Haii.. Apa Khabar? Selamat Datang Diucapkan Ke MalaweB                          Haii.. Apa Khabar? Selamat Datang Diucapkan Ke MalaweB                          Haii.. Apa Khabar? Selamat Datang Diucapkan .
www.beca9.blogspot.com

Ni pun salah satu budak gengjurnal agaknya. Tapi aku rasa dia ni dah lama tak kemaskini lamannya. Kali terakhir bulan sepuluh 2002. Dia lawat laman akupun masa laman lama aku yang dah jadi arwah tu. Pun laman yang memboringkan sebab takdak gambo. Jenoh jugak nak aku buatkan ikon untuk dia ni. Tapi apakan daya takdak ikon le nampaknya. Aku rasa dia ni dah tak berminat nak buat jurnal lagi kot. Ataupun terlampau sebok ngan kerjayanya sekarang. Agaknya kalau dia terserempak ngan laman aku, nasihat aku padanya. Updatelah laman lu tu....................... MalaweB

toksik.blogspot.com

Inipun salah seorang jurnalistik dari gengjurnal. Sebenarnya lama dah dia ni lawat web aku. Masa tu laman aku yang lama. Ok. Laman dia ni boring sket. Sebab takdak gambo. Yang adapun logonya. Itupun entahlah gambo budak mana tengah ngaji. Gambo dia masa kecik kot. So gambo nilah yang jadi ikon untuk pengkisahan laman dia ni. Berkisar tentang kepala otak dia.Segalanya tentang cerebrum, cerebellum, medula oblongata, hypothalamus & thalamus. Nak tahu apake bendanye tu? Jom ke laman mamat ni. (jantan ke pompuan entahle)....................... MalaweB

manmoncang.cjb.net

Terima kasih jugak buat mamat ni. Sebab linkkan laman aku kat laman dia. Seorang pensyarah dan berasal dari Perak katanya. Jugak ahli gengjurnal agaknya, komuniti para jurnalistik banyak yang menjadi koleksi linknya. Meminati benda-benda yang mungkin kurang diminati oleh muring-wen agaknya. (alah... benda tu lah...) Jugak linkkan laman muring di lamannya. Sebuah laman yang cukup ringkas Output dan visual untuk koleksi foto, about tentang dirinya, connection untuk koleksi laman webnya dan input buat para pelawatnya........................ MalaweB

run.to/muringwien

Seterusnya laman ni pulak jugak salah saorang teman dari seberang. Indonesia. Aku agak mamat ni terserempak ngan laman aku masa nak cari bluehikari. Dari ekspresinya nampak tergezut gitu. Mungkin tak biasa dan masih SUCI gitu. Tapi takpa aku kisahkan jugak laman dia ni. Pun sama macam bluehikari sebuah laman jurnal peribadi. Agak lucu sikit sebab katak jadi ikonnya. Mungkin peminat katak agaknya........................ MalaweB

www.bluehikari.com

Wokehhh... Pertama sekali aku ucapkan tima kacih daun keladi buat mamat sekor ni. Sebab sudi surf web aku. Oleh dengan itu makanya aku briefkan sedikit tentang webnya. Bluehikari atau Rudy adalah nama pemiliknya. Apa yang aku nampak dia ni dulu belajor kat Nipon dan berasal dari Banting, Selangor. Salah saorang ahli gengjurnal dan webnya pasti dipenuhi dengan jurnal peribadi dan coretan peribadi muncul dari benak jiwa seorang petugas kerajaan....................... MalaweB

www.isnaini.tk

Mmmm... Ini nampaknya laman rakan kita dari seberang. Indonesia gitu dong. Seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang grafik. Lamannya juga menarik, comel dan kiut. Turut disediakan khidmat senarai lelaman. Aku turut tambah laman aku kat dia ni. Entahlah kalau dia ni berminat nak senaraikan laman aku. Pernah merangkul pelbagai anugerah laman web yang aku kepingin nak menanginya juga. Itu aje.......................... MalaweB

members.tripod.com/loverzone

Ok. Yang ni pulak nampak macam laman web peribadi. Tapi.... ha... ada tapinya. Ada satu masalah sikit sebab bahasanya lain dpd yang lain. Entahlah. Akupun tak tahu bahasa apa yang dia ni pakai. Tapi ada campur bahasa inggeris sikit. kalau nak tahu lebih detail kenalah emel kat dia ni. Aku rasa dia ni saorang jantan. Sebab emelnya darkman. Jadi bagi gadis-gadis kalau nak berkenalan bulehle emel kat mamat sekor ni............................ MalaweB

www.caremail.com

Laman web nipun menyedia khidmat emel percuma. So kalau tak ada emel atau saja-saja nak tambah emel, bolehle mendaftar dengan laman ini. Selain tu ia turut menyediakan khidmat carian laman web yang mempunyai senarai topik tertentu.............................. MalaweB

www.zawaj.com

Zawaj ni spesel sikit sebab ada khidmat mencari pasangan hidup khususnya yang beragama Islam. Berbahasa Inggeris. Ada info pasal perkahwinan, pakaian pengantin, soal jawab, bab Al Quran dan hadis, haji dan banyak lagi. Ada lagi yang paling best iaitu bincang tentang topik seks. Nak tahu apa dia. Jom ke sana............................. MalaweB

www.cari.net.my

Laman web ni menyedia khidmat emel percuma. Macam yahoo dan hotmail dan jugak lain-lain emel yang kurang terkenal. Ini adalah emel yang diselia oleh orang tempatan iaitu rakyat Malaysia. Khabarnya ia telah beroperasi semenjak tahun 1996 lagi, lama jugak tu. So kalau tak ada emel atau saja-saja nak tambah emel, bolehle mendaftar dengan laman ini............................ MalaweB

www.hotspotz.com.my

Hotspotz jugak sejenis injin carian laman web dan agak istimewa sebab ada tawaran kerja kosong (khususnya di Malaysia). Jadi buat sesapa yang masih tak bekerja tu bolehlah mendaftar dgn laman ni dan dapatkan info terkini tentang kerja kosong kat emel anda........................... MalaweB

www.altavista.com

Ok. Ini pulak laman web jenis injin carian. Kurang lebih macam injin carian Yahoo.com. Kalau anda nak cari sesuatu laman web atau sesuatu perkara cuma taipkan perkataan yang berkaitan di ruang yang disediakan dan klik Cari/Find. Maka terpaparlah senarai laman web yang berkaitan dan buatlah pilihan anda. Itu aje. Senang bukan?.......................... MalaweB

telatah.org.kg

Ni pulak laman telatah org kampong. Ok memula sekali anda kena mendaftar dengan laman ini. Kena jadi ahli dulu baru boleh menikmati segala informasi dan foto yang disediakan. Ada forum juga untuk para ahlinya. Juga anda boleh menyenaraikan laman sendiri di slot web link. Pelbagai artikel juga disediakan yang mana turut dihantar oleh ahli-ahli terbabit. Gambar menarik juga ada, sadispun ada. Jadi cepat daftarkan diri anda di sini.......................... MalaweB

digitalforce.cjb.net

Ok. Laman ni macam laman sifoo yang mementingkan grafik tapi taklah selengkap sifoo. MInat kepada grafik membawa webmaster ni menghasilkan wallpaper yang agak menarik. Info yang tertera mengatakannya seorang pleajar di Malaysia entahlah pulak sehingga kini masih belajar lagi atau telah bekerja. Buku tamunya tak boleh dimasuki. Aku rasa laman ni dah lama ditinggalkan. Lama dah tak dikemaskinikan agaknya. Mungkin sebok kot. Walau apapun tahniah kerana berjaya menghasilkan laman yang ringkas tapi dengan idea yang menarik........................... MalaweB

stop.to/mistika

Haaa... Laman ni boleh dikira dasat jugak. Koleksi gambar dan info yang mistik gitu. Sebenarnya ada dua laman satu lagi lamanajaib.topcities.com seperti yang tertera di paparan awal. Webmistresnya agak menakutkan terselindung disebalik gambaran yang diberikan. Harap-harap taklah sebegitu di alam realitinya. Intro webmistresnya agak patriotik sikit dan berjiwa waja. Sangat bencikan Amerika dan sekutunya. Tapi bukan itu yang nak diutamakan. Yang pasti paparan koleksi dari mistika dan lamanajaibnya amat menarik hati dan kadangkala sadis jugak mengerikan. Cubalah surf kalau nak tahu.......................... MalaweB

www.sifoo.com

Laman ni pulak bertindak selaku laman tutorial untuk mereka yang meminati dunia grafik dan multimedia. Samada menggunakan aplikasi Photoshop, Macromedia dan sebagainya. Sangat berinformasi dan lengkap dengan segala keperluan seorang pakar grafik. Yang menariknya ia adalah berbahasa Melayu sepenuhnya. Jadi amat berguna untuk anda yang taksub dengan alam grafik menimba ilmu grafik dari sini. Mudah difahami. Pengasasnya ialah webmaster Imran Abdul Jabar. Aku memang tak kenal langsung mamat ni. Tapi dengan tapak yang bernama sifoo ni aku rasa mamat ni memang sesuaiiii sangat dinamakan SIFOO. ......................... MalaweB

www.gengjurnal.net

Orait. Seterusnya laman komuniti penulis-penulis jurnal. Mereka ni digabungkan dalam satu laman. Sebab/motif utama adalah kerana mereka menulis jurnal diri sendiri dalam laman masing-masing. Kiranya gengjurnal ni menghimpunkan webmaster-webmaster yang bersifat jurnalistik. Ada banyak pautan laman-laman yang dikira kreatif dan menarik tapi ada jugak yang membosankan sebab yang ada cuma penulisan itu aje. Foto boleh kira ngan jarilah. Ok berbalik pada gengjurnal ni nampaknya ada organisasi yang teratur yang terdiri dari kalangan jurnalistik jugak. Ada juga aktiviti luar dan perjumpaan dilaksanakan untuk merapatkan hubungan sesama mereka. Bagi anda yang ingin terlibat sama boleh mendaftar dengan syarat ada laman jurnal sendiri. Itu aje......................... MalaweB

www.baung.com

Ok. Ini adalah sebuah laman yang menghiburkan sebab ada disediakan lagu latar yang memang rancak. Lama jugak aku mengikuti perkembangan laman ini. Terkini aku dapati webmasternya telah mendapat tapak tetap iaitu www.baung.com. Kalau dulu tapaknya surf.to/baung. Dia ni jugak salah seorang webmaster utk laman web radio ERA. Hah? Camana tahu. Senang aje. Aku ni ada sedarah sedaging dengan Mamat sekor ni. Itu aje. So nak tahu lebih lanjut jom ke sana. Satu lagi dia ni master dalam bab-bab grafik. Kira okle tu........................ MalaweB

www.sfogs.com

Ini pulak satu lagi web yang berpuaka dari Singapura. Seberang jugak ni. Singapore First Online Ghost Stories itulah nama panjangnya. Sama macam yang tadi ada kisah hantu dan foto hantu. Tapi dalam bahasa Inggerislah. So surflah kalau tak takut....................... MalaweB

www.fotohantu.com

Ok. Web ni pulak berkait dgn dunia seram. Dunia hantu. Terdapat slot utk gambar-gambar hantu, cerita hantu dll. Web ni dari seberang iaitu Indonesia. Cubalah surf kalau berani...................... MalaweB

www.deiman.nl/weird/

Ini pulak laman pelik lagi aneh yang memuatkan foto dan imej yang pelik dan aneh jugak. Pelbagai imej menarik menjadi tatapan anda semua. Tak terkecuali foto lucu yang kiut sekali..................... MalaweB

www.shownomercy.com

Anda gemarkan sesuatu yang mengerikan? Ok laman ini khas buat anda yang berselera sebegitu. Laman yang khas untuk imej ngeri dan menakutkan. Bukan hantu tapi perlakuan ngeri dan sadis ke atas tubuh badan manusia. Sama seperti tajuknya Tiada Belas Kasihan. Ok jangan termimpikan imej ngeri tu sudahlah. Tak semua slot terdapat imejnya hanya slot Morgue dan Miscellaneous sahaja setakat ini dipenuhi imej kejam..................... MalaweB

www.occultopedia.com

Sama seperti crystallink memuatkan artikel tentang perkara mistik dan pelik. Seolah-olah seperti kamus perkara mistik yang lengkap dengan penerangannya. Kurang dari segi imej dan foto.................... MalaweB

www.crystalinks.com

Laman ni paling menarik. Pelbagai info tentang dunia paranormal dan mistik serta purba dikisahkan dgn begitu lengkap sekali. Turut disertakan dgn imej dan foto yang menarik dan terkadangkala tidak pernah dilihat sebelum ini. Webmasternya seorang wanita bernama Ellie Crystal. Lagaknya seorang yang amat luas ilmu pengetahuannya. Seorang pensyarah, psikik, pengkaji, terapi, juru Reiki, guru, penulis buku, penyampai dan seorang pengaturcara. Tidak mustahil setiap artikel dikisahkan dengan begitu teliti sekali. Ada juga e-zine untuk anda yang gemarkan dunia mistik dan purba................... MalaweB

www.photo.box.sk

Oklah kita lupakan pasal alam paranormal. Mari kita teliti laman ini. Ia lebih ke arah kesenian. Seni foto. Laman ini lebih merupakan komuniti utk para pencinta fotografi mempamerkan hasil seni foto mereka utk tatapan ramai. Pelbagai gaya dan aksi foto dipaparkan disini. Turut dimuatkan bio tentang mereka yang menyumbangkan foto ke laman ini. Terdapat tip dan petua utk mereka yang berminat dgn bidang fotografi.................. MalaweB

www.alienhunter.org

Ini pulak sama macam laman yang tadi fanatik kepada UFO. Diselenggara oleh Derrel Sims 'Si Pemburu Makhluk Asing' yang cuba membongkar kisah penculikan oleh makhluk asing dan implan makhluk asing. Beliau berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas berkaitan dgn dunia terapi dan makhluk asing. Laman ini dilengkapi dgn bio ringkas beliau dan turut memuatkan info tentang usaha beliau berkaitan dgn UFO. Menarik sekali apabila pasukan produksi X-files turut menemui beliau utk mendapatkan info tentang UFO................ MalaweB

www.holman.net/ufo

Ok, laman ni pulak khas direka untuk memberikan sokongan terhadap kepercayaan UFO. Ia menyediakan informasi dan penyelidikan khas untuk paranormal yang bergelar UFO. Ada juga artikel dan foto menarik berkaitan UFO............... MalaweB

www.artbell.com

Laman ni pulak lebih banyak menjurus ke arah alam paranormal. Alam hantu dan UFO gitu. Terdapat banyak artikel dan foto hantu dan UFO yang menarik sekali. Bagi anda yang fanatik dgn alam paranormal ni, semestinya laman ni spesel untuk dilawati. Kisah Crop Circle macam dlm filem Sign tu ada jugak.............. MalaweB

www.geocities.com/asidharta

Webmaster laman ni berasal dr Indon. Nampaknya dia ni berminat sangat dgn bidang multimedia dan rekabentuk web sebagai kerja sampingan. Web personal ini khas memuatkan bio ringkas tentang dirinya. Turut memuatkan pautan ke laman-laman yang diminatinya. Yang amat menarik terdapat slot khas untuk perkara pelik dan aneh. Ada foto pelik dan pautan ke laman-laman aneh............. MalaweB

www.soyouwanna.com

Web ni pulak lebih kepada penerangan lengkap tentang seuatu perkara yg sering menjadi persoalan. Umpamanya transexual, tranvestite dan sebagainya. Perkara yang menjadi persoalan meliputi pelbagai bidang seperti pelajaran, hiburan, sukan, kesihatan dan banyak lagi. Bagi anda yang cair dgn English bolehle mencari info melalui laman ini............ MalaweB

www.healthycomputing.com

Yang ni web kesihatan khas untuk anda yg kerap mengadap komputer. Ada tip dan petua kesihatan yang amat berguna. Tidak ketinggalan tip ergonomik dan beberapa artikel tentang kesihatan dan komputer. Jadi kalau anda mengadap komputer seharian tak begitu elok untuk kesihatan. Cuba ikut petua yg diberi untuk mengelakkan anda bermasalah pulak selepas guna komputer. Ok........... MalaweB

www.plantcare.com

OK bagi anda yang minat dgn tanaman hiasan dalaman atau indoor plant. Cuba lawat laman ini. Ada banyak info tentang 2,000 jenis tanaman hiasan dalaman. Tapi mungkin kebanyakkannya adalah spesis luar negara yg berhawa dingin. Namun mungkin ada beberapa spesis yang sesuai dgn iklim kita yang panas suam ni.......... MalaweB

www.myimager.com

Laman ni amat bagus sekali khas utk anda yang suka merekacipta imej utk website anda. Sebarang imej boleh dipindah ke laman ini dan diubahsuai mengikut arahan yang disediakan dan kemudian boleh disave utk disimpan. Imej myimg.jpg ni salah satu contoh yang aku adjust dari logo asal menggunakan laman ini. Cubalah memang best dan menarik......... MalaweB

www.birdpark.com.my

Ini laman khas untuk Taman Burung di Kuala Lumpur. Ia memaparkan info tentang taman ini untuk para pengunjung yang berminat datang ke sini. Turut disediakan peta lokasi untuk ke taman ini. Pelbagai kemudahan turut disediakan di sini. Pakej makan tengahari juga ditawarkan utk pengunjung. Ia juga dilengkapi dgn maklumat dan aktiviti terkini yang bakal diadakan dgn tawaran pakej menarik. Juga turut dikepilkan wallpaper gambar burung yang unik........ MalaweB

www.mydestinasi.com

Ini pulak sebuah laman khas utk pelancongan. Bagi anda yang ingin melancong bolehlah lawat laman ini. Terdapat pelbagai maklumat tentang pelancongan dari lokasinya, jadual, pakej sehinggalah ke seminar dan kursus pelancongan. So apalagi ingin melancong dan inginkan maklumat pelancongan? Cepat ke laman ini....... MalaweB

www.wni.com.my

Ok laman ni pulak khas utk anda yang inginkan maklumat kaji cuaca. Laporan cuacanya meliputi seluruh dunia bukan utk Malaysia semata-mata. Selain itu organisasi web ini turut terlibat dgn perkhidmatan multimedia....... MalaweB

www.smart.com.my

Laman ini memaparkan produk komputer yang dihasilkan oleh MIMOS Malaysia. Ia turut menyediakan maklumat tentang carta organisasi MIMOS dan maklumat syarikat...... MalaweB

www.geocities.com

Ini adalah laman web yang memberikan anda tapak dan ruang percuma untuk membina laman web peribadi. MalaweB juga menggunakan tapak ini bagi membina laman ini. Namun agak menyedihkan kerana muatan yang diberikan secara percuma agak sedikit iaitu 15MB sahaja. Jika anda memindahturun terlalu banyak fail maka laman anda akan dihentikan buat sementara waktu sebelum dibenarkan beroperasi kembali. Anda perlu mendaftar untuk mendapatkan khidmat percuma membina laman web sendiri..... MalaweB

www.rinda.com.my

Rinda adalah sebuah syarikat perusahaan makanan ringan di Malaysia. Ia terletak di No:688, Jln Perindustrian Bukit Minyak 2, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, 14100 Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Produk terawalnya aialah biskut coklat yang dihasilkan pada tahun 1982 seterusnya syarikat ini diperkembangkan dgn keluaran produk lain seperti gula-gula dan lain-lain produk makanan. Jenama yang popular adalah seperti Cipta, Darling dan ChewIn. Laman webnya ringkas dan banyak memaparkan malkumat tentang produk yang mereka keluarkan. Terdapat penerangan ringkas tentang sejarah syarikat ini.... MalaweB

www.groups.msn.com

Ini pulak laman web yang menyediakan ruang dan tapak untuk membuat grup anda sendiri. Terdapat beribu-ribu grup yang meliputi plebagai kategori. Samada di Mlaysia atau di luar negara. Ia memberi kemudahan kepada anda untuk memindahturun foto dan sebagainya. Selain dari itu and boleh menjadikannya sebagai gaaleri artikel dan foto. Ia juga turut boleh dikongi dgn individu lain dgn syarat anda perlu mendaftar dgnnya... MalaweB

www.meruboy.net

Web ini dicipta oleh Mohd Iskandar atau lebih dikenali sebagai Meruboy. Budak ni kaki motor sebab aku nampak webnya dihiasi dgn aksi motor RXZ kepunyaannya. Berasal dr Klang Selangor dan dilahirkan pada 10/04/81. Webnya nampak ringkas dgn paparan biodata, album foto, laman sembang yang dikenali sebagai #sonic, sedikit tutorial tentang IRC, kemudahan pindahturun Window 98 dan beberapa pautan laman web kegemarannya.. MalaweB

www.incari.com

Ini adalah sebuah enjin carian laman web dari Indonesia. Terdapat pelbagai kategori yang disediakan dengan beratus-rauts laman web bagi setiap kategori. Kebanyakkan laman web tersebut merangkumi keseluruhan kawasan Indonesia. Ia turut menyediakan kemudahan untuk menambah laman web baru secara terus. Tetapi anda harus mendaftar sebagai ahli aagar memudahkan anda membuat perubahan maklumat terhadap laman web di kemudian hari. Jangan lupa kata kunci yang anda gunakan. Kerana ia diperlukan apabila anda ingin membuat sebarang perubahan tentang web anda. Boleh dikatakan enjin carian ini mirip seperti www.mesra.net di Malaysia. MalaweB

Hakcipta Dipelihara. Apo Nak Dikato?


Hosted by www.Geocities.ws

1