CARA-CARA MENGHORMATI PEMBACAAN AL-QURAN

Setelah gosok gigi dengan miswak (satu jenis kayu pencuci gigi), dan berwudhu seseorang itu mestilah duduk disuatu tempat yang terpisah dari orang lain dengan keadaan hormat dan rendah diri dan mengadap kearah Qiblat. Kemudian dengan hati yang penuh perhatian khusyuk dan girang menyelubungi suasana itu, seseorang itu hendaklah membaca membayangkan setiap masa bahawa ia sedang membaca Al-Quran itu kepada Allah S.W.T. Jikalau seseorang itu memahami maksudnya, ia hendaklah berhenti sekejap dan berfikir bila bertemu dengan ayat yan mengatakan janji baik dan keampunan dan hendaklah memohon kepadaNya keampunan dan kasih sayang. Tentang ayat mengenai siksa dan amaran, seseorang itu hendaklah meminta perlindungan daripada Nya, kerana selain daripadaNya tidak ada lagi Penolong. Tentang ayat menyatakan keagungan dan kemuliaanNya seseorang itu hendaklah mengucap "Subhan Allah" (Allah Yang Maha Suci). Jika ia tidak dapat mengeluarkan air matanya secara sendiri dengan membaca Quran maka ia hendaklah memaksa dirinya supaya menangis sedikit.

Janganlah ia membaca cepat melainkan ia berhasrat untuk menghafalnya. Qur'an itu hendaklah diletakkan di atas satu tempat yang tinggi di atas tempat kayu atau bantal. Janganlah seseorang itu bercakap dengan orang lain ketika membacanya. Jikalau ia terpaksa bercakap dengan orang lain, ini hendaklah dilakukan selepas menutup Al-Quran an kemudiannya membaca ta'awuz (memohon perlindungan Allah s.w.t Daripada Syaitan-AuzubilLa hi minash syaita nir rajeem) sebelum membacanya semula. Jikalau orang-ramai di sekeliling sibuk dengan tugas-tugas mereka maka hendaklah dibaca dengan suara rendah jika tidak adalah baiknya jika dibaca dengan kuat.

Alim ulamak telah menyebut enam peraturan secara lahiriah dan enam peraturan secara batiniah mengenai bagaimana hendak menghormati pembacaan Al-Quran yang suci, yang diberikan dibawah ini:


ADAB SECARA LAHIRIAH

1. Ambil wudhu dan kemudian duduk mengadap Qiblat dengan cara yang penuh sopan.

2. Jangan membaca dengan terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutannya.

3. Cubalah berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.

4. Tindak balas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan diatas.

5. Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak bacalah dengan suara yang kuat.

6. Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadith-hadith yang menekankan tentang amalan ini.


ADAB SECARA BATINIAH

1. Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan Al-Quran dan menyedari tentang kemuliannya.

2. Hendaklah merasakan didalam hati bagaimana Maha Halus, Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana Al-Quran ini adalah wahyu daripadaNya.

3. Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.

4. Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita. Rasulullah Sall-Allahu 'Alaihe Wa Sallam satu ketika pernah berdiri seluruh malam membaca berkali-kali akan ayat yang berikut ini:

"Jika Engkau mengazabkan mereka, mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampuni mereka, Engkaulah Yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana"(V:118)

Satu ketika Hadrat Sa'id Ibne Jubair Radi-Allaho-anho menghabiskan seluruh malam mengulang-ulangi ayat yang berikut ini: "Dan berpisahlah karnu pada hari ini, Wahai orang-orang yang bersalah" (XXXVI:59) Yaa-siin.

5. Hendaklah ada kesan di hati tentang perkara-perkara yang terdapat didalam potongan-potongan ayat yang dibacakan itu. Misalnya tentang ayat pengampunan, hati kita hendaklah penuh gembira. Dan tentang ayat yang membawa berita azab, hati kita hendaklah berasa takut dan gentar.

6. Telinga kita mestilah dipasang dengan penuh perhatian seolah-olah Allah Yang Maha Berkuasa sendiri berkata-kata kepada kita dan pembaca itu mendengar kepadaNya.

Semoga Allah, dengan belas kasihanNya dan KemurahanNya, menganugerahkan kita kebolehan membaca Al-Quran dengan adab-adab yang hormat ini.

 

*** Page 8 ***

<-- Previous

[Yaa-Siin Index] [Main Index]


Hosted by www.Geocities.ws

1