 |
|
KISAH POKOK EPAL
SEBAGAI TELADAN KEPADA PARA REMAJA |
| |
    |
| |
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok
epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta
memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu
terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu
menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak
tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu
sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun
begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah
yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku
tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan
wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang
ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat
membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya
memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali
lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
|
| |
|