BIOGRAFI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI
HALA TUJU SELEPAS BELAJAR...

        Ketika waktu saya kecil iaitu ketika berumur 8 tahun, saya ingin menjadi seorang polis kerana faktor persekitaran. Waktu itu saya selalu menonton drama Gerak Khas yang menampilkan polis. Dari situ saya jadi minat untuk menjadi seorang polis kerana mempunyai aksi yang mencabar. Tahun demi tahun, cita cita saya tidak lagi ingin menjadi polis kerana saya mula berfikir yang kerjaya polis ini mungkin berisiko tinggi kalau tidak mempunyai banyak ilmu tentang pekerjaan tersebut. Saya berfikir yang menjadi polis merupakan satu tugas berat di samping boleh mengancam nyawa. Lagipun saya seorang perempuan, bayak lagi kerjaya lain yang boleh saya ceburi.

          Pada umur saya  12 tahun, saya bercita cita ingin menjadi seorang doktor. Kerana apa? Juga kerana persekitaran. Saya melihat kerjaya doktor ni menarik dan saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. pada waktu itu saya memang tekad untuk tidak mengubah lagi saya punya cita cita.

           Pada usia saya menginjak 15 tahun, saya mula tertarik dengan kerjaya jurutera. Oleh sebab itu saya terus bercita cita untuk menjadi doktor atau jurutera. Saya tahu bidang doktor dan jurutera tu meluas. Cikgu pernah beritahu saya yang doktor dan jurutera jauh bezanya. Tapi saya tetap dengan pendirian saya. Ketika berumur 17 tahun, saya mula berfikir yang saya nak menjadi seorang doktor haiwan ataupun doktor gigi. Keinginan saya kuat pada masa itu dan saya yakin yang saya bakal menjadi seorang doktor gigi ataupun doktor haiwan kerana masa saya sekolah menengah, saya mengambil sains tulen. jadi saya memang belajar biologi dan peluang untuk mencapai cita cita saya itu adalah besar.

           Pada umur saya 18 tahun, waktu itu saya sudah habis sekolah menengah dan keputusan peperiksaan spm saya pun dah dapat. Bila saya melihat keputusan peperiksaan saya itu, sejujurnya saya agak kecewa kerana apa yang saya hajatkan tidak kesampaian. Saya hanya mendapat c+ untuk subjek biologi. Peluang untuk saya melanjutkan pelajaran dalam bidang biologi pun agak tipis. Beberapa minggu selepas keputusan spm diumumkan, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi negeri sembilan. Saya tidak pernah terfikir pun akan dapat matriks dekat negeri yang jauh. Negeri sembilan? dalam kepala otak saya waktu itu, "jauhnya dapat...tapi takpelah..bukan nya nak pergi pun...". Masa tu saya memang yakin yang saya akan dapat upu. Sebab itulah saya fikir yang saya memang tak nak pergi matriks negeri sembilan. Lagipun, ibu saya memang tak galakkan saya pergi belajar jauh jauh. Kalau boleh ibu saya nak suruh saya belajar kat tempat yang dekat je. Jauh jauh bimbang pulak kan. Kita ni kan anak dara...

             Tapi nasib tidak menyebelahi saya. Saya tidak berjaya dalam pengambilan upu dan nak tak nak saya terpaksa pergi ke kolej negeri sembilan walaupun hati ini tak rela sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga. Ibu pernah tanya saya sama ada nak pergi ke tak. Saya konfius sebab saya takut saya tak boleh nak tangkap apa yang diajar dalam masa setahun. Tapi pada masa yang sama saya fikir kalau saya masuk matrikulasi ni, sekejap je. Setahun je. Lepas tu dah boleh sambung ijazah. Jadinya pada 5 JUN 2017 bermulalah detik detik perjalanan karier saya di KMNS. Di situ, saya dapat jurusan sain modul 2 di mana melibatkan subjek fizik, kimia, math dan sains komputer...

             Antara subjek subjek tu, tak ada pun subjek biologi sebab ianya lebih kepada fizik. Saya pun merasakan yang peluang saya untuk jadi doktor memang dah tak ada harapan. Saya terima je apa yang Allah dah tentukan. Sekarang ni pun saya lebih nak tumpukan kepada bidang kejuruteraan memandangkan saya ambil fizik. Jadi buat masa sekarang ni saya masih memikirkan tentang apa yang saya nak sumbangkan kepada negara dalam masa 10 tahun akan datang. Apakah kekuatan yang saya ada sekarang untuk bawa ke masa hadapan. Mungkin 10 tahun akan datang saya akan menjadi jurutera dalam bidang yang saya ingini? Sama sama lah doakan saya ye...