Apa yang ku rasa
Dapatkah kau tahu
Teka cuba baca oh maksudnya...
Apa yang dikata
Watak pada wajah
Mungkin takkan sama di hatinya...
* :
Dan janganlah buta mata
Dan janganlah buta hati
Khayalan hidup ini kenyataan
Dan mesti kau mencari oh maksudnya...
** :
Hanyalah kita di sini
Perlu tahu apa yang terjadi
Ku uji sayang
Rambut sama hitam
Hati sulam lain
Lihat biar dalam
Oh dirinya...
( Ulang Rangkap * dan ** )
( Lagu : JS Kevin - Lirik : JS Kevin )
Inspirasi Syakilla
Mestikah aku kemari
Menghayat sentosa
Datang bagai ada yang memanggil
Menunjukkan susulan
Sisa hidup warnanya hilang
Cahaya abadi nan terang
Sesudah aku tahu itulah ini
Lama mana hendak jejaki
Pencarian yang hilang
Kemuncaknya teramat tinggi
Cecah menjejak kaki awan
Terbang perhatikan dunia
Nyata dicipta satu tangan
Rasanya macam pernah
Kita satukan
Jauh makinlah dekat
Pusingannya yang belum mahu tamat
Perjalanan detik lalu yang banyak tukar-tukar arah
Dekat yang semakin jauh
Destinasi yang tinggi sejengkal
Kenapa berhenti...
Mana Syakilla
Siapa Syakilla
Manalah aku tahu
Jauh makinlah dekat
Pusingannya yang belum mahu tamat
Perjalanan detik lalu yang banyak tukar-tukar arah
Dekat yang semakin jauh
Destinasi yang tinggi sejengkal
Kenapa berhenti ketika masigh ada di laluan ini
Sesat kembara sudah
Segalanya yang telah kita lalui
Tiada berhenti
Mana Syakilla
Siapa Syakilla
Mana aku tahu
( Lagu : Wings - Lirik : JS Kevin )
Lena Diulit Intan
Seingat aku
Kita pernah bertemu dulu
Di satu pesta keramaian
Anggun wajah mu
Menjadi perhatian
Dan hati ku juga berkocakan
Bagai lena yang diulit
Mimpi bertemu
Ingin ku jadikan mu penyeri
Warna hidup ini
Oh tiada terbanding indah
Sewaktu bersama mu intan
Hilai tawa terpancarlah
Oh sinaran keinginan
Ingin dikasih
Seperti insan sedang berkasih... Oh...
Kau telah isikan
Ruang ku yang kekosongan
Jadilah seorang insan
Yang penuh dengan pengertian
Yang amat mengharukan
Kalimah mu luahan dalam
Bukan sekadar puisi ciptaan
Tapi tulus ikhlas dan kesungguhan ..oh
( Lagu : JS Kevin - Lirik : JS Kevin )
Mayang Sulit
Kembali datang
Dan celikkan mata
Dapat melihat
Engkau ada di sisi ku
Mengumpul masa
Semakin penat
Hari berganti hari
Lalu kau datang
Menyiap perhentian
Kita berhenti
Tentu ada beza apanya
Seringkali ku rasa berserta
Masyhurnya gemilang
Satu kata yang seketika berlaku
Disetiap hari yang berubah
Dan tinggal kenangan
Dan suntikan kasih mu yang reda
Usap kepala di hujung jemarinya
Ceritanya pun mekar
Kau menghidupkan
Menyala rasa dingin jiwa terbakar
Dalam terang aku berjalan
Mencari nota yang tiada
Bukan silap pandangan mata ku
Menghayat kenyataan
Datang mentari memanah
Asmara ku yang sedingin ini
Ke dasar lubuk jiwa
Hanya dalam masih
Ceritanya pun mekar
Kau menghidupkan
Menyala rasa dingin jiwa terbakar
Tentu ada beza arahnya
Seringkali ku waswas berserta
Masyhurnya gemilang
Dalam satu ketika
Seketika berlaku
Disetiap hari yang berubah
Dan tinggal kenangan
Dan suntikan kasih mu yang reda
Usap kepala di hujung jemarinya
Sekali memandang
Pemandangan yang luas
Kembali datang dan celikkan mata
Dapat melihat engkau ada di sisi ku
Mengumpul masa
Dalam terang aku berjalan
Mencari nota yang tiada
Sekali memandang
Pemandangan yang luas lalu pergi
Disetiap hari yang berubah
Dan meninggalkan kenangan
Kau yang reda usap kepala
Dihujung jemarinya
Sekali memandang
Kembali datang...
Dan celikkan mata dapat melihat
( Lagu : JS Kevin - Lirik : JS Kevin )
Misteri Mimpi Syakilla
Di manakah menghilang
Diri ku sendiri
Hanyut dalam bayangan
Sebuah misteri
Harum tiada wajah
Mengelilingi aku
Dalam suasana
Yang terharu
Lukisan impian ku
Gambaran di mana
Cuaca yang begini
Apakah mahunya
Aku adalah aku
Nyanyi lagu yang rindu
Lemah langkah ku mengejar mu
Bila pun engkau menjelma
Disini aku berdiri
Ku menanti
Walau hilang cerita mu
Di hati tetap abadi
Sentuhan mu
Mana Syakilla
Siapa Syakilla
Aku pun tak tahu
Oh Oh..
Syakilla...
( Lagu : JS Kevin - Lirik : JS Kevin )
Nasib Kita
Datang dan pergi
Segala berganti
Menentukan arah meragut kerinduan
Hanyalah satu lagi
Sedang bersembunyi
Kenyataan yang tidak dapat dilihat... dilihat
Ia tidak akan dapat kau lihat
Warnanya serupa
Namun ianya tidak sekata
Sememang... banyak bezanya
Itu yang diperlukan
Mengheret ke dasar
Lautan api... atau pun syurga
Di dalam tidur yang semakin tak lena
Memisahkan semangat kita yang membara
Memimpikan yang indah
Bila dicapai, ia tiada
Bertapalah sukar menentukannya
Melihat hitam...
Belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang
Mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya
Banyak lagi kisahnya...
Berikan jalan menuju... pulau harapan ( 2X )
( Lagu : MS Kevin - Lirik : MS Kevin )
Sejati
Sejati
Itu yang kau ucapkan
Bila janji ku genggam
Bawah pohon kemboja
Yang sekecil kita
Menanti
Di mahligai mainan
Kita bina bersama
Dari dahan yang rapuh
Usia perangkap kita
Remaja kita tinggalkan
Namun aku masih menggenggam janji
Tinggal kenangan gagal segala impian
Tinggal bertanya erti sejati
Kenangan itu
Hanya mainan bagi mu
Tinggal bertanya erti sejati
Yang telah engkau janjikan dulu
( Lagu : M. Nasir - Lirik : M. Nasir )
Semalam Yang Hangat
Sebelum engkau kemari
Tiada resah
Tiada khuatir
Menjelang kemesraan ku
Yang dirindu
Hanya syahdu
* :
Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya.... Ohhh...
Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau kemana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa
Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa..
( Lagu : - Lirik : )
Taman Rashidah Utama
Pertama kali kau ku cinta
Pertama kali ku diluka
Kini aku menjadi tanda
Sebuah kubur cinta
Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam
Namun sudah sekian lama
Hanyalah gelap gelita
Sebagai satu kenangan
Ku ciptakan satu taman
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Ku berpijak nyata di sini
Tak tercapai bintang di langit
Ku siramkan airmata
Pada darah cinta
Sebagai hiasan taman ini
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Biarkanlah aku di sini
Menjadi nisan cinta ini
Izikanlah aku mengenang
Diri mu oh... Sayang
( Lagu : M Nasir - Lirik : Bob )