English Version
Laman Utama
CNI
Produk
Artikel
Testimoni
Intan Jutawan
Jadi Ahli
Yayasan CNI
Link

Guestbook

Hubungi Kami

CNI Enterprise (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada September 1989 yang pada mulanya dikenali sebagai Forever Young. Kemudian pada tahun 1992, apabila Forever Young bergabung dengan sebuah syarikat jualan langsung terbesar di Indonesia iaitu PT Nusantara Sun Chorella, bermulalah nama Creative Network International. Sebuah syarikat jualan langsung antarabangsa yang beribu pejabat di Malaysia.Di Indonesia, CNI dikenali sebagai PT Centranusa Insan Cemerlang.

CNI merupakan salah satu dari 3 syarikat jualan langsung terbesar di Malaysia. Bermula dengan hanya menyewa sebuah kedai 2 tingkat, CNI pada hari ini telah mempunyai wismanya sendiri yang terletak di Hicom-Glenmarie Park, Shah Alam dengan keluasan tanah 8 ekar. Wisma CNI, dengan harga keseluruhan nya hampir RM60 juta termasuh 2 buah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) yang dibina tanpa membuat pinjaman wang dari mana - mana bank, dengan hanya menggunakan wang hasil dari perniagaan ini adalah satu bukti kukuh komitmen syarikat kepada kesemua pengedar-pengedarnya yang berjumlah hampir atau melebihi 200 ribu orang di seluruh Malaysia.

CNI telah melebarkan jaringan perniagaannya ke Hong Kong, Brunei dan yang paling penting, Amerika Syarikat, negara yang memulakan perniagan jualan langsung juga telah diterokai CNI. CNI juga telah berjaya mendapat kebenaran untuk membuka cawangannya di Singapura iaitu sebuah negara yang sebelum ini tidak membenarkan langsung sebarang corak perniagaan seperti ini. CNI sedang di dalam proses untuk membuka cawangannya di India dan di Thailand dan berkemungkinan besar di beberapa negara Eropah..

Sehingga hari ini, kejayaan CNI bukan hanya kepada syarikat malah, ramai usahawan-usahawan telah berjaya di dalam CNI dan CNI telah berjaya melahirkan ramai jutawan daripada semua kaum di Malaysia termasuk dua wanita yang berasal dari Singapura.

Pelaburan CNI

   Modal Berbayar 1989   : RM 120 ribu
   Modal Berbayar 1993   : RM 2.4 juta
   Modal Berbayar 1994   : RM 6.0 juta
   Modal Berbayar 1995   : RM 12.0 juta
   Modal Berbayar 1997   : RM 18.0 juta

Rangkaian Aset CNI Malaysia

Tanah seluas 8 ekar yang bernilai RM 5juta di Taman Perindustrian Hicom Glenmarie, Shah Alam

Wisma 3 tingkat yang dibina bernilai RM 25juta di Taman Perindustrian Hicom Glenmarie, Shah Alam

2 buah kilang bertaraf GMP yang dibina bernilai RM 15juta di Taman Perindustrian Hicom Glenmarie, Shah Alam

Projek CNI Beauty World yang bernilai RM l juta di Wisma CNI

Rangkaian Aset CNI Indonesia

Kolam pembiakan Klorela (rumpai laut) yang terbesar di Indonesia dibina di Jawa Barat

Graha CNI 13 tingkat yang dibina bernilai RM 15juta di Jakarta, lndonesia

Rangkaian Aset CNI di USA

Sebuah pejabat yang dibina dianggarkan bernilai RM 2juta di Colorado, Amerika Syarikat

Rangkaian Aset CNI Hong Kong

CNI Agro Resort yang dibina seluas 1,666 ekar bagi tujuan penanaman buah - buahan tropika di Wilayah Ghuang Zhoung

Rangkaian Aset CNI Singapura

Sebuah pejabat dibuka di Automobile Megamart, Singapura

ANUGERAH YANG DITERIMA

  • Syarikat Jualan Langsung Paling Cemerlang 1993
  • Syarikat Jualan Langsung Tempatan Paling Popular 1994
  • Syarikat Jualan Langsung Paling Professional 1994
  • Syarikat Jualan Langsung Paling Berwibawa 1995
  • Pemenang 10 Anugerah Wau Jualan Langsung 1995
  • Pemenang Anugerah 'Master Of MLM' 1996 oleh Majalah "Today Direct Selling"
  • Pemenang Anugerah 'Master Of MLM' 1997 oleh Majalah "Today Direct Selling"
  • Pemenang Anugerah 'Master Of MLM' 1998 oleh Majalah "Today Direct Selling"
  • Penganugerahan Doktor Falsafah Kehormat Dalam Pengurusan MLM kepada Pengarah Urusan CNI, Encik P.C.Koh, Oleh Universiti Summit , USA
Hosted by www.Geocities.ws

1