MB Kelantan nafi berita Utusan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik
Mat menafikan berita yang keluar dalam akhbar Utusan Malaysia 28 Oktober
lepas bahawa PAS Kelantan belum pasti lagi mahu memulaukan Utusan
Malaysia.

Setiausaha Akhbar beliau, Wan Ismail Wan Jusoh dalam suratnya kepada
akhbar berkenaan yang disalinkan kepada Harakah menjelaskan, PAS
Kelantan sentiasa mematuhi dan memgikuti apa keputusan yang dibuat oleh
pucuk pimpinan PAS.

"YAB menyokong penuh keputusan yang telah dibuat oleh YB Dato' Presiden
PAS untuk memulaukan akhbar kumpulan Utusan Melayu," katanya.

Katanya, Menteri Besar Kelantan pernah mengetuai upacara pemulauan dan
pembakaran akhbar Utusan tahun 1987 lalu.

Tindakan memulaukan akhbar Kumpulan Utusan dibuat berasaskan sikap yang
tidak adil dan berat sebelah yang diamalkan olehnya, kata beliau dalam
surat itu.

Hosted by www.Geocities.ws

1