TUGASAN BERNAS

MENARA THETA

 

Tujuan  Aktiviti ini bertujuan untuk mencari jumlah isipadu menara. selain daripada itu aktiviti ini dapat memupuk kemahiran menggunakan jadual sedia ada untuk membuat konjektur.
Topik perkaitan Luas dan isipadu
Kumpulan sasaran Tingkatan 1 hingga 5 (Sedarhana)
Masa dicadangkan 80 minit
Teknologi digunakan MS Excel
Aras penggunaan teknologi Sedarhana
Pengetahuan sedia ada a.  Luas dan Isipadu

b.  Konsep nombor kuasa dua

Jenis tugasan Penyelesaian masalah dan penyiasatan
Pendekatan pembelajaran Pembelajaran koperatif

 

AKTIVITI PELAJAR

  1. Sebuah menara tinggi akan dibina. Di bahagian bawah/tapak menara terdiri daripada kubus bersisi 100 cm, di atasnya pula adalah kubus bersisi 99 cm, di ikuti seterusnya kubus bersisi 98 cm dan seterusnya sehingga kubus yang terakhir bersisi 1 cm. Berapakah isipadu Menara Theta itu?

                Arahan kepada pelajar: 

                Dengan menggunakan MS Excel, fikirkan bagaimana anda dapat mencari isipadu menara tersebut

  1. Cuba perhatikan hubungan antara bilangan kubus dengan isipadu binaan yang terbentuk. Cuba buat konjektur anda. Berapakah isipadu menara yang dibina dengan menggunakan kubus.
  2. Menara Theta akan dicat. Jika setin cat dapat meliputi permukaan seluas 425cm2, berapakah bilangan tin cat yang diperlukan untuk mengecat menara tersebut?

 

Lembaran kerja Pelajar

x

x3

Jumlah x3

1

1

1

2

8

9

3

27

36

4

64

100

5

125

225

:

:

:

:

:

:

100

1003

 

 

 

   MENU UTAMA                                                                                            PANDUAN GURU

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1