|
|
|
|
KESAN PERSEKITARAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENYAKIT · Tiga faktor penting perlu wujud bagi membolehkan sesuatu penyakit itu berkembang dengan optimum iaitu:- a) Tumbuhan yang rentan b) Patogen infektif c) Persekitaran yang menguntungkan patogen · Faktor-faktor persekitaran yang paling banyak mempengaruhi permulaan dan perkembangan penyakit tumbuhan berjangkit iaitu suhu, kelembapan, cahaya, nutrien dan pH tanah. Kesan-kesannya terhadap penyakit ialah dengan mempengaruhi pertumbuhan atau pun kerentanan perumah, penggandaan dan kegiatan patogen, saling tindakan antara perumah dan patogen serta tahap keparahan perkembangan gejala. · Perkembanagan penyakit yang paling cepat iaitu masa yang paling pendek yang diperlukan untuk satu kitar penyakit biasanya terjadi dalam suhu optimum untuk perkembangan patogen. · Kelembapan juga akan mempengaruhi permulaan dan perkembangan penyakit. Kelembapan yang tinggi akan meningkatkan kelembutan tumbuhan perumah sehingga boleh menanbahkan kerentananya terhadap patogen tertentu dan juga mengurangkan kemampuan perumah untuk mempertahankan dirinya akibat kekurangan oksigen di dalam tanah yang terendam di dalam air serta penurunan suhu tanah tersebut. · Kesan-pH tanah juga mempengaruhi nutrien-nutrien yang terdapat di dalam tanah dan ini seterusnya akan memepengaruhi kesihatan tumbuhan tersebut lalu mempengaruhi kerentanan tumbuhan terhadap patogen. · Angin juga boleh menyebabkan kecederaan kepada permukaan tumbuhan ] apabila angin bertiup dan menggeselkan tumbuhan di antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan sebaran penyakit ini. |
|
Send mail to
[email protected] with
questions or comments about this web site.
|