Life Enzyme

Life Enzyme merupakan antara produk terbaru dari CNI. Ia di datangkan dari Taiwan.Enzim adalah bahan pemangkin pelbagai tindak balas biokimia dan wujud dalam semua sel hidup untuk mengaktif dan membolehkan sel-sel tubuh badan menyaksikan pelbagai fenomena biotik

 

Apa itu enzim?

Enzim merupakan sejenis protein kompleks yang sungguh unik dan merupakan bahantara yang penting untuk metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam tubuh manusia. Tiada enzim bermakna tiada perubahan kimia dan tiada metabolisme dalam tubuh badan, justeru itu naywa tidak dapat diteruskan. Tubuh manusia bagaikan sebuah kilang kimia yang kompleks dengan perubahan-perubahan kimia berlaku secara berterusan di dalam organ-organ tubuh badan, siang dan malam. Kelancaran perubahan kimia bergantung pada kerjasama ratusan ribu jenis enzim yang mempunyai peranannya yang tersendiri. Dalam proses perubahan kimia ini, sebahagian enzim akan berkurangan atau rosak. Tubuh badan hanya berupaya menghasilkan sebahagian kecil enzim dah selebihnya perlu diperolehi daripada diet harian untuk menyeimbangkan enzim dalam tubuh badan. Kekurangan enzim boleh menjejaskan metablisme sesetengah organ. Seterusnya perbagai masalah kesihatan yang serius akan timbul dan nyawa manusia akan terancam. 

 

Terdapat 2 cara bagaimana kita boleh mendapatkan enzim. 

1.      Menerusi diet yang sihat dan persekitaran yang bebas pencemaran. 

2.      Mengambil enzim yang serupa dengan enzim di dalam tubuh manusia. Pengambilan "enzim dari luar tubuh badan" manusia ini dapat menyekat enzim yang tersimpan di dalam tubuh badan daripada hilang dengan cepat, malah pengagihan enzim metabolisme kepada pelbagai organ akan menjadi lebih seimbang. Amalan ini penting bagi mereka yang peka kepada kesihatan dan ingin hidup lanjut usia. Insyaallah. 

 

Cara memakan makanan mentah agak payah diamalkan. Adalah sukar untuk kita memakan beberapa jenis makanan mentah setiap kali makan. Malahan, makanan ini mungkin tercemar dan tidak selamat untuk dimakan mentah. Kita juga tidak tahu berapa banyak dan apakah enzim yang perlu di tambah. Jadi cara yang paling selamat, mudah dan berkesan ialah mengambil enzim kompleks semula jadi. 

 

Keistimewaan CNI Life Enzyme dari enzim yang lain.

 

1.  Keaktifan tinggi

Keaktifan ialah daya pengerak enzim.  Lumrahnya keaktifan enzim akan hilang pada suhu 50oC keatas tetapi dalan kes CNI Life Enzyme, keaktifannya bukan saja tidak hilang malah menjadi semakin aktif sehingga 3 kali lebih tinggi daripada suhu biasa.  Keaktifan CNI Life Enzyme masih kekal walaupun suhu ditingkatkan sehingga 80oC.

 

2.  Kemantapan

Keaktifan enzim mudah terpengaruh oleh kelembapan dan suhu panas.  CNI Life Enzyme tidak memerlukan sebarang bahan penstabil untuk memantapkan keaktifannya.  Ia tidak perlu disejukkan.  Simpan di tempat yang kering dan bersuhu bilik, keaktifannya kekal mantap selama 10 tahun.  Inilah kelebihan CNI Life Enzyme yang tidak tercapai oleh enzim-ensim kompleks yang lain.

 

3.Keselamatan pengambilan

         Bersumberkan bahan-bahan semulajadi, tanpa bahan pengawet, agen antioksida, sakarin, pewarna, perisa dan tanpa enzim haiwan.

         Tanpa logam berat, sisa-sisa racun rumpai, antibiotik, baktria merbahaya dan tanpa sebarang ubat dan dadah.  Ia adalah makanan murni dan bersih.

Fungsi-fungsi utama enzim.

 

1. Menyelaraskan / mengawalatur persekitaran dalam tubuh badan.

Enzim berfungsi menurunkan paras kealkalian darah, menghapuskan sisa-sisa dalam tubuh badan, memelihara keseimbangan usus, menyihatkan sel-sel, mendorong penghadaman meningkatkan daya ketahanan, mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh.

 

2. Anti radang

Radang berlaku apabila sel-sel yang cedera dijangkiti bakteria.  Enzim bertindak merangsangkan dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih untuk menyembuhkan sel-sel yang tercedera.

 

3. Anti bakteria

Enzim secara sendirinya boleh membunuh bakteria dan menggalakkan penghasilan sel-sel baru untuk menyembuhkan penyakit dari peringkat umbi.

 

4. Kuasa penghuraian / Penghadaman.

Enzim dapat menghuraikan sisa-sisa toksik dalam tubuh dan meningkatkan proses penghadaman dan penyerapan zat makanan.

 

5. Membersihkan darah.

Menyingkir sisa-sisa toksik didalam darah, menguraikan kolesterol dalam darah, mengekalkan paras alkali yang rendah agar darah dapat mengalir dengan lancar.  Juga berkesan untuk menyembuhkan kecederaan dalaman kerana terjatuh atau terhentak.

 

6.  Membina sel-sel baru.

CNI Life Enzyme menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel yang telah rosak, merangsang metabolisme sel-sel tubuh badan dan meningkatkan stamina tubuh badan.

 

CNI Life Enzyme dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan keberkesanannya telah terbukti melalui testimoni-testimoni pengguna yang antaranya telah disahkan menghidapi kanser rektum peringkat 3 dan setelah 1 tahun mengamalkan produk ini, bacaan kansernya telah jatuh ke tahap paling rendah

 

Tindak Balas 

 

Gejala Tindak Balas "Tindak balas enzim" berlaku kerana enzim dapat menguatkan daya pemulihan semulajadi tubuh badan dan seterusnya bertindak ke atas sel-sel, organ atau darah yang bermasalah untuk menawarkan toksin dan menyingkirkannya dari tubuh badan. Justerus itu, gejala tindak balas adalah satu proses yang mesti dilalui sepanjang tempoh terapi enzim. 

 

Perlu disebut di sini bahawa bukan semua pesakit akan mengalami gejala tindak balas dan ini tidak bermakna bahawa penyakit pesakit terbabit tidak akan sembuh. Sesungguhnya, tindak balas itu baik untuk penyakit dan merupakan satu fenomena sementara. Ia bukan kesan sampingan dan ia bukan bermakna penyakit telah bertambah teruk. 

 

Empat peringkat gejala tindak balas 

 

1.      Peringkat Penyelarasan Nutrien Tindak balas peringkat awal:
Pembekanlan nutrien yang seimbang dan penyelarasan fungsi melancar dan memulihkan metabolisme. Justeru itu, seseorang akan terasa cergas, bertenaga, segar dan kulitnya pula kelihatan berseri-seri. Sesetengah orang pula berasa terangsang hinggakan tidak dapat tidur untuk beberapa hari namun tidak berasa letih sekalipun kurang tidur. 
 

2.      Peringkat Penyingkiran Toksin Metabolisme 
Seseorang akan membuang air besar dengan kerap, najis berwarna hijau, air kecil menjadi pekat warnanya, kulit mungkin terasa gatal, sembelit, kembung, sendawa dan sebagainya semasa tubuh badan menyingkirkan buangan berasid metabolisme dan toksin agar resam tubuh badan bertukar dari pH asid ke pH alkali. Bagi wanita yang haidnya tidak normal, pengaliran haid akan menjadi lebih banyak dan lebih panjang. Sesetengah wanita mengalami gejala-gejala tindak balas seperti tidak datang haid sementara waktu, rasa panas, kulit berasa gatal, dan bibir bagaikan diserang ulser, wajah ditumbuhi jerawat atau papul berbintik-bintik merah (penyingkiran toksin menerusi kulit), tahi mata atau kelemumur bertambah banyak, mengalami demam sementara dan sebagainya. 

 

3.      Peringkat Kelancaran Darah dan Tenaga & Sengal-sengal Badan.
Di kala terapi makanan menyaksikan kesannya untuk melancarkan pembuluh-pembuluh darah yang bermasalah atau tersumbat sehingga tenaga dan darah tidak dapat mengalir lancar, bahagian-bahagian yang bermasalah ini akan terasa sakit. Mereka yang sebelum ini sudah mengalami sakit di sana sini akan menanggung kesakitan yang lebih teruk hinggakan dadah analgesik juaga mungkin tidak dapat melegakan kesakitan tersebut. Kesakitan ini akan berlanjutan hingga beberapa hari sebelum hilang seluruhnya secara semula jadi.

 

4.      Peringkat Pertumbuhan Semula Sel, Letih, Mengantuk 
Kita mengambil enzim kompleks aktif untuk memastikan sel-sel tubuh badan kita yang sudah mati dapat tumbuh semula, sekali gus menyembuhkan mana-mana bahagian tisu fungsi yang sudah rosak dengan kuasa penyembuhan semula jadi tubuh badan sendiri. Sebab itu, seseorang akan berasa letih dan mengantuk. 

 

Tempoh kemunculan gejala tindak balas

 

Lumrahnya, gejala tindak balas yang disebutkan tadi akan berlangsung antara 1-2 minggu. Dalam kes metablisme luar biasa abnormal, gejala tindak balas yang dialami mungkin berlanjutan hingga kira-kira sebulan malah hingga kesakitan yang seseorang alami pulih sepenuhnya. Tempoh kemunculan gejala tindak balas yang di alami oleh kaum wanita adalah lebih panjang berbanding dengan kaum lelaki. Tempoh kemunculan gejala tindak balas dialami oleh kaum wanita berkahwin adalah lebih panjang berbanding dengan kaum wanita belum berkahwin. Budak di bawah 12 tahun tidak akan mengalami gejala tindak balas. 

 

Cara mengatasi tindak balas 

1.      Dapat ditanggung 
Sukatan ditambah secara beransur-ansur, mengambil 2 paket pada setiap pagi, tengah hari, malas dan sebelum masuk tidur agar gejala tindak balas berlaku dengan cepat. 
 

2.      Tidak dapat ditanggung : 
Sukatan dikurangkan secara beransur-ansur agar gejala tindak balas penyembuhan yang kurang selesa bereda sedikit demi sedikit. 
 

3.      Langkah-langkah elak ketakutan: 
Bermula dengan sukatan yang kecil misalnya 1 paket pada pagi dan 1 paket pada waktu malam untuk meminimumkan gejala tindak balas. Kemudian tambahkan sukatan secara berperingkat apabila sudah dapat menyesuaikan diri. Cara pengambilan ini sudah tentu akan menggandakan tempuh masa yang diperlukan untuk mencapai penyembuhan menyeluruh tetapi ia adalah satu-satunya cara untuk menanggung gejala tindak balas. Cara ini amat sesuai diamalkan oleh
mereka yang menghadapi tekanan darah rendah, tekanan darah tinggi, sakit jantung, mereka yang pernah menjalani pembedahan jantung, gout dan orang tua yang uzur. 
 

4.      Memperbanyakkan pengambilan air.
Minum air yang banyak ketika tubuh badan menyingkirkan toksin, 2000-3000CC sehari untuk merancakkan etabolisme dan mengurangkan gejala tindak balas. 
 

5.      Berasa relaks 
Gejala tindak balas adalah satu peringkat yang mesti dilalui sebelum tubuh badan kembali sihat dan cergas semula. Hadapi tempuh pemulihan ini dengan perasaan relaks demi kesihatan yang sejati.

 

Tindak balas pemulihan yang biasa dialami dan cara mengatasinya 

1.      Najis lembik (berbentuk pes) 
Sebab: 
Mukus di dalam usus berfungsi melindungi dinding usus daripada dikakis asid gaster dan menapis nutrien yang diserap; mukus yang berlebihan boleh menjejaskan daya penyerapan nutrien dan fungsi yang dimainkan oleh enzim di sini ialah menghapuskan mukus yang berlebihan itu. Campuran najis, mukus dan air berbentuk pes akan disingkirkan dari tubuh badan. Perut tidak berasa sakit, berbeza dengan cirit birit biasa. 
Cara mengatasi: 
Terus mengambil. Keadaan akan kembali menjadi normal selepas 2-3 kali membuang najis lembik 
 

2.      Sembelit 
Sebab: 
Gejala ini biasanya menimpa mereka yang pernah mendapat sembelit 
1)Pesakit tidak kuat makan dan kerana daya penyerapan usus telah diperkuatkan oleh enzim, maka sisa (najis) akan menjadi kurang dan desakan untuk membuang air besar juga kurang. 
2) Pesakit tidak meminum air yang mencukupi, usus besar dan kecil menyerap air dalam najis di usus, menyebabkan najis menjadi keras. 
Cara mengatasi: 
1) Minum minimum 2000-3000CC air sehari 
2) Memperbanyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat 
3) Memaksa diri dan menetapkan masa membuang air besar. 
4) Bersabar beberapa hari, apabila selera makan bertambah secara semulajadi (enzim membantu memperbaiki daya pencernaan), sembelit akan hilang. 
 

3.      Membuang air kencing dengan kerap 
Sebab: 
Tubuh badan bengkak (ederma). Lebih ketara pada pesakit buah pinggang. Disebabkan oleh kehilangan fungsi pengimbangan air, air yang berlebihan tertakung di ruang antara tisu tubuh sehingga bagan kelihatan bengkak. Setelah mengambil enzim, fungsi pengimbangan air buah pinggang akan dapat dipulihkan dengan cepat. Air yang berlebihan dalam tubuh badan dapat dikumuhkan menerusi salur kencing ke luar tubuh badan. Sebab itu seseorang perlu membuang air kencing dengan kerap. Keadaan akan kembali menjadi normal. 
Cara mengatasi: 
1) Merka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya meneruskan dengan dos asal 
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh mengurangkan dos tapi mengambil secara kerap (1 bungkus setiap 2 jam, 6-8 bungkus sehari) 
 

4.      Gatal-gatal 
Sebab: 
Mereka yang mengalami gangguan hepar dan buah pinggang periferal salur darah dan ruang antara tisunya mudah ditakung sisa, toksin dan elemen logam berat. Enzim dapat mengumuhkan bahan-bahan merbahaya ini dengan berkesan,
menyingkirkannya menerusi air kencing dan sebahagiannya pula disingkirkan menerusi kelenjar peluh. Sebab itu, pesakit akan terasa gatal-gatal 'setempat atau seluruh badan'. 
Cara mengatasi: 
1) Terus ambil atau tingkatkan dos sehingga rasa gatal-gatal hilang sama sekali apabila toksin di dalam tubuh badan disingkirkan seluruhnya. (Rasa gatal-gatal mungkin berlarutan untuk beberapa hari atau berbulan-bulan) 
2) Kurangkan dos jika gatal-gatal bertambah serius. Bahagian terlibat jangan digaru dengan tangan. 
 

5.      Pesakit Ulser Mengalami Rasa Panas Yang Menyakitkan 
Sebab: 
Enzim mempunyai daya menentang keradangan dan mengaktifkan sel-sel yang hebat. Apabila enzim terkena pada bahagian ulser dan bertindak mengumuhkan sel-sel yang mati dan virus, saraf pesakit akan terangsang dan pesakit akan terasa panas dan sakit bagai ditusuk atau berasa murung. 
Cara mengatasi: 
1) Kurangkan dos tapi mengambil secara kerap (1 bungkus setiap 2 jam, 6-8 bungkus sehari) 
2) Ambil selepas makan untuk meredakan gejala-gejala yang tersebut di atas. 
 

6.      Pesakit Artritis, Tumor,Gout,Kecederaan Dalaman (Darah beku) Mengalami Kesakitan Bagaikan Disentak 
Sebab: 
Enzim mempunyai daya pembersihan darah yang kuat dan dapat mengumuhkan kuman, virus dan sisa - sisa dalam kuantiti besar di bahagian yang bermasalah. Apabila saraf terhimpit oleh sisa-sisa ini, kesakitan bagaikan di sentak akan
terasa. 
Cara mengatasi: 
1) Mereka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya terus mengambil sehingga tidak berasa sakit lagi, malah mengambil dengan lebih kerap, 3-5 kali sehari, 2 bungkus sekali. 
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh mengurangkan dos sehingga 2 bungkus sekali dan 2 kali sehari, sekali pagi dan sekali lagi waktu malam. 
 

7.      Mereka yang lemah resam tubuh dan diserang pelbagai penyakit, sakit tenat dan kurang darah akan mengalami gejala sementara seperti letih, lemah anggota, pening dan loya. 
Sebab: 
Tubuh badan kekurangan enzim dan perubahan kimia juga lemah. Penambahan enzim akan mencetuskan perubahan kimia yang kuat serta-merta, lebih kuat dalam kes lemah resam tubuh badan. 
Cara mengatasi: 
Bermula dengan dos yang kecil iaitu 2 bungkus sekali, seklai pagi dan sekali lagi pada waktu malam. Apabila sudah biasa, tambah dos secara beransur-ansur. 
 

8.      Jantung berdebat 
Sebab: 
Bagi pesakit jantung, selepas mengambil enzim, sebahagian sisa dalam salut darah dan darahnya akan terurai, membolehkan darah dalam tubuh badan mengalir dengan lebih lancar. Pesakit akan terasa jantungnya berdebat atau berdenyut dengan lebih kuat. Pesakit tekanan darah tinggi yang serius biasanya akan mengalami gejala ini. Ia adalah
tindak balas yang normal dan positif. 
Cara mengatasi: 
1) Mereka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya meneruskan dengan dos asal. 
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh mengurangkan dos sehingga 2 bungkus sekali, sekali di waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam. 
 

9.  Pesakit bronkitis, asma, pneumonektasis mengalami gejala banyak berbatuk dan banyak kahak 
Sebab: 
Batuk merupakan satu tindak balas yang semulajadi. Apabila paru-paru atau bronkus dimasuki bendasing atau dijangkiti kuman, paru-paru akan merembeskan banyak mukus (kahak) untuk membaluti bendasing atau kuman ini sebelum ia disingkirkan dari tubuh badan dengan berbatuk. Ini satu refleks semulajadi. Seseorang akan terus batuk selagi bendasing dan kuman tadi tidak disingkirkan. Enzim menguraikan kuman di dalam bronkus dan merangsang paru-paru untuk merembeskan lebih banyak mukus. Sebab itu seseorang akan banyak berbatuk dan banyak kahak, lebih-lebih lagi individu yang mengalami pneumonektasis. Enzim akan menguraikan mukus yang termendap di permukaan paru-paru pesakit pneumonektasis. Pesakit ini akan berbatuk untuk jangka masa yang agak lama, mengeluarkan kahak yang banyak, pekat dan kekuning-kuningan warnanya; kahak akan berubah dari pekat ke cair dan berwarna keputih-putihan. Ini merupakan satu proses yang mesti dilalui sebelum pesakit dapat sembuh sepenuhnya. 
Cara mengatasi: 
1) Mereka yang dapat menanggung dinasihatkan supaya meneruskan dengan dos asal. 
2) Mereka yang tidak dapat menanggung boleh mengurangkan pengambilan menjadi  2 bungkus sekali, sekali waktu pagi dan sekali di waktu malam.

 

 

Home

Penemuan baru aktifkan enzim

Kekurangan enzim ...jejaskan kadar metabolisme

Keberkesanan Life Enzyme terbukti secara saintifik.

Testimoni

 Enzyme FAQ

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1