Mahu ku bawa saja hati ini
Dan pergi jauh dari sisi
Sangkar hidup mu
Kerna tak sanggup lagi ku berdepan
Dengan setiap cemuhan
Mata yang memandang
Andai benarlah apa yang diduga
Tak guna memendam rasa
Antara kita
Padam biarkan tak lagi bernyala
Api kebencian cuma
Tak menguntungkan sesiapa
Yang manakah satu
Pilihan buat ku
Nampak berterusan
Sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempudu kasih mu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian
Telah ku nekad terima segala
Di dalam bentuk apa jua keputusannya
Kini batas kesabaran menanti
Cukup rasanya di sini
Ia berakhir
( Lagu : Adnan Abu Hassan - Lirik : Amran Omar )
Berpatah Arang
Tak mungkin aku
Menoleh ke belakang
Sisa luka biar bertaburan di jalanan
Berat rasa perasaan
Mengambil keputusan
Jauh sekali membalas dendam
Tercari arah ditengah ketandusan
Kering sudah harapan yang lama kita simpan
Hanya ada ketabahan
Dan luka berterusan
Untuk aku hadapi hari depan
Tiada guna
Mengambil hati untuk menerima
Tiada bererti satu pengorbanan
Mengapai puncak oh di menara
Dan ku siram bara
Agar tidak meresap kehujungnya
Hingga terbakar seluruh kota cinta
Dan musnah jua
Cukup sekali tak ingin memahami
Zalim cuma mainan insan di dunia ini
Bukan ku berpatah arang
Merantai keputusan
Kiranya takdir penentu segala-gala...
( Lagu : Adnan Abu Hassan - Lirik : )
Bukan Kemahuan Fikiran
Aku relakan kau pergi dari sisi hati ku
Begini lama setelah tiada jalan penyudah
Jiwa yang hampa kan bertanya apa masih
Percintaan bukanlah kemahuan fikiran
Diperasaan tersimpan segalnya rahsia
Dan tiada dapat ku tahankan rindu itu
Di antara kita bicara berbeza
Siapa yang merasa dia melara
Tiada upaya menahan derita
Cinta yang hampa
Seraut wajah mu yang paling indah
Walau kekal di hati ini
Seterusnya hidup bersimpul di dalam diri ini
Terlepaslah diri ku dari rindu yang sarat
Aku kini terlemas dalam sendu berbisa
Selamanya....
( Lagu : Manan Ngah - Lirik : Bob )