programming | html tutorial | articles

up ]

Catatan kepada Bonda

Kusimpan senduku
di bilik titikan kulintangan
dititik bersama dukalaraku
jentikan sukma pedas terasa
gong demi gong dipalu,
ah... bergetar dan menggetar,
cerita-cerita lama yang sama membungkus setiap lubang seni
menorbos keluar,
luka lama terlerai di antara usikan
di sebalik dondangan,
ayuh tak perlu difikir-fikir mengapa
cincin tak pernah bertukar jari,
mata terus menyinari gemerlap sendiri
kerana itulah cinta pramasa, realitanya

akan tak pernah subur
kerana tak sempat berbunga, aduhai
bonda,sudah lama kumengerti pancaran matamu
tidak akan ada rengekan sesekali
disenangi dan jejari renik mencuit doamu,
aduhai bonda depangkanlah
sediakanlah kedua tanganmu, dadamu,
dan akulah saja yang akan berlari
masuk ke dalamnya
lalu baring di dadamu.

20 September 1987

Zaiton Ajamain

© Ahmad Hafiz Wahy 1998

 

c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album
Hosted by www.Geocities.ws

1