programming | html tutorial | articles

up ]

 

BAGAIMANA CARANYA NAK ADA HOMPEJ SENDIRI?
Halaman ini khas untuk orang yang tak ada hompej dan nak buat hompej. Ikut langkah-langkah berikut. Ada banyak server di dunia yang tawarkan tapak percuma. Contoh.. http://www.geocities.com ataupun http://www.tripod.com. Saya cadangkan GEOCITIES. Sebab

  • WebSite Space 11 MEG. banyak tuh!! makan tak habis
  • Penghuni dia baik-baik belaka.
  • Tak ada benda lucah.
  • Banyak promosi untuk mengiklankan hompej anda.
  • Langkah Pertama - Pilih Tema Hompej Anda.
    • Anda dikehendaki memilih tema hompej anda. Klik di sini untuk memilih tema anda. Kita boleh bayangkan tema ini sebagai kawasan tempat kita tinggal. Sebagai contoh kalau hompej anda mempunyai perihal artis, saya cadangkan anda pilih tema Hollywood. Kalau hompej anda mempunyai cerita tentang hal-hal kekeluargan, ada baiknya anda pilih tema Heartland.
    • Klik pada 'Join this Neighboorhood'.
  • Langkah Kedua - Cari 'rumah kosong'.
    • Anda akan diberi tahu alamat 'rumah'-'rumah' yang kosong di terdapat ditaman tema anda. Apa yang anda perlu buat ialah pergi ke tempat tersebut.
    • Apa yang anda perlu buat ialah pada 'frame sebelah kanan' anda perlu cari gambar rumah yang tertera perkataan 'vacant'.
    • Klick pada 'vacant'. Tahniah anda sudah berjaya melepasi halangan yang paling mencabar.
  • Langkah Ketiga - Isikan butir-butir peribadi anda.
    • Isikan butir-butir peribadi anda dengan 'lengkap'.
    • Pastikan alamat e-mail anda betul, kerana kata laluan untuk hompej anda akan diposkan di alamat yang anda berikan.

     

    APA YANG PERLU SAYA BUAT LAGI?

     

    Ada banyak perkara yang anda perlu buat.

  • Langkah Pertama - Bina hompej anda
    • Password anda akan diposkan kepada email yang anda berikan. Anda diberi masa selama 2 minggu untuk pindah ke rumah baru anda. Jikalau anda tidak berbuat demikian, rumah anda akan dilelong!. Dalam masa 2 minggu ini, anda bolehlah mereka hompej baru anda dengan menggunakan HTML Editor. Ada banyak HTML editor yang ada dipasaran sebagai contoh Microsoft FrontPage.
    • Anda perlu menamakan muka surat pertama hompej anda dengan nama 'index.htm'
    • Nota: sila namakan semua fail-fail anda dengan huruf kecil.
  • Langkah Kedua - periksa hompej anda.
    • Anda perlu memerika semua link anda supaya betul. Jika tidak, hompej anda akan menjadi tidak sempura. Walaupun ketika anda mereka hompej anda di Komputer Peribadi anda ia kelihatan elok, tetapi ia tidak semestinya kelihatan sebegitu apabila anda mengaktifkan hompej anda di Geocities. Sila lihat masalah-masalah yang boleh anda hadapi di Ruangan 'Alamak Problem'.
  • Langkah Ketiga - Muat-naikkan hompej anda.
    • Untuk mengaktifkan hompej anda, anda perlu memindahkan fail-fail html serta fail gambar (gif atau jpg) kedalam direktori Geocities. Ada 2 cara yang boleh anda gunakan
      • Ezupload - Ezupload hanya boleh didapati jika anda menggunakan Netscape Navigator ataupun Internet Explorer 4. Ia merupakan cara yang paling mudah untuk memasukkan fail-fail html anda kedalam directori Geocities. Jika anda tidak mempunyai Netscape Navigator. Klik di sini untuk dapatkan Netscape Navigator.
      • ftp (file transfer protocol) - Cara ini boleh dikatakan bermasaalah untuk orang yang baru menceburi bidang ini. Baik anda gunakan cara pertama.
    • Klik di sini untuk pergi ke Geocities File Manager. Anda dikehendaki menulis login serta password anda. Klik 'submit'.
    • Padam 'index.htm'. Caranya, tandakan 'index.htm'. Selepas itu klik 'delete'.
    • Pergi ke bahagian bawah sekali. Isikan 5 tempat kosong disitu dengan nama fail anda yang ada di dalam direktori cakera keras anda. Pastikan index.htm' anda ada terkandung beserta fail-fail yang anda mahu pindahkan.
    • Jangan aktifkan "change filename to lowercase" atau pun "change htm to html" kerana ia akan merosakkan link-link anda telah buat. Klik 'Upload' untuk memulakan pemindahan fail. Tahniah anda telah pun mempunyai sebuah hompej yang menarik

     

    BAGAIMANA SAYA HENDAK MENGIKLANKANNYA?

     

    Ada banyak cara untuk mengiklankan hompej anda.

  • Cara Pertama - Geoguide
    Geoguide ialah satu cara promosi yang ditawarkan oleh Geocities. Sebagai contoh, 'banner' yang terpapar di atas sekali di halaman ini ialah banner geoguide. Melalui cara ini 'banner' anda akan dipaparkan di hompej orang lain dan kebarangkalian untuk orang lain menjumpai hompej anda bertambah.
  • Cara Kedua - Search Engine
    Anda boleh memasukkan maklumat hompej anda di Yahoo, AltaVista, WebCrawler dan lain-lain lagi. Cara susah ialah pergi ke setiap 'search engine' dan daftar nama anda disitu. Cara senang gunakan servis yang ditawarkan di sini.
  • Cara Ketiga - beritahu kawan-kawan, adik, abang, saudara mara anda.
    Apa guna kawan?
  • Cara Keempat - Bilamana anda singgah di IRC. Iklankan hompej anda.
    Bukannya kita tidak tahu malu.. tetapi adat.
  • Cara Kelima - Join 'Web Ring'.
    'Web ring' ini ialah dimana pemilik-pemilik web yang mempunyai citarasa yang sama akan berkumpul. Sesetengah orang mencari maklumat dengan menggunakan 'web ring'.
  • Cara Keenam - lawat hompej orang lain .
    Apabila anda melawat hompej orang lain, pastikan anda menulis komen di 'GuestBook' mereka dan ajak mereka melawat hompej anda..
  • Apabila anda mengamalkan perkara yang disebutkan di atas. Nanti banyaklah orang yang tahu anda wujud di bumi ini.

     

     

    Tips-tips untuk mereka hompej yang baik

    • Pastikan anda mempunyai isi yang hendak anda katakan. Fikir tentang sesuatu yang kreatif dan yang memberi manfaat.
    • Gambar amat penting kerana ianya menimbulkan apa yang anda hendak sampaikan di hompej anda tetapi, jangan letakkan terlalu banyak gambar kerana orang lain tidak mahu pergi ke hompej yang mengambil masa yang lama untuk 'download'.
    • Jadikan hompej anda seformal yang mungkin.
    • Konsisten dalam rekaan setiap halaman.
    • Jangan biarkan hompej anda penuh sangat dengan perkataan sehingga memenatkan mata pengunjung. Jika anda mahu memperkatakan tentang satu topik yang berlainan, buat dalam halaman baru.
    • Periksa link-link anda. Pengunjung tidak mahu 'link-link' yang tidak tepat atau tiada. Mereka akan merasa seolah-olah ditipu.
    • Belajar HTML, Java Script, dan kalau boleh masukkan Java Applet dalam hompej anda. Berhati-hati, sesetengah Java Applet mengambil masa yang lama untuk download.
    • Kemaskini hompej anda setiap bulan, dengan ini anda tidak akan kehilangan pengunjung yang telah melawat anda sebelum ini.
    • Jangan meniru hompej orang lain dengan mengambil icon-icon, gambar atau format. Jadikan ianya usaha anda sendiri
    • Minta untuk servis 'GuestBook'. Dengan ini, orang lain akan berupaya untuk memberi komen kepada usaha anda.

    Dengan adanya tip-tip ini, diharapkan anda akan mereka hompej yang menarik dan seterusnya memenangi sebarang award yang ditawarkan oleh mana-mana pihak. Chewah....

     

    RENUNGAN

     

    Malaysia kekurangan orang yang buat topik pasal Malaysia dan dalam Bahasa Malaysia, kalau ada pun sikit sangat. Contoh topik yang bermanfaat:

    • Pasal Makanan -
      • makanan di Malaysia,
      • resepi makanan malaysia,.
      • kuih-muih di Malaysia. (try cari benda nie .. ada tak??)
    • Kebudayaan.
    • Tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Malaysia.
    • Gambar tempat-tempat menarik kat Malaysia.
    • Pasar Malam.
    • Bas Mini.
    • Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia
    • 31 Ogos 1957 ?
    • PIRACY.
      • Terangkan apa itu Software Piracy.
      • Terangkan apa itu Public Domain, Cardware, Freeware, Shareware, Software.
      • bagi alamat tempat-tempat yang jual CD pirate kat MALAYSIA.
      • Lagi elok kalau cerita pasal cetak rompak nie cover semua media. Tak semestinya CD-ROM.
    • SOALAN YANG SELALU DITANYA (SYSD)
      • Macamana nak buat hompej & Java Script

    Selalunya yang ada ialah pasal artis. Balik-balik artis, suruh artis tu buat sendiri ler.macam Ruhil ke (dia buat homepage sendiri). Mana perginye orang kat Malaysia nie. So kalau nak buat homepage tuh buat ler yang ada manfaatnya jugak. Asyik nak harap kerajaan je nak buat benda-benda macam tuh. Nie. balik-balik cerita pasal diri sendiri dengan awek. sikit-sikit sudah ler. Oklah.. aku harap tak ada yang kecik hati. Semoga berjaya.


    c programming | html tutorial | articles | home
    about me | links | search | guestbook | photo album
    Hosted by www.Geocities.ws

    1