|
Bagaimana
hendak merekabentuk laman web? Lain orang lain
cara serta langkah-langkah untuk merekabentuk
laman web. Saya sudah banyak membuat laman web
dan pelbagai cara pernah saya ambil untuk
menyiapkan laman web mengikut kehendak
pelanggan.
Pertama
sekali anda harus mempunya cukup informasi
sebelum memulakan perancangan untuk membina
laman web. Ini penting semasa proses lakaran
dan proses membuat grafik. Anda perlu tahu
pecahan jaringan(link) untuk bar menu,
grafik yang bakal diguna serta konsep warna
apa yang patut diguna.
Pada
kebiasaannya untuk memulakan rekabentuk,
sekeping kertas akan digunakan untuk proses
lakaran. Gunalah pensel atau pen dan lakarlah
rupabentuk laman web yang bakal anda reka.
Proses ini penting bagi anda membayangkan
bagaimana grafik anda akan direka, di mana
letaknya bar menu, lokasi isi kandungan laman
web anda dan lain-lain.
Kemudian,
barulah buka Adobe Photoshop atau perisian
grafik yang biasa anda gunakan untuk
merealisasikan lakaran idea anda tadi. Dengan
cara ini barulah kerja merekabentuk laman web
akan jadi lebih berkesan. Masa tidak akan
terbuang begitu sahaja sekiranya anda terus
merekabentuk di dalam perisian grafik.
Berdasarkan pengalaman saya, jika anda terus
menggunakan perisian anda akan menjadi lebih
mudah untuk tertinggal bahagian penting
seperti bilangan butang yang sepatutnya ada
dan anda juga akan mencuba berbagai cara
rekabentuk yang anda sendiri pun tak pasti
samada anda suka atau tidak.
Guna
perisian grafik anda untuk membuat layout laman
web. Segala warna, efek, lokasi menu, grafik
dan lain lain hendaklah digambarkan di dalam
perisian grafik. Kemudiannya, barulah ditukar
ke dalam perisian HTML seperti Dreamweaver.
Grafik
di dalam Photoshop akan dipecahkan (crop)
mengikut kesesuaian untuk diletakkan di dalam table.
Saya secara peribadi amat cenderung untuk
menggunakan table apabila membina
sesebuah laman web. Ianya senang untuk dikawal
dan mudah untuk menyusun grafik di dalam table.
Table border hendaklah ditetapkan
kepada 0 supaya percantuman grafik yang telah
dipecahkan tadi menjadi sempurna.
Anda
harus berhati-hati semasa menukar grafik
Photoshop kepada grafik yagn sesuai untuk web
(GIF, Jpeg) kerana fail grafik yang besar akan
mengganggu kelancaran semasa laman web anda diload.
Pilihlah setting yang sesuai untuk
mengoptimumkan fail grafik tersebut. Susunlah
grafik anda di dalam satu folder yang khas.
Layout
laman web hendaklah konsisten. Kedudukan
menu utama hendaklah kekal sama untuk
keseluruhan halaman-halaman di laman web.
Begitu juga dengan warna latar belakang,
grafik, warna jaringan serta warna dan jenis
huruf.
Tulisan
yang patut dibuat menggunakan HTML hendaklah
dikenal pasti. Jangan terlalu menggunakan
terlalu banyak grafik sehingga tulisan biasa
pun hendak menggunakan grafik.
Setelah
siap semua halaman, pastikan jaringan anda
betul untuk keseluruhan laman web untuk
mengelakkan ketidakjumpaan halaman apabila
sesuatu jaringan diklik.
Akhir
sekali, upload semua fail HTML ke
server, sekali lagi ambillah inisiatif untuk
memeriksa laman web tersebut setelah diupload.
+ Edited form Sifoo.Com
|