|
|
|
|
PENGAWALAN JANGKITAN CMV Pengawalan CMV masih menjadi masalah kerana ianya boleh menginfeksi banyak spesies tumbuhan dan tersebar oleh banyak spesies afid. Keluasan perumah, kekurangan insektisid dan kemunculan strain baru yang virulen menambahkan lagi masaalah yang sedia ada. Banyak kaedah telah ditemui untuk pengawalan jangkitan virus dan secara ringkasnya boleh dikelaskan kepada dua iaitu kovensional dan bukan konvensional. Pengawalan CMV secara Konvensional · Pemusnahan vektor Vektor merupakan punca utama perebakkan virus yang menyebabkan penyakit tumbuhan seperti afid dan kupu-kupu putih. Kaedah yang ditemui oleh Wyman dengan menggunakan kertas alumunium dan mulche putih dalam mengurangkan populasi afid pembawa virus mozek tembikai (WMV). Davies & Shiffris (1983) mendapati terdapat perbezaan antara jangkitan penyakit terhadap daun petola normal dengan daun yang mempunyai genotip warna keperak-perakkan. Selepas sebelas minggu diinokulat dengan CMV dan clover yellow vein virus (CIYVV), 96% petola berdaun keperak-perakkan masih hidup berbanding hanya 19% petola berdaun normal. Ini menunjukkan bahawa, daun keperak-perakkan telah bertindak seperti mulche yang menyebabkan vektor kurang tertarik kepadanya. Penggunaan sungkupan (alumunium atau plastik) boleh membantu pengawalan jangkitan virus di ladang iaitu menghalang afid daripada hinggap pada tumbuhan tersebut. Cohen (1981) pula mendapati jangkitan CMV dan virus ubi kentang (PVY) ke atas pokok cili di Israel berkurangan setelah menggunakan jaring berwarna yang mempunyai mata jaring 10x3mm. Penggunaan kertas bergetah berwarna kuning yang diperbuat daripada polietilena juga dapat menghalang serangan vektor . Sungguhpun juga boleh mengurangkan pertandingan dengan lalang atau rumput yang merupakan perumah semulajadi CMV. · Kawalan Kimia Kawalan kimia merujuk kepada penggunaan sebatian kimia yang toksik kepada virus, contohnya penyemburan minyak terhadap pokok lada hitam, tomato, ubi kentang dan lili. Didapati minyak mempengaruhi pemindahan virus oleh afid yang mana dipengaruhi oleh sifat tanaman dan afid serta potensi inokulum. · Varieti Rintang Kerintangan infeksi virus diperantarakan oleh pengekspresan berkesan atau penukaran gen replikasi dalam tumbuhan transgenik merupakan kaedah penting dalam mengawal jangkitan virus terhadap tanaman. Kaedah ini murah, selamat dan berkesan.
Pengawalan CMV Bukan Konvensional · Perlindungan silang Kaedah perlindungan silang dipraktikkan bagi mendapatkan tumbuhan yang rintang kepada jangkitan sesuatu strain virus dimana ia terlebih dahulu didedahkan terhadap strain virus tersebut yang telah dilemahkan Terdapat tiga mekanisme perlindungan silang:- a) Replikasi virus pencabar dihalang oleh penggunaan faktor perumah untuk replikasi virus pelindung. b) Interaksi antara RNA-RNA virus pencabar dan virus pelindung iaitu penyepuhan molekul RNA erti dan antierti yang menghalang replikasi dan transmisi virus pencabar c) Perencatan virus pencabar oleh sarung protein virus pelinding secara langsung seperti pengkapsulan RNA virus pencabar oleh sarung protein atau secara tidak langsung melalui penghalangan pembentukan dan fungsi stripsom pada peringkat awal infeksi virus pencabar. · Kerintangan Berperantaraan Sarung Protein(CP) Kerintangan ini berasaskan kepada konsep perlindungan silang. · Pengawalan Berperantara RNA-Satelit
RNA satelit boleh mempengaruhi pengekspresan jangkitan oleh CMV dengan menekan atau memburukkan lagi penghasilan simptom. RNA satelit adalah parasit molekul bagi CMV dimana tumbuhan divaksinkan dengan CMV yang membawa strain RNA satelit dan berlaku interaksi RNA-RNA.
|
|
Send mail to
[email protected] with
questions or comments about this web site.
|