PENDERAAN KANAK-KANAK
Ada kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang mendera mempunyai jangkaan/harapan yang tidak realistik terhadap anak, memikirkan bahawa anak itu boleh bertindak sebagai orang dewasa dan perbuatan salah anak dianggap sebagai sengaja membantah. Ibu bapa yang kurang keyakinan diri dan mempunyai pandangan terhadap diri yang rendah merupakan mereka yang sering mendera anak-anak.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa ibu bapa yang mendera pernah suatu masa dulu semasa kecil mengalami penderaan, baik dari segi fizikal atau emosional diabai. Mereka belajar menjadi agresif daripada ibu bapa mereka. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tidak semestinya mereka yang didera dahulu akan mendera anaknya sekarang.

Dapatan kajian menunjukkan juga bahawa anak yang didera mendapati sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.

Antara dapatan-dapatan lain ialah:

  • Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa mendapat sokongan sosial yang kurang seperti apabila pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
     
  • Apabila ibu bapa yang "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
     
  • Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
 
 
 

 

 

 

                  Home               Next           Back
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Copyright © 2005 . Semua Hakcipta Terpelihara Cherry Sengmani.
Cadangan email kepada [[email protected]]

Hosted by www.Geocities.ws

1