Sound+Link
KARYA SAYA



      Hai kawan-kawan!!! Dah habis melayari website saya? Hajat di hati memanglah nak buat website yang gempak giler tetapi apa kan daya ini sahaja hasil yang mampu saya ciptakan untuk paparan semua....Oh ya!!!sebelum mengakhiri segalanya-galanya terimalah seloka khas dari saya buat korang semua....




Seloka

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada semua pengunjung setia;
Dipersembahkan ragam bebudak SLG yang slumber,
Membuatkan semua lecturer tension belaka.

Cik Ayu Hartini pengajar bestari,
Mengajar kami dengan penuh dedikasi;
Segala arahan harus dipatuhi,
Kalau tak adalah yang nak kena nanti.

Dimulakan dengan cik Ina kita,
Sentiasa ngam dengan cik Sitinya;
Kemana saja asyik berdua,
Nasib baik tak berkongsi pakwe.

Pemegang "degree" dipersembahkan kini,
Iza dan Syu empunya diri;
Nak tau sebab diorang join SLG,
Tu mesti ilmu tak cukup lagi.

Melawak berjenaka tak kira masa,
Nani memang "happy" orangnya;
Chah yang disebelah sampai tak terkata,
Melihatkan Nani yang riang ria.

Kak Su "besor"gelaran diberi,
Kalau bercakap tak henti-henti;
Afzan pulak syok sendiri,
Konon webnye lah yang tercanggih sekali.

"Tak kuasa akak" favourite wordsnya,
Bab me"laser" Yanlah yang terer;
Kamaliah pulak "cool" sentiasa,
Jangan tak tau"cool" dia tu ade makna.

Beralih pulak kisah si Yati,
Peminat no 1 cerita "Hindi";
Bengang Su "kecik" menjadi-jadi,
Komputer problem dia rasa nak seligi.

Ashraf dan Ijoy konon-kononnya,
Itulah sahaja "hero" yang ada;
Menyakat mengusik yang ntah hapa-hapa,
Membuatkan semua pening kepala.

Munee memang berjiwa seni,
Gaya cakap nak ala-ala "celebriti";
Aida pula sentiasa berhati-hati,
Maklumlah takut kantoi ngan cik Tinie.

Hajrah orangnya berbudi bahasa,
Jiwang-jiwang dia tak main ler;
Kepada semua janganlah terasa,
Terkutuk terkata halalkan sahaja.

Habis sudah semua cerita,
Selesai sudah semua perkara;
Buat bebudak SLG semua,
Simpanlah segala kenangan bersama.



|HOME | |BIODATA| |HOBI| |KEGEMARAN| |AKADEMIK| |KARYA|


HAKCIPTA TERPELIHARA 2002

Hosted by www.Geocities.ws

1