 |
| |
| |
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku
terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah
sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?"
Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai
rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau
buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu
memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.
Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih
kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki
datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang
pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi
budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.
Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai
bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk
dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok
epal itu.
|
| |
|