programming | html tutorial | articles

up ]

Perbandingan antara Microsoft Frontpage dan Netscape Composer

Seperti mana yang kita tahu, terdapat 2 jenis browser yang digunakan oleh kebanyakan orang, dan kedua-dua browser ini menawarkan HTML editor mereka sendiri iaitu Ms-Frontpage dan Netscape Composer. Jadual di bawah akan membincangkan perbezaan antara kedua-dua HTML editor.

FrontPage Terdapat beberapa versi FrontPage di pasaran, versi FrontPage Express(freeware), FrontPage97, FrontPage98, FrontPage200.

Composer Versi Composer bergantung kepada versi Netscape Communicator yang digunakan. Perbandingan ini hanyalah perbandingan global sahaja.

 

Microsoft FrontPage

Netscape Composer

  • Frontpage menggunakan user interface yang sama dengan Microsoft Word. Pengguna yang sudah biasa dengan icon-icon Ms-Word tidak akan merasa janggal dengan user interface FrontPage
  • Netscape Composer menggunakan icon-iconnya sendiri.
  • Ms-Frontpage menggunakan huruf kecil untuk menulis kod html.
  • Netscape Composer menggunakan huruf besar untuk menulis kod-kod html. Walaubagaimanapun, Netscape Composer yang daripada Netscape 4.6 sudah mula menulis kod html menggunakan huruf kecil
  • Terdapat built-in html editor dalam Frontpage. Jika anda mahu mengedit bahasa html anda sendiri, tulisan kod-kod itu akan diwarnakan dan disusun dengan kemas supaya mudah dibaca.
  • Built-in html editor dengan menggunakan JAVA applet (lambat/tidak diwarnakan), walaubagaimanapun Composer boleh menggunakan editor luaran seperti Notepad, akan tetapi tulisannya tidak akan diwarnakan.
  • Akses kepada jadual dengan cepat dengan menggunakan sistem perekaan jadual daripada Ms-Word
  • Keluar tetingkap baru meminta pengguna memasukkan jumlah baris dan lajur yang dikehendaki. Amat leceh jika kita mahu membina layout dengan cepat
  • Boleh memilih satu lajur serentak atau satu row atau sel-sel secara individu.
  • Tidak boleh memilih sel-sel individu
  • Imej-imej boleh disimpan di dalam mana-mana  direktori yang dikehendaki.
  • Imej mesti berada sekali dengan direktori fail html pemanggil(default) kecuali diarahkan untuk tidak memeriksa punca imej
  • Frontpage98/97 membenarkan anda membuat bingkai dengan senang. Frontpage Express tidak membenarkan.
  • Composer tidak membenarkan anda membuat bingkai, walaubagaimanapun, bingkai boleh dibuat secara manual dengan menulis kod-kod htmlnya.
  • Frontpage98 membenarkan anda mengimport fail-fail dari jenis Microsoft Word, Excel dan sebagainya
  • Composer tidak boleh.
  • Frontpage98 membenarkan beberapa fungsi DHTML (HTML4), walaubagaimanapun FrontPage Express tidak menyokong fungsi DHTML
  • Tiada dalam Composer

 

  • Anda boleh mereka borang dengan senang dengan menggunakan Frontpage, tetapi memerlukan sedikit pengetahuan dalam pembuatan borang menggunakan html
  • Composer tidak membenarkan pembuatan borang.
  • Frontpage boleh berinteraksi dengan Microsoft Personal Web Server untuk pengendalian tapak web yang maksimum.
  • Composer tidak menyokong fungsi ini

 

  • Efek-efek dari Frontpage, kebanyakkannya hanya boleh digunakan untuk Internet Explorer sahaja, terdapat juga efek yang dihasilkan dengan menggunakan JavaApplet seperti efek Button (dimana saiz applet tersebut sangat besar, dan mengambil masa untuk download)
  • Composer mengandungi beberapa 'gadget' efek khas yang boleh digunakan oleh kebanyakan browser termasuk Internet Explorer.

 

  • Penerangan di dalam kebanyakan tetingkap opsyen FrontPage adalah dalam bentuk keyword. Jika pengguna tidak faham maksud keyword, maka susah untuk digunakan.
  • Penerangan-penerangan di dalam hampir kebanyakkan tetingkap opsyen adalah menggunakan ayat yang lengkap. Senang faham

 

  • Anda terpaksa beli MsFrontPage (kecuali Frontpage Express yang boleh didapati secara percuma).
  • Netscape Composer percuma, dan boleh didapati di mana-mana cybercafe. (untuk anda yang meluncur melalui cybercafe).

 

Kesimpulan

Netscape Composer sesuai digunakan untuk mereka yang baru menceburi bidang pembuatan laman web kerana ia mempunyai fungsi-fungsi asas untuk membuat laman web yang simple. Bagi mereka yang mahukan laman web yang lebih canggih, maka adalah dinasihatkan untuk menggunakan FrontPage kerana ia mempunyai banyak fungsi-fungsi khas yang memerlukan pengetahuan bahasa html.  Secara keseluruhan MsFrontpage lebih canggih berbanding Composer. Walaubagaimanapun, FrontPage lebih cenderung kepada formatan untuk Internet Explorer dan pengguna dinasihatkan supaya tahu perbezaan-perbezaan dari segi penafsiran kod antara Netscape Communicator dan Internet Explorer. Ini bertujuaan supaya laman tersebut boleh dibaca dengan menggunakan Netscape Communicator.

 

Err..

Isi kandungan laman ini merupakan pandangan peribadi saya, dan saya akui ianya cenderung kepada penggunaan Ms-Frontpage, kepada sesiapa yang ingin menyuarakan pendapat sila e-mail saya di [email protected]

 

Maklumat Tambahan

http://www.shu.edu/compute/frontpage/decide.html
http://www.zdnet.com/pcweek/reviews/1013/13html.html

 

c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album
Hosted by www.Geocities.ws

1