![]()
|
|
FADHILAT
Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah R.A berkata bahawa Rasul-Ullah Sall
Allahu 'alaihe wa sallam diberitakan telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah
Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi."
Banyaklah kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak
hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai
hati, dari hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah
S.W.T. akan menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak
sepuluh kali."
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t. membacakan surah Yasin dan surah Taha
seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para
malaikat pun berkata, "Ummat dimana Quran diturunkan akan dirahmati hati-hati yang
memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan
juga dirahmati."
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin
semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu
jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang-orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mun'mah (pemberi berita baik) di dalam
Taurat kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan
juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga di akhirat dan menjauhkan
kedahsyatan di kehidupan akhirat.
Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat
orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang engkar (tidak beriman).
Menurut satu riwayat RasulUllah Sall-Allaho 'Alaihe Wa Sallam bersabda, "Hatiku
menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku." Mengikut sebuah hadith
yang lain, jika seseorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya
meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.
Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan
diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya
itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula,
barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila
seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu akan
mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan
dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya keatas perempuan yang sukar untuk
melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya."
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seseorang yang
takutkan pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan daripada ketakutan itu." Menurut
sebuah hadith yang lain, jikalau seseorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat
pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.
Fadhilat AlQuran |