dikesan oleh Jojo's Production. Mereka mempunyai bakat dan
kemahiran bermain muzik dan mencipta lagu kerana masing-masing
mempunyai latar belakang asas muzik yang kukuh.
Pada
album kedua Exist yang berjudul anugerah,
Shah telah menarik diri
dari kumpulan Exist atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Maka tinggallah 5 orang ahli di dalam kumpulan
Exist. Namun mereka tetap maju ke depan apabila album ini
turut menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG
MUSIC telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka.
Isu itu telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman
JOJO production tidak memberikan restu untuk Exist keluar dari
JOJO production.
Namun
akhirnya Exist berjaya menandatangani kontrak dengan BMG
MUSIC. Tetapi perpindahan Exist dari JOJO production ke BMG
MUSIC telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka Mamat
apabila beliau tidak ingin turut serta bersama ahli kumpulan
Exist yang lain. Maka dengan itu mereka
telah mengiklankan untuk mencari vokalis mereka yang baru.
Setelah menguji bakat mereka yang sedia untuk diuji, maka
mereka telah tertarik kepada seorang remaja yang bernama Mohd
Rohaizad Mohd Lazim ataupun dikenali sebagai Ezad.
Sejak dari itu, ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan
telah merakamkan album pertama dengan Exist yang berjudul
Diammu Gunung Berapi.
Pemilihan
Ezad sebagai vokalis baru Exist tidak sia-sia apabila album Diammu
Gunung Berapi turut meletup sebagaimana gunung
berapi apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Malah
album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di
Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak dari itu
ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist di persada Muzik
tanah air.
Semasa
album Jangan Gentar,
Exist telah menukarkan
nama kepada EXISTS dimana telah menambahkan huruf S
dibelakang Exist. Ini disebabkan wartawan sering kali salah menulis
Exist kepada Exists dan ini turut menandakan perubahan exists
ketahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas album Jangan Gentar,
Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpukan kerjayanya
sebagai komposer dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat
rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat
Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 org di dalam
kumpulan. Kini
Exists terus maju apabila album mereka ADA dan yang terbaru
Seperti Dulu mencatatkan jualan yang membanggakan. Album ADA
yang popular dengan lagu Jesnita dan Julia telah melonjakkan
kembali nama Exists. Diharapkan Exists akan terus maju dah
tabah menghadapi cabaran dan dugaan di masa akan datang. |