
Kaedah Tanaman
Secara amnya terdapat 3 kaedah penanaman,
bagaimana kaedah-kaedah ini bergantung
kepada keadaan persekitaran dan peruntukan
kewangan pengusaha-pengusaha.
1. Staking
· Penanaman Secara Pancang (Staking)
- separa rakit
o Penanaman secara ini adalah sesuai
untuk kawasan yang agak cetek aiitu
kurang 1.5 meter.
o Tali yang sesuai sirentang antara
dua pancang dan seterusnya bibit-bibit
rumpai laut diikat ke tali yang direntang
tadi.
.
2. Semi -floating
Penanaman Secara Separuh Terapung (Semi
- Floating)
· Penanaman secara ini paling
sesuai dikawasan peraran kedalaman 11-3meter.
· Tali yang sesuai direntang
antara dua pancang dan seterusnya bibit-bibit
rumpai laut diikat ke tali yang direntang
tadi.

3. Penanaman Secara Rakit (Raft / Floating)
· Kaedah ini juga sesuai bagi
kawasan perairan kedalaman 1-3 meter.
· 2 batang kayu yang boleh terapung
iaitu 2 unit pelampung panjang diapungkan
di permukaan air di dua penjuru. Kayu/pelampung
diapuangkan di permukaan air di dua
penjuru. Kayu/pelampung ini diikat ke
sauh di dasar laut supaya kedudukannya
kukuh. Seterusnya tali-tali diikat merentasi
kedua-dua kayu/pelampung dan akhirnya
bibit-bibit diikat pada tali-tali tersebut.
Amalan Mengikat Bibit Rumpair Laut
· Ikatan rumrpai laut haruslah
stabil selalunya pada dahan yang besar
dan kuat.
· Ikatan haruslah jangan terlalu
ketat atau longgar untuk ruang tumbesaran.
Kaedah Penjagaan Kawasan Penanaman
· Pemakanan bentuk seperti tapak
sulaiman harus dibuang.
· Tanam semula rumpai laut yang
telah rosak atau hilang.
· Jangan biarkan ianya terlalu
besar melebihi 3.5 kg.
· Tuai yang kurang suhat dan
gantikan dengan yang baru.
· Baiaki pancang dan tali yang
rosak.
· Selalui bersihkan tanaman dari
lumut dan kotoran laut.
Tuaian Rumpai Laut
· Tempoh tanaman biasanya mengambil
masa 60 hari
· Ketika matang berat rumpai
laut matang boleh mencapai 2 kg/bibit.
· Tempoh yang sesuai untuk tuaian
adalah di pagi hari di mana keadaan
cuaca tidak begitu panas.
· Semasa mengangkut rumpai laut
ketempat penjemuran, pastikan rumpair
laut sentiasa ditutup dan dijirus air
laut.
· Pengeringan rumpair laut biasanya
dibuat di bawah sinaran matahari.
· Pengeringan rumpair laut dibuat
sehingga kandungan air (moisture) dalam
rumpai laut mencapai 15%.
dried seaweeds