![]() |
![]() |
||||||
|
Hentian Mahkota Hentian Mahkota terletak kira-kira 15 km daripada Batu Pahat. Jika anda ingin ke sini, anda boleh melalui Jalan Batu Pahat-Muar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Bila anda sampai di Parit Simen, anda boleh membelok ke sebelah kiri. Pemandangan di sini amat indah. Persekitaran Hentian Mahkota dikelilingi oleh hutan bakau. Terdapat beberapa gerai makanan yang menjadi tarikan pengunjung. Taman permainan kanak-kanak juga disediakan. Selain daripada itu kemudahan tandas, surau juga terdapat di sini. Apa yang menarik bagi pengunjung di sini ialah terdapatnya kumpulan kera yang sentiasa kelihatan jinak. Kumpulan ini akan tertarik kepada mpara pengunjung yang membawa makanan. Jika anda membawa makanan, sudah tentulah kumpulan kera ini akan mengelilingi anda. Kera - kera ini akan mengambil apa sahaja yang ada pada para pengunjung. Selain daripada itu, di isni juga tempat pendaratan nelayan kecil sisir pantai. Para nelayan akan balik membawa hasil tankapannya. Para pengunjung boleh membeli hasil tangkapan ikan daripada para nelayan di sini.
|
||||||