| 1 |2 |3 |4 |

 SURAT HISHAMUDDIN KEPADA PM


PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO (UNITED MALAYSIA NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran : 576/88 ( Wilayah Persekutuan)
 

5 Okotber, 1998

Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Jalan Dato' Onn
Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Y.A.B Dato' Seri

Saya ingin merujuk kepada sidang di Mahkamah Tinggi yang membabitkan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim siang tadi (5 Oktober), dan perintah Hakim Augustine Paul supaya tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap YB Dari Seri Anuar.

2. Selesai sahaja mengikuti perkembangan sidang mahkamah tersebut, maka saya dan beberapa orang Exco kanan Pergerakan Pemuda telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan kesan sidang mahkamah itu terhadap Perhimpunan di Stadium Nasional yang dijadualkan pada 10 Oktober ini.

3. Bersama-sama ini sukacita saya ingin memaklumkan pandangan Pergerakan Pemuda UMNO dan berikut adalah intipati yang kami bincangkan untuk perhatian Y.A.B Dato' Seri.

3.1 Hakim Augustine Paul telah memutuskan bahawa tidak ada pihak yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan, sama ada bersalah atau tidak, mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadap YB Dato' Seri Anwar. Dalam hubhungan ini jika kita terus mengadakan perhimpuan pada 10 Oktober ini, maka pihak pengajur perhimpunan boleh didakwa sebagai melanggar arahan mahkamah atau contempt of court.

3.2 Dari segi aspek keselamatan, agak sukar untuk kita menjamin keselamatan 150,000 orang yang akan dijangka hadir perhimpunan tersebut. Menurut sumber pihak polis, ada kemungkinan para penyokong YB Dato' Seri Anwar akan hadir dan cuba membuat kacau dan ini akan merosakkan aturcara yang dirancangkan, iaitu, untuk rally bagi menyatakan sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap Y.A.B Dato' Seri selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

3.3 Pihak PAS (yang mewakili GERAK) telah memohon mengadakan perhimpunan yang sama pada 17 Oktober di Stadium Nasional. Gerak menjangka seramai 500,000 orang akan hadir. Jika pihak kerajaan tidak mengeluarkan permit atau tidak mengizinkan Stadium Nasional digunakan oleh GERAK maka ini akan memberi gambaran negetif kepada masyarakat serta dunia menerusi media asing bahawa kerajaan bersifat tidak adil. (tambahan : Memang Tak Adil Pun, budak sekolah pun tau)

3.4 Secara terus terang saya ingin nyatakan bahawa agak sukar untuk pihak Pemuda Barisan Nasional mengumpul 150,000 orang. Saya baru sahaja mendapat maklumbalas daripada MCA bahawa MCA hanya dapat menyediakan seramai 5000 orang sahaja. MIC hanya 7000 orang. Bilangan peserta yang kecil ini berpunca oleh kebimbangan mereka terhadap faktor keselamatan dan sikap orang cina dan india yang tidak mahu terlibat dalam kancah kemelut UMNO. Melihat reaksi itu saya dan rakan-rakan dalam Pergerakan Pemuda UMNO berpendapat bilangan 150,000 yang diminta oleh Y.A.B Dato'Seri itu agak sukar diperolehi kecuali jika kita boleh mengarah pegawai-pegawai Kerajaan dan murid-murid sekolah untuk turut hadir.

3.5 Untuk mengumpul - 150,000 dari serata pelusuk negara maka biaya yang diperlukan ialah kira-kira RM14 juta yang melibatkan kos pengangkutan, penginapan, elaun makan, elaun perjalanan, sepanduk, sewa bas dan sebagainya. Setakat ini Y.A.B Tun Daim Zainuddin selaku Bendahari UMNO masih belum mengeluarkan cek kepada Pergerakan Pemuda UMNO untuk diagih-agihkan ke semua cawangan UMNO, MCA dan MIC yang terlibat. Cek tersebut perlulah dikeluarkan dengan kadar segera untuk melancarkan program ini.

4 Merujuk kepada faktor-faktor diatas tersebut, maka Pergerakan Pemuda UMNO ingin mengemukan beberapa cadangan untuk perhatian Y.A.B Dato' Seri seperti berikut ;

4.1 Membatalkan perhimpunan tersebut kerana apa yang akan Y.A.B Dato' Seri ucapkan nanti boleh ditafsirkan sebagai bercanggah dengan keputusan Mahkamah pada 5 Oktober 1998 atau

4.2 Mengadakan juga perhimpunan yang dirancangkan itu tetapi perlulah pihak kerajaan mengarah para pegawai kerajaan dan murid-murid-murid sekolah seramai 80,000 orang untuk hadir. Jaminan polis perlu dibuat bahawa perhimpunan itu selamat dihadiri oleh orang ramai.

Sekian, semoga Y.A.B Dato Seri dan keluarga sejahtera. Terima kasih

Saya yang benar

T.t
DATO HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
(Tambahan : Mengikut satu hadis, sekiranya anak cucu mereka membuat kemungkaran dan kejahatan dimuka bumi ini pasti rohn ayah atau ibu akan menagis dan terseksa. Sangupkah Dato Hishammudin melakukan demi untuk mendapat pangkat dan nama?

SURAT INI DITAIP SEMULA KERANA SALINAN ASAL TIDAK JELAS UNTUK DISCANKAN

Hosted by www.Geocities.ws

1