Kekurangan enzim ...jejaskan kadar metabolisme

TUBUH manusia umpama sebuah kilang kimia yang kompleks di mana berlaku perubahan-perubahan kimia secara berterusan di dalamnya.

Kelancaran perubahan kimia itu pula bergantung kepada kerjasama ratusan ribu jenis enzim yang mempunyai pelbagai peranan yang tersendiri.

Dengan enzim sebagai pemangkin, telur dan air mani dapat bersatu, sel-sel di dalam tubuh menjadi aktif, fenomena biotik terbentuk dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, proses perubahan kimia yang berlaku di dalam badan akan menyebabkan sebahagian enzim akan menjadi kurang atau rosak.

Sedangkan kekurangannya boleh menjejaskan metabolisme sesetengah organ serta menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius sehingga boleh mengancam nyawa.

Memandangkan badan hanya berdaya menghasilkan sebahagian kecil enzim, selebihnya perlu diperoleh melalui pemakanan harian untuk membolehkan jumlah enzim dapat diimbangi.

Bagaimanapun, untuk memperoleh enzim sebagaimana yang diperlukan oleh badan bukanlah perkara mudah kerana enzim kompleks sukar diperoleh dalam satu bahan makanan.

Dalam usaha tersebut, CNI Enterpise (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan CNI Life Enzyme yang bermutu tinggi.

Produk kesihatan daripada jenis Enzim Kompleks ini terhasil selepas 30 tahun kajian dijalankan oleh seorang penyelidik dan pengkaji enzim dari China, Cheng Ming Ho.

Dalam usaha mempertingkatkan mutu dan rumusan produknya, Cheng telah mendirikan kilangnya sendiri untuk memastikan enzim yang dihasilkan semula jadi dan berkesan.

Berbeza dengan enzim lain, CNI Life Enzyme merupakan enzim kompleks yang terbentuk daripada pelbagai enzim tunggal serta dapat bertindak balas dengan pelbagai bahan.

Ia dihasilkan dalam bentuk serbuk melalui proses ekstrak yang rumit serta memerlukan kos yang tinggi.

Bagaimanapun, bentuk serbuk ini lebih mantap serta mempunyai daya adaptasi kepada persekitaran yang lebih baik berbanding enzim dalam bentuk cecair yang dihasilkan melalui teknik kultur dan penapaian.

Pengambilan enzim ini dapat menyelaraskan persekitaran dalaman tubuh badan, membersihkan darah, membina sel-sel baru, bersifat antiradang, antibakteria dan menjadikan proses penceraian yang lebih mantap di dalam badan.

Berdasarkan pengakuan orang ramai yang pernah mengambil enzim ini, ia terbukti dapat merawat ulser perut, kencing manis, penyakit kulit, tekanan darah tinggi, menurunkan berat badan dan lain-lain lagi.

Ini kerana CNI life Enzyme mempunyai keaktifan atau data penggerak enzim yang tinggi kerana ia bukan sahaja tidak hilang malah keaktifannya meningkat tiga kali ganda apabila suhu meningkat kepada 80 darjah celcius.

Di samping itu, CNI Life Enzyme juga tidak memerlukan sirap dan sebarang bahan penstabil untuk memantapkan keaktifannya.

Malah, ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk kerana keaktifannya kekal mantap lebih dari 10 tahun jika di simpan di tempat kering dan nyaman.

Apa yang lebih penting, pengambilan enzim bukan sahaja terbukti berkesan, tetapi juga selamat.

Ini kerana ia bersumberkan bahan mentah yang semula jadi tanpa bahan pengawet, agen antioksida, sakarin pewarna, perisa dan tanpa enzim haiwan.

Malah, CNI Life Enzyme juga tidak mengandungi logam berat, sisa-sisa racun rumpai, antibiotik, kuman potogenik dan sebarang ubat atau dadah perubatan barat kerana ia dihasilkan sepenuhnya daripada bahan semula jadi yang murni dan bersih.

Petikan dari © UTUSAN MELAYU (M) keluaran 23/03/2001

Hosted by www.Geocities.ws

1