-- DAYANGKU INTAN --

Karang Di Lautan Sepi

Perlukah kau bertanya tentang hati ku
Sedangkan sejak itu kau telah tahu
Betapa ku kecewa oleh perbuatan
Yang tidak dijangkakan
Ku sangka kau berbangga aku milik mu
Kerana terhadap mu begitu hati ku
Kiranya kau mahu
Untuk mengakui diri ku yang tidak kau sayangi

Ku rela diri ku begini
Seperti karang di samudra sepi
Terluka atau mungkin melukai
Suratan menentukan insani

Tak perlu penjelasan lagi
Tak perlu kau mengambil hati
Jawabnya telah kau tahu

Biarpun kau ulangi rasa kesal mu
Semua tak bererti pada diri ku
Sekali keyakinan telah kau nodai
Sukar ku mempercayai

Ku rela diri ku begini
Seperti karang di samudra sepi
Terluka atau mungkin melukai
Suratan menentukan insani
Tak perlu penjelasan lagi
Tak perlu kau mengambil hati
Jawabnya telah kau tahu
( 2X )

( Lagu : Shamsuddin Sidek - Lirik : Habsah Hassan )


<-- Previous Next -->
[ C ] [ D ] [ E ]
[Lyrics Index] [Main Index]

Hosted by www.Geocities.ws

1