-- SITI NURHALIZA --

Lakaran Kehidupan

Kau cuba mencari dan kau amati
Hakikat hidup ini
Seribu nan kisah dirasai
Di pentas lakunan diri

Lakaran kehidupan mu tertulis kini
Semua telah termetri
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti

* :
Wahai insan apa kau cari
Hidup penuh ilusi
Suka duka datangnya berganti-ganti
Cuma keikhlasan di jiwa
Menjadi harta berharga
Sucikan hati pasti sinar menjelma

Di kanan mu budi kiri mu duri
Pilihan mu sendiri
Usahlah kabur di persimpangan
Tetapkan mana haluan

Lakunan di pentas ini akan terhenti
Pabila tibanya hari
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti

( Ulang Rangkap * ) ( 2X )

( Lagu : Mat SW - Lirik : Siti Nurhaliza )


Laksamana Mati Dibunuh

Sayang laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh datuk menteri
Sayang laksamana mati dibunuh
Aduhailah sayang
Mati dibunuh datuk menteri
Tuan umpama minyak yang penuh
Sedikit pun tidak melimpah lagi
Tuan umpama minyak yang penuh
Aduhailah sayang
Sedikit pun tidak melimpah lagi

Sayang laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh datuk panglima
Sayang laksamana mati dibunuh
Aduhailah sayang
Mati dibunuh datuk panglima

Bukan tanaman tak mahu tumbuh
Laksamana sayang
Kiranya bumi tak menerima

Bukan tanaman tak mahu tumbuh
Aduhailah sayang
Kiranya bumi tak menerima

( Lagu : Copyright Control - Lirik : Copyright Control )


Lelaki (Warkah Seorang Anak)

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisan mu rahsia di hati
( Ulang Rangkap * )

** :
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenali diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini
Tuhanlah yang maha esa
Kerana kau meyakini
Tuhanlah yang maha esa

( Lagu : Siso Kopratasa - Lirik : Habsah Hassan )


<-- Previous Next -->
[ R ] [ S ] [ T ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1