BIODATA
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI



Saya mula bersekolah pada umur 5 tahun di Taski Abin dan kemudian bersekolah di prasekolah di SK Seri Berang ketika berumur 6 tahun. Seterusnya, saya kekal bersekolah di SK Seri Berang (2006-2011) sehinggalah tamat UPSR .




Kemudian semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 5 saya bersekolah di sekolah saya yang tercinta iaitu di SMK Tengku Ampuan Intan (2012-2016)


Semasa 2014,batch saya merupakan batch pertama yang menghadapi PT3 setelah PMR dibubarkan. Walaupun banyak ujian dan kesusahan yang dihadapi , perkara tersebutlah yang meninggalkan kenangan yang  manis dalam hidup kami.



Bersama rakan-rakan PT3 (2014)









Kenangan bersama rakan-rakan di kem pecutan akhir di 
ANGGULIA BEACH RESORT, MARANG, TERENGGANU (2014)






Setelah tamatnya PT3 ,saya mengambil aliran sains teknikal iaitu subjek fizik, lukisan kejuruteraan, kimia dan matematik tambahan serta subjek teras yang lain .




Bersama rakan sekelas 4 Ibnu Yunus (2015)








Bergambar bersama BONDA ,Puan Kamariah Binti Mamat (2016)



Pada tahun 2017 , Alhamdulillah saya menyambung pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga, saya tetap meneruskan perjuangan ini sehabis daya mungkin. Pada mulanya memang payah kerana saya tak pernah berjauhan dengan keluarga saya lagi-lagi jarak Terengganu dengan Kuala pilah tu agak memakan banyak masa untuk sampai tapi lama kelamaan dia akan menjadi satu kebiasaan dalam diri kita. Jadi , saya telah mengambil modul II selari dengan jurusan saya . Belajar benda baru memang mencabar tapi bila lagi peluang tu akan ada kalau kita tak mencuba sekarang? Betul tak ? So , doakan saya supaya kuat dari segi mental dan fizikal kat sini .



Bersama rakan praktikum S2BP7 di matrik (2017)