 |
| |
| |
APAKAH
KEMUNGKINAN PUNCA-PUNCANYA?
- PENGARUH
PERSEKITARAN
Ini termasuklah pengaruh iklan yang menonjolkan orang langsing,
lebih-lebih lagi perempuan, sebagai rupawan dan menarik. Akibatnya,
mereka yang gemuk akan merasa terpencil, hina dan sering diejek,
lalu mereka mungkin mengamalkan cara menahan diri daripada makan
supaya nampak langsing, juga kes yang melampau seperti "anorexia
nervosa".
Pengaruh TV, video dan media lain juga mempengaruhi citarasa, gaya
hidup dan perubahan nilai hidup. Ini berlaku apabila individu itu
meniru model yang diminatinya sebagai contoh, di Amerika ramai
remaja yang mengandung tanpa nikah kerana terpengaruh dengan
artis-artis yang "single mother" ataupun digalakkan oleh penyanyi
seperti Madonna yang menggalakkan mengandung tanpa takut kepada
sesiapa pun. Kadangkala kita dapat lihat bagaimana cerita barat
menonjolkan cinta yang selalunya berkesudahan dengan mainan asmara.
Ini membuat remaja kita merasakan bahawa memang itu adat bercinta.
- TARAF
KEMISKINAN
Antara sebab mengapa remaja lebih suka lepak di luar rumah dikatakan
berkait rapat dengan keadaan rumah yang sempit dan anak membesar
serta semakin ramai. Lagipun anak remaja sudah mahukan "privacy" dan
diri ini tidak dapat diperolehi jika rumahnya sempit dan lain-lain.
Walaupun bukan semua orang kaya itu bahagia, namun kemiskinan boleh
merupakan punca tekanan lebih-lebih kepada mereka yang mempunyai
nilai kebendaan dan juga untuk mereka yang mencari keperluan asas.
|
| |
|