Bilik Penginapan Tetamu Baitul Aini
@ Homestay Baitul Aini Selangor


Homestay Baitul Aini menyediakan bilik penginapan yang selesa, kebersihan terjamin dan kemudahan ibadah yang lengkap untuk golongan musafir.

Walaupun ia terletak jauh dari kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, ia terletak berhampiran dengan lebuhraya LATAR, Guthrie dan PLUS yang memudahkan perjalanan pelawat untuk ke Shah Alam, Kuala Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Homestay Baitul Aini terletak di perkarangan Pertubuhan Kebajikan Baitul Aini Selangor di Kuang, Rawang yang mempunyai kemudahan lengkap seperti surau, padang bola dan padang permainan kanak-kanak.

 

 

1. Lokasi berhampiran lebuhraya LATAR, Guthrie dan PLUS
- GPS coord 3.24125, 101.52982

2. Ruang bilik yang luas
- Kipas siling
- 2 katil bujang
- Almari
- Meja study
- Tilam tambahan atau katil tambahan adalah PERCUMA.

*Buat masa ini, aircond, water heater dan TV tidak disediakan.

3. Dewan dan ruang makan berasingan
- Kelengkapan memasak
- Kerusi dan meja makan
- Mesin basuh

4. Surau
- Hanya beberapa langkah ke surau
- Sesuai untuk mengadakan kursus agama
- Solat berjemaah bersama anak yatim tahfiz dan ustaz-ustaz Baitul Aini
- Kelas agama pada pagi Sabtu dan Ahad

5. Persekitaran yang luas untuk beriadah
- padang bola kecil
- taman permainan kanak-kanak
- parking kereta tanpa had

6. Keselamatan yang terjamin
- dikawal oleh penjaga sekuriti Baitul Aini Selangor

KADAR PENGINAPAN

RM60 (1 MALAM). Untuk MUSLIM sahaja.

Bayaran ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan anak yatim tahfiz Baitul Aini dan juga penyelenggaraan infrastruktur Baitul Aini. Resit di bawah: PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL AINI SELANGOR.

Sebuah bilik mempunyai 2 buah katil tetapi mampu memuatkan seramai 4-5 orang.

Tidak seperti homestay commercial yang lain, Homestay Baitul Aini adalah bermotifkan kebajikan, tiada keuntungan yang diambil. Oleh itu, kebiasaannya para pelawat tidak dikenakan caj tambahan seperti kelewatan check-out, deposit dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan dan tempahan: HJH NORAINI 013-5133454