+ Pembikinan Laman Web: A - Z

 
Saya mendapat banyak soalan menanyakan langkah-langkah membuat laman web. Di dalam tutorial kali ini saya cuba menerangkan seberapa terperinci yang boleh mengenai tajuk ini. Sila rujuk juga tutorial bertajuk Langkah-langkah Merekabentuk Laman Web.

Bagi memulakan pembikinan laman web, anda harus memilih perisian (tool) apa yang hendak digunakan. Contoh perisian yang biasa digunakan ialah:
1. Notepad
2. Netscape Composer
3. Microsoft FrontPage
4. Macromedia Dreamweaver

Terdapat juga laman web seperti geocities.com yang menyediakan kemudahan membina laman web secara online. Kemudahan yang terdapat di geocities.com dinamakan PageBuilder.

Yahoo! Geocities PageBuilder
Yahoo! Geocities PageBuilder

Nasihat saya, belajarlah sedikit HTML yang asas untuk memudahkan proses membuat laman web. Akan tetapi tidak tahu HTML tidak bermakna anda tidak boleh membuat laman web. Perisian seperti Netscape Composer, Microsoft FrontPage dan Macromedia Dreamweaver boleh membantu. Perisian-perisian ini dipanggil HTML Editor.

Laman web anda hendaklah dibuat di dalam komputer anda dan buatkan satu direktori atau folder khas untuk menyimpan fail-fail HTML dan fail grafik. Biasakan mengasingkan fail grafik daripada fail HTML.

Folder ArrangementImej di sebelah menunjuk penyusunan folder dan fail di dalam satu direktori. website adalah folder untuk projek laman web dan untuk menyimpan fail HTML manakala folder images adalah untuk menyimpan segala fail grafik.

Struktur ini adalah yang paling ringkas dan paling biasa digunakan untuk membina laman web yang tidak banyak isi kandungannya. Jika anda membina sebuah laman web yang besar maka makin banyaklah folder yang harus dibuat. Laman web yang pertama mestilah dinamakan index.html atau index.htm

Setelah laman web anda siap dibina, ianya hendaklah diuploadkan ke server (web hosting). Sebelum itu anda haruslah mempunyai akaun server untuk menyimpan fail laman web anda. Server percuma boleh didapati dengan mudah di internet seperti di www.geocities.com, www.tripod.com. www.angelfire.com, www.fortunecity.com dan banyak lagi. Daftarkan diri anda di salah satu web hoster tersebut dan anda akan mendapat sejumlah ruangan (dalam MB) dan beberapa kemudahan asas yang lain seperti counter percuma.

Pada kebiasaannya, web hoster percuma ini menyediakan kemudahan untuk menguploadkan fail anda ke server mereka.

Yahoo! Geocities Upload Process 

Yahoo! Geocities FTP Setup

Imej di atas menunjukkan kemudahan yang disediakan oleh www.geocities.com untuk mengupload fail. Easy Upload digunakan untuk mengupload fail menggunakan pelayar (browser - Internet Explorer atau Netscape). FTP Setup digunakan jika anda ingin menggunakan perisian FTP (cth: FTP Explorer, Cute FTP) untuk mengupload fail.

Semasa mengupload fail-fail anda ke dalam server, pastikan struktur direktori anda sama dengan direktori laman web anda di dalam komputer. Upload kesemua fail anda! Fail HTML dan juga fail grafik atau fail-fail lain yang terlibat. Tapi jangan pindahkan fail seperti fail photoshop(*.psd) dan fail flash (*.fla).

Setelah kesemua fail diupload, anda bolehlah melayari laman web anda sendiri dan pastikan ianya berjalan lancar. Kemudian barulah boleh ditunjukkan pada rakan-rakan atau sesiapa sahaja.

+ Edited form Sifoo.Com

Hosted by www.Geocities.ws

1