Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Guestbook::>::Arkib#1::

Arkib Guestbook #1

[Page 2  3  4  5 6 7 8 9 10 ]

 

Name: az
City pee jay..

Sent: 7.43 am - 19/5

a'kum...

hai...saya cuma nak ucapkan selamat berjaya kepada kumpulan exists dan semoga dengan promosi yang dilakukan ini akan dapat membantu mempertingkatkan
jumlah jualan album "seperti dulu"...

to EZAD...tak sabar nak tengok lakonan awak dalam
mami jarum junior.....mesti best....dan dengar citer...awak ada berlakon vcd dgn rita....betul ker?...apapun...gut luck in your career...

Name: webmaster
Sent: 9.37 pm - 18/5


Assalamualaikum...

hai semua waliwalak? hari ni Exists buat promosi album mereka di Plaza Kota Tinggi. Ramai sungguh org yg datang. Terima kasih kerana menyokong exists. Ezad td sakit gusi, tapi still boleh nyanyi. Musa pula penat drive dari KL ke Kota Tinggi, sakit kepala katanya. Ujang dan Along juga kepenatan disebabkan perjalanan jauh. Tapi mereka masih bertenaga untuk membuat persembahan dan melayan peminat yang tak henti² menyerbu mereka. Td sempat juga saya berbual dengan musa dan along, banyak yg dibualkan..terima kasih sebab sudi melayan saya.

Dan td banyak gambar saya ambil masa show dan belakang stage..tak lama lagi adalah gambar tu di website ni..oklah sampai jumpa lagi..anyway bagi pengunjung tetap website ni anda akan menerima hadiah cenderamata dari pihak Webmaster Exists..nantikan hadiah anda itu..ok sampai jumpa lagi..bye

Name: onnie
City canada

Sent: 11.59 pm - 17/5

well done guy's!! u did the dreat job keep it maintain rock on!!!

Name: Azlan Aziz
Sent: 8.05 pm - 16/5


Jadual terkini Exists - 18/05/2003:-Promosi album 'Seperti Dulu' di Plaza 2 Suara Kota Tinggi, Johor jam 4:00ptg. 24/05/2003:-Show Citrawarna ERA di Dataran Merdeka, K.Lumpur jam 9:00mlm. 25/05/2003:-Promosi album 'Seperti Dulu' di Kuantan Parade, Pahang jam 4:00ptg. 28/05/2003:-Show di Alor Setar, Kedah jam 9:00mlm. 31/05/2003:-(EZAD shj.) di Hotel Rivera, Melaka jam 9:00mlm.

Name: AZAHARI JAAFAR
City PAHANG

Sent: 6.09 pm - 16/5

TO ALL WALIWALAK EXISTS 25 MEI DATANG LA BERAMAI-RAMAI KE KUANTAN PERADE WALIWALAK DARI NEGERI LAIN PUN DIJEMPUT HADIR...IZWAN KALAU KO NAK JOIN PUN APASALAHNYA COZ MLM 25 TU AKU KE FLY KE K.TERENGGANU..
OK KITER BERKUMPUL DISANA UTK MEMERIAHKAN SUASANA ...
DAN BOLEH DAPAT KAN CENDERAMATA WALIWALAK DISANA OK?

Name: webmaster
Sent: 12.38 am - 14/5


assalamualaikum izhar.. kalau awak nak hantar karya anda kepada exists, gunakan alamat:

KARYA WALIWALAK EXISTS,
NAR RECORDS SDN.BHD 32,
PERSIARAN ZAABA
TAMAN TUN DR ISMAIL
60000 KUALA LUMPUR
MALAYSIA.

ok!!harap lagu awak tu best dan exists berminat

Name: webmaster
Sent: 12.27 am - 14/5

Name: izhar
Homepage: http://www.izatie2002.cjb.net
City rawang
Sent: 12.13 am - 14/5


a'kum.ape kabor to ezad,along,musa dan ujang?harap korang sihat.aku nak hantar lirik lagu(dah siap)tapi nak hantar kat mane?alamat ada exists tue ke?hmm..kunjungilah website aku at www.izatie2002.cjb.net.lagu exists best,good luck

Name: BeTTy
City klang,selangor
Sent: 9.24 pm - 13/5


akum semua..
ai.. saya adalah salah sorang dr jutaan peminat exist.. sy minat sgt kat exist especially ezad ler.. kat cni saya nak mintak ezad punyer email add. kalo boleh.. ok bye..

Name: elizabeth
City kuching,sarawak
Sent: 8.44 pm - 13/5

hai,diharap exist dapat buat yg terbaik untuk semua peminat. ok bye.

Name: Mohd Rohaizad b.Mohamad Lazim (Ezad Exists)
Homepage: http://exists.cjb.net
City Kuala Lumpur
Sent: 7.11 pm - 13/5


Assalamualaikum Waliwalak semua..

Saya ni merupakan orang yang paling jarang masuk ke website ni. Mintak maaf banyak-banyak kepada semua waliwalak. Bukan saya sombong, tapi aktiviti saya agak sibuk, lebih-lebih lagi bila dah berlakon ni. TERIMA KASIH yang tak terhingga diatas semua sokongan anda selama ni.

To Izwan (webmaster yg best) Saya terhutang budi pada anda diatas semua pengorbanan pada website ni. (Lain kali kita jumpa lagi) Insyallah dalam masa terdekat ni saya akan selalu mengikuti perkembangan website ni.

Kepada waliwalak yg pernah menghantar surat kepada saya.. Tiada kata yang secantik bahasa melainkan... MINTAK MAAF LAAA BANYAK-BANYAK... tak semua yg saya dapat balas. Tapi, insyallah, saya akan cuba balas disini. (err.. boleh percaya ke?) Walaubagaimanapun, saya tetap menghargai semua surat-surat anda dan saya baca kesemuanya. Sekurang-kurangnya, saya tahu perasaan dan harapan anda kepada kami semua. Insyallah, saya akan tetap mencuba untuk membalas surat-surat anda selagi terdaya.

Saya berharap agar semua waliwalak dapat hadir ke semua show kami sebagai tanda sokongan. Yang terdekat ni, Exists akan berada di Kota Tinggi pada 18 Mei ni, kami juga akan berada di dataran Merdeka untuk Citrawarna pada 24 Mei dan di Kuantan Parade pada 25 Mei ni. TOLOOOOONNNGGLAAHH datang tanda sokongan.

Err.. jangan lupa tengok saya berlakon filem terbaru saya nanti eh.

Name: adek am
City bentong pahang
Sent: 3.47 pm - 13/5


assalamualaikum.....diharapkan exists akan terus ade tempat dihati peminat & terus berjaya,berjaya dan berjaya........hasilkan lagu-lagu yang terbaik!!!!

Name: AZAHARI JAAFAR
City PAHANG
Sent: 1.23 am - 13/5


HAI WALIWALAK SEMUA... APA KABAR
BYEEEEE

Name: along rifky
City indonesia
Sent: 10.01 am - 11/5

hallo pa kabar exists
saya pengen jumpa lagi, saya pernah kirim surat pada
anda tapi tidak anda balas.
saya harap anda balas

Name: Sharifah Intan Qhadijah
Homepage: http://[email protected]
City puchong
Sent: 12.19 pm - 10/5


hope de' best 4 along coz of u my world be de' best with my frenz espsecially Raja nur Jannah(85)
be de' best beat de' rest

Name: Raja NurJannah bt Raja Mansor
Homepage: http://[email protected]
City Jalan Klang Lama
Sent: 12.15 pm - 10/5

hope u all free skrang especially along exists.Saya minat dan suka peribadi Along.Balas e-mail msg saya ok
Assalamualaikum......
hope ur luv de' best

Name: zulfaz85
City tapah, perak
Sent: 9.40 pm - 9/5

assalamualaikum
diucapkan kpd kump. exists berbahagia selalu....
seperti dulu....ok.ws.semoga berjaya to abg. ezad....

Name: beba
City putrajaya
Sent: 10.34 am - 9/5


salamzzz...
ello exists!biler u all nk turun putrajaya plak ha?
bwat ah mini show ke ape ker..utk along plak..asyik bwat luv song jer..ape kate try bwat lagu utk PM kiter plak..ye lah kan..beliau kan da nk bersara..so..y not?
exists sumbangkn satu lagu specially 4him..neway,ini hanyalah satu cadangan..idup PM,idup UMNO,idup EXISTS!!

Name: Amir (Ada Exist)
City Kuala Lumpur
Sent: 1.51 am - 9/5


Assalamualaikum Waliwalak semua..

Mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama tak masuk site ni. Agak sibuk sikit sejak 2-3 minggu lepas ni. Anyway, ini adalah berita paling terkini dari Exists..

1. Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua waliwalak di Kuantan yang datang ke Karnival Sureheboh TV3 hujung minggu lepas. Anda semua sangat menarik. Azahari, sorry tak perasan kau ada. Dah nak balik baru namapk kau. Lain kali datang Kuantan, Insyallah kita jumpa.

2. VIDEO KLIP 'Percayakan Siti' dah siap dan sangat menarik. Tunggukan kemunculan video klip tu di TV dalam masa seminggu dua lagi.

3. Terima Kasih kepada semua waliwalak yang telah mengundi Exists di semua carta yang ada. Undilah lagi ya.

4. MINTAK MAAF.. Kami masih tak dapat nak tetapkan tarikh chat yang sesuai sebab jadual Exists sekarang agak sibuk dan agak susah nak kumpulkan semua bersama dalam masa terdekat ni.

5. Ezad akan berada di JB pada 11 Mei ini untuk program Hari RTM, Johor Bahru. harap semua waliwalak di JB dan Singapore dapat turut serta.

6. Show di Kuching terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

7. 14 Mei ini, Exists akan menjalani shooting untuk video klip ke-3, 'Tak tahu Harga Cinta'. Nantikan kemunculan video itu juga.

Kepada semua.. selamat maju jaya ya..

AMIR
Ada Exists.


Name: azrunisa
City kay ell la....
Sent: 1.44 pm - 8/5


yo!whatzzzup.Lagu spt dulu tu memang best giler le.utk album spt dulu ni gua tengok promosi agak kurengle kalau nak dibandingkan dgn album ADA tu.bile le agaknye
exists ni nak buat telemovie?to:along&musa ,korang cipte le lagu yg lagi....best.lagi satu,kenape ujang selalu takde dlm kebanyakan show/promosi korang?o.k wishy y'all the best!!chow!!

 

 

[Page 2  3  4  5 6 7 8 9 10 ]

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1