FAKTOR IBU
    Keadaan bayi yang dilahirkan banyak bergantung kepada faktor ibu jika ibu:-

    1. Menghidapi penyakit sifilis, gonorrhea, herpes atau AIDS : anak yang dilahirkan akan mendapat bersama penyakit itu, menjadi buta, mengalami berbagai kecacatan dan lain-lain. Ini adalah kerana penyakit-penyakit ini boleh memecah masuk ke rahim ibu ataupun menjangkiti semasa melahirkan anak.
       
    2. Merokok: anak mendapat bibir sumbing, lelangit rekah dan bila besar, anak menghadapi masalah untuk memberikan penumpuan. Merokok juga menyebabkan anak mendapat sokongan oksigen yang kurang dab boleh akibatkan pengguguran.
       
    3. Mengambil dadah: apabila anak membesar anak menjadi resah, sukar untuk duduk diam dan daya ingatannya lemah.
       
    4. Minum arak: anak jadi terencat akal, buah pinggang rosak, terdapat kerosakan pada tulang belakang dan mendapat kerosakan pada otak. Walaupun ibu minum sedikit-sedikit masih ada kesan seperti anak tidak dapat menumpu perhatian, masa untuk bertindak/reaksi agak lambat, boleh potong bekalan oksigen ke otak janin.
       
    5. Selalu tertekan: perasaan/kecerdasan anak yang dilahirkan selalunya lemah di sekolah (dari segi prestasi) menunjukkan tanda-tanda psikosomatik dan memerlukan rawatan psikaitrik.
 
 
 

 

 

 

                  Home                         Back
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Copyright © 2005 . Semua Hakcipta Terpelihara Cherry Sengmani.
Cadangan email kepada [[email protected]]

Hosted by www.Geocities.ws

1